Tuesday, September 04, 2012

What goes around comes around. Karma?

As a normal human, kita tak boleh nak control people around to be exactly what we expect. Eventhough, she/he is your father, mother, sibling or even your boss. Depan-depan kadang kita tengok macam complete honest to us, tapi belakang? Is it still the same as what we were looking at previously? Kita sendiri pun tak boleh nak sure benda macam ni. Kalau kita kat tempat orang lain pun, the same thing will happen too. Tak payah cerita pasal orang lain, kita measure from our own side. Adakah kita boleh menjadi orang yang honest di samping kawan-kawan? Keluarga? Mahu pun orang-orang tertentu di dalam office?

Siapa cakap YA, memang haih.. suci sungguh la hati anda. (cett.. ada ke?wahh.. nak tumpang berguru boleh?)

Kita selalu dengar, buat baik selalu, buat jahat jangan sekali. Kita juga biasa dengar pasal KARMA. Oh, dan juga "what goes around, comes around".. betul tak? Tapi kenapa still orang baik tak dibalas baik? Kenapa orang jahat ada yang dapat balasan tak setimpal? Is it dunia yang dah terbalik, atau ketidak-adil-an yang dah tercemar?

Well, aku sendiri pun tak tahu.

Kadang-kadang letih nak buat baik. Bila buat baik, belum tentu akan dibalas baik. Actually, bukan balasan sebenarnya yang patut kita concentrate, semua depend pada diri sendiri. Tapi sampai mana kita boleh larat nak hadapi kalau selalu kebaikan dibalas dengan tuba? Haha.. macam ada pepatah bekait-kait dengan tuba neh, tapi lupa pulak. Hee.. Tapi kalau buat jahat, sorry to say, kejap je boleh dapat balasan, itu kan janji Tuhan.

Since orang jahat biasanya susah nak filter sebab dia pakai topeng tebal (biasanya talam dua muka), so senang lah nak tertipu dengan tipu muslihat dia. Ye la, kadang sebaik-baik kawan yang dah anggap macam adik-beradik pun belum tentu dia tu sejujur-jujur manusia dengan kita. Boleh jadi, itu la sebenarnya duri dalam daging, musuh dalam selimut, pisau dalam lipatan. Sakit okk kalau terkena. Sumpah serik dapat kawan macam tu.

Then kalau situasi macam ni patut ke kita membalas dengan balasan yang sama macam dia buat kat kita? Is it "what goes around comes around" valid untuk dipraktik kan? Kang jadi bertindan-tindan la balasan nya. Dia buat jahat kat kita, kita balas jahat balik kat dia, then next mesti la kita pulak dapat balasan jahat tu balik kan? Logically macam tu la "what goes around comes around" punya meaning. A-ha.. Padahal kita nak jadikan situation tu fair-fair, win-win, tapi unfortunately at the end, kita manusia yang tak bersalah mesti akan menerima balik. Oho..

Sometimes, life memang tak fair. Betul kan?

Blog Post yang tak ter-post, dan masih valid untuk di-post

Manusia memang mudah lupa. Kita lupa kalau ada kegembiraan, mesti ada kesedihan menyusul. Kita lupa bila ada senang, mesti ada susah bakal menduga. Kita lupa masa hadapan, kita focus pada masa sekarang. Bila dah terhantuk, baru nak ternada. Dan begitu lah seterusnya.

Gembira pasangan nya Sedih. Mana ada Gembira pasangan nya gembiraaa je manjang. Tak cool la kan. Kalau pasangan sama perangai memang tak thrill kan, dia buat tu, kita buat tu jugak.. lama-lama sendiri pon boleh jadi bosan. Maka nya, kena la ada kontra nya. Baru la sepadan, huh? Apa kau cakap ni Mizah?

Ok la.. tak payah nak elaborate kaw-kaw, senang citer, bila kita gembira, ingat lah gembira tu tak akan selama-lama nya, mesti ada dugaan. Takkan asyik nak ketawa berdekah-dekah kan? Kang urat pipi stuck tak boleh gerak akibat ketawa yang melampau, tak ke naya? Haa.. then, masuk hospital sebab sakit pipi.. see.. kat situ dah terjadi nya kesedihan. Ye la, masuk hospital tu fun ke?

Maka nya, beringat lah. Hari ini anda gembira. Dibuai mimpi-mimpi indah. Janji-janji manis ditabur-tabur sampai anda lupa nak beza kan, ini janji kah, atau cakap-cakap kosong? Omong-omongan bak kata orang Indonesia. Hati orang kita tak boleh nak scan. Keikhlasan orang tak boleh diukur walau se-inchi. Se-sentimeter pon jangan harap.

Yang penting diri kita sendiri. Biarlah orang tak ikhlas, jangan kau pulak sendiri tak ikhlas. Macam kata pepatah mana yang aku lupa, buat baik dibalas baik, buat jahat, padan muka sendiri. Kira-kira begitu lah norma kehidupan. Tapi jangan marah pulak bila kita dah buat baik, tapi tetap dibalas jahat. Namun! (eh tiba-tiba) kalau dah lama-lama, pasti anda akan lihat sendiri keajaiban nya kalau selalu membuat kebaikan. Kalau tak di dunia, nanti di akhirat tersenyum lah kamu. Kan itu lagi bahagia. J

Oho! Kenapa mesti aku cakap-cakap pasal gembira, sedih, baik, jahat.. bla.. bla.. bla.. Lately, is my tough week, hari-hari muram, suram tapi honestly aku tak pandai tunjuk kesedihan. Kat office aku gelak macam biasa. Semua nampak normal, tapi dalam? Oh! Aku aje lah yang tahu, korang tahu apa kan?

Mungkin ini ujian. Tuhan dah tetap kan, Hamizah! Harini (minggu-minggu dulu) kau gembira-lah, enjoy-enjoy, bergembira-lah. Esok (minggu-minggu ini) kau bersedih-lah. Then, apa aku boleh cakap? Kena lah terima takdir-Nya. Mungkin juga ini ujian untuk pelupa macam aku. Sebab aku sendiri lupa, di mana ada kegembiraan, di situ juga boleh terbit kesedihan. Aku lupa! Totally. That's why I'm not prepared myself for this situation. Nah! Hamik kau! Rasain. Salah sendiri kenapa jadi manusia pelupa. Deym.

Honestly, this is my pray for what is happening now. Sekarang bila doa dah termakbul, kenapa aku nak sedih sangat? Masuk bakul keluar bakul balik la kau.

Newer Posts Older Posts Home