Monday, August 30, 2010

Puas hati dengan header baru!

Hye.. Hye..

seperti yang anda nampak, header sudah bertukar! Kindly please drop down any comment :)

Header lama sudah berganti, tapi watak budak hitam masih dikekalkan, payung nya saja sudah hilang akibat err... (ah, tak boleh nak pikir) akibat hilang lah! haha. Tapi kali ni dia tak duduk bersantai-santai ala tepi pantai, tapi main cak cak versi bahhh! pula. Lebih seswai dengan nama blog ini lagipun kan! 

*entah mana datang idea tengah malam ni


oh! sedih plak 'tanggalkan' header yang ini. bye.


nampak nya macam makin banyak masa 'melepak' di blog sendiri sekarang. Ha-ha, satu peningkatan yang baik! mungkin kah kerana kerap mendapat buffered earning jadi aku makin rajin? ha.. itu yang pasti! Thanks nuffnang even earning tak banyak, tapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? yahoo!

Ok, lepas ni kena jalan kan balik activity blog-walking pula. Malas jalan betul! huh.

ermm.. nak taip apa lagi? *blurrr




Besok cuti. That's why la aku tercongok lagi kat sini. *bersiul-siul*

Selamat Menyambut Hari Merdeka! Satu Malaysia! (sambil jari angkat satu)


Sunday, August 29, 2010

Salah-silah Cucu Tok Soot & Opah Chah!



Salah- silah adalah berdasarkan diagram di atas. 
Satu saje cucu gurl so far. tiga heros!



MUAZ - 5 tahun



ASHRAF - 2 tahun



AMAR - 1 tahun



SARAH - 4 bulan


and still counting for next cucu? huhu.

p.s. : kena bagi duit raya tahun ni instead of tadah tgn dan menerima T.T
.


Tuesday, August 24, 2010

Dongeng kanak-kanak sudah tiada untuk kedewasaan ini...

...well, dewasa sangat kah aku?haha.

Aku pernah baca satu blog ni, arghh! my bad aku lupa apekenamenye blog tu. Aku suka dia punya purpose kenape die ber-blogging. Eh lupe plak, dia is she, that mean perempuan lah. Nak tau ape? ok, die tulis macam ni je, purpose die ber-blog is just die nak share betapa stressful nya life as an adult. Huu. Tapi bukan la dia tulis cerita-cerita provok betapa dasyat nya kehidupan dewasa ini. Bukan bukan!

She has entered her so-called as adult punya age (berapa umur dewasa? 24?25?29? undetermined). When the phase of life change from teenager to an adult, there might be several thing yang memang dan bukan tapi-tapi yang boleh menolak, malahan ianya pasti memberi banyak stress dalam kehidupan sehari-hari. Well, macam tu lah.

So, as a woman lagi lah, mana nak tanggung unstable emotion, hormone songsang, self-confidence dan banyak lagi lah. Lagi-lagi life seorang career woman, atau wanita bekerjaya. Nak tanggung bos membebel, nak manage time untuk keluarga, nak enjoy dengan kawan-kawan oh dan tak lupa konflik percintaan (mungkin). Banyak lah stress-stress kecil mahupun besar yang akan happen tanpa di duga.

Even sekuat-kuat perempuan itu (if dia mengaku dia kuat), mesti ada had kekuatannya. Sikit-sikit tindak balas cabaran-cabaran hidup yang stress ni boleh mengoyahkan kekuatan tu. Berapa kuat sangat lah kalau nak dibanding hati perempuan dengan hati lelaki. Fragile tetap fragile. Mungkin hal-hal kecil masih boleh ditanggung, tapi macam mana apabila yang kecil itu membesar? Dan semakin membesar gajah? Air mata jugak lah peneman bila tak tertanggung.

I dun know. Maybe lately aku dah mula rasa betapa 'sesak' nya menjadi dewasa. Berubah dari seorang anak kecil yang manja dengan ayah, kemudian membesar menjadi remaja riang (konon la riang sangat.haha), kemudian meningkat mencapai usia matang (ni orang yg kata, I look matured, oh! tidak). Tiba lah masa mengharungi dan berdepan dengan kancah hidup sebenar. Berhadapan dengan cabaran real life, real world, all the truth, bukan lah perkara yang boleh membuat senyuman sentiasa ceria sampai ke malam. Entah kenapa semakin hari, air mata semakin murah bila diri sendirian dalam pekat malam. Maybe because I'm just not ready yet? *sigh*

Letih jugak macam ni kalau selalu. Mizah, jangan jadi lemah boleh tak? (siri bercakap sendiri -_-")
.

