Wednesday, July 29, 2009

He always be so adorable!

Haha, when I was searching for a nice photo to be uploaded in here, I suddenly opened up these photos of my cute nephew.. see.. Perhatikan aksinya, anda pasti tersenyum.. =)




Mak kata Ashraf dah pandai merangkak ala-PLKN dgn kadar yang paling laju sekarang!
Pastu kepala dia dah botak.. waaaaa... tak sabar nak blk rumah nak tgk dia.. huhu~

Ceritera...

Dua malam aku mencanak di student loundge kolej Asma', tapi baru malam ni dapat masuk blogger.com.. [geram giler!!!] Itu belum lagi dikira malam-malam yang aku lepak di luar bilik dan menjadi hidangan lazat para nyamuk yang kelaparan.. haih, tak paham la dgn internet 'free' UIA ni. Apa dah jadi..? So, dapat masuk malam ni pun dah kira bersyukur..

Banyak gila cerita nak 'hupdet' kat sini... Kat mana nak mula kan yehh.. Come on idea! come on, come on!

Emm, aku fikir aku upload gambar je lah kali ni.. Malas nak mengarang.. (*_*)"





Ehee.. congrats kak suraya!

Thursday, July 23, 2009

Pecah.. tiada rezki..

Harini rasa macam syahdu je. Tak tau kenapa. Makan steamboat sakan pon still tak rasa macam seronok. (padahal kenyang tahap ular sawa dah tadi, mmg superb la LIKI_LIKI..best2) Rupanya syahdu itu petanda sedih! Sedih sangat.. Ralph Lauren edisi ketinggalan zaman yang aku baru miliki rupanya tak punya hayat yang lama. Tadi dia pecah! Pecah berderai.. Punah hati aku.. waaaaaaaaa... nak jerit!

Bahana nak simpan tabung di belakang baju kurung yang aku gantung, perfume ku menjadi mangsa. Kaku terus aku kat tepi tempat kejadian. owh Unbelieveable!

Aku baru saja membeli perfume tersebut. Di sekitar tempat makan HS cafe. Kami (aku, papud, ecah & yati) sedang makan, pastu ada mamat sales person menghampiri dan pot-pet-pot-pet pasal kewujudan perfume tersebut. Jika beli dapat harga 49.90 and dia bagi tester for free! tester masih lagi penuh dalam balang indahnya. Jadi bila di share berdua jadi murah! Aku dan papud sambar. Papud bagi aku yang baru, dia yang satu lagi. Thanks papud!

Dia(salesman pot-pet-pot-pet) tu kata perfume tu original and dia buat demo semua. Ori tak oti belakang kira, janji aku suka baunya. Tadi masa lap perfume lepas dia pecah, sejuk-sejuk je rasa kat kaki sebab terkena kaki. Yang aku pernah dgr, perfume kalau sejuk-sejuk nih ada banyak alcohol, means tak boleh bawa solat kan..? (ish, sedapkan hati!) Tapi kawan aku budak IRK kata, perfume boleh bawa solat kalau pakai dgn kuantiti yang tak banyak. Lagipun perfume tak la sampai memabukkan. So, hal perfume ni aku tak berapa nak pasti. Nak kena tanya pakar lagi neh. So, anybody wanna give opinion..?

Ku sangka kan panas hingga ke petang. Rupa nya tidak! aku baru saja guna dua tiga sembur, dan sekarang dia telah TERKUBUR.. uhuk! Dah la, hati tak berapa nak tenang. Lepas solat boleh plak rasa macam touching je hati. Rupanya tu la petanda nya, harap-harap tiada yang lebih buruk berlaku. Ya ALLAH, jauhkan la musibah-musibah itu, peliharalah hamba-MU ini..

Kepada Sahabat.. Aku ingin memohon maaf walau dengan apa sekali yang berlaku. Aku rasa bersalah, tapi masih tak tahu macam mana mahu memujuk mu. Seperti kata mu, biarlah masa yang menentukan. Mungkin kita akan cool down satu hari nanti. Tapi dengarlah wahai sahabat, aku sejujurnya tidak mahu kehilangan mu..

Yeay! duit dah masuk.
waaa.. tp banyak dah keluar.. T_T
Besok nak bayar yuran ke..??
ok!

Tuesday, July 21, 2009

Pernahkah anda kemalangan..?




Sadis kan..?



















aku di rumah!


