Sunday, January 31, 2010

45 minit car wash yang berbaloi! tp cuaca mmg selalu cemburu dgn kilat.

ini gambar mukadimah! hiasan yang keterlaluan. *gelak-gelak

Second time drive pergi LCCT seorang diri pagi tadi, sambut org jauh, from Terengganu. First time dulu pergi KLIA, jemput YB wannabe *gelak-gelak. Selalunya pergi sana, oh maksud saya pergi area sepang KLIA / LCCT mesti dgn mak atau ayah atau keduanya sekali. Pagi tadi instinct mmg macam lain. Awal-awal jalan je dah jumpa polis trafik duk tahan-tahan org, pergi kiri.. pergi kiri.. kesian penunggang motosikal. Nasib baik belum start merempit. Selamat.

Masa on the way tu pulak, terjumpa serpihan kaca sepah-sepah atas jalan. Lebih dramatik lagi, siap ada berbulat-bulat ketulan darah kat situ. Siap ada bantal kecik bentuk bintang segan-segan kat sekitar tempat kejadian. Meremang gak tengok, dan pepandai saya membuat kesimpulan, yang bahawasanya kemalangan baru saja berlaku kurang dari 24 jam. Adakah mungkin sejam sebelum saya lalu di situ? hah!

Syukurla, selamat juga sampai dan fetched kawan tu. Jumpa macam dah setahun tak jumpa. haha. Setel hantar semua, saya pun pulang ke rumah dgn hati berbelah bagi samada mahu singgah The Mines atau Alamanda. The Mines ke Alamanda? The Mines ke Alamanda atau dua-dua? Dan akhirnya saya pilih petrol pam dan car wash.

Lepas isi minyak FULL, bergegas la saya ke car wash pula. Adui.. dua kali pusing nak pilih car wash yang mana. Banyak gila pilihan sampai kan tak boleh nak decide. Pastu end up semua saya terlepas! Harus la patah balik, ikut hati nak balik je rumah tidur sbb malas nak pusing, tp memandangkan WKY tu dah serupa dgn rumah kucing sampai susah nak beza antara kancil atau kucing, maka saya gagahkan juga buat U-turn.

Rasa menyesal ada gak mula-mula sebab pergi car wash sebelah kedai makan Perantau Bangi tu. Saya tunggu dekat setengah jam tak siap-siap. Selalu antar kat sebelah sekolah rendah saya tu, uishh.. mcm THE FLASH bangla tu kerja. Tapi yang ni, mmg lemah lembut kerja nya, elok la tu, sopan-santun.

Baru nak start bengang sebab lama sgt tunggu, tiba-tiba.. ternampak mamat cuci keta tu dok sental-sental calar kat tepi kereta saya. Ingat tak calar yang saya kena langgar lari dan saya bengang tu? Ape? tak ingat? ok.. ok.. baca balik kat sini. Ha! calar panjang tu la dia dok tenyeh-tenyeh dgn liquid ajaib yang saya nampak tulis "SOFT.." pastu tak nampak dah. Mamat tu nampak sungguh beria-ria tanpa tunjuk gaya saja-tunjuk-rajin-padahal-tak pun masa dia dok ngadap scratch tu. Then, dah lama sket.. ting! haa.. hilang wehh.. wahh! excited hokeii.

see.. see.. see.. tinggal ada line putih tu je tak boleh hilang. terer la mamat tu!
oh! efek kaler pink tu akibat biasan warna merah kereta kakak saya, bukan sebab cat luntur lepas kena sental macam clorox tu. =P

rajin tak saya? macam-macam pose dah ni. ada style kan?

ni takde kaitan. saje tunjuk rumah idaman tapi dah sold-out

Kereta dah berkilat. Tapi lepas 2 jam hujan datang membawa rahmat....... fine.. fine.. -_-"
Ni yang rasa tak mau balik UIA, muktamad!     .....(alasan)

  • amacam sedap tak karangan berganti diri kan SAYA ? ayu tak? ayu tak? *sengih
  • mex, bak kata keri, nama urban bagi mek. dan saya macam suka la plak. urban beb!
  • tak mau balik UIA, tapi nak naik flight pergi UK.. boleh?


Saturday, January 30, 2010

Kematian itu satu kepastian.

Pagi tadi saya bangun lambat. Woohaa! saya? ehee.. tersipu-sipu, cess..
Ulang suara. Pagi tadi saya bangun lambat. Dua kali mak saya datang kejutkan. Dua kali dengan gaya dan intonasi yang berbeza. Mungkin sebab baru hari ni saya bangun lambat, eh..

