Monday, August 31, 2009

Merdeka day, together with my Bonda Birthday...

Hari ni nampaknya mendung grey lagi. Dah dua hari masuk hari ni yang ketiga aku rasa Malaysia mendung je. Erkk.. aku main hentam je satu Malaysia, padahal forecast weather tu takde la pulak aku tengok kat negeri-negeri lain apa khabar. Aku just merumuskan je, lagi pun Malaysia ni kan kecik ajee.. [read:pelat kanak2 3 tahun bukan 4 tahun]. Yang aku peliknya, time aku cuti-cuti baru la nak mendung, tapi bila time aku kena jalan kaki 1.5 km pergi kelas, dia tak mau mendung lak ,panasnya sampai sun-burn kulit aku yang cantik ni. Dah sekarang muka dgn tangan macam orang lain-lain punya. T_T

Aku nak try mengarang panjang-panjang kali ni. Tapi tak tau la menjadi ke tidak. Walhal, aku ada karangan research paper EAP [nama panjang:English for Academic Purpose] yang kena karang 15 pages dgn FYP [nama panjang:Final Year Project] yang sama lebih kurang dan sangat lah penting sebab terkandung dlm pointer nanti tapi aku still sibuk nak karang post neh. Sungguh begitu tak sedar diri.. huh..

Before aku tidur semalam, aku kononnya dah taip entri khas edisi Merdeka Day. Ermm.. tapi aku macam tak jadi nak post pasal nya aku ada conflict dalaman. Tetiba aku taip terkeluar english poyo plak. Padahal orang tgh sibuk Merdeka Merdekaa.. yelah, makna merdeka kan bebas dari penjajah, dah tu buat apanya la aku sibuk pakai bahasa penjajah masa orang tgh bangga dengan Malay-sia.. T_T sungguh pelik jiwa aku ini.

Hari ni Merdeka Day ya kawan-kawan. Ketika entri ini ditulis, jam belum lagi pukul dua belas, tapi time aku post tgk-tgk dah masuk 1 September. Punya la lama aku mengarang. (padahal, aku pergi lari tiru esaimen kat asmah then baru aku post menda ni). Takpe la, belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka. Sempena merdeka ni, yok la kita kenang-kenangkan perjuangan parajurit dan warrior2 terdahulu. Jgn tak tgk citer-citer kemerdekaan, kang tak tgk macam mana nak hayati perjuangan mereka. Tak gitu? Even kita dah bebas dari penjajah, cuba anda fikir, adakah kita 100% bebas dari penjajah. Jiwa kita, pemikiran kita dan negara kita. Benar-benar Malaysia kah kita? Jom kita sama-sama fikir sambil-sambil aku makan ayam KFC lebihan buka tadi.. ermm..sedap pulak..

Jujurnya, aku bukanlah seorang yg berjiwa patriotik. Last aku betul-betul meraikan Hari Kemerdekaan aku rasa masa aku form 4. Itu pun sebab sibuk berlawan-lawan nak menang "kelas patriotik". Decorate macam-macam. Penat lelah mengalahkan penat belajar. Buat ni semua punya la semangat, cuba kalau belajar semangat macam ni.. comfirm aku dah 'fly' sekarang..takde dah kat UIA neh.. *berangan*. Dipendekkan cerita, kami menang!. Tak cukup dgn itu, masuk pula koir kemerdekaan. Memang semangat! tapi dapat no. 2 je. Tapi kami tetap bangga.. kerana berani masuk bertanding walau sekejap sangat kami praktis.. 4e4, korang mmg the best! tetiba aku emo kalau bab teringat sekolah-sekolah..wuwu..

Lepas zaman sekolah, terus.. sambutan kemerdekaan aku pandang enteng. Pergi tgk orang berarak memang kirim salam sajalah. Nak tgk kat tv..ermm.. rasa nak terlelap, terus tukar channel lain.. Dan sekarang, langsung la tak buka dah. Sebabnya sekarang bulan puasa, bangun lewat, buka-buka tgk dah abis! So, aku pun tak tau bulan puasa kali ni ada juga tak perarakan tu?

Tak kesah la, tgk ke tak orang berarak beria tak bermakna kita tak menghargai kemerdekaan. Lagipun sambutan hari merdeka sekarang makin entah pape. Buat konsert.. gather ramai-ramai just nak tunggu pukul 12.. then melaung-laung.. lepastu.. faham-faham la.. (aku tak kata semua macam tu, segelintir masyarakat kita memang hakikatnya begitu) Merdeka apakah itu? Baik la kiranya ko baca Yaasin ke, solat hajat ke kan.. yang Non-Muslim tu, pergila berdoa-doa kat kuil ke church korang kan.. baru la berkat kemerdekaan tu kekal lama. Nak ke dijajah semula? hah.. jawab.. jawab.. .

