Tuesday, December 29, 2009

Belum start kerja tapi dah kena pecat.. what a SADIS life can be..

Bayangkan kalau kelas semua petang je dah tu pagi aku nak buat apa? goyang kaki? guling atas katil? aih.. dah tak larat dah kot. Kalau seminggu dua minggu boleh tahan la jadi honey week, tapi kalau dah masuk sebulan jadi honey moon memang susah la. Silap-silap sok-sok dah tak boleh bangun pagi sudah. Jadi menantu tak dipilih la aku macam tu.

Dengan kesedaran mahu menjadi menantu pilihan yg pandai bangun pagi, aku pun try la job-job yang ada kat Bangunan Engineering yg permai tu. Aku apply jadi Demonstrator Lab ngan Grader Thermofluid. Yepp.. mula-mula DAPAT! both! Tapi bila dah 'appointed' aku kena 'pecat' plak. Bukan senang aku mau serender jadi menda-menda neh, sekali bila aku terbuka hati dia jadi macam ni lahaii..

Frusttt... huu..

Musnah harapan aku nak angkat Nokia 5800, tak pon Sony E W980, tak pun paling slow pon Sony E C510. Nak berangan pegang iPod Touch 16g or iPhone lagi la macam pudar terus. Nak harap duit scholar macam tak berapa nak cukup. Balik rumah ritu dah kena sound ngan ayah jangan nak membazir-bazir. Kata nak beli hp RM300 yang Sony E macam Asmah tu pun dah kena rejek awal-awal. Lagi ayah nak sogok hp lama dia yang takde sim card tu. Oh.. what to do?

Demostarter kena tolak. Sebab nya aku kena available 2 hari sekali. Padahal aku nak section yang hari Jumaat je. Selasa ada kelas plak time tu. So, dengan rela hati aku terpaksa tolak job tu. W-t-h la. Kalau dulu tak pernah pun kena jaga dua section sekaligus. Tapi kenapa sekarang macam kena jadi macam-macam pulak?

Grader pon kena tolak gak. Pagi tadi dengan confident je aku pi jumpa lecturer tu. "Sir, I'm your grader", yela, kata dah appointed kan so boleh la 'daftar diri' dgn lecturer tu. Aku dah siap berangan-angan nak buat apa dgn 'duit gaji' tu. Sekalii....... hampeh di situ. Dia rupanya nak tutor+grader. Bukan grader alone. Maka nya sapa yang apply Tutor die accept. Yg apply 'Grader' macam aku dia TAK MAU. And he admit his mistake la approved aku at the first place. So, lagi sekali kena 'pecat'. Fine!

Sekarang aku pikir nak carik pusat tuition je. Tapi takde la plak link-link yang aku tau nak mintak macam mane. Aku nak part time.. huu.. Nakkkkkkk sgttt........ demmit.

Ok skng, sapa mau rekemen aku apa-apa?
Kalau ada job utk Engineer pon boleh jugak.
Tapi taun depan la..
Haha...



p.s. : =(

.

Ketika Cinta Bertasbih.. oh jatuh cinta sama Kholidi.. ya ampunnn..

Harini Hari Raya! yey.. akhirnya puasa ganti semuanya dah habis bayar. Punya lama baru dapat Raya. It's better to be late than never kan. Hah... korang wanita-wanita diluar tu, gantila puasa cepat-sepat. Jangan tunggu dah dekat ngan Ramadhan baru tehegeh2 mau bayar, i'll promise you, itu lagi seksa. Orang sibuk makan sedap sebelum nak sambut bulan puasa tapi kamu sibuk pula start puasa lagi awal. Jangan menyesal.


Akhirnya dapat gak aku tengok 'Ketika Cinta Bertasbih', tu pun lepas pow kat adek termanis. Best gak! aku kasi 4 bintang, satu bintang lagi tak boleh bagi sebab suntingan filem kureng sket. Tapi it's better than Nur Kasih, sekurang-kurang nya ini real di Mesir dan bukan di Universiti Islam Antarabangsa. Nasib baik ada sket scene yang betul-betul di negara padang pasir tu, kalau tak mau je aku cop drama-saving-cost. Ops!