Thursday, August 19, 2010

I was Here. Ini lagu ok.

Aku minat satu-satu lagu tu selalu nya yang ada kaitan dengan hidup aku. Ye la, sama jugak dengan orang lain. Suka lagu yang in dengan jiwa mereka. Bagi aku sesebuah lagu memberi impak dalam kehidupan seharian bila bait-bait nya sangat kena dengan apa yang sedang atau pun yang telah berlaku ketika itu. Yang akan datang susah pulak la kan, sebab kita tak tau apa yang akan jadi, well-planned tak semesti nya akan berjalan accordingly. Nope. If the God haven't permit to happen it won't happen.

Aku paling tak suka dengar lagu-lagu yang tersangat memuji-muji perempuan, lagu-lagu yang berbaur lucah, atau pun lagu-lagu yang meaningless. Tolong lah. Setakat nak masuk kan perkataan 'facebook' dalam lirik lagu semata-mata nak mengikut peredaran zaman, baik tak payah. Langsung tak boleh tahan telinga nak dengar. Kelakar pun ada. Maybe nak up-to-date sangat sampai hilang sentimen unik dalam sesebuah lagu.

Cewah. Aku bertaip memang pandai. Hiks. Cuba tengok sikit pandai ke tidak karang lirik lagu? hampeh, aku sendiri pun tak tahu. Sorry!

Tapi itu la pandangan aku. Kalau yang rapping terlebih sampai tak paham apa maksud nya tu lagi la alergik telinga nak dengar. Sorry to say. Biar lah industri muzik kekurangan artis mahupun industri itu sendiri merundum asalkan jangan terbit sesuatu yang tak bermutu-gaya-keunggulan. Biar lah yang ada kualiti, dan bukan kuantiti. Tapi kalau nak ada kuantiti pun make sure kualiti tak diabaikan. Maka takde lah telinga berdarah lagi bila bukak radio then terpaksa tukar-tukar siaran sebab tak tahan pendarahan dari lagu-lagu sumbang yang entah ape-ape.

Dari dulu aku memang suka baca lirik lagu. Bila terdengar satu-satu lagu yang in dengan jiwa, mula la aku cari lirik. Check dulu maksudnya. Maklum la, kadang-kadang lagu omputeh ni susah jugak nak tangkap slang omputeh nya. Aku suka lirik yang tak berapa jiwang, tapi sentimen romantis nya tak terabai. Baru la tak berdarah telinga ni. Eh, tapi bukan berdarah betul! haha.

Selain tu, aku suka lagu-lagu yang menaik kan semangat dan lagu yang memang ditujukan kepada diri sendiri bukan kepada kekasih, marka, awek mahupun suami dan isteri, eh lagu untuk mak ayah pun ada kan. Untuk sanak-saudara? oh! itu kena tunggu Hari Raya. Lagu Raya!. Ok. Aku paling suka kalau sesebuah lirik tu lebih banyak perkatan 'I' yang merujuk kepada diri sendiri daripada 'You' which mean bila ada perkatan 'You' comfirm la lagu tu lagu tuju-tujuan bukan untuk diri kita sendiri. Err.. lebih kurang macam tu lah.

Haha.

Sebenar nya aku nak cakap aku suka lirik lagu ni je. Tapi meleret tak hingat!
I was here, by Lady Antebellum. (ante belum lagi ke?haha) So enjoy.. ^_^



You will notice me
I'll be leaving my mark like initials carved
In an old oak tree, you wait and see

Maybe I'll write like Twain wrote
Maybe I'll paint like Van Gogh
Cure the common cold, I don't know
But I'm ready start 'cause I know in my heart

I wanna do something that matters, say something different
Something that sets the whole world on its ear
I wanna do something better with the time I've been given
I wanna try to touch a few hearts in this life
Leave nothing less than something that says ?I was here?

I will prove you wrong
If you think I'm all talk, you're in for a shock
'Cause this dream's too strong and before too long

Maybe I'll compose symphonies
Maybe I'll fight for world peace
'Cause I know it's my destiny
To leave more than a trace of myself in this place!

I wanna do something that matters, say something different
Something that sets the whole world on its ear
I wanna do something better with the time I've been given
I wanna try to touch a few hearts in this life
And leave nothing less than something that says ?I was here?

And I know that I, I will do more than just pass through this life
I'll leave nothing less than something that says ?I was here?
I was here


p.s. : yeah, bila aku down, mula kena searching for something to stand up again! 
.