Sempena Merdeka ni, mak aku sambut Besday dia. wahh.. anak merdeka! Tapi mak aku veteran sket dari Malaysia. Tua dua tahun.. Tadi kawan anak kawan mak aku semangat gila call nak ucap Happy Birthday, pastu dia tak caya mak aku dah 54, nampak cam 45.. perghh.. awet muda kak chah (nama gleme mak aku) ni.. hehe..

Mak aku emo ape entah harini. Sampaikan aku belum sempat nak wish besday dia, dia dah cakap "anak-anak tak peduli pun kat mak, tak yah la wish besday".. waaaaaaaaa.. aku nak wish, tapi aku mmg spisis malu nak wish direct-direct. apasal entah. huhu.. Tapi aku tahu, mak aku bukan tuju kat aku pun, mungkin kat [sensored].. huu.. Kalau mak aku boleh baca blog aku ni, mesti dia touching kan.. sebab aku memang beria-ria nak wish and sambut birthday dia..

[mak, dengar la ni..]
Bonda.. Selamat Hari Lahir.. sweet 54~ =)
Thanks for being a really lovely mother,
you are funny but yet still can be sooo fierce.. [takot!]
sorry for my uncontrolled behavior which sumtimes makes you sad..
You are the best, I always wanted to be like you..
I really love you with all my heart..
yes I do! =]

Mmmuah! [hug]

Buka tadi memang banyak gila la makan! hoho.. we had spagetti calbonara, kfc, big apple, air laici, air tebu (erhhh.. dah masam), chicken pie, blueberry pie, sup tulang, anddd... kek ice-cream!
burpppppl~!! ehe, itu pun masa time nak masak petang, mak dah majuk sebab nampak cam gaya dia kene masak.. padahal kitorang tak suruh masak pun.. hik2.. Yang paling nak tergelaknya, kak ana belikan bunga as requested by ayah utk pwezen mak, masa nak bagi tu, mak leh kata "amik kat depan ke?" (merujuk pada bunga tu sebab ada sebijik lagi satu kat depan, cumanya colour dia lain) hehe.. slumber tol mak kata gitu.. =P

Tadi masa nak balik uia, berat je hati nak tinggalkan mak. Haih.. tapi apakan daya. Yang aku peliknya, bila aku dekat dgn mak, mula la cepat je nak bergaduh dgn mak, tapi bila jauh.. macam sekarang ni.. baru jauh kat gombak, aku dah mula rindu kat mak.. wahh...cepatlah hujung minggu, anaknda nak balikkkkkk... Ish, nanti macam mana kalau nak fly jauh-jauh.. bawa mak sekali la jawapnya.. huhu..

dis is when my first day to see the world! yah.. i'm really cute.. I know..

omak gue!

[yok, bersajak pulak]
===================================
Bonda,
Satu nya kasih tak pernah berkira,
Dikau penat, namun apakah jemu dikau tak mengerti,
Kesabaran hati mu adalah yang terhebat di lantai duniaku,

Bonda,
Tiada kata boleh menandingi pengorbananmu,
Tiada perumpaan boleh disamakan dgn kebaikanmu,
Tiada rasa mampu mengambarkan ikhlasnya kasih sayangmu.

Bonda,
Bonda,
Bonda..
==================================

p.s. : Al-Fatihah buat Ayahnda Wan Faziati yang pergi buat selamanya..
p.s.s. : Tak dpt bayangkan hidup tanpa mak.

Saturday, August 29, 2009

Langgar Lari, mana moral anda?!!

Seharian aku melepak dalam bilik je. Ingat nak balik rumah awal sket, tapi adik kata dia ade appointment ngan doktor petang-petang sket. So decide nak balik lepas berbuka nanti.

Punya la happy nak balik. Beli makan buka pon sket je, bajet nak sambung makan kat umah la nanti. Siap solat magrib, ngaji sket.. siap-siap la berangkat pulang.

Masa aku sampai kat kereta kecil ku, nampak macam semacam je style kilat-kilat dia. Dalam hati dah rasa macam nampak kemik tapi bila tengok dekat-dekat takde ape plak. Tengok kat dalam gelap pepaham je la. hoho..

Then, bila nak bukak pintu kat bahagian driver tu, tengok-tengok pintu macam stuck tak leh bukak lapang. Urghhhh! sah la kemik kat tepi tu. Ngeksssss~ aku dah start hangin. Sape pulak la yang tak bertanggungjawap nehhhh.

