Thursday, September 30, 2010

Definition of “sayang giler”.

(Taken from Berita Harian 2010/09/23)


 

Siti Nurhanim yang turut hadir di mahkamah kemudian mendapatkan Mohd Fazli sambil menangis dan tertuduh

seterusnya dilihat mencium pipi wanita itu ketika dia digari semula untuk dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke

penjara.


 

Ketika dibawa keluar dari mahkamah, tertuduh sempat mengucapkan terima kasih kepada pemberita yang masih berada

di galeri awam.


 

Anggota keluarga tertuduh kemudian dilihat menghalang jurugambar daripada mengambil gambar mereka ketika

membawa Norhaziah keluar dari mahkamah.


 

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Siti Nurhanim berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan

mahkamah dan ketika ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh, Siti Nurhanim berkata:


 

"Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya."


 

Ditanya sama ada beliau masih menyayangi Mohd Fazli Azri, Siti Nurhanim berkata:


 

"Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."


 


Komen : Sayang apa nama nya kalau anak sendiri dibunuh oleh teman lelaki? Then, penat jerih kau beranak dulu boleh terbayar ke dengan perbuatan lelaki durjana macam ni. Oh, what a funny love story. Ini bukan sayang, jauh sekali cinta, tapi ini kasih orang gila takde otak. Kalau pun lelaki durjana ni lebih loving dari your legal husband, tapi perlu ke kau back-up laki ni dengan slumber kata dia penyayang? Ke kau tak tahu makna PENYAYANG tu apa?

Maap. Bab-bab "bunuh-anak" macam ni memang boleh hilang mood satu hari. Sekian.

Nauzubillah.

Wednesday, September 29, 2010

Keputusan Temu Duga...

...ahaa, suspen tak?

Last time aku ada pergi interview kerajaan. But seriusly macam tak nampak masa depan. Interview sikit punya susah and baru aku sedar yang bukan senang nak dapat kerja kerajaan. Patut la bertimbun buku-buku and e-book utk tips menghadapi interview kerajaan. So, salah kan diri sendiri la tak well-prepared. Padahal ada e-book orang bagi (thanks to him) tapi salah sendiri tak take it seriously. Time interview baru lah mengagau cari MODUL INSAN tu apa. Nasib baik ada google everywhere (walaupun takde handphone canggih berinternet tapi apa guna kawan-kawan yang berinternet kan ^_^), tak pasal-pasal Shepa jadi mangsa. Thanks!

Dalam surat panggil interview, dia cakap the result will be announced on 27 September 10, tp biasa la, maybe mereka busy mentakbir kerajaan, maka posponed to 13 October 10. 

Harap Maklum.



So, sesape yang ada pergi interview Pegawai Latihan Vokasional haritu, boleh la cekidout result kat sini!


takde perasaan dan harapan nak dapat, 
maybe sudah selesa.. hmmm...

Friday, September 24, 2010

Ada sesiapa yang boleh elak stress di tempat kerja?

...ah, menipu la tu...

Like seriously? like, is it really happened to me? oh no! *tongkat kepala kejap*. Macam tak percaya sedang dilanda konflik pekerjaan. Penat rasa nya kalau memendam perasaan sendiri. I'm not the one with those gift. Gift la sangat, really hope that I can 'gift' to others as nice present, tak larat nak keep. Yes, like desperately I don't need those. Shuhh.. shuhh..

Bukannya tak mau bersyukur dapat kerja di kala kawan-kawan semua menganggur lagi. Nope. Tak pernah terfikir malahan dah siap sujud syukur, pasang nazar dan sebagainya (should I really need to mention it here?ok no right), tapi dugaan and cabaran tiap hari menanggung tu la yang makin hari makin mengikis kekuatan tenaga zahir mahupun batin. Hari-hari yang tough kalau dengan kerja takpe, tapi kalau tough sebab menahan suara b*ss, seriously boleh cepat dapat banyak penyakit.