Gaya 1

Mak dtg ke bilik saya dgn intonasi lebih kuat. Dah pukul ** (terpaksa jadi asterik, gara-gara tak mahu dipandang serong), mak mula bising. Siap datang dengan tentera kenit yang gebu. Tapi tetap saya tak bergerak, mata saja separuh sedar.


Gaya 2 (lepas 10 minit tp tak tepat)

Mak dtg lagi. Kali ni intonasi lebih slow dan ada nada sedikit pilu. Nenek pj meninggal. Mak suruh bangun cepat bersiap. Time ni mata terus bulat terbuka walaupun masih tak berapa sedar. Bangun bukan terus pergi mandi, tapi terus pergi dapur brekfes sambil bergosip dulu dengan famili.


Syukur sempat ziarah arwah nenek pagi tadi.
Sedekah kan Al-Fatihah buat Nenek Kamariah (nenek pj).
Semoga roh-Nya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.


Yang meninggal, meninggal. Yang lahir, lahir.
Yang meninggal, selamat tinggal. Yang lahir, selamat datang.
Yang hidup?


Ps.. start mahu guna 'saya' untuk post yang seterusnya, kan lebih ayu? cess..

.

Thursday, January 28, 2010

Seperti kacang lupakan kulit maknanya tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya

Mari aku nak cerita kan kisah si cerdik.


Dia si cerdik. Lebih cerdik dari orang-orang biasa sebab dia rasa dia cerdik. Di takdir kan si cerdik bercinta dengan si kurang cerdik. Tapi si cerdik tak kesah macam yang Aiman selalu cakap, "Aiman tak kesah".

Si cerdik tak kesah bukan sebab pasangan nya kurang cerdik, tapi si cerdik tak kesah perihal mereka dari dunia yang berbeza.


Si cerdik cakap, " I tak kesah". Si kurang cerdik juga rasakan yang sama.


Mereka pun bercinta. Mula-mula mereka gembira. Siang malam berhubung bergelak mesra. Bagai dunia mereka yang punya.

Mereka cakap, "kami tak kesah hal sekeliling sudah".


Tapi.. disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Percintaan mereka tak lama. Ada badai melanda. Mereka pun putus di tengah jalan.

Si kurang cerdik cakap, " I dah tak kesah!".
Si cerdik cakap, " tapi I kesah lagi..".


Dan sepurnama lama nya.. mereka berdua tidak ambil kesah lagi.


Di takdirkan, si cerdik mula rindu kan si kurang cerdik. Tapi cinta hanya tinggal bertepuk sebelah tangan. Orang kata tepuk sebelah saja tak berbunyi, tapi si cerdik tak percaya. Si cerdik hanya percaya, si kurang cerdik masih sayang kan si cerdik. Si cerdik perasan.

Maka merayu kembali si cerdik kepada si kurang cerdik.

Tapi tetap, si kurang cerdik cakap, "I dah tak mahu kesah.". Si cerdik buat-buat tak paham.

Lantas si cerdik naik berang. Si kurang cerdik masih keras kepala.


Si cerdik yang cerdik lantas berkata, "macam kacang lupakan kulit!", terus ke arah si kurang cerdik.


Tapi si kurang cerdik tetap begitu. Blur. Dia kan kurang cerdik.

Tapi jangan disangka kurang cerdik itu bodoh.

Si kurang cerdik cuba ingat-ingat kembali. Padahal dulu siapa tolong siapa. Si kurang cerdik yang menghantar ambil, membawa pegi bersiar-siar, memberi pinjam wang kepada si cerdik. Syukur si kurang cerdik hanya kurang cerdik dan bukan si nyanyuk yang bodoh.

Itukah kacang lupakan kulit?

Si cerdik sudah nyanyuk barangkali, fikir si kurang cerdik.




Nah.. sekarang siapa si cerdik yang perasan cerdik kalau peribahasa sekolah rendah pun sudah disalah-ertikan?


Si kurang cerdik tersenyum sumbing sambil sedap kunyah kacang cap tangan.


.

Wednesday, January 27, 2010

Changing here and there!


Saya perlukan pembaharuan.
Mungkin harus dimulakan dengan template yang baru.
Sebab-sebab penukaran?