Wahai manusia yang melanggar atau terlanggar kete ku yang tak bersalah.. Ko kalo dah langgor pon kasik tau laaa..tinggal kan notes ke ape kan, senang aku nak deal.. kalo takde duet nak bayar pon, kalo ko cakap sorry ke boleh la gak aku bertimbang rasa, ni kan bulan pose..mungkin aku boleh bersabar lebih.. Ni men langgar lari jek. Ape ke la b*** nye, kete aku elok sopan je dalam petak parking tu, tak kaco kete sesape pon... huuuuu! bengang..

Tak tau la nak kata bila or hari apa kene langgar, pasal nye hari last aku berjumpa dgn kete ku hari Isnin. Then, hari-hari len die tersadai je kat parking. Hari ni baru la aku pergi tengok kete yang ayah aku pinjamkan tu. Punya la cun aku parking siap masuk montot dlu, viper pon aku siap angkat [selalu aku tak angkat pon]. Sekali malang tak berbau daaa...

Lepas je ayah aku balik terawikh, aku bagitau kat die kete kemik.. tgh dok happy-happy men dgn cucu ttbe die terus je bad mood.. waaa... =(




p.s. : hari ni anda buat orang, besuk mungkin orang buat anda pulak.. tuhan kan Maha Adil..

Thursday, August 27, 2009

Hang Tuah pon amek SPM~!!

Nasib baik la ada kesedaran si Hang Tuah ni nak amek SPM [sijil pelajaran malaysia], tapi kesian plak dia fail.. hehe...

Semalam kitorang (aku, papud, asmah, rash ngan usna) reramai tgk video ni kat student loundge Asma. Memang bikin kecoh la kat ctu kitorang tergelak-gelak sebab tgk video neh. Hadehh.. sape lah yang kretif naa buat alih suara kat citer neh.. giler tol..
Publish Post

[credit to Asmah for this video]



p.s. : gelak-gelak jugak, Qur'an jgn tinggal k.. Selamat BerRamadhan~ =)

p.s.s. : Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, dia dtg kan petir dan kilat,
kemudian kita tertanya2 kemana hilangnya malatahari,
rupa-rupanya ALLAH berikan kita pelangi selepas hujan pergi.

Tuesday, August 25, 2009

Insiden seram di UIA !

oh-oh-oh.. what happen?!!

Malam ni aku nak bersenang-lenang je, bak kate orang merehatkan otak. Penat gak. Baru je baik demam dah kena berasak kan kepala aku ngan esaimen la, projek la, bazar la, bla.. bla.. Ehe, padahal baru 2 malam busy ngan akademik tapi aku dah rasa letih sangat. Hu~

Alhamdulillah, demam haritu bukan lah jangkitan H*N*, urghh~! aku tak mau sebut nama dia apa. Mak aku pon da bising cakap sangat bawak balik virus tu kat umah dia. hehe~ Seramm.. nama je pon gue dah takot, kalo ter-kena! hah.. nauzubillah.. sangat lah bersyukur, aritu demam biasa. Kali ni demam aku tu cam pelik, asyik nak buang air je keje nye. Dah la tak larat nak bangun, tapi kena paksa gak p toilet. kang.. de plak insiden yang sama level ngan dak dajah satu.

Ermm.. pasai insiden-insiden kat UIA neh.. Membe aku Yus dah list kan kat dlm blog die tu, ehe Yus.. aku nak citer gak mende neh, tak kira!

Kebanyakkan kejadian semua berlaku dalam 2 minggu lepas sehingga minggu ini.
Kematian akibat H1N1

Ermm.. ni aku tak berapa nak nak pasti sahih ke tak. Tapi khabarnya seorang student meninggal akibat H1N1. Tu pon masa pi jumpa lecturer and dia kata diorang dapat email pasal berita tu. huu.. Tapi kenapa UIA still tak tutup, aku pon heran kenapa?? [bagus gak tak tutup..huhu.. cuti raya tak kena cut!]

Penunggang motosikal jatuh kat gaung tepi bangunan Engine.

Dikatakan penunggang ni muncul dari arah simpang klinik then nak cross balik mahallah perempuan. [dia menentang arus]. Dijadikan citer, dia tak pakai helmet and nak mengelak dari kena tahan ngan pak guard, takot kena saman, tapi entah macam mana terbabas jatuh kat gaung tu. Orang kata dia koma sekarang. Doakan lah dia selamat.

Kereta kancil masuk sungai tepi CAC.