Eventhough ye la, I'm strong like f-t-h*, tapi kalau makin hari makin menguji kesabaran, tak boleh jadi jugak. Hari-hari aku tabur benih POSITIF gred A, plus bila masuk office cuba kekal kan kegembiraan walaupun bangun pagi terpaksa dan dipaksa (well, my lovely parents still come and wake me up EVERY morning). Tapi semua nya macam luruh mengalahkan musim luruh, bila dengar je bunyi heels (b*ss) , then mula la senyuman sweet terus bertukar macam budak harap dapat duit raya tapi tak dapat sebab dah terlebih umur. Kan unhappy tu? oh, I felt that too.

Tambahan pula (nada serious)...

Dengan seating arrangement yang telah menjadi tetap, huh.. tipu.. kata haritu that's only temporary masa first day I was there, maka nya terpaksa lah telan walaupun payah. Nasib baek sekarang dah ada geng jadi penyambut tetamu, since I'm seating at the front of the row and the first (but now second) table that people can reach when they come to my department, and of course, they will meet me first and ask, "si tuuutt ada?", and I'll reply, "ohh.. tengok meja dia sendiri boleh tak, kan dah ada name tag kat divider tu, kalau takde orang meaning nye ape?..." tapi itu dalam hati je la. -_-", and now I can smile a bit because I'm not the first one sudah, dah ada org lain jadi receptionist, but yet I'm still her assistant btw.

Fine. 

I don't mind when I can't get the opportunity to join the Japanese class, that time I thought maybe because I'm too late or maybe the class really fully occupied. Positive thinker la sangat. Lagipun, kita orang baru, takkan nak tanya banyak-banyak why haa... why haa I cannot join?. Then later, I got to know this one guy (baru join a week before me) dapat join the class, but what happen to me? ok, takpe lagi, Try to accept maybe satu orang je lagi kosong, so dia lagi layak. fine. Later, tiba-tiba ada class Mandarin nak di organize and my lovely b*ss dua tiga kali tanya, you nak join tak? you nak join tak? you nak join tak? so everytime the same question ditanya, aku dah jawap dengan paling bersemangat, yes, yess, yessss, tapi unfortunately bila nominate nama, semangat tu dah dilupakan, the new member yang a month later than me pulak yang dapat. Is that fair enough?

Like seriously am I invisible there? hello..yu huu..

Oh lagi best, bila apa-apa action yang kita rasa betul dan sangat accurate mesti nak dipersoalkan, tak kira lah besar mahupun kecil. Contohnya; ambil cuti tak tanya ketua kecil tapi tanya ketua second besar dipersoalkan kenapa, tak tanya direct dulu to HQ tapi tanya ketua kecil about the particular job also dipersoalkan, try to solve problem which is actually and obviously related to us pun pun pun dipersoalkan.. then, what are the SOP (standard operation procedure) for all these things so that I won't do any wrong in the future?  suruh kita train leadership dalam diri, tapi mereka sendiri yang menghancurkan the responsibility inside us. *yucks*

Urghh, tak tau macam mana nak berlakon "aiman tak kesah" hari-hari, like seriously macam nothing happen. Like tak dapat pun tak ape, maybe bukan rezeki ku.. huu.. Nampaknya besok sketsa lagi la dan mungkin untuk hari-hari seterusnya. Sampai mana agaknya boleh bertahan?

Sorry friends, everytime korang tanya, "hows your work?" and jawapan default aku "so far ok..bla..bla..bla..", so now here is the meaning of that ok.

.

Saturday, September 18, 2010

Cubaan bukan Dugaan

Cubaan meng-update blog dengan menggunakan Words 2007 dan ber-server kan kompeni tempat bekerja. Adakah ianya Berjaya? Sama-sama lah kita saksikan. Oh.. oh.. Saya kerja pada hari Raya yang ke-9, dan hari ini hari Sabtu. Mari ejek kesian pada saya. Sob.. sob.. sob..

Sorry!

Later on, saya akan update dengan lebih berilmiah. Kualiti hidup tak berapa memberangsangkan menjadikan otak malas berfikir dan tangan letih menaip (ada kaitan ke?) ah abaikan.


 

Best Regards,

Hamizah.