Alhamdulillah, jalanraya tidak terlalu 'jammed' ketika aku menyusuri lebuhraya MRR2 lewat petang tadi. Cuma ada beberapa kesan ciuman di jalan raya yang aku fikir rugi tak dapat lihat dengan mata sendiri tadi. Kejadian mungkin berlaku lebih awal sebelum aku ditakdirkan bertolak keluar dari kawasan UIA. Banyak baki-baki kaca bertaburan di jalanraya, kasut-kasut mangsa dan juga kesan-kesan darah. Tragis!. Aku memang teringin untuk melihat kemalangan dengan mata sendiri, ehee.. walau aku takut kan darah atau otak yang bertaburan di tepi jalan, tapi keinginan untuk melihat sendiri kemalangan berlaku betul-betul di depan mata memang ada. Pelik tapi benar.

Aku pernah mengalami kemalangan. Dua semester yang lepas kalau tak silap. Ketika umat UIA sibuk mengambil scroll, aku sibuk menguruskan hal kemalangan. Kemalangan yang aku tak pernah terfikir! Satu kemalangan akibat kebodohan aku sendiri. (hoho), Sepatutnya tak perlu berlaku kemalangan seperti itu kalau dibanding dengan kecekapan pemanduan kereta manual seperti aku. Tapi malang tak berbau. Takdir tak dapat aku tentukan. Semuanya telah tersurat!

Aku dengan confident telah mencium Toyota HILUX dengan hanya sedikit dentuman. Kadar pelanggaran hanya setakat 40 km/j tapi impak nya sungguh la memilukan hati. HILUX cuma patah nombor plat dan sedikit kemik di punggungnya, tapi kancil kecil milik ayah ku remuk teruk seremuk hati aku ketika itu.

[iklan sebentar, caket peyutttt]

Niat tulus aku ingin melambai seorang rakan yang ketika itu dijemuri panas terik demi menjalankan tugas, seorang kor suksis yang perlu menjaga traffic, rupanya dibalas dengan ujian yang tak terperi. Akibat lambaian ala-ala friendly aku, kereta ayahku menjadi mangsa. Tak ku sangka, cempedak menjadi nangka. (pernah korang tengok..??? haaa). Jalan agak jammed ketika itu di sekitar jalan hadapan kulliyyah kejuruteraan dan berhampiran simpang ke Mahallah perempuan.

Aku yang ketika itu sedang memaling ke arah punat butang tingkap selepas melambai kawan ku, rupanya tanpa ku sedari rupanya aku telah mencium HILUX dari arah belakang. Aku terkejut, rasa nak pengsan! Dalam hati tertanya-tanya bila masa aku langgar kereta di hadapan... Panik!

Alhamdullillah.. aku dan roommate ku tiada kecederaan di mana-mana. Aku cuma trauma. (tapi kejap je). Masalah dengan mangsa pun dah selesai. Banyak ringgit juga yang terbang. Kesian family aku yang kena tanggung semua. Menyesal tak sudah. Itu pun setelah kwautim dengan mangsa, tapi masih melibatkan banyak ringgit.

Itulah pengalaman 'accident' pertama dalam hidupku. Semenjak aku lahir tak pernah sekali keluarga aku ditimpa kemalangan. Syukur. Ayah ku sangat cermat membawa kenderaan. Pernah sekali kereta kami dilanggar lari ketika parking di seberang jalan kompleks Unikeb, UKM. Itu lah sekali yang aku ingat. Itu pun bukan salah ayah ku dan itu sajalah kenangan ayah ku membaiki kereta. Entah mangkok mana la yang tak berhati perut dan pengecut tu. Biar lah, kuasa tuhan pasti ada pembalasan. kan.. kan..

Tapi sesuatu yang aku masih lagi terkenang-kenang dan menyesal. Sepatutnya aku tak boleh biarkan makcik HILUX tu memperdaya aku dengan mengatakan "takpe, sikit je neh" (merujuk pada kecederaan pada kereta nya), rupanya ayat itu hanya mampu menyedapkan hati ku ketika itu saja, dan tidak selepas beberapa hari. Makcik HILUX menuntut kerugian yang amat menakutkan. Sumpah aku tak mahu terserempak atau jumpa lagi makcik HILUX tersebut. Geram!. Aku menangis susah hati. Tapi tak siapa yang tahu. Mujur lah, ada keluarga yang sangat supportive. thanks semua (*_*)"

Selepas kejadian terus aku bercita-cita mahu membeli Toyota HILUX, dan itu kereta idaman ku. Dan tersimpan angan-angan mahu mencium lagi kereta Makcik HILUX tersebut dengan HILUX milik ku. Tapi hopefully Makcik tu pulak yang langgar. Owh.. Harap-harap tak terkabul..