Aku baru balik dari main bowling, dah lewat time tu dalam kol 12 lebeh. Masuk je pagar and lalu kat area depan CAC tu banyak plak orang dok bertenggek macam tgk show. Ingat ada show ke demostrasi nak anta memorandum ape lak. So, dgn busybody nya aku and the geng turun and join the show. Tengok-tengok rupanya ada kete masuk dalam sungai!!
Dikatakan, pemandu [2 org sister] tgh belajar bawak kereta kat tepi cac tu. Tapi entah macam mana terlajak and sempat berenti kat lereng bukit tu [tepi sungai]. Dorang pon selamat dah kua dari kete before kete tu menjunam masuk sungai lepas hujan turun. Agaknya licin ke entah cemana, kete tu melurut masuk sungai. [gila ringan la si kancil ni haa]. Tapi what become worst was kete tu kete sewa. huu.. kesian sisters tu..

kancil tgh dinaikkan.

banyak la mamarazzi and paparazzi ketika kejadian..

keadaan after...


Kereta terbakar

Aku tak ingat macam mana leh dapat tau pasal kereta neh. sebab masa tu aku dah balik rumah. Maybe terbaca kat facebook papud gak kot.
Dikatakan kereta milik warganegara Malaysia, bukan foreigner. Kereta jenis Nissan ape ntah. Pattern lama2 tu. Macam mana terbakar, aku tak tau. ehe. Tapi bangkai hangit dia ade lagi tersadai kat depan entrance 2 UIA, tepi KAED. Memang tragis! Teringin nak snap gambar, tapi bila lalu mesti tak bawak kamera.

Ada eksiden motor kat depan simpang pasar malam [area kete tebakar gak tu!]

Ni aku baca kat blog yus! baru gak tau neh.. Siap ada ambulance lagi datang. huu....
Kenapalah makin diwajipkan pakai helmet, makin banyak lak accident..?? *pelik*

Student lemas dalam swimming pool

Ini paling tragiss! huu.. mula aku ingatkan status kat YM ubi tu ape lah kan die suh baca Al-Fatihah siap berhyper-link lagi. Then, bila aku klik link die tu rupanya news pasal student UIA lemas kat kolam renang kat male sport complex.
Dikatakan, arwah dan 3 lagi rakan pergi curi-curi masuk kolam lepas men futsal pagi tu. And kesemuanya pun bukan good swimmer. Ada andaian yang mengatakan yang arwah masuk kat tempat yg tinggi 2.3m, then tak leh berenang, kawan-kawan die cuba selamatkan tapi gagal sebab dorang pon tak leh berenang. Mayat ditemui jam 3 pagi. [menurut NST]. Sedihnya hilang sebutir permata. Innalillah wainnailaihirojiun... Al-Fatihah..


.RENUNGAN.

hermmm.. bila macam-macam berlaku ni, mula la kepala aku berfikir apa la agaknya alamat or petanda banyak musibah berlaku kat dalam UIA sejak-sejak neh. Adakah semua ni kebetulan atau alamat dari tuhan... fikir-fikir kan lah...

"Ya ALLAH, selamatkan la bumi uia.. jauhkan persekitaran nya, warga nya, akidah nya dari bala bencana, musibah dan kesesatan.. lindungilah kami dengan cahaya Nur petunjuk dari-Mu serta limpahilah kami dengan kasih sayang-Mu. Aminn.."
.
.
.

p.s. : aku nak upload gambo, tapi berejam tunggu! huu.. marah tol dgn blogger..
p.s.s. : 2 hari demam, turun 2 kg!

Monday, August 24, 2009

shawl tercantek di UIA !

haha.. title kasik nak gempak je.. padahal aku ade tiga empat bijik je gambo yang boleh di paste kat sini buat tatapan ko cek shepaaa.. Tapi kalo Melotelo nak gak, boleh bagitau apa shawl kegemaran anda. Nanti next time aku p tangkap gambo lagi kat stall2 kt situ Yang ada gambo ni pon sebab kebetulan membe aku lalu, aku pinjam henpon berkamera dia. Al-maklom la henpon aku die tak paham dah, function kamera tu ape.. [rosak le maknenye tu].

Aku nengok ada banyak gak choice shawl tadi. Arge dlm 10-20 jek. 5 hengget tak dapat la kan.. haha.. tak untung pakcik tu kang. Pastu yang macam dlm art-scraf tu ade gak aku nengok tadi, tapi sorry! tak dan nak snap la yang, sebab membe aku lom ditakdirkan lalu kat depan aku time tuh. Mungkin ari kames aku pegi usha2 lagi and snap-snap yang aku rasa cun. Kang aku bawak la digi-cam yang bapak aku pinjamkan tu..

Tapi aku rasakan, better ko datang senirik tgk sheepa oiii. Best oOo.. skang tengah bukak bazar raya. Aku tanye macik tu tadi, die kata sampai seminggu before raya, tapi kitorang dlm 10 aribulan dan berangkat balikk sbb break. Weekend tak silap aku ade je bukak, takpe.. nanti aku confirmkan lagi sekalik. Since ko JAUH gle nak dtg dari KG. BARU ke GOMBAK kan.. haha.. [padahal 15 menet jek.. uhh!]