Aduii.. nape la watak utama Ketika Cinta Bertasbih ni ensem bangat. Watak Azzam (Kholidi Asadil Alam) tu macam perfect sgt plak bila aku tengok. Still adakah lelaki yang macam tu dlm dunia sekarang ni? Ohh mek, jgn kau bercita-cita tinggi mahu lelaki seperti itu. hu. hu. hu. Since citer ni agak dah lama dan aku yang tertinggal jauh, maka nya siapa tahu mana nak cari novel dia ni? Tengok filem saja rasanya tak cukup, lagipun ada plak PART1 and to be continue.. aduii.. bila plak nak keluar PART2. Enggak bisa sabar ini donggg.. haha..

Kalau korang nak tau sket2 info pasal mas Azzam ini, klik la ini,
official website here!
nak part 1 mintak aku. =)

hye! saya la Kholidi..

p.s. : banyak pulak buku nak kena baca neh.. tapi takde plak buku Engineering dlm list.. opss..
p.s.s : dpt mkn free harini.. best2.. ^_^ V

.

Thursday, December 24, 2009

Bukit Tinggi was the next!

First thing first.. aku tak paham kenapa bila takde air-cond takde sape nak lepak kat student loundge asma' ni. Bila time sejuk nak mampus tu la ramai sampai tak cukup plug nak cucuh power supply. So, now, mcm aman-damai, plug melebih2 plak dan aku boleh conquer semua!. Ada 3 org je 'minah' kat sini, and it's getting late. I'm gonna type as fast as I can, pack my bag and go balik tido. Takot la plak kan kalau 2 org di belakang aku ni balik awal dari aku. Kang ada scene jangan pandang belakang baru tau!

Mari story cerita tawan-menawan. Bukan cerita mengawan.



Haritu, berjaya menawan Broga Hill dengan penuh gigih walaupun sebenarnya aku dah nak waive white flag tapi bila tengok dorang (shepa,mija,keri) semangat gila, so cekal kan juga panjat sampai puncak. Akceli, not so puncak pon yg tempat kitorang landed tu, just sbb lapar sgt so we just settle down there.

By the way, sebab kan aku tak pernah tau Broga Hill is the place where we need to hike to reach the peak, so aku take it easy je la. Bila mereka kata we need to hike, ha amek kau.. pancit gila! haha.. Ye la, i tot that Broga Hill macam Cameron or Genting, or yg macam kena naik kereta boleh sampai tu. Poor me.






That was on last november. I take it as my birthday trip la kot. haha.



For this December, once again, we climb up another hill and this one I can take a long breathe where we don't need to hike or climb mcm org gila but we just sit down and relax while hoping that we can reached there safely. Ye la, jalan bengkang-bengkok sampai rasa mcm nak muntah. The mabukness really annoy me a lot.

Broga is free, but Bukit Tinggi is in the category of need to pay. RM10 per entry ok.

Since time kitorang pergi tu dah petang and awan pun cloudy semacam je, maka sempatla kami bermain hujan di atas Bukit Tinggi. Pelik juga bila lepas hujan baru terasa sejukkkkk nyaa..







 Tak banyak activiti yang boleh dibuat sebenarnya kat atas tu selain bergambar sampai lebam. Besides dat, boleh la kalau nak cuba coffee mahal and pancing itik nasib. Tu yg dpt bear comel kat dlm gambar atas tu tp tertinggal plak dlm keta shepa. Oh! jgn lupa utk amik kesempatan berkenalan dgn swan hitam-putih di sana. Itu seperti kemestian la senang cakap.