Nak HILUX satu!


Sunday, July 19, 2009

family first!

====================================
badan sangat letih, mata sangat mengantuk..
besok balik uia.. =( *tak mau!!! (jerit)

aku berharap,
hari ini takde akhiran..
rasa gembira, stress seperti terbang!
memang sonok bila dgn kuarge..
sonok sangat!

besok..
gembira ini pudar,
stress akan menyerangggggg..

uhuk! (-_-)"
====================================

p.s. : nanti la cte pasal kenuri Suraya.. aku mau zZzzzzZzz~
p.s.s. : mane die pegi..? nape lame tak nmpak die online!

Wednesday, July 15, 2009

Kerinduan.. owhh...

hehehehe, aku takde modal nak mengarut nie senanye..
buh gambo cactus la ape la..

haihh..

ok i'm not ok right now..
macam nak terbang pulang tp macam tak usah,
sebab umah sekakang kera je..
bazir tambang flight kan..?? =P

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
aku stat windu budak2 kecik kat umah tu...

windu kat yang nie..

my gula-gula kapas.. gian dah nak picit2 dak neh.. siap la ashraf!
mak uda blk nanti... (^^,)"
aku asyek nak nyanyi lagu 1-2-3 je.. iaitu lagu kegemaran Ashraf.. adehhh...

pastu windu gak kat yang nie..

dah bape hari eh AMMAR..??? huhu.. mesti da besar sket skarang kan...
(padahal baru bape hari! hahaha)

pastu dak neh pon aku windu...

wuuu... penat ritu berkejaran sebab nak suap dia makan....
nanti kita makan sama-sama lagi ok..?

owhh...
yang ini pon aku windu jugeeeeeeeeeee...........

Mak ayah sehat...? heee.. tadi mak baru call tanya nak gi Pekan Baru tak..??
owhh yeahh!!! mesti la nakkkkkkkk....

===========================================
p.s. : Hargailah sebelum terlambat.
p.s.s. : I'm wondering what is he doing right now... *gatal*
===========================================

Yaaa.. yaa.. blame everything on me...

Sometimes we choose something base on our heart.
The more the desire, the more your passion.

Sometimes we choose something base on our intention.
The more the guidance, the more your confidence.

Everything base on what we want..

Sometimes we should do the changes,
Sometimes we have to act brave,
Sometimes we need to make others sad,
Sometimes we could be REALLY selfish,

But they still don't know..

What inside your heart,
What do you feel,
What you will face,
and
What others never understand,

yet,
I have my own reason..
be strong mek!

=================================
p.s : lately aku dah takde gamba nak upload,
so blog nie dah menjadi semakin dull,
penuh ngan perkataan je..
Sorry!
=================================

Tuesday, July 14, 2009

Stress 2.

Arini..
Dah la busy giler.. Pening lak..
Lepas kelas ada briefing utk final year student tajaan JPA kat Eksperimental HALL!
haih, 1st time la aku sampai kat situ, punya la jauh, tinggi lak tanggan nak kena panjat, tapi aku gagahi, demi JPA.. hehe..

Pening gak dengar explaination pasal lapor diri la apa la, tapi takpe, pasni kakak aku la jadi referance aku. Kang yang mana aku tak ingat, tanya jela kaunter free tu.. ok Nisah..? (tiba2 rindu Ashraf.. wuwuw)

(haih, byk lak nyamuk neh!!! shuhhh.. shuhhh..)