  • Sedikit bosan dengan yang lama. Ya, cepat bosan dgn benda yang sama.
  • Harus menyemai elemen kematangan sempena pertambahan umur pada 2010.
  • Mahu sesuatu yang ber-identiti-kan diri sendiri atau yang lebih kepada syok sendiri.
  • Erk.. (...blurr)


Ya! Saya mahu menukar.
Mesti Kak Icha pasni bosan dengan kerenah blog saya,
dan pastinya disoal, "berapa kali ko nak tukar template mek oii..?"
haha……


saya nak tukar juga!
Any suggestion?


Ps.. cuba update blog pakai words. Ehe..

Saturday, January 23, 2010

LIVE from keretapi tanah melayu.

Yeahh...i'm in da train right now.. Try try update pakai hp, xtau la ape rupenye, so lyn kn je la.

Skng baru kt Sungkai. Mayb kul 4 or 5 bru sampai our destination. Kemana agaknye?! Huhu.. We are g0ing to penang baby!

Rasenye last skali aku pegi mase form 2 or 1 kalu tak silap. So after 10 years menjengah lg aku ke penang.. Well, sbb terlalu excited sbb nek ketapi berkatil plus coverage digi sgt sgt memberansangkn maka terpaksa la kamu melayan p0st ku kali ini.

Maaf kalau bikin lu org nyampah je, mmg purposely akceli..:-P.

K la. mau tdo dlu.
Bonda pesan sepanjang mengembara byk2 doa insyAllah termakbul...moga2 doa ku juga di antara nya. Amin.

Biar hati tenang,hapuskan sengsara,lenyapkan kebencian,padamkan rona kejahatan...

Ps.. Terasa nak buat confession pd sum0ne tp... Emm.. Xpatut kut.. Huhu.. Nite!

.


Friday, January 22, 2010

Broga Hill for the second time, thanks to Nono!...


Berjaya!

Siapa sangka aku sekali lagi berjaya menawan Broga Hill. Sendiri juga berasa unbelievable. Tp itu la kenyataan nya. Walaupun dah kali kedua tapi hal-hal sesat ni dah mcm sebati, tak sesat di atas jalan raya, tapi sesat pula dalam perjalanan naik ke atas bukit. Hoho.. soriiii guys..

Nasib tak jauh lagi, nasib sempat berpatah balik, dan nasib baik semua berjaya sampai di atas puncak juga akhirnya.. phewww~ kalau tak, mungkin sampai 7 keturunan pun tak habis sumpahan kat aku. kesian anak cucu aku nanti. haha...


Kali pertama dulu naik dengan Geng Tabah. Dan benar, aku rindu kalian ketika di atas sana. Habis semua aku kejut kan pagi tu. Nasib la! sape suh tak mau ikut.. Kali kedua ni naik dengan Geng Baru lak. Thanks to the director of the program sebab percaya kat diri yang kerdil ini mengetuai rombongan ke Broga.
I was the pilot for 12 cars hokeii... sumpah cuak gilak.



Bukit lalang yang indah kan?

half of the crew. another half ada kat sebalik batu neh. Nice to meet you all!
(photo credit to Bad curik dr fesbuk dia)

this is my favorite! thanks Nono. aku suka ini! =)



p.s. : off to Penang for next holiday! lalalala~
p.s.s. : awat tak boleh tidoq nehh........ *sigh*

.

Wednesday, January 20, 2010

pudar

just couldn't smile right now.










and plz..
really need some happy pills.


Jangan Bersedih.
*telan*


.

Monday, January 18, 2010

Jadual graduating student yang padat. Mandi sungai termasuk juga!























Lepas kelas terus siap-siap pergi picnic! Even sungai FRIM tu tak dalam, tp kegembiraan yang diperolehi tak boleh disukat dgn paras air di situ. Sungai yang cetek terasa seperti boleh lemas. perghh.. Lama tak mandi sungai, dah jadi macam monkey dpt bunga. Teruja!

Layan kan je la.

Thanks kak jan for the nice cekodok. hehe.

























p.s. : counting for the graduation day, and I am scared with the good-bye thing. 

.

Wednesday, January 13, 2010

Jangan Bersedih.


langit tak selalu cerah, dan mendung itu juga membawa faedah...

tetapi kenapa manusia tetap menyalahkan setiap yang berlaku seperti suatu musibah?

Menjadi seorang manusia kita kadang-kadang alpa. Selalu memikirkan diri sendiri terlalu malang bila mana kita baru tersepak sebiji batu lalu terluka sedikit di ibu jari. Tapi adakah kita memikirkan nasib si batu yang tercampak jauh dari kawasan asal nya selepas disepak? Batu yang mungkin terpisah dgn keluarganya? Yang pasti kita tetap akan menyalahkan batu kerana menyebabkan kaki terluka kecil. Batu juga menjadi mangsa dimaki-maki.

