Thursday, November 26, 2009

Perempuan, sila jangan jadi bodoh kerana cinta.

Hye!

Ops.. Assalamualaikum..

Kehadapan seorang teman yang aku tak pernah berkata-kata secara berhadapan tetapi selalu menjadi buah mulut di belakang oleh teman-teman, diharap anda sihat dan masih berkeadaan siuman di saat ini. Ketika aku sedang menaip nota kasih sayang dan juga sarat dengan emosi rasa loya yang tak tertahan ini, aku tahu dan sedar kalau-kalau nota tidak berpangkalan ini bakal mengukir ombak besar yang lebih tinggi dari tsunami nanti, atau mungkin.. itu aku tak pasti.

Kamu..

Tujuan aku menulis dengan abjad-abjad yang perlu ditekan kemas ini adalah dengan niat mahu merubah keadaan. Aku bukan duri dalam daging. Juga bukan musuh dalam selimut. Tak juga pisau dalam lipatan. Tapi aku seorang pemerhati yang tidak berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku bodoh serta memualkan pangkal tekak aku ini. Iya. Aku tidak berhak berkata-kata. Tetapi sedarlah, aku juga seorang teman yang kasihan dan sedih ketika teman nya diperlakukan seperti seorang tolol yang terpaksa menjadi dayus tanpa rela. Lantas aku mahu menolong. Bukan memperagakan kebaikan mahupun menayang tindak tanduk yang suci. Percayalah, itu bukan aku.

Dek kerana aku malu kerana kamu juga seorang wanita, dan aku juga seorang wanita, aku terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, namun aku sedar, mungkin kewujudan aku ini tak pernah kau pedulikan. Siapa engkau, apa sejarah silam mu dan kenapa kamu bertindak seperti tiada dianugerahkan akal membuat aku hairan telunjuk siapa yang sedang kamu buntuti.

Aku sedar, cinta itu buta, tapi tak perlu rasanya kamu membutakan mata dan kepala hati sendiri semata-mata kerana cinta. Kamu memang harus disedarkan. Mahu aku renjis dengan air apa baru kamu sedar? Jangan jadi bodoh, jangan jadi tolol. Orang kata kumbang bukan seekor, berjuta.. berpuluh juta.. ya.. boleh sampai hingga tak terkata. Tapi mengapa yang satu itu juga harus kau susah kan? harus kamu cagarkan? Mungkin kau tak sedar posisi diri sendiri di hati si dia. Segan lah jika aku katakan kau langsung tiada di hati si dia. Tuhan saja yang tahu, tidak aku.

Pernah kah kamu mendengar juga ungkapan ini.. Jika sayangkan dia, lepaskan dia bahagia, dan jika dia kembali itulah cinta sejati. Oh.. pasti nya tidak. Jika iya, sudah tentu kamu tidak sebodoh ini, dan tidak sebongok ini. Kamu kononnya terlalu sayang kan dia, tapi apa makna nya sayang bila mana setiap detik kamu menyusahkan dia, membuat dia serba-salah, mengukir pening kepala dan kerutan di dahi nya? dan tak mustahil hingga takat si dia pandai menangis hiba. Hanya kerana tiada siapa simpati dgn tomahan yang bukan 'kerja' nya. Hey.. sungguh aku tak kan pernah faham perangai apa yang kamu bawa kan.

Berubahlah. Aku malu bagi pihak jantina ku.

Jangan jadi bodoh semata-mata kerana cinta. Tuhan maha adil. Tak percayakah kamu dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.. Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Jangan! jangan kamu tidak percaya, aku khuatir kamu akan terpesong jauh. Pulang lah. Berubah lah. Masih sempat jika mahu. Hendak seribu daya, tak hendak? beriban.. berjuta.. dalihnya.

Kalau pun kamu berjaya menawan si dia dengan agenda gila melebih rujukan sang pemusnah umat itu, aku percaya.. jika kalian berkahwin sekalipun, jangan kau harap bahagia akan melindungi kalian hingga ke anak cucu. Mungkin cukup setahun, atau sebulan.. atau mahu dua tiga hari sahaja? entah.. aku tak berkuasa meramal, tapi aku pasti tentang itu. waallahua'lam.

Wassalam.

p.s. : tiada kaitan dengan aku dan kesayangan ku.

11 orang mahasiswi sesat di Kuching..




I'm back!

ohhh.... sangat penat selepas pulang dari cuti-cuti Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang setia, aku menyahut suruhan kerajaan agar bercuti..
dan sekarang! habis pokai dah poket selepas bercuti.
ok, sape nak ganti..? huhu

Banyak yang mahu dihebohan di sini........... arghh..
tapi nanti la, angin 'gedik' tak sampai lagi..

huhu............

tapi overall view..