Masa on the way pegi briefing aku dikejutkan dgn berita yang aku PALING tak sangka!
ABDUL RAHMAN KASIM @ skulmate sekolah teknik aku nak kawin! huiii... tapi kenapa aku tak tau..? aku tau dari mulut orang, haih.. sungguh tak gembira. Kecik ati tapi takpela, aku dah tanya apesal die bagitau lambat and alasan kukuh gak. huu.. SELAMAT PENGANTIN BARU MAN! NAJWA, JAGA SI RAHMAN NI ELOK2.. (*_*)"

ok.. bateri abes lagi..

aku kena off.. daa~






Monday, July 13, 2009

Stress.

ok, aku takde byk masa. Tapi aku ada banyak perkara yang harus ku tulis.. waa..
Kala ini, hati ku tak senang. Walau jalan itu yang ku pilih, tapi hati ku tak gembira, mengapa..? Ya ALLAH, hamba-Mu ini memohon, ku memohon dengan sangat.. Adakah pilihan ku tepat atau pon tidak.. aku tidak ketahuan..

Yeeeeeee, aku dah berbunyi indon, aduii, kenapa sih..??? bila hati ku tak gembira, memang macam nie.. huu.. aku sedeh, mmg tak siapa yg tahu. Aku spisis yang memendam, dan sekarang aku seperti tak tertanggung, dan akhirnya blog ku menjadi mangsa. Dan anda..?? anda sebagai Reader pun terpakse menjadi mangsa ku.. maaf sihhh!!!

Ahad. Hari gembira. Aku sangat gembira. Jumpa Nahar, jumpa idris, jumpa Angah!.. even aku sebenarnya berperang dgn perasaan malu teramat, tp aku kontrol. Demi tak menghampakan Nahar yang telah mengajak dgn beria-ria, aku dtg juga ke Tmn Tasik Titiwangsa walaupun sebenarnya aku SANGAT malu!.. Aku cuba berlagak slumber, berbual-bual dgn slumber, bergurau-gurau gaya slumber, main badminton slumber, berpeluh-peluh pon slumber je. Tapi hari ahad ku memang sangat gembira. Thanks Nahar, thanks idris, thanks angah (^_^).

Tapi.. Kenapa hari Isnin ku tak gembira. Adakah nikmat gembira ku telah ditarik.? Mungkin ALLAH memberi peringatan agar jgn terlalu senang hati. Yaaaaaaa, aku harus positif!

Mula-mula aku bengang dgn keadaan bilik baru ku. Seperti biasa, masuk tahun baru pengajian haruslah bilik bertukar. Dan bilik baru ku kali ini sangat mendukacitakan. sedih. sangat daif. Tingkap tiada blind. Banyak kesan tampal-tampal di dinding. Habuk sana sini. Blk pula jauh dari router wireless. Memang sungguh dem! Ditambah lagi tempat nya yang tak strategik, di bawah blok (ground floor) kawasan lalu-lalang.. waaaaaaaaaaaaaaaaaa! aku mula stress.

Dan sekarang, aku keseorangan. Kesejukan. Hanya berteman dengan nyamuk yang setia. Adeh, gatal la woi! entah kenapa malam ni angin sangat deras. Terasa macam kat Shenzhen, macam kat Guangzhou, macam kat Hong Kong. Waaa, aku rindu tempat-tempat itu. Dan angin ini sama seperti aku di sana dulu. Kalau ada yg sudi peluk time ni kat syok..heeee..

Bateri laptop mula mencemburui aku. Tak bagi aku online lama-lama la tu.
Tapi cerita ku belum tamat! adehh.. takde plug pula kat sini.!!
Lagi sekali aku stress.. =(

p.s. : Besok aku sambung, insyALLAH.

Friday, July 10, 2009

tukar lagik!

huuu.. aku telah mendapat komen yg pedas..
ten-kiu lalat! bese la, aku setaun jagung lg ngn
photoshop, pasal tu sepahhhhhhhhhh..
hahahahahahah...

memule aku pakai header neh, tp setelah dikomen,
aku terus mencantas pasal nye pedih gak expert adobe neh komen..
hahah~ takpe2, aku tak amek ati! sket jek

terus aku bertukar kepada yg ini!!
yg sekarang nie la..
hah! bang adobe, ni sepahh gak..??
hehehe...

teruskan komen andaa!! aku suke,
at least, aku tau pandangan org..
kalo tak, men syok senirik jee... =P

New Header again!!

hahaha~
aku yg takde keje, telah mengedit lg!
lalala~
and akhirnye report ku
masih ditapuk yg sama

how can!!!!