Tuesday, August 17, 2010

It's so cheap to KOREA with Air Asia...

...but still out of budget -_-".

Boleh tak tiba-tiba teringin nak pergi KOREA?. Deym. Dulu-dulu takde la teringin sangat, aku ingat lagi, kawan aku Fariza ajak pergi aku refuse, lagipun masa tu mana nak cari duit, lain la sekarang, heee. Ditambah lagi bahasa language, err same la tu mizah.. susah nak paham, so takde la terasa mahupun gedik nak ke sana lagi. Haiyak. Tapi sekarang, jom Fariza?hahaha. Haritu pergi China (did I ever mention this before?hee), pun dah terasa kepayahan nya. Macam itik cakap dengan unta. Ukk akk erkk.. lalalaa~ T.T

Tapi kalau Air Asia pun dah buat flight ke sana, why not give a try, right? perghh iklan RM399 one way to KOREA, siapa yang tak nak! Tapi kena fikir dulu berapa jam nak ke KOREA? Jap, google dulu.  Oh my! 6 hours (approximately) nak duduk dalam cabin Air Asia? memang kena pikir masak-masak neh!Hmm.. hmmm... 1 jam 45 minit pun tak berapa nak sanggup. huhu. Request Air Asia renovate seat arrangement diorang agak-agak boleh tak? maybe kena isi dalam comment form, ada provide tak? haha.

Takpe la, moh la kita pergi yang dekat-dekat dulu. Lets give a try to BANDUNG first! yeah.. Ok, ape kaitan nya Korea dengan Bandung plak ni. it's unexplainable!

Tahun depan buat promo lagi ok Air Asia. Boleh la kita ramai-ramai pakat pergi KOREA untuk trip 2012 huhu.



oh, water drops. ding!


p.s. : haha. Mentang-mentang dapat buffered Air Asia. Cerita Air Asia je pulak! Tapi, apa pun thanks to Air Asia, sebab dah banyak tempat yang saya lawati dengan anda. And thanks to my Ayah, for all the support. ngehe. sayang Ayah! auww..

Wednesday, August 11, 2010

Godaan 2 liter air masak, air masak je pon..

Ok-la-ok-la, kalau nak wish Selamat Menyambut Ramadhan macam dah terlambat kan, even baru satu hari puasa tapi dah dua malam terawikh kan, tak syok bunyi nya kalau baru nak wishing-wishing. A-ha.. kalau dah bukak topik pasal puasa ni mesti la cerita pasal puasa kan, takkan nak cerita pasal World Cup yang tahun ni aku tak amek port tu. Tak match kan! ok, jom cerita pasal puasa.!

Since sekarang aku bekerja dengan berbagai kaum (bila dah berbagai kaum, maka nya agama pun perlbagai, wow! variety) di opis, maka cabaran berpuasa dengan orang yang tak-payah-puasa ni nampak nya macam budak kecik baru belajar puasa. Huish! sungguh mencabar iman. Ehe.. mana tak nya, sebelah meja aku ada sebotol air 2 Liter, slumber je diteguk member sebelah. Lepastu, lepas waktu break makan, ada pulak kueh kaler kuning dia tapau bawak masuk opis, tu belum lagi kalau ada yang bawak masuk coffee cup, semerbak bau satu ofis.. hu.. hu.. hu.. sabar.. sabar..

Memandangkan dah terbiasa tiap kali bulan puasa mesti di kelilingi hampir semua orang yang WAJIP puasa, so jadi macam awkward la pulak bila kali ni dekat sgt dengan geng tak-payah-puasa! haha, padahal dah berpuluh tahun puasa sebelum ni steady je! kikiki.. Oh! ditambah lagi bila bukak drawer sendiri ada pulak sebekas coklat simpanan stok, adeh.. lupa nak bawak balik, maka nya, tiap kali bukak drawer asyik berdoa la jangan tersilap sauk! kekeke.. kang nak amek kertas, teramek coklat pulak! naya.

Tapi siang tadi, aku heran! time aku lalu kat canteen nak pergi surau, isk! ternampak pula kakak-kakak bertudung ah! sah-sah la Muslim kan, pergi beli kueh and duduk join sekali kat canteen. Sebagai seorang yang konon nya khusnul-zhon (bersangka baik) ni, maka aku simpul kan je la, mungkin dorang beli untuk berbuka dan lepak jap tengak TV berscreen besar kat situ. Eh, aku pun selalu gak tengok TV kat canteen time makan, haish.. masyuk betul since TV LCD tak mampu dibeli pihak rumah ku ini, T_T jadi layan kan lah bila ada peluang.