There's so much things should be discovered in Kuching!!
yes! di sana sangat best utk belajar, menghayati, mengenali, memahami dan menerokai
bumi tanah tumpah kita iaitu Malaysia...
ok. I sound like a nerd student plak..

off to bed..

Selamat Hari Raya u olls!

p.s. : belajar mengenali diri adalah terbaik ketika kita mengembara.

Wednesday, November 18, 2009

Mari Buat Muffin pulak dgn gua...sedap oh!


 [ AMARAN : jangan terliur kene keybod plak ye! ]

Oh hye! as requested by kawan-kawan ku (amuk ngan dila), ni la aku post kan resepi muffin tradisi kegemaran keluarga dan taulan. hehe.. Selamat Mencuba! pape tak paham feel free to ask ok!


Bahan-Bahan

7 biji telur
550 gram gula
600 gram tepung gandum
1 1/2 tablespoon Baking powder
1 tablespoon Garam
300 ml Susu FreshMilk
sket (dlm satu sudu kecik je) Vanilla Essense
400 ml Minyak Sunflower (minyak sayur-sayuran)

Cara-cara

1. Pukul Gula + Telor sehingga kembang (sampai gula hancur or die jd macam sebati kaler krim-krim)

2. Masukkan minyak + tepong + baking powder + garam (ayak sekali tepong, baking powder dan garam)

3. Masukkan Vanilla + susu [pukul dengan high speed sebentar]

4. Berhenti!

5. Tuang dalam paper cup dan bubuh choco chip / almond flakes / blueberry ikot sesuka.

6. Bakar 160 - 200 degree.


p.s. : kalo buat bisnes ni menarik gak!

Berpuisi tanpa bakat..

Kebencian tahap gaban pada diri adalah bermain dgn perasaan.
Selain kebencian terhadap reptilia yang agak menggelikan,
ini lah yang paling ketara mahu di eliminate kan.
Tapi mana kan mungkin, kau hidup tanpa perasaan.
Mana kan mungkin kau boleh hidup dengan tone yang sama.

Kerana..

Emosi mudah berubah.
Sekejap nanti kau gembira.. sebentar lagi jangan terkejut air mata meleleh tiba-tiba.
Tak payah tekan punat A untuk gembira, mahupun C untuk sedih.
Sistem automatik tanpa gear memang berkuasa mengalahkan semua.

Kadang-kadang dalam kau bersedih, kita tetap boleh ketawa.
Itu pun kalau ada lambakan lawak kurang sopan datang menghiburkan.

Iya.. samala jika ia berlaku dlm rythm vice versa.
Kedua nya pun sama. Juga serupa.
Itu la emosi.

Emosi dijajarkan oleh perasaan.
Perasaan dipaksikan pula pada hati.

Dan hati..

hati diiring sama naluri serta jiwa dan nyawa.
Tanpa nyawa, yang tegap juga tidak bermakna.
Justeru kerana itu kau tak berhak menghapuskan perasaan.

Ya.. benci itu juga perasaan.

Maka..

Lupakan saja niat mu untuk menghapuskan  sesuatu yang berguna.
Mungkin ada alternatif nya.
Yang susah selalunya ada skip point nya.

Hmm...

Pejam mata.. dan bukan tanya pada selera.

Oh! fine..



jawapannya tido la kalau kau tanak beremo-emo dgn perasaan. huhu!..

==================
p.s. : berfikir tentang apa?
==================

.

Monday, November 16, 2009

A surprise that answer my curiosity..

Last Friday.

Yeah. It was on my besday.
We when to a muvee and the muvee was really awesome! if you want to watch "Pisau Cukur", it is highly recommended or you may regret. As usual, there were me, Shepa, Mija and Keri. Sadly, Melur can't joined us. She had an interview at Melaka.Gud luck dear.

Before watching. they were acted nothing.
Having a smol shopping together. nothing.
After watching. huu.. nothing.
While disscussed where shud we go next. nothing also.
After decided. oh! nothing.
On the way to Bangsar. still nothing.
Reaching Bangsar. nothing nothing nothing.
At the pit stop, Chawan. ok..fine baby fine...

Then..
At the Chawan..(a kopitiam sumwhere in Bangsar)

A-haa!
There was muffins and candles that has been taken out by Mija!
Then they said..

"kitorang saje je buat-buat lupeeeeee mek........."
"patut la aku citer mak aku nyanyikan lagu besday ko buat tatau je Shepa! hahahaha.."


thanks sayangness..
haish.. bile plak sayang2 aku yg len nak celebrate neh. =P

p.s. : as my age increases, I'm hoping for happiness in my life will be directly porportionally to it too.

Friday, November 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY MEK! =)

hye! saya baru sehari..

Arghh.. sedap nya dapat tido dgn cukup nya. haha. Gila betul, exam tadi ngantuk gila. Bajet tido beberapa jam je semalam. Tapi still hampeh gak. Banyak gak tak dapat jawap. Tapi aku keraskan je dok kat kerusi kat kelas exam tu sambil tunggu detik 12!. Oh.. serius.. tak pernah aku tak sabar nak keluar exam kecuali hari ni.