Begitu juga keadaan sekeliling. Lebih tepat hubungan kita sesama yang hidup. Lebih jitu antara satu jasad dengan satu jasad yang lain. Kita selalu berfikir diri terlalu malang dan sangat sedih sendirian. Tapi adakah kita pernah terfikir di sebalik kesedihan itu ada lagi jasad yang lain lebih malang dan lebih sedih berbanding nasib kita? Yang pasti kita tetap akan merasakan kita lah yang paling malang di antara seluruh manusia seantero dunia.Ya, manusia biasanya mahu menang.

Walhal, pada dasarnya melihat dari keadaan kesedihan kita di negara serba mudah ini, kita masih mampu menyuap makanan setiap hari. Adakah itu yang dianggap terlalu malang kalau dibanding dengan jasad di negara yang kadang-kadang terpaksa melupakan makan dan makanan itu apa.

Dalam kita mengenang nasib sendiri kita masih mampu tidur berehat sambil melupakan nasib yang dirasakan terlalu malang itu, sedangkan ada lagi nasib-nasib yang entah kan sempat entah kan tidak untuk duduk walau sejenak hanya untuk melepaskan lelah di hati yang resah?

Fikirlah..

dan tidak kah kita bersyukur?

masih berfikir kah nasib itu terlalu malang pada diri sendiri?

masih mengenang lagikah keadaan diri sendiri?

Jangan bersedih. Jangan dikenang nasib yang malang. Jangan diungkit kisah yang sedih.
Kesemua itu tidak punya faedah selain merosakkan jiwa, iman, dan juga diri kamu sendiri.



Kuat la wahai jiwa.

Jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi berbagai peristiwa, kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai. Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah, betapa berat goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya. (Jangan Bersedih, pg 80)

Percayalah, setiap yang berlaku punya hikmahnya. Semua yang berlaku ada kesimpulan dari takdirnya. Dan sebodoh-bodoh manusia adalah mereka yang hanya duduk mengenang nasib dan tak bangkit untuk merubahnya. Dan lebih buruk lagi yang dikenang terus membinasakan diri sendiri tanpa kau sedari.


Dan aku menasihati diri ku sendiri.


========================

Sunday, January 10, 2010

ALREADY GONE........... (bkn cerita org mati ok)



Sekarang tengah sibuk layan lagu neh. Tak kesah la nak kata lagu ni dah lama ke dah basi. Yg penting ia berbekas di dalam hati sanubari aku ni (perghhh). Since handphone baru dah boleh berbunyi lagu org menyanyi dan bukan lagu melody saja, maka dapat lah aku set kan menjadi ringtone terkini. Why not korang tolong miscall kan henpon aku tu supaya aku boleh dgr lagu kegemaran aku ni?
haaa.. baru la supportive sket.

Memang kegilaan aku gak la Kelly Clarkson neh sebab suara dia memang yang paling aku jeles sebab aku try-try tiru tak pernah sama, tak macam kalau kita tiru suara Siti NurHaliza, dan aku amat lah menyokong bila tengok skang die macam semakin di pam-pam, baru lah boleh geng camni kan keli! hahaha.. Tak caya tgk la video kat atas tuh sambil layan-layan lirik dia kat bawah ni. Comel kan dia?

 

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die...

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop...

I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you go

I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone

Ahhhh already gone, already gone, already gone
Ahhhh already gone, already gone, already gone

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye...

I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on,
So I'm already gone


credit to this web.

p.s. : dan apakah yg telah 'gone' dalam hidup aku? waallahu'alam.

Monday, January 04, 2010

They officially Married now! Congratz Yuslin & Kamal. =)



It was last Saturday. Second day of 2010. Yuslin's wedding day.

I woke up in a shock when my phone ringing macam gila. It was Asmah who calling me and I was afraid to pick the call but still pressed the green button. She said dat everybody already gathered at the parking while I still in my pyjama on my bed!. Aku pasrah dah, kalau kena tinggal mahu sampaikan salam Pengantin Baru dari jauh, tapi lupa plak hadiah yang kitorang dok sibuk balut malam before tu ada kat bilik aku. Dgn sepantas kilat aku terus pegi mandi. Walau macam mana mandi tetap mandi. Kang pengantin pengsan lak bila sesi peluk2 beramai-ramai. Nasib baju tudung dah iron and everything yg nak bwk dah siap pack.