Ni je la antara corak2 industan atas permintaan ko. Err.. tak tau ah kene ke tak taste ko.. cekidout!




Material die lembut2 cam silk2 sket. Tapi bkn silk pon.. hoho..

aku tak sempat bukak pon tadik pasal owner kedai mane ntah siap tinggal notice die kua jap. haha. Tapi, aku baru pasan, len beno ngan style cecorak yg ni dgn kat dlm gambo yg ko nak tuhh.. haihh.. tapi yg pasti tadi aku tgk2 mmg takde sebijik serupa cam ko nk tu. Mmg rare abeh ah tu.. susah mau carikk.. huk2..


Emm k la.. pape nanti aku updet lagi~ daaa..

p.s. : hah, sesape nak shawl meh ckp pattern pe kowang nakk.. =)

Sunday, August 23, 2009

Gurindam Mamat!

Ada seorang mamat,
Dia orang melayu tapi tak paham bahasa,
Cakap seratus kali dia tak paham,
Kalau cakap sejuta kali lagi la dia tak paham.

Ada seorang mamat,
Dia nama je sekolah tinggi-tinggi,
Masuk sekolah bertitle Agama,
Tapi kenapa bab agama dia macam tak reti?

Ada seorang mamat,
Perempuan tu ingat dia dah berubah,
Baru nak bagi hatinya semula,
Tapi rupa-rupanya makna berubah pun dia lost!

Ada seorang mamat,
Bagi dia peluk cium tu perkara biasa,
Dah sangap sangat nak berbini agaknya,
Tapi nak kahwin pun tak layak lagi.

Ada seorang mamat,
Perangai memang sangat la pelik,
Si perempuan cuba untuk memahami,
Dah tak boleh tahan, sekarang dia say Goodbye je.

Ada seorang mamat,
Mulut selalu manis kata sayang la rindu la,
Cakap dlm sms boleh la bhai,
Nak harap sebut direct, kirim salam je la.

Ada seorang mamat,
Mamat yang paling merbahaya,
Pergi nyah kau dari bumi ni,
Dah tak sudi menerima kau lagi.
.
.
.

p.s. : ditujukan khas buat Mamat. Mamat yang mana? haa.. itu yang kita tak tau. sekian.

Laser Tube Cutting~ best woo..

Hoho~ since sekarang bulan Ramadhan, kita umah Islam kena la tgk benda yang baik-baik je. Hee.. Tadi aku dok browse2 pasal Metal Cutting. Besok nak kena propose tajuk untuk presentation kelas Metal Cutting. Dok belek-belek kat google tu, sekali jumpa lak video neh.

Macam interesting gak pasal laser cutting ni. Dia gerak smooth je, pastu pattern yang dihasilkan pon smooth je. Ermm... Tapi aku still tak tau nak sedap kan tajuk apa nak propose kat depan sir. Huhu.. Sir.. help me!
Ok.. korang tgk la ni yeh!



p.s. : Alhamdulillah, demam dah kebah. Thanks ALLAH.

Saturday, August 22, 2009

Jawap tag Nahar~

Tagged from Nahar~

1. Bekas kekasih saya adalah :

== emm, yg tahun lepas ke yang tahun ni?

2. Saya sedang mendengar :

== kipas berputar.

3. Mungkin saya patut:

== bangun.tapi saya tak mampu.badan masih demam. =(

4. Saya suka :

== bila ada kegembiraan di situ.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

== yang berada di sisi kala hati berlabuh hening. [cewahhh..]

6.Saya tak paham :

== kenapa tudung kadang-kala menjadi permainan. Mudah dipakai, mudah ditinggalkan. [bagi yg memang bertudung]

7. Saya kehilangan:

== kepercayaan kepada si H****

8. Ramai yang berkata :

== Entah. [dorang cakap ape? tak leh nak keep track.. aduii]

9. Makna nama saya :

== Hamizah bermakna gembira. [gembirakah aku?]

10. Cinta itu adalah :

== kasih suci.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

== bersabung nyawa demi sesuap nasi. tapi di sini....?

12. Saya akan cuba :

== membuang yang keruh, ambil yang jernih..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

== tiada akhirnya.

14. Telefon bimbit saya :

== 5300 Nokia. [carving for a new one..sbb yang ni dah takde bunyi.. huk2]

15. Bila saya terjaga dari tidur :

== biasanya saya akan 'snooze' alarm tambah 10 minit lagi. hee..