Yepp.. today is my birthday! Aku macam heppi terlebih pulak. Dapat wish-wish birthday kat henpon terasa sangat la excited. Dapat wish kat fesbuk, pun sama heppi jua. Tapi sebenarnya dari last week rasenya aku dah dapat wish dari kawan-kawan kesayangan. Haha. Tapi still! tak membuatkan ke-excited-an maksima macam hari ni.

Kalau boleh nak Hari Jadi hari-hari sampai mati. Tapi tu impossible la sebab nya kang kau kecik je jadi baby, tak besar-besar. Bila tak besar-besar, cemana nak ada anak sendiri plak? haish.. Luar tabii dah tu. Da cam citer hape tu aku lupa tajok. Yang dia makin hari jadi makin muda. [aku tak tgk sampai habih pon lg cte tu..tidooo... hahahaha]

Lalalla... lg mau tulis apa.. blurr la plak..

Kepada bonda sayang,
thanks melahirkan anaknda ke dunia ini..
walau payah hingga perlu menaiki ambulance,
dari kajang ke kuala lumpur..
berkongsi pula dengan cina patah kaki..
[yeh.. citer ni la aku disogokkan tiap kali besday aku.haha]
pengorbanan mu entah kan boleh anaknda balas..
bonda jaga diri yeh..
miss u!



 ho-ho. kat shenzhen last year..

Huk-huk-huk..
takda boipren nak sambut besday arini..
tak yah kot mek..
because u have ramai wonderful fren.. =)
ok guys.. mlm ni mau tengok PISAU CUKUR.. layannnn~

to keycha.. thanks banje aku!
to jad @ faiza.. oh! thnks for the cake. really unexpected! =)
to everybodi.. thnks for the wish.. huhu

p.s. : oh.. i have so many wish and dreams today! thnks ALLAH for this opportunity.

Wednesday, November 11, 2009

Membebel-di-kala-sedang-kepenatan-menela'ah..

Ape kene entah internet malam ni. Dia laju le pulak bila aku tengah sibuk nak ber-stadi-an. Tu le, p gatal on jugak leptop sape suruh, kan dah terjerat. Adui. Bukan nya apa, aku busan gila kot mengadap notes-notes bertuah tu, dah macam same je pulak semua nya. Pening kepala. Da baca nie, kang yg tu aku dah telupa. huwaa.. cemane nak kuatkan daya ingatan??!

Kenape makin umo meningkat, daya ingatan jadik semakin decrease? adui. Memang umo tu inversely proportional with memory ke? hehe.. memang la kan. Tibe aku makin heran plak, mcm mana org-org tua boleh belaja sampai phd, alangkan aku yang baru dok pulun degree ketike umo baru 22 (tak ngaku 23 lg.haha) ni pon dah macam harem pelupe. Sok-sok entah le sampai ke tak ajat di hati mau amek phd. ish-ish-ish.. Adakah aku perlu amek jus tok guru?

Huk-huk. Harini rasa bersalah sgt dgn bonda. Sori bonda. Tadi aku memang entah penat apa pastu pulun tido. Bonda call sebab nak komfirm kan nak booking apatmen Unimas utk rombongan ktorang pegi kuching nanti. Tapi sebab kan kepala aku layan sgt pening plus takde mood, aku lyn bonda gitu-gitu je. Mesti bonda kecik ati. T_T. Tak sedap ati pulak. Esok mesti call bonda!

Yeh..........seperti yang aku telah war-war kan, geng budak-budak Mfg. pompuan akan ke Kuching tak lama lagi. Sungguh tak sabar rasanya. Plan nya 13 org pegi, tapi 2 last minit kensel sbb masalah2 yg tak dapat dielakkan. Harap-harap percutian kali ni menggembirakan dan success. Cuak gak aku, sebab banyak aku yg deal kan bab-bab accomodation ngan trasport. Risau gak kalau budak-budak ni tak puas ati dgn fasiliti provided tu nanti. Korang.. oh korang.. kalau nanti tak berape best jgn marah aku yeh, aku dah try sehabis baek n giving u ol the best service with the cheapest price. (oh! aku memang betul-betul kerisauan ni..)

Hah! haritu pegi IKEA. Ketika itu aku tgh miskin, so boleh makan meatball 10 bijik je plus tak shopping. Tapi entah macam mana terbeli jugak kasut. hehe. Disebabkan tak mampu beli Crocs, maka nya bila aku ternampak Monobo arge suku dr Crocs, aku bantai la. Boleh la buat pegi Sarawak nanti. =P

Pelik betul aku. IKEA rupanya tak menghalau customer even dah lebih waktu melawat. Selagi kita tak mau balik