Everything went smooth. Kuantan kami nak sampai. Macam trip kelas wanita, 2 kereta padat dgn sisters je. Fiza Zabidin, Mamash, Fiza Kolie, Nazawa, Papud, Jannah, Lin, Asmah, Usna and Me. Biasalah, bila hal-hal kelas mesti classmate lelaki selalu takde. Is it MME (Manufacturing&Material Eng.) ni kelas perempuan je?aha... i have no idea. Kat sana baru jumpa org lain, Yati and Syatbi, Shamin and Daus, dibah, kak ct, kak jue, yati husna, nad, Rash and Ubay, Wawa and tunang, Epy, Joe & Blek. Ramai!

Lepas brekpes kat R&R ape entah, perjalanan diteruskan. Kitorang sampai masa tu Pengantin tak balik lagi dari Masjid from upacara akad nikah. So, kitorang pun buat rumah Yuslin macam rumah sendiri sambil tunggu Pengantin pulang. Her family really nice menyambut kami semua.



suasana.


And the bride pun balik lepas beberapa minit.



cantek kan? =)


Huwaa.. Yuyu (tu nama manja between aku ngn dia je, haha) you look sooooo gojes! and aku suka baju nikah ko. Ala-ala pesyen indonesia, it's really nice design. The roses sgt-sgt menyerlah, rasa nak petik-petik, geram. But I dun have nice photo of dat. Gelap. Soriii!

Sambil tunggu pengantin tukar baju utk acara seterusnya, kitorang pun procede to the next acara, it is MAKAN TIME! and lagi sekali aku suka lauk-lauk kenduri dia. Kalau kebiasaannya pegi kenduri mesti Nasi Minyak, tapi kenduri Yuslin sangat berbeda. Masakan kampung yang dihidang memang superbb! siap ada ikan masin dgn sambal belacan. Sampai ada org tu tambah nasi tau. hehe..

Lepas kenyang, tgk pengantin pun dah siap. Maka acara stereotaip pon dimulakan. Mari tangkap gambar dgn Pwincess of the day. Oh! lagi satu, aku suka Photografer dia. Sempat tgk gambar dari camera berat tu, dan hasilnya sangat-sangat menjatuhkan hati. And he is frenly too. Nanti nak gambar dari dia tau.



everibodi menyerap seri pengantin, siapa di antara kami will be the next? jeng.. jeng.. jeng..




bride's fren side. Thanks for coming, kata Yuslin.




Pengantin Lelaki pon sampai.
Teruja gila sebab kitorang menjadi penyambut pengantin paling depan.
Penyambut terjun kata org. Bukan bidan terjun je exist ye. Haha.



mari bergambar! click!


Eventho terasa tua dan tak berapa secure bila satu-satu kawan mula berkahwin, tapi it is normal. Aku percaya, Tuhan dah menetapkan setiap org ada jodohnya masing-masing. Cepat atau lambat itu urusan-Nya. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Kok di mana mau carik nya yaa??


Dan for both of you,
May your marriage will be last forever. Semoga Berbahagia hingga akhir waktu.
Cepat-cepat dapat baby hokeyy! (^_^)Y






Then, lepas bersalam-salaman and dpt cute goodie bag kitorang pun bergerak pulang. Next destination was rumah classmate yang ada kat Kuantan jugak. Mari serang rumah ecahhhh. Solat, makan (ok,makan lagi), tukar apa yang patut, kami terus gerak ke Telok Chempedak. Thanks for the Le'cremeria icekem, ecah. My bad, takde gambar pun kat rumah Ecah. Huuu.. Plan nya mau mandi tapi mak ecah kata sekarang tgh tak boleh, pasal ombak besar, bahaya. So, mandi-manda kensel, jalan-jalan still On.


On the way to tc, nampak pulak signboard UIA campus Kuantan. Yep, i never been there. Nasib baek sempat ajak tourist guide masuk UIA. Excited bukan main. Dah alang-alang ke Kuantan, ape salahnya singgah kan. 



UIAM, Kuantan.
Bila tgk keadaan separa siap campus ni, aku bersyukur aku pelajar gombak campus.
Mungkin duet scholar tak cepat habis kan kalau duduk sini. Kurang tempat escape.


Setel cuci mata, kitorang terus ke Teluk Chempedak.



kanak-kanak riang yg dah lama tak jumpa laut.


Banyak lagi gamba, tp tak larat nak upload dah. Tgk sendiri kat fesbuk ok!

Penat main laut, singgah McD makan-makan sambil tunggu baju kering. Then terus bergerak pulangggg..

p.s. : speechless. =)

.
Newer Posts Older Posts Home