Dat's really awesome kan? (^_^)"



=======================================
I just realize something today when I was walked with my roomate,
dat I'm so kaki-jalan just like my parents! taik-lalat on my foot is
totally the prove on dat habit la........... lalalaa~
=======================================

p.s. : what Bukit should we go next? any idea..? hmmm...

Saturday, December 19, 2009

Dipaksa bermain kriket. First time dan tiada bakat tersembunyi.

Bak kata Isma (nama sebenar) citer ni dah basi, tapi aku nak post jugak demi menunaikan harapan beliau satu ketika dahulu. Sukan kriket agak kurang femes di Uia berbanding sukan-sukan lain.
Err.. tp uia femes dgn sukan apa, aku pun tak berapa nak sure. Mungkin bola tampar, sebab aku pernah dgr player team male nya "hot2".

Maka nya, sebelum cuti semester tempohari, aku dan Leen dipaksa bermain kriket di awal pagi. Tak pernah-pernah main kriket. Yang pernah aku main pun setakat rounders dgn baseball je.
Kriket ni aku tgk dlm citer hidustan je dulu. Macam citer khabi kushi kabhi gham.

Dan ketika kejadian, terkial-kial la jugak nak main kriket ni. Dah la from zero kau ingat terus boleh jadi hero ke? impossible!. Kriket agak susah berbanding rounders or baseball. Dah la byk songeh, gaya nak macam-macam je. Sampai ke sudah still tak boleh nak paham.

Pagi tu aku mati-mati ditipu kononnya Leen dah datang, rupa-rupanya ada tipu-helah di situ, dan sampai sudah aku je yang menjadi mangsa kriket.Timakasih Isma. [read : bengang]. Dah datang, layan kan je la bermain. Akibat tak bersungguh sbb frust kena tipu, belajar byk kali pun ilmu tak lekat. Sebab tu tak pandai-pandai main. Cuma pandai jadi penonton je kot.

yeh.. ini Rahimi, si Pembaling bola terbaik. post menarik bukan


ini Isma. bajet kan? hahaha

dan ini mangsa kriket. syukur la, sukan ini tak menjadi feveret

Siapa nak belajar main kriket boleh la cari Isma. Mungkin pelajar perempuan lebih dialu-alukan. hahahaha....

p.s. : nak main rounders macam kat sekolah dulu.. =(

=

Friday, December 18, 2009

Amanah lawan nya Khianat.

Serasa aku kalau bukan ajaran Islam sekalipun, semua agama di atas muka bumi ini mengajar perkara yang baik-baik sahaja. Ada ke agama yang suruh buat tak baik? Mungkin agama Ayah Pin pun ada menyaran buat kebaikan. Cuma nya, kepercayaan itu yang berbeza. Ayah Pin totally la 'berbeza' sampai ajaran ke langit. Ok, ayah pin tak terlibat dalam hal ni sekarang.

Kembali pada topik asal. Jadi, kalau sudah diajar tentang yang baik-baik kenapa mesti perkara tak baik masih berlaku?

Adakah kerana terkurang ajar?
Atau kurang ajar?

Tula, suruh pergi sekolah, badan pergi pakai uniform, otak tinggal atas katil.

Heh.. tak tahu la.

Macam mahu bagi tazkirah, ceramah atau apa saja yang boleh membetulkan pelajaran 'anak-anak'. Macam nak ajarkan yang telah dipelajari sejak kecil. Kalau sekolah rendah ada Pendidikan Islam. Sekolah Menengah pun sama. Tak cukup lagi ke lepas tu kat universiti pun ada belajar etika, akhlak dan nilai-nilai murni.

Tak payah cakap pun mesti boleh fikir sendiri.

Akal bubuh mana? jangan kau kata lutut. kesian.

Maafla, ayat si bengang selalu nya menyiat hati.
Sebab dia mahu berkongsi rasa.
Tapi jangan terasa, sebab tak gigit cili tak rasa pedasnya, begitu juga hatinya.

Yea..