Pelik.. pelik.. tak pun sebab dorang ABC (Allah bagi cuti) kot so dorang join-join makan time break? hah! mak aku kate, ni boleh panggil van mayat buat serbuan ni. HAHAHHA.. lawak.. lawak..

Berbalik kepada ABC ni, meh aku citer lagi.. aku paling isk, menyampah kalau ada girls yang tak puasa, eh bukan, yang ABC ni dengan slumber nya makan gula-gula dalam kelas. Urghh! even anda tak puasa, tapi perlu ke bagitau seluruh kelas dengan bunyi-bunyi bukak sampul gula-gula tu? Langkah paling bijak ialah, jangan makan terus dalam kelas. Yes. Respect sikit orang yang berpuasa. Dah la dorang tak leh makan gula-gula bagi menghilangkan ngantuk (aku ler tu), then tak pasal-pasal sakit ati pulak tengok muka sorang-sorang (sebab lebih dari seorang) tersipu-sipu bila orang semua direct pandang mereka. Annoyed ok! Malu sikit boleh tak? *aigu!*

Well, selamat berpuasa semua. Maaf terkasar bahasa di blog ini yang merentap sanubari anda! Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dari sebelum-sebelum nya! ohh.. jangan lupa sahur ya.. emm..


p.s. : baju raya tak siap lagi -_-" 

Saturday, August 07, 2010

He's leaving me.

...and our home will empty without him as soon as tomorrow.

Take care dear Ashraf. *hugs*
p.s. : how to pretend not to be seen sad?dun wori, i'm the good one. huu..
.

Thursday, August 05, 2010

Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.

Kadang-kadang kita tak harapkan, tapi itu juga lah yang jadi. Kita plan. Baik punya!. Tapi sesungguh nya kita manusia yang kerdil hanya berkemampuan merancang, tapi TUHAN sekalian alam itu juga lah yang menentukan. Takdir, jangan di tolak mentah-mentah. Semua itu ketentuan ilahi.

Dia yang MAHA MENGETAHUI. Al-'Ilmun.

Benar. Kalau pun segala arus perjalanan hidup itu telah tuhan tetapkan, tak bermakna hamba-Nya boleh goyang kaki, duduk menanti malas, menagih segala apa yang diharung sambil berkata "ini yang tuhan telah tetapkan untuk ku", NAHhh! itu kata-kata seorang loser. Seorang hamba yang cuma pandai memanipulasi kata-kata tuhan, tapi tak pandai menafsir isi tersurat mahupun tersirat.

Jangan kan padan muka, hina sungguh manusia yang tidak berusaha. Waallahua'lam.

Manusia hanya mampu merancang. Ulangan.

Dan seorang manusia kerdil itu, merancang, bertekad sepenuh hati. Berkuat di dalam sanubari, kalau esok ditakdirkan ada jodoh, harapkan keluarga yang dibina langsung takkan sama seperti keluarga yang ada ketika kecil. Harapkan sebuah keluarga yang harmoni. Anak-anak yang mendengar kata. Menjadi ibu bapa yang tidak dilupakan anak. Di sanjung setiap hari, malah bukan yang hanya diingati ketika susah mahupun sebulan sekali.

Perancangan yang di rangka dari semua iktibar apa yang terjadi.

Punya anak yang boleh memeluk ketika bersedih. Yang mendengar kala ibu merintih. Yang mampu mematuhi tiap bibit pesan orang tua dengan hati yang ikhlas. Yang boleh dibawa berbincang. Yang boleh bergurau. Yang boleh diceritakan apa saja, tentang isu hari ini, mahupun isu pada zaman retro yang lampau, dan apa saja!

Iya. Semua nya.

Apa yang berlaku tak harus berulang lagi. 

Tekad kuat seorang manusia dek kerana tak mampu menanggung sedih melihat seorang ibu yang tak mampu didakap oleh seorang anak ketika menangis esak, seorang ibu yang tidak punya sokongan kuat seorang suami, seorang ibu yang sakit tp digagahi demi anak, seorang ibu yang cuba tersenyum walhal hati sudah robek pedih, seorang ibu yang kadang-kadang kemesraan nya dibalas hiba. 

Ibu itu sangat kuat pengorbanan nya. Tapi apa pulangan nya?



Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.
Newer Posts Older Posts Home