Wednesday, September 08, 2010

Johor: Air mata Aidilfitri

Johor: Air mata Aidilfitri

Oleh Mohamed Farid Noh

mfarid@bharian.com.my

2010/09/08





DARI kiri, Aminah, Jainah dan Minah sedih terpaksa sambut raya di Rumah Orang-Orang Tua Peserai, Batu Pahat.3 penghuni rumah orang tua sedih terpaksa sambut raya tanpa keluarga



BATU PAHAT: Di kala umat Islam negara ini sedang bersiap sedia dan tidak sabar menunggu saat untuk pulang berhari raya di kampung halaman bersama keluarga tercinta, tiga wanita yang menetap di Rumah Orang-Orang Tua Peserai, di Kampung Peserai di sini terpaksa menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyahduan di rumah perlindungan berkenaan. Tahun ini genap tiga tahun Aminah Yusof, 68, Minah Tik, 62, dan Jainah Diso, 60, menyambut Aidilfitri di rumah orang tua persendirian berkenaan, selepas tinggal sebatang kara akibat kematian suami dan disisih keluarga sendiri. Di ruang seperti rumah murah sebilik dan satu bilik air itulah Aminah, Minah dan Jainah tinggal sebumbung berkongsi suka duka dan berjanji untuk menanggung susah senang bersama.



Mereka bukan saja perlu mencari makan pakai sendiri, malah membayar segala bil elektrik dan air di rumah berkenaan menggunakan wang sendiri, walaupun dibenarkan tinggal di situ secara percuma.



Walaupun hidup dalam kesukaran mereka bersyukur apabila Baitulmal banyak memberi bantuan tambahan dengan menyediakan kelengkapan rumah berkenaan seperti katil, tilam, bantal, selimut serta tikar getah untuk kediaman mereka.



Aminah, Minah dan Jainah masing-masing meneruskan sisa hidup dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Aminah dan Minah, menerima RM300 manakala Jainah, RM150, sebagai wang bantuan am.

Lebih memilukan, tiada sebarang persiapan Aidilfitri mampu disediakan mereka berikutan wang bantuan JKM berkenaan akan hanya boleh diambil pada 9 September ini iaitu sehari sebelum Aidilfitri selain seorang imam mendakwa mereka tidak layak menerima zakat fitrah.



Aminah berkata, walaupun sedih menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan beliau bersyukur kerana masih mempunyai rakan dunia akhirat seperti Minah dan Jainah, yang setia bersamanya mengharung sisa kehidupan.



Ditanya, sama ada beliau mempunyai anak, Aminah yang kematian suami tujuh tahun lalu, hanya mampu mengalirkan air mata sebak mengenangkan nasibnya.



“Saya lebih selesa di sini apatah lagi sudah menganggap Minah dan Jainah seperti saudara kandung sendiri. Minah bukan orang lain dengan saya kerana saya mengahwini abangnya dulu, manakala Jainah pula adalah madu Minah. Saya tidak akan ke mana-mana lagi kerana tempat saya di sini bersama mereka, kalau ada sesiapa mahu mencari saya atau ingin berjumpa, mereka tentu tahu di mana untuk cari saya," katanya sebak.



Minah pula yang menderita penyakit semput, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan buah pinggang itu, serta sering jatuh sakit kebelakangan ini, hiba mengenangkan nasib diri menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu.



“Saya dan Jainah hidup bermadu sejak belasan tahun dulu dan tinggal serumah dan tidak pernah bergaduh. Selepas arwah suami meninggal, kami tidak mempunyai tempat bergantung, sebab itu kami tetap setia bersama, kerana tiada tempat lagi mahu dituju sebelum menetap di sini.



“Beginilah nasib kami bertiga, berikutan kami sering jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan serta membeli ubat, kami pernah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan dan hanya mampu berbuka dengan memakan nasi berlauk kicap atau kepala ikan bilis goreng saja.



“Saya, Aminah dan Jainah sudah sepakat dan berjanji akan saling bantu-membantu serta berkongsi segala termasuk susah senang, wang serta makanan, malah jika salah seorang daripada kami tidak cukup wang untuk membeli ubat atau apa saja keperluan lain, yang lain akan menambah atau mendahulukan wang mereka begitulah sebaliknya, ” katanya.