Awalan nya tak perlu sesiapa yang tahu dan baik-baik saja. Tiada salah-paham. Tiada konfrontasi. Tiada ketidak-selesaan di situ. Semua salah si polan, atau si polana?mungkin.

Mungkin dia tak belajar apa itu Amanah.

Hey.. kau tahu apa itu Amanah?

Mari kita sama-sama kembangkan otak. Sebelum tu kutip dulu otak tu jangan lupa.
A-M-A-N-A-H. lawan nya  K-H-I-A-N-A-T
Jadi kenapa harus kau khianat bila diberi amanah? Tak tahu ke amanah itu harus disimpan bila disuruh? Kau tak tahu dosa-pahala mungkin. Kenapa mesti kau kepochi sana-sini?


Panas betul.

Haih.. sabar.. sabar..
Assobru-minal-iman.


Nasib bukan jenis si bengang mahu mendoakan yang bukan-bukan pada si khianat.
Biarlah. Si bengang masih positif. Menerima seadanya. Tapi mungkin tak berapa nak pasrah.


Tuhan kan Maha Adil.
Dan Si bengang percaya itu.

Semoga si kepochi sedar.
Aminn.


Nah,
ada lagu mahu si bengang tujukan.. F*ck you by Lily Allen.
Sorry, bukan blog ini mencarut tapi Lily Allen. hahaha~ tq Lily.

p.s. : bukan sesiapa yang berhampiran si bengang.

.

Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan pula ke Pekan Baru.

malas gile!

tp saje mau updet juga.
Mari aku taip dgn kadar kelajuan maksima sambil merumuskan apa saje yg di dlm kepala ini.

Pulang dari Kuching, aku pergi pula ke Pekan Baru, Riau. Semalam baru sampai.
Rezki tiap kali bulan November dan Disember.
Kalau tahun lepas, sempat menjenguk negara mata sepet, China.
Pulang dari tanah besar terus pula ke Labuan.

Tahun depan ke mana pula agaknya? =p

Pekan Baru. Sangat seronok di sana. Layanan bak VVIP, di sambut dengan kereta pacuan empat roda bertetera "Eddy Rab Visitor". Tak sangka! sungguh baik hatinya Ibu Titin dan Pak Eddy. Kesimpulannya, memang menarik la pegi sana. Indonesia kan barangan nya murah-murah. Tapi kesempatan itu tak dapat aku kaut dgn rakusnya, sebab scholar tak masuk lagi. huwaaaaaaa...

Aku rasa macam dah ada mak angkat di sana. Ibu Ida (kwn Ibu Titin) melayan aku macam anak sendiri. Nak makan apa semua dibelanja. haha. Paling special di sana Nasi Uduk (tp aku tak rasa) dan Murtabak Mesir (ini macam roti canai sardin). Sempat juga merasa Murtabak Manis Pekan Baru, sedapnya memang sgt umphhh! Murtabak tu kalau kat Malaysia orang panggil APAM BALIK!. Tapi inti nya saja yang lain. Haritu aku rasa durian cheese. Berdebar gak nak rasa mula-mula. Tapi bila dah gigit, perghhh.... nikmat die memang macam nak nangis. Sedap oh!

Murtabak durian cheese!

Bu Titin siap nyanyi lagi menyambut kitorang. hehe.

pas makan sup tulang. ni pon sedap gak!

kat tempat Amerika.

Kawasan ni bekas tempat Caltex bermastautin. Kalau dulu semua org Amerika je yg duduk, tp sekarang dah ada org Indonesia di situ. Kiranya, ini port tempat cari gali minyak di Riau. Kalau tengok kawasannya memang macam pemandangan di Amerika, itu bak kata kawan mak aku la, ye la kan, Amerika tak pernah sampai lagi. huhu.


pulang sudah~


=========================cerita lain==========================

harini terasa sangat err.. entah la apa yg mahu dirasakan. tapi ada perasaan kurang enak hingga rasa menyampah yang teramat. Biarlah, yang hanya mampu aku lakukan adalah mengambil pengajaran. Mungkin lepas ini sikap keterbukaan akan disekat menjadi sedikit tertutup. Aku fikir, kadang-kadang kalau kita berkongsi cerita bersama yang dipercayai, mungkin seronok. Tapi tidak sekarang. Kerana ianya sangat bahaya sehingga boleh menimbulkan keaiban dan salah-paham. Dan bukan itu yang aku harapkan.