Thursday, July 09, 2009

We got new baby!!!!!!! (^_^)"

Wah.. wah.. wah.. today was a really hectic day! adoii..
Mulenye plan nak sudah kan repot tapi still terbengkalai..
bangun awal konon nak siapkan.. tp hampehhhhhhh!
Bese la, kalo dah dekat umah, memang tak le stay kaku atas meja nak wat keje, kang baru je duduk.. "kokde.. tolong neh...", "kokde.. tolong tu.."
well, i'm being the new 'bibik' after Naqib gone to UIA.. wawawaa..
takpela, walaupon penat (tipu! tak penat sgt pon) demi ibu.. aku turutkan jua..

Then, lepas siap tolong mak wat rencah bihun goweng, konon pegi sambung wat report, tp senanye aku tak wat, pegi ngadap tenet, tgk update! haha.. Tibe mak dpt cal.. KAK NINA (akak ipar ku) nak BERSALINNNNNNNN !! wawawaaa.. padahal due date die 20/7/09 tapi terawal 11 hari! hahaha.. express nye budak!

So, kami pon begegas la ke Hospital An-Nur Bangi lepas siap tapau nasik kat LaRizzz, apsal tapau..?? sebabnye hari nie kitorang sume puase, hoho~ kebetulan plak kan, so laku la LaRizzz harini ngn nasik harga RM4 ! cehh.. aku amek nasik suku, ayam seketul, sayo sup sket2, mahal nak mati! kat kilang aku ritu, RM3 pon da dpt la!!
Tapi takpe, mak yg banjee.. hikhik..

Dah sampai, jmpe kak nina, bilik wad tak cukup, so die tumpang blk first class. Bapak ah maheeyy (mahal) nyee.. RM1500!! wawawaa.. sib bek tumpang jap jek. selamattt.. Die pon da tak senang duduk, contraction kerap!, dlm kol 4 pm kitorang (aku, mak ngan muaz) blk dlu pasal nye memasing dah ngantok, lgpon muaz dok ngaco sane-sini, tak tahan dah! so, kami telah memperdaya die dgn memperkatakan kite semua pulang (maknenye ngan mak pak die, tetapi tidakkk), die pon pecaye jek.. stended la bebudak.. hehe... sowi Muaz! =P

So, bwk die blk, memang memacam peel la. Aku nak kene layan dak kecik ngan owg tua (mak ku). hehe.. Memule layan kan muaz bahulu, then BUBUR MC.D LARGE, siap air milo, then nak susu strawberry lak singgah 7 eleven. Then mak nak durian pulakkkk, hoho~ beli doyan doploh hengget, kami pulangggggggggg~ ops lupe, beli jambu lagi before tu.. haha..

Kat umah, sampai je.. aku terusss pengsan! mane tak nye gue pose harini.. wawawa... upsss! ITU BUKAN ALASAN MIZAHHH ! ok2.. sori.. aku bentang sleeping bed kat hall depan, aku yg pengsan (tido), muaz ape lagi buat projekkkkkkkkk. Waaa.. bangun jek, nak pengsan balik aku dibuatnye. Abeh sepahh umah dikejekan budak kenit tuh. Ade play-dough tu dah keras, abeh die p pecah2 kan dan end-up kucar-kacir seluruh hall tersebut dgn baki2 dough tu.. Aku yg ketika tu mamai, terus wat2 tido lagi pasal tak larat nak p sapu mende tu.. wawawaaa..

Bangun2, solat2, tolong2 mak jap.. kemas2 kat depan.. kene pegi amek ASHRAF plakk.. huk2, adoii.. dak comeyy tu dah 11 kg!!, tak larat nak dukung lelame dahhh.. mantap sungguh kamu yehh, sib bek cumel, kalo tak mak ude dah picit2 geram. Adehh lenguh...

Bebuke! horeyyy.. ade bubur doyan siap pulut lagi, perghhhh.. komfem naek bekilo la lagi.. huk2.. Pastu bace yasin, tunggu isyak, solat2 terus pegi spital nak tgk baby. Muaz dah OVER excited nak tgk adik. Opah dah tipu2 dah ckp opah nak amek adik muaz nanti, die tak bagi! cehh, kedekut, die kate nanti Muaz nak jage mcm mane kalo opah amek..?? hahahha~


Memang superrr comel! tapi baby lom ade name.. huhu.. Cume ade Muhammad je dulu. Bapak die (along aku) dah pening nak kasik name ape. Siap tadi diskas2 tapi takde jln penyelesaian.. Faris la, Anas la, Muqri la, Munir la, dan lain-lain. Mak nak name yg nampak canggih.. err nampak canggih..????!! haha.. sebab die comel mcm anak mat salehh!! hohohooo..