16. Saya paling meluat apabila :

== orang suka complain itu ini. Diri sendiri cukup perfect kah?

17. Pesta/Parti adalah :

== buang duit. Baik kenduri kan Nahar kan?

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

== anak kucing.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

== awal remaja. 16-17 tahun.

20. Hari ini :

== saya masih belum sihat. Aku bersyukur kerana sakit itu penghapus dosa. InsyALLAH.

21. Malam ini saya akan :

== ketinggalan bertarawikh lagi.. =(

22. Esok pula saya akan :

== balik UIA semula.

23. Saya betul-betul inginkan :

== seseorang yang memahami.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

== saya memang kelihatan tidak sihat..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

== Shopping mall. Arked bising sangat!

26. Makanan Barat atau Jepun :

== dua-dua.

27. Bilik yang terang atau gelap:

== Jika terang, terang sepenuhnya. Dan jika gelap, biarkan gelap segelap-gelapnya.

28. Makanan segera adalah :

== yang membotakkan kepala!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

== ok.

30.Siapa yang anda mahu Tag?

== anda yang sedang membaca. (@_@)"

Thursday, August 20, 2009

Sakit itu Penghapus Dosa.

Title nampaknya tak leh 'bla'.. macam nak cerita serius tapi jangan harapla, sebab aku tgh pening-pening lalat nak fikir ayat-ayat bombastik yang agak poyo dan serius. Biasalah, bila rasa macam tak berapa sihat, mula la kepala aku berat je nak berfikir. Owh.. no.. no..

Sejak semalam dah rasa kurang sihat. Mungkin itu petanda ALLAH sayang kan aku. Urghh.. sejak dua menjak ni hidup aku macam tunggang-langgang. Macam-macam perkara yang tak sepatutnya dibuat aku buat. Apa nak jadi la.. Ya ALLAH, hamba-Mu ini mula berasa amat berdosa. Terlalu banyak dosa ini.. Astagfirullahalazim..

Jadi.. sempena nak menyambut bulan yang mulia ni, sama-samalah kita mula mendekatkan diri kepada-Nya. Walau tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, tapi kalau dosa yang dibuat tak pernah berkurangan.. lama-lama yang kecil menjadi besar, yang lapuk menjadi beban. Amat takut jika tiada lagi pengampunan, atau tak sempat memohon pengampunan.

Selamat BerRamadhan kalian~
Jangan ponteng puasa tau..
Terawikh jangan tinggal..
Al-Quran jadikan teman..

p.s. : banyak azam baru aku sempena Ramadhan kali ni. Harap-harap jangan sekerat jalan.

Tuesday, August 18, 2009

Banyak Nak Story! Tapi aku malas.. adehh..

hoho.. banyak gila nak update kat sini.

1. pasal jatuh-jatuh time main ice-skating dengan classmates. -best giler! tapi penat..
2. pasal tournament bowling MME.. -mungkin lambat sket, sbb kalah teruk! haha
3. pasal sebijik kancil masuk parit@sungai UIA! -owh! ini paling dasyat yang pernah berlaku!
4. pasal gathering SKDABB kat Alamanda.. -mati kekenyangan masa neh! haha
5. pasal BBQ MME kat Collisium. [tak reti nak eja! ahahah] -tak berapa ada mood time bbq~

ermmm.. tu je kot!
tapi entah bila la kan. Nak upload gambar dari GPCL ni dah la macam hampeh!
penat-penat tunggu last-last tak boleh pon! owhh.. keciweee..

p.s. : dear friend, I'm really glad that u were there when I really need. I hope that our friendship never die. Thanks. Luv you!

Sunday, August 16, 2009

H1N1 song!

haha.. very goooood song..
thumbs up for those who create this song.. (@_@)"



p.s. : thanks wawa, for sending this vid.. hihi~

Saturday, August 08, 2009

Rahman&Najwa Wedding.

Selamat Pengantin Baru Rahman and Najwa!!

owh.. owh.. owh..

their marriage is really unexpected,
but that's the faith that has written for them..

Eventho, aku agak lewat tau and Melor keep dis secret from me,
[semua salah Melor, haha] which is pada mula nya aku agak bengang,
tp lelame aku terima je la.. tu pon bila Melor kata,
"ala Mek, die kan inesen" so, Maap kan je la..
then, aku mintak special wedding card just utk aku sebagai ganti rugi.. [muka tak malu]

Well,
Jodoh di tangan tuhan..
tahniah for both of you..

For Rahman,
wife ko sweet giler.. comel.. InsyALLAH besok aku sampai kenuri korang.. aku still tak pecaya ko leh decide nak kawen AWAL gilerr.. hehehe..
and jgn lupa introduce kat aku ok!