Kadang-kadang apa yang kita rasa bukannya sesuatu yang dipaksa. Ia datang sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa. Dan biarlah, mungkin baik rahsia hati tak siapa yang tahu.
(^_^)"

Dan selepas ini..
Apa yang penting.?

Jangan terlalu mempercayai orang.
Iya! itu saja.


Wednesday, December 09, 2009

Yang Hidup Pasti akan Kembali.

Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar kematian di kalangan saudara terdekat. Terakhir adalah pemergian atok (sebelah bonda) tersayang ketika aku baru setahun jagung di kampus ini.

Bonda call teresak-esak, masa tu aku di lab komputer E0 GPCL, terus.. menangis macam tiada manusia di situ. Peduli kan.

Semalam.

Seusai selesai urusan di Giant. Kakaknda call. Intonasi itu.. Ya, berita itu.. Pak Long (juga keluarga sebelah bonda) juga telah pulang ke rahmatullah.

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

al-fatihah.

p.s. : sedih, tak dpt pulang menziarah.


Tuesday, December 08, 2009

Macam kura-kura lagi kah, atau sudah seperti rabbit?

Last time kalau ingat lagi, aku ada buat poll kat tepi side bar aku neh pasal blog loading aku. Respon agak memberangsangkan, and aku really appreciate la sape yg jujur vote tu. Huhu. At least aku tau betapa lembab nya blog aku rupanya. Tenkiu.. tenkiu..

serius ke lembab sgt ni weh..? huk2

So, bagi langkah menghapuskan kebosanan menunggu loading mcm kura-kura tu, aku dah alter beberapa benda dlm blog neh. Kalau anda perasan la. Hah, apa yang aku buat..? teka-teka..

And aku gak ada dpt feedback yg positif. Thanks Anis and Leha! Dorang kata dah 'cepat' sket blog aku. err.. tapi, membe aku neh, dia kata blog aku 'berat' lagi. huk2.. mau tak tergores hati ku, haha..

Maka nya,

Sekarang I really need your opinion.
Apakah sebenarnya pendapat anda tentang blog gue neh.

Lembab or tak? la-la-la..
[jujur harus ada ya bagi menjawap soalan ini]



cerita yang lain  =================================

dah masuk final sem, insyALLAH dis is my last sem kat sini. hope habis dgn jayanya.
memandangkan aku dah nak last ni, ada beberapa wasiat nak sampaikan..

1. tolong jgn macam-macam. Nak check-in bilik, tetiba nak pre-reg slip. wth?
selalu pakai cek-out slip je.

2. tolong kesian kan kwn aku. Nak add EAP, dorg tak bagi buat manual
tp bg idea bernas suh extend sem. bijak bistari!

3. tolong upgrade system teknologi. jgn ada lagi 'kesesakan' masa nak cek result.

itu je la dulu.
tak sabar nak grad.
wish me all luck.. selamat juga untuk anda semua. =)

=

Sunday, December 06, 2009

Berjalan sampai Kuching! cuti-cuti Sarawak................


Entah berapa kali entah aku try-try nak post pasal Jalan-Jalan gi Kuching. Asyik-asyik aku save dlm draft. Maybe aku tak cukup vocab yang canggih untuk menggambarkan betapa seronok nya percutian tempoh hari. Bak kata Asmah, it was a magnifique trip. For me, yepp.. I dun have words to describe about it. Apa yang aku tau, seriusssssss bes oh!..