Walau ape pon! welkem new born baby boy!!! Nampaknye Ashraf dah ade pencabar yg baru, abehh laa, kamu dah tak jadi youngest laa.. bababaaaa"!(tgh acah ashraf, hehe)

sungguh penat mak ude harinie, nasib baek dah benti keje, menjadi bibik sepenuh mase.. yeeeeeee bukkkkkkk, tolong apa sihh..?? hahahahah...

ohoo.. aku mau tdooo~
terlebih excited sampai mengarang panjang nak mati!
sape la agaknye yg sudi membace..

GUDNITE ollsss~~~ =Z

p.s. : bile nak dpt anak senirik neh! *hee.. hee..*
p.s.s. : ape cadangan anda..? nak buh nama ape..?? cepat2...

Tuesday, July 07, 2009

Regis.. Regis..

3 minutes before the subject registration~~
I have another one subject need to be added,
wish me luck!

hopefully no float msg yg ckp
"the subject not in study plan" lagik!!

nak kene s**** gak U** neh..
aku dah report,
HOPEFULLY they take the action..

*****after the registration***

hmmm... Nampaknye my wish never turns true..
aparaaaa U** especially E*****... *aku marah*

so my next hope is..
HOPEFULLY, bole add manual..

Ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini..






Saturday, July 04, 2009

Makin cun.

Ohooo..
dpt buat sket edit kt template!
sonokk nye rase.. =P

Pada yang bagi award and tag,
insyALLAH aku akan kutip a.s.a.p!!

thanks guy for your support.

k, aku mau titun,
besok ade tournamnet bowling..
waaaaaaaa.. aku tak reti maen.. =(

Gudnite.
Luv ya! (^_^)"

Friday, July 03, 2009

They say goodbye to me!

Aku dah taip dlm kepoyoan berbahasa omputeh untuk entri kali nie, tp rasa mcm tak best. Mungkin bahasa ibunda masih lagi menjadi pilihan. (err..menjadi pilihan atau tak konfiden..?)

Yeppp.. some kind of sentence, i still dun feel confident to express or write in english. Eventho, I got exempted in English at my matric year, but lack of practice, i dun confident.. ALAMAKKK! ok-la ok-la, insyALLAH, i'll improve this matter soon. I really need this language for bright future, same as you.

=============================================

Friday. 3rd July 09.

Seharian aku tak wat ape-ape keje selain dari potong tembikai, potong buah dragon, susun makanan, susun cawan, tolong cuci tray and tolong MAKAN! Company ade farewell party harini, and aku take part bahagian sedia2kan, dah tentu le kene pasal ade 3 org je pempuan (termasuk aku) dlm company, so kitorang la yang kene ready kan segala makanan. And aku! of coz la happy, pasal tak yah melepak dlm opis berpura-pura wat keje.

Menu haritu
Nasik Lemak Wes
Tauhu sumbat spesel PakYa
Satay Balakong En. Suhaimi
Agar2 laici tawar Mizahhh
Sosej & Nugget KakWan
Nasik Impit Comey Reen
Kopok B*** Mizahhh
Rendang ayam Mak En. Nazri
Bubur Doyan Mandrem Zairul
Tembikai Sedapp En. Suhaili
Sandwich Maveless En. Syed
Teh ais free (sponsered by KANTIN)

Fuhh.. Memang kena cantas abeh segala diet aku yang sebulan lepas dek penangan jamuan neh!. Semua makanan neh hasil collection beramai2 and ade gak yg bawak ikhlas. Tapi memang beshh.

Senanye yang aku tau nak meraikan ZL (memang nama sebenar) yang nak berenti. Tapi aku tak tau dorang combine sekali untuk orang2 yang akan tinggalkan company, macam En. Suhaimi(supervisor aku) naik pangkat, orang2 dept. development yang pindah opis, and aku trainee yang nak abeh praktikal. Then, semua kena bagi speech temasuk aku! aku seriusly SPEECHLESS!! owhh my.. kelu lidah aku.. maluuuu.. i juz can say thanks in general in front of them pastu cecepat duduk. tu pon kene gelak ngan dorang.. (-_-)"