For Najwa,
it is a gift that you belongs to rahman, dia sangat nice and gentlemen,
kalo tak cemana korang leh kawen cepat kan.. (^_^)"
and jgn lupa train si Man tu sebut 'r' betol2.. kang jangkit kat anak kowang.. =p

For Both of you,
cepat2 dpt baby! and mengikut jejak Ilmam&KakIbah.. hihi~

[photos besok la baru ada kan, so tungguuuuuuu..]

Friday, August 07, 2009

cerita bla-bla-bla...

Wah.. sudah lama saya tidak menaip update apa-apa..
jadi malam ni teringin rasanya mem'flash-back' apakah yang berlaku sepanjang minggu-minggu lepas..

1. Kulliyyah of Engineering sedang (tp tatkala post ini ditulis, event ni dah tamat) mengadakan ESC (Engineering Sport Carnival) dan pelbagai sports yg dipertandingkan, antaranya NETBALL, FUTSAL, VOLLEYBALL, BASKET BALL, HANDBALL dan lain-lain.

Dan saya? saya menyertai VOLLEYBALL! since saya dulu player sekolah, jadi saya harus participate bagi mewakili department saya (padahal lin yang bersusah-payah tuliskan nama utk saya) Saya main untuk MME (Manufacturing&Material Eng.). Permainan sangat sengit, dan alhamdulillah kami di tempat yang terakhir. Tapi kali ni kami kalah bermaruah. Kami kalah, tapi hati tetap berasa gembira! [kami kan main untuk gembira!]. Bak kata kawan-kawan, MME kalah permainan, tapi menang semangat.

YA.. betul! kami menyokong antara satu sama lain. Walau kalah, kami tak ada perasaan benci selepas permainan. Memang cool la.. =P

2. Saya dapat tau, ibu saya demam selepas pulang bercuti di SULAWESI. [sila google di mana, hehe]. Saya amat risau, tapi masih belum sempat mahu pulang menjenguk ibu. Saya tiba-tiba teringat zaman ketika saya kecil, jika saya yang demam, pasti ibu tidak tidur malam, menjaga. Hati mula rasa tak keruan. Jadi hati meronta-ronta mahu pulang. Saya risau. Doakan ibu ku jauh dari penyakit merbahaya itu...[tak mahu sebut!] Besuk saya MESTI pulang.

3. Keadaan saya dan kawan baik saya semakin tegang. Saya tak tahu mahu membuat apa. Saya mahu berbaik. Tapi adakah peluang untuk saya berbaik?

4. DIGI CAMPUS saya akhirnya susah boleh digunakan. Dan sekarang saya sedang melayari internet dgn menggunakan simkad ini. Sangat mudah. Hanya sambungkan pada handphone ber'GPRS dan connect pada pc kesayangan anda. Caj bulanan hanya RM30. Dan tiada caj tersembunyi! dan tidak perlu membeli modem yang mahal. Speed juga sangat laju, dan mungkin juga mengikut faktor kawasan. Saya bersyukur kawasan UIA sangat memuaskan hati. Speed di sini 480 Kbps (laju atau tidak?saya pun tidak tahu mengklasifikasikan). [saya promote!] Idris, tak jadilah saya meminjam Broadband anda. [saya tak mampu membayar sebenarnya, hehe]

5. Si dia datang memujuk kembali. Tapi hati saya? entah ke mana. Apa yang harus saya lakukan?

6. Minggu yang lalu, saya tidak dapat hadir ke kenduri kahwin kawan saya. Tahniah ASILAH. Sorry tak dapat datang. Ada misunderstanding dgn abg saya, Salih. Hujung minggu ini, Rahman pula kahwin. Wahh.. saya mula stress, kawan-kawan ramai dah kahwin.

7. Kelas menjahit saya sudah bermula. Saya sangat excited. Sudah membeli kain yang cantik. Ingatkan tiada baju raya tahun ini, tapi rupanya saya akan menjahit baju raya sendiri!. Double la excited saya.. yey!

8. Kawan saya Husniyyah (enya) mahu mencari bakal talent untuk agensi modelling nya. Siapa yang berminat sila hubungan beliau di sini. Ahad ini (9/8/09) akan diadakan photoshoot. Cepat-cepat, jangan lepaskan peluand keemasan. [saya tolong promotekan saja..teringin juga mahu join, tapi tunggu kurus dulu lah..hehe]

9. Saya berasa sangat gembira sejak akhir-akhir ini. Nampaknya saya telah menambah rakan baru. huii Shepa! *aku up kan nama ko di sini!!* Dia kawan Melor, dan Melor kawan saya. Jadi automatik kami tiba-tiba berkawan. sebab apa? rahsia! .hehe.