Trip aku semua perempuan yang pegi. Jgn pandang pempuan sebelah mata ok. Tak mesti berjalan kene ada lelaki. Sumtimes, kalau ada laki pon tak tentu lagi 'selamat' kan? hahaha.. So, Alhamdulillah, we were safely arrived and safely return back home.

Nak tau ke kitorang poie mane?

ni kek airport ah..

Hari first, tak banyak jalan sangat. Truly, kitorang baru cari hotel masa betul2 baru sampai. Sebab last minit decide tak jadi duduk Unimas. Hah.. gile ke apa aku pon tatau nak kate ape, but syukur.. there were still vacancy for us. Lepas bincang2, semua setuju and kitorang pon gerak ke Liwah Hotel. Yang jadi lawak nya, kononnya takut tak boleh book satu bilik untuk 11 orang, so kitorang naik sikit-sikit ke bilik. Kitorang je cuak lebih, padahal tuan hotel rileks je dok sembang-sembang ngan tourist guide kitorang, Miss Corney.

Rehat2 jap, solat2 and kitorang decide nak amek angin kat bandar Kuching. Lagi sekali tak boleh nak tahan gelak, kitorang pegi sesat entah mana2 sampai kena redah masuk Parkson sambil berbaris sebab Parkson tu kocik bona. Padahal ada jalan senang, tapi Asmah konfiden redah ikot entah mana2.. hahaha... akhirnya sampai gak waterfront. Then, terasa nak naik Penambang kononnya dgr org kata kek lapis best kat seberang sungai sarawak tu. Cuak gler naik mende alah tu, advanture! Dah agak-agak senja, kitorang pon beransur pulang...
water front - naik penambang


Muzium Ethonolgy - white cat - gambo naek sampan lagi!


kat atas Menara Kuching

Second day.. pagi pegi lagi water front. Tapi kali ni merayap kat Main Bazar sambil bershopping. Aha.. sini memang banyak gila la menda perabih duit. Adaaaaa je terasa nak beli. haha. Tapi yang menjadi benda utama kitorang dok borong adalah t-shirt bercop Kuching! tak tau la apesal kemaruk sgt.

Tengahari baru la start kitorang punya trip. So, tak byk jalan harini, just pusing-pusing town. Pegi Ethonoly Muzium sambil belajar banyak 'perkara' baru, oh tengs to Miss Corney yang tanpa segan silu menerangkan 'perkara2' itu. haha. Pastu pegi Menara Kuching tengok view dari atas tapi syg tak nampak puncak gunung Santubong sebab masa tu cloudy sket.

Oh b4 tu, pegi amek gamabr dgn Kucing puteh yg sgt menarik. Di mana, bila ada perayaan, meow tu akan pakai baju perayaan. Adui.. krismes nanti die pakai ala2 santa clause ke?

Before dihantar pulang, pegi pasar satok. Kat situ borong ikan terubuk masin.. hah! korang tau ke UITM tu apeee..?? bukan uni mara, tp usahawan ikan terubuk masin.. aku fisrt dgr ingt kan setuden uitm wat bisnes, hehe. Yg best nya, ada delivery tau dorang neh, bgs betol bisnes. sape nak order, aku leh bagi kontek number.. huhu~
kat depan Semenggoh

hye, name saye Ritchie!

Third day, dari pagi kitorang dah siap-siap nak pegi 'education trip'. Brekpes dulu kat Chillipeppers, oh! restoran ni mmg wajip singgah. Food die mmg superb, kau nak mkn ape, just name it (tp make sure kena ada dlm menu la. hahaha). Harga.. memang sgt2 berpatutan.

So, pagi tu kitorang ke Semenggoh Wildlife Center. Tengok long-lost sedara sape entah. Kat situ, org utan dibela secara liar and kitorang sempat jumpa Delima dan anaknya (dia adalah female org hutan yang howt kat situ) ngan sape entah lagi. Rugi, Ritchie (si dominant male) tak keluar. of kos la kan, kang jatuh la stended kalau keluar sbb nak mknn free. So, kami merumuskan mahu cari bakal husben yg dominant selepas bekenalan dgn Ritchie selepas ni. wth..

