Wednesday, December 09, 2009

Yang Hidup Pasti akan Kembali.

Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar kematian di kalangan saudara terdekat. Terakhir adalah pemergian atok (sebelah bonda) tersayang ketika aku baru setahun jagung di kampus ini.

Bonda call teresak-esak, masa tu aku di lab komputer E0 GPCL, terus.. menangis macam tiada manusia di situ. Peduli kan.

Semalam.

Seusai selesai urusan di Giant. Kakaknda call. Intonasi itu.. Ya, berita itu.. Pak Long (juga keluarga sebelah bonda) juga telah pulang ke rahmatullah.

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

al-fatihah.

p.s. : sedih, tak dpt pulang menziarah.


3 comments:

anis said...

iskk.. sori mek.. kuat kan ati erk.. al fatihah tuk ur late uncle.. n even nko x de kat sane.. i.allah.. doa nko sampai.. :) elax k..

MyeAqma said...

takziah mek...
al-fatihah utk pak l0ng k0...
sbr, mase kite akn smpai juga...
bykkn amalan k. [pesanan utk aku jugak]

mia sarah hemiza said...

ANIS & MAI.. insyALLAH.same2 la kte doakan..

Newer Post Older Post Home