Selain Aminah, Minah dan Jainah, dua cucu angkat Minah yang sudah dibela dari kecil iaitu Aishah Ahmad, 14, dan Syafika Ahmad, 8, turut tinggal bersama warga emas berkenaan di rumah orang tua berkenaan dengan semua perbelanjaan termasuk persekolahan mereka serta makan minum ditanggung tiga wanita itu.


p.s : tak boleh tahan air mata baca berita ni :(

Sunday, September 05, 2010

Hilang nafsu...

...haa nafsu apa korang fikir ha?

Rupanya bila aku check dekat EDIT POSTS punya option, aku ada lebih 14 draft yang tak publish! semua tu gara-gara kurang ke-konfiden-an untuk expose ke khalayak ramai la tu. Betul. Sejak-sejak ni aku dah tak berapa selesa nak terlalu terbuka. Nak kongsi buah fikiran pun sudah hilang nafsunya. Walaupun la ini bulan Ramadhan, hawa nafsu sikit berkurang, tapi aku tak fikir itu punca nya. Terang-terang la takde connection nya langsung antara bulan Ramadhan dengan blogging, kan kan. 

Kalau ikut kan, banyak yang aku nak kupas. Dari isu buang bayi, isu cop halal, buffet Ramadhan, bunuh-membunuh, sembelih anak, sampai la ke isu tudung singkat ala Far**da tu aku nak komen kan. Tapi kekuatan tu tak berapa sangat nak ada, semua nya gara-gara ke-tidak-selesa-an menjadi batu penghalang. Cewah. Kalau aku kata aku sedikit malas pun, berani kerat jari la reader boleh percaya juga.

Bila ke-konfiden-an ditambah dengan ke-tidak-selesaa-n kemudian ditolak dengan ke-malasa-n, haa.. ini lah hasil nya. Sebulan hanya mampu publish 8 ke 10 new post sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan (perasan!) lewat setahun yang lepas, mahu nya aku post boleh kata satu hari satu tak pun at least lebih 15 posts sebulan. Tapi itu dulu. Zaman, lantak aku lah nak taip apa. Sekarang, aku rasa sedikit berbeza. Adakah mungkin faktor kematangan (perasan lagi!) telah memainkan peranan penting terhadap isu ini?

Tak payah sama-sama lah difikirkan. Haha. Biar aku seorang renung-renung kan.

Tapi aku rasa ada benarnya. Keadaan persekitaran yang agak serius (zaman bekerjaya) ni selalu buat aku lebih berfikir panjang. Should I, or shouldn't I? Macam dekat header aku, to blog or not to blog tu la yang selalu aku timbang-timbang kan sebelum aku nak post sumthing. Kalau terlebih open dengan menulis segala hal termasuk hal-hal peribadi, mesti aku terfikir apa feedback reader terhadap penulis. Yep. Sebab itu juga lah yang selalu aku buat bila aku membaca post orang lain. 

Orang kata, setiap yang ditulis boleh mencoret sikit keperibadian si penulis. Jadi tak salah kalau tanggapan negatif tertempel jika tersalah tafsir kan. Sebab nya penulis sendiri yang 'sudi' menjadi begitu. Maka nya, berwaspada lah sikit, kalau tak mampu banyak tentang apa saja yang nak ditulis.

Walaupun, hak bersuara itu hak umum, tapi pandangan terhadap orang lain juga hak sejagat. faham? Kita tak mampu menghalang, tapi kita mampu mencegahnya. ehh.. macam iklan plak.

======================

Btw, saje nak share. Blogger dah ada option baru dan sangat interesting! Aku baru perasan ada Stats menu kat dalam blogger. Oh! boleh tengok berapa visitor per day, per month or even per all-time! Nice one. Tak payah la selalu terjenguk-jenguk dekat Nuffnang kalau nak view statistics dah lepas ni. :)

print screen aku punya! hee



p.s. : tak nak wish raya lagi boleh tak?
Newer Posts Older Posts Home