Penat tgk orang utan, pegi pulak Anah Rais Longhouse. Ohhh sini lagi advanture. Tgk sendiri kehidupan rumah pjg. Anah Rais ni etnik Bidayuh yg duduk, so dorang masih mengekalkan 'Panggah' tempat dorang mensyuarat. Kat situ, ada lagi tengkorak2 betul dok pamer. And ada tengkorak 'bersoul' kat situ, tp 'Panggah' nya dah dikunci untuk pengunjung. Dah siap belajar menyumpit semua, kitorang pon gerak pulang.

Otw, singgah pulak kilang pasu. Shopping pasu Sarawak (sob3, aku tak beli), then pulang. Petang, pegi Main BAzar lagi, shopping. hahaha.. tu la pempuan, takde len, shopping-shopping-shopping.

Malam, Zaza invite pegi rumah dia. Really have a nice time masa kat rumah Zaza. Kami semua gather. Oh fyi, ada 3 grup yang pergi Kuching at the same time, Grup Jeda and Yaya, Grup aku and Grup Icak. Semua berjumpa kat rumah Zaza. Bergelak beramai-ramai sampai kenyang perut. Update mana patot and share keseronokan trip memasing. Dorang pegi Gua, ohh jeles nya!. Mkn buah yg disangkakan Ciku, konon nak try tp tak lalu, Shamin suka gila buah tu. (nama apa, aku da lupe. huhu) Mak Zaza semangat bekalkan kicap and garam kat aku sebab dok citer-citer pasa buah DABAI. tenkiu antie, tharu.. Buah dabai ni bermusim, nak mkn sedap dgn kicap ngn garam. emm.. tp still, aku bukan penggemar. huhu.
at Zaza's house

the forth day, kitorang pegi Sarawak Cultural Village. Dekat dgn Gunung SAntubong. Otw to SCV, aku tertido, and dorang sume dok gelak kan pasal aku je yg tido and miss citer hikayat Puteri Santubong. Pastu semua pon tanak citer balik kat aku, nak wat cemana, aku ngantuk gilerrr.. haha.. tapi Asmah dah citer balik, aku ttp rasa rugi sbb dorang kate Miss Corney citer lagi best! hok2.. =(

Then sampai sana, kitorang pon visit la 7 jenis rumah etnik then ada show yg tak leh terlepas. Tak pernah aku tgk org pusing2 atas buluh, tu paling aku woohaaaaa! la tengok, tp mamat tu mmg cute la pi buat aksi dasat tuh. Dah agak-agak penat kat sana, kitorang pon berangkat pulang.

Singgah dulu Muzium Kucing. Ingat boleh jumpa kucing hidup, rupanya patong Hello Kitty je yg ada bersama-sama gambar-gamabr kucing yg len. Masuk free, tp nak tangkap gambo byr 4 inggit ye. cis sungguh aku rase..

Next stop was Kilang Kek Lapis. Yg kitorang pegi tu brand Dayang Salhah. Lepas dah test-test sampai kenyang, semua mengatakan kat situ tak sesedap yg kitorang beli kat tepi sungai masa 1st day kitorang sampai tu. So, dorg decide ptg nak pegi balik tepi sungai mau beli yg kat situ. Situ kek die moist lagi dari Dayang Salhah punya kering. Tapi yg sedap kat Dayang Salhah is Kek Lapis India! terbaek la. So lepas borong ala kadar, berangkat pulang. Petang.... poie mane laie, Main Bazar la. hahaha.. dorg-dorg je pegi seberang sungai, aku malas lgpon kng lebih bajet plak beli kek. huhu.