Tapi kalau waktu boleh diulang,

"aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat semua staff yang terlibat menolong aku sepanjang training nie, En. Saari(bhai) sebab tolong aku buat SOP forging 2, En. Kadir kat forging 1, En. Karnizam(mat rock) yg tolong hampir semua projek aku, En. Suhaimi supervisor aku sebab bagi peluang aku training kat sini and tunjuk ajar die, En. Zulkarnain(aji) Supervisor Maintenance Dept. sebab byk bagi peluang wat mcm2 keje, Reen sebab sudi jawap semua soalan aku and selalu ajak makan, Kak Wan yang tak lekang senyum and cerita2 kat aku, Nurul sebab selalu usik aku n panggil aku Lisa Surihani, En. Adnan yang byk test aku dan membuka mata aku supaya serius belajar, dan semua STAFF-STAFF ASEAN AUTOMOTIVES and tak lupe akak-akak kat opis kat atas yg sangat frenly." (huh! macam speech artis menang award. =P)

menghitung hari-hari terakhir..

yang atas tu aku ngan KakWan,
tepi bawah tu Pak Guard yg selalu bukak bonet aku.

yang tgh amek rendang tu En. Syed (AM),
Gambo kecik atas, baju blue black tu bhai, pakai uniform tu matRock,
gambo kecik tgh, yg ngah mkn dok paling tgh pakai uniform tu Supervisor aku!
gambo kecik bwh, baju biru tu Kadir, dok dpn die sape eh..?

our foods!
and kete MyVi baru tu kete baru En. Amin (Manager Development Dept.)
*sje buh gambo nie kasik nampak, hehe*

Nampak tak agar2 laici ku..??

err.. siper baru, nak tayang.

Lepas je majlis, ZL terus balik. Padahal die nye date abeh next week. Maybe die tak tahan sedeh kot pasal besfren die En. Nazri nye mata dah berair. Huuu.. syahdu plak jap. Eh, aku pon rase sedeh gak tau. I'm gonna miss dis place forever. Amek la saye keje nanti plz..?

They really threat me well, macam keluarga. Tetibe terlupa cerita2 masa awal2 masok training, tahap ke-tak-best-an time tu terus lupus plak rasanya. Eventho ade la yang gatal2 panggil2 ejek2, tp semuanye rasa mcm abg senirik yang dok ngusik. Hehe.. So, tak la tersyok sendiri.

p.s. : I got another three days there, hmm.. plz, dun cry mizahhh..

Thursday, July 02, 2009

Sindrom Gemukkk...

Kepala gatal, bukan sebab kelemumur..bukan jugak kutu..
Tapi pening mikir cemane nak MAINTAIN (MAINTAIN = KUWUS).

Dari tadi aku dok tgk jam bile la nak pukul 10 suku! Time rehat. Nak makan! Padahal pagi tadi sampai-sampai je kilang aku dah belasah 3 bijik karipap sardin.. Aku paling suka karipap neh. alaa, tp kecik jee.. cukup wat bau mulut,sungguh tak kenyang! tapi.. tapi.. kenape mulut aku dari tadi mengigil nak mengunyahhhhh... ish.. spoil btol.. =(

tolong la perut.. tolong la tahan makan..

Adehh.. sekarang orang-orang opis dok cte MAKAN-MAKAN lakk, cte Menu utk besok punye farewell party utk ZL yg nak benti.. aduii.. Lagi la aku gil.. gil.. gil..

Btw,
besok menu satay, nasik impit.. bla.. bla.. Dah mcm menu HARI RAYA.. =P bes2, raye berkali-kali.. badan naek berkilo-kilo.. nyummss.!

Yepp.. aku akan begini bila masalah tgh menimbum. Nak senangkan Hati, badan jadik mangsa. Jgn salah kan kalo aku G-E-M-M-M-M-S-S. Salahkan M-A-S-A-L-A-H..

Okeh! 10 suku daa~ Makan Jom..?

p/s : pas makan meehun goweng telor mata, aku tapau lg karipap sardin!

Wednesday, July 01, 2009

M&M in Dubai..

Believe or Not..?







p.s. :

I got this pictures from my fren. When I looked at the pictures,

it's like errrr.... aku lapar coklatttttttt!!

tapi lately aku dah tak makan m&m sebab halal dia dikhuatiri.

So better to avoid. Banyak lagi coklat lain kan..?

What do you say..? (^_^)"

Newer Posts Older Posts Home