Friday, May 28, 2010

Kandang Kambing sebelah rumah, what the mmbekk!

Cakap susah tak cakap LAGI la susah. Nanti kalau sesama melayu komplen komplen, mula la pepatah pelbagai versi keluar, nak tutup periuk nasi orang lah, simbah pasir kat periuk nasi la.. versi- versi periuk nasi juga la yang penting. Apa kejadah nya nak buat kerja-kerja macam tu, tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak bangkit hal macam ni, macam mana pula perumpaan ini menjadi. kan?

Haa.. fikir.. fikir.. naa.. naa.. naaa.. naa.. (ikut rentak lagu fikir fikir)

Namun begitu (skema skema), bukan di kalangan orang melayu saja hal-hal macam ni terjadi, kaum lain pun aku kira, dua kali lima sepuluh juga. Kalau dah memang ada hasad dengki dalam hati, tak kemana la pergi, situ situ juga lah yang kau akan melalat kemudian membusuk dan geli.

Dari situ mula la perang saudara la, perang dingin, perang panas dan sebagainya. Macam mana dunia nak aman? macam mana? Tengok Bangkok tu, geng baju merah sibuk baling-baling hentam kerajaan. Kenapa semua tu terjadi? haa.. pasal benda-benda busuk ni juga lah. Tu tak pa lah, cerita negara dia. Ni kita cerita negara kita.

Opss.. opss.. apa kes masuk hal negara ni? haha.. jauh betul aku menyelam, padahal hal sebenarnya di dasar laut sahaja. Ini lah yang dikatakan melaut. Jauh kan kan.

Berbalik kepada isu cakap susah, tak cakap susah ni memang dah jadi fenomena dalam kehidupan sehari-hari. Kita kadang takut nak tegur orang kalau dia buat salah, even kawan kita sendiri, even saudara kita sendiri. Ditakuti, niat yang baik dipandang terbalik 180 darjah. Sebab penafsiran bagi lain individu, lain-lain. Bila tak cakap, kita sendiri pula merana dek kerana tak tahan nak menghadapi.

Kita dah habis baik cakap baik baik pasal problem yang timbul, dengan harapan isu tu boleh selesai, tapi sebaliknya pula berlaku, tiba-tiba! jenggg! pertelingkahan yang boleh sampai kepada peperangan pula berlaku. Pertempuran, tumpah darah dan penindasan. Isk.. tetiba emo lebih, sebab baru tengok citer perang perang ROBIN HOOD. ngehe.

Salah faham ini lah yang menjerumus kepada semua benda benda tak baik ni terjadi. Sebab tu!! sampai sekarang lah rumah ayah aku ni setiap hari di selebungi bau BUSUK bluekk nak muntah sebab ada KANDANG KAMBING tak jauh kurang dari satu kilometer je dari rumah kami.


photo source : gugel

Ada ke patut! ada ke? ada ke? even itu tanah dia, even ini kawasan dulu ayah dia yang teroka, even tanah kami ini dulu dibeli dari keluarga dia, TAPI patut ke dia guna kuasa veto yang konon-konon 'ahh.. ada aku kesah?' tu untuk buat KANDANG KAMBING kat kawasan perumahan? patut ke?

hey come on la!

Ni la yang susah, bila dah buat aduan baik baik supaya tak berkecil hati, dia kata kita macam-macam. Marah-marah, hah! macam kita pula yang nak simbah pasir dalam periuk nasi dia. Eh.. cuba kalau kau duduk sini hari-hari, apa kau rasa? tahan tak? Imagine la bau KAMBING macam mana, apa lagi bau KANDANG KAMBING.. ahh.. stress stress.

 even kambing ni kiut, dan daging pun enak, tapi tetap aku against hal ini

Aku yang baru 2 minggu pulang for good (menganggur) ni pun dah tak tahan, apa lagi la parent aku yang hari hari bertahun tahun duduk sini, patut la terpaksa beli air-wick automatic tu pasang kat bilik padahal dulu (sebelum wujud kandang busuk!) tak payah pakai pun, segar bugar wangi je kawasan ni. Sedih betul :(. Ah, bayang kan je la bila angin bertiup masuk di celah-celah tingkap bilik aku, ha-aah! tak tahan.. nak pergi sembelih sekarang..



tuan kambing, sila lah consider.
pindah la ke kawasan yang sesuai,
bukan perumahan di kampung ini.

11 comments:

Syazana said...

comel la pulak kmbing tu

sheila said...

sabar jela. diorang dah lama dok citu so dah masak sangat dah ngan bau tu semua. bagi diorang bau tu bau kek coklat yang baru keluar dr oven.hehe

mia sarah hemiza said...

@Sya Syazana
hahaha.. comel ke? amek la. :P

mia sarah hemiza said...

@fideila

hidung dorag dah immune! euw.. kesian. tp nyampahhh.. isk2..

Faisal Abdullah said...

comel ar kmbg tu..haha

et said...

huhu.alahai.payah betol bile tsepit mcm tu.patutnya org tu kena reka alat penyah bau kambing ah.

mia sarah hemiza said...

@Faisal Abdullah

kalau comel amek la bela. huhu

mia sarah hemiza said...

@et

huuu... tu la et. tesepit kan. patotnya kte dah komplen, die kene amek tindakan even tak nak pindah. kawasan tak seswai

Isma said...

Alamak.camne ak nk ternak kambing mcm ni.sure kene sumphn org yg xpuas ht mcm ko.hahaha.tp ak backing gakla org tu skit.dh mmg tnh die tnh penternakan kot.wakakak.tp mgkn btlla kot.kene reka pnyah bau pny sistem.br petani moden.dr ko cube jd photo editor cb ko reka satu alat.buktikn kemampuan ko sbg bdk engnrg uia.haahah.ak org pertama beli alat tu.hahah

mia sarah hemiza said...

@Isma

ko suke je counter aku kan, ciss..
bkn tanah peternakan ok, huhu. deym, tu laa aku pk nak wat ler alat tu, aku jual mahal la kat ko, ok?

weh, ko da keje ke?

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

salam. report je puan. jangan biarkan. negara kita ada undang-undang. jangan salahkan kambing. hehehe. jemput singgah Projek Kambing Muda

saya ada gambar kandang kambing ni tu puan. izinkan ya, untuk tujuan ilmiah.

Newer Post Older Post Home