Malam plak, ada org bwk jenjalan. Best-best. Pegi tgk arca dia dekat Taman Sahabat. Besar gile Cheng Ho kat citu! Tengok jap org eksesais then pegi makan Nasi Ayam Penyet. Oh! kat situ mmg best. *thumbs up* (aku lupe pe name restoran nye).

Rash Jadi Iban jap. haha

ni a yg aku dok kata pusing2 tu.. terbaek punye~

Hari kelima. Hari untuk pulangggggggg... huk2 sedih nya. Memasing sedih je packing-packing barang. Datang satu beg, balik semua pon beranak beg-beg nya. haha. Siap-siap semua kami pon berangkat ke airport. Sehingga bertemu lagi Kuching!!
mau pulang udahh... tu la Miss Corney..

To those my geng to Kuching,
lepas ni mau pegi mana pulakk..???????
aku lagi ke kena in-charge jadi Perancang-Perjalanan..?
hahahahah...
bye-bye Kuching! see you soon..

[pic ada yg dikutip dari fesbuk Rash, Shamin and kemere antik Usna.. tenkiu pihak photos]

p.s. : teringin mau ke S'pore pulak.. anyone?


Thursday, December 03, 2009

Teringin nak jadi staff Uni aku bahagian teknologi maklumat.

Tak pernah rasanya sesabar ini.

Biasanya kalau tak boleh bukak sesatu website tu, aku terus pangkah je. Takde keje rasanya nak tekan refresh banyak-banyak kali macam loser. Nanti, bila ingat balik aku try la bukak balik. Tu pun kalau ingat la, kalau tak memang babai je la.

Tapi kadang-kadang kalau ada kepentingan aku try jugak refresh. Sekali. Dua kali. Ok.. kasi afdal tiga kali. Tak boleh jugak, start la angin kus-kus datang.
Emo dengan website tersebut terus palang [read : pangkah] website tu
dan suruh orang lain buka kan. Sampai bebila pon tekad tak mau buka dah.

Itu semua kalau aku memang tengah takde mood la. Orang kata datang bulan.

Bila bulan normal, biasanya tak macam tu. Aku lebih cool. Bersabar barang sebutir dua. Tak boleh aku cuba lagi. Bak kata mereka, CUBA JAYA. Kalau tak boleh buka juga, mungkin aku tak pangkah hingga bertekad tak mau buka dah, dun wori, aku akan bukak lagi. Tapi tunggu bulan depan mungkin. Tu kalau aku ingat la.

Tapi kali ini betul-betul menguji kesabaran aku.

Tak pernah rasanya aku tekan refresh selama ni. 10.15 till 11.45.. tekun sungguh bukan?

Tiap kali tekan butang submit, aku baca bismillah. Sebab kawan-kawan aku semua pesan macam tu. Still.. tak berjaya. Ada doa yang lain?

Aku dah tahap malas dah ni. Jangan kau cabar. Jangannnn.. kang aku tido kang.

Adoi..
Ops.. tak baek mengeluh kan..


Tapi.. tapi..

Macam mana ni.. Tak keruan dah aku. Dah bersembang di facebook sambil menenangkan hati pun masih tak berjaya. Banyak dah aku stalk-stalk fesbuk org (termasuk.. ehem2), tapi still tak tenang. Makin lapar plak. Heh. Ni Amuk nye pasal la ni. Tagged gambar Muffin resepi gua kat fesbuk.

Rash pun dah start makan roti bakar. Aku lapar. Rasa nak makan unibesiti aku.
Nampak mengenyangkan kalau kunyah satu-satu.

Pastu terasa ngantuk plak. z_z

tapi

Macam mana nak tidur. Result tak dapat tgk lagi ni.
dekat seribu dah kot aku refresh, reload.. asyik2 kuar ni..

puaka betul.



tu pun lepas dah lemau tunggu dia punya loading..

Gabra gilerrrr...
Aiguuu...

Ni yang rasa nak rebut kerusi pengurus bahagian teknologi maklumat kat Uni akuh...

=
Newer Posts Older Posts Home