10. Owh.. pelajaran saya semakin hari semakin susah. Saya sangat takut! Saya mahu target 4.0. boleh kah? Saya tak suka membaca, tp saya suka mengira. Dan sekarang saya telah BIAS dgn pelajaran berunsur bacaan, saya lebihkan pelajaran berunsur pengiraan. Kemudian saya sendiri berasa tidak selamat! waaaaaaaa...

11. Saya dapat kek tadi. Mira bagi on behalf of Epy. HAPPY BESDAY EPY!! terharu betul dapat kek ni! Tapi maafkan saya kerna kemungkinan tidak dpt menghabiskan. Saya sedang berdiet! dan roomate saya sudah gosok gigi. [saya rasa bersalah!]

12. Saya sudah mula berdiet! yey.. tapi nampaknya saya asyik terbayang-bayang mahu makan itu dan ini. Aduh.. macam mana ni? Kolej saya sudah tukar tender. Catering dari Kolej Faruq berpindah ke sini. Makanan agak menarik dan MURAH. Saya suka makan ikan ala fish n chip tu. Sedap giler. Jadi saya risau diet saya! owh.. saya harus berjogging selalu..!

13. Saya dah ada running shoe yang baru. Cap POWER je. Ingat mahu mengirim REEBOK dari Melor. Tapi tunggu dulu, duit sedang meruncing. hehe.

14. Saya sedang servey handphone. Hati sudah meronta-ronta mahu membeli yang baru. Yang lama sudah mendukacitakan. Tunggu duit elaun praktikal masuk, saya pasti sambar yg itu. Tapi masih berkira-kira. Adakah saya patut membeli yang baru? Saya mahu KAMERA sebenarnya, (-_-)" Apa cadangan anda, handphone canggih berkamera tip-top, function bagus, ada 3g, tapi harga RM400 ke bawah? anyone?

15. Oklah.. saya mahu tidur dulu. Sungguh banyak saya taip rupanya. hehe..~ GUDNITE semua.

Saturday, August 01, 2009

DiGi Campus.. help me!

Sudah 3 pagi!! Tapi aku.. kenapa aku still meniarap depan laptop lagi..??
Semua yang aku buat nampaknya tak menjadi. Tadi dok karang-karang post baru pasal Bestfriend, tetiba terbantut. Takde idea. Then, makan masa yang lama buat header baru. Ehe.. Saje tukar lagi.. Sebabnya..

1. aku macam malu nak tgk sendiri gamba besar diri sendiri!
2. aku macam terlebih MENCAPUP (mencari-publisiti-murahan)
3. aku macam syok sendiri.
4. huh.. ok2.. cukup!

So, aku pun decide utk tukar gambar yang lama seperti ini..

kepada yang ini..


hehe.. ok kan..? aku rasa lebih CALM kalau macam ni.
Tetiba jadi peminat burung daa~ Takpela, tu je gambar menarik yang aku jumpa. Nak cari-cari lagi dah malas, kang tak siap-siap. Misi aku adalah : mesti siap masa aku kat rumah. (nak mention yang weekend ni aku di rumah!!!!!) sebab kat UIA takde wireless dlm bilik dah =( [sedeh] agak terhad nak edit-edit blog kalau kat hostel. Dan.. akhirnya siap! boleh la nie. So tunggu je la, komen dari DSS.. [sebab die selalu kondem aku! hahahaha..]

Next task is.. aku nak try guna DIGI CAMPUS. Aku dah beli prepaid dia masa pergi Jusco Setiwangsa kemarin masa teman Amuk beli kasut. RM10 dpt RM10 airtime. ok la tu kan..? Sebab aku beli..

1. Ada internet edge yang limit RM30 sebulan, after RM30 free utk the whole month.
2. M-U-R-A-H !
3. saje nak cukup kan 3 jenis telco. maxis-celcom-digi.. (^^,)"
4. tersinggah plak kedai DiGi masa pergi JJ (padahal aku yang heret Amuk masuk sekali)..
5. special for student [yg ada student card la]
6. ermm... "pe lg ekk.."

Tadi aku try la pakai kat laptop aku internet dia. And the result is so frustrated! huuh.. aku give-up dah nak setting macam mana. Dah download PC suite NOKIA yang baru tapi still tak paham kat mana yang slack! oh.. oh.. Somebody plz help me.. Nak tanya pa'an, aku macam dah segan. Lately asyik tanya tu-ini-tu-ini je ngan dia. lalala~ so?
Nanti la aku CUBA-JAYA lagi!

Ermm.. [ngantuk gila dah]

GUDNITE! =Z

p.s. : macam mana nak puaskan hati semua orang?
Newer Posts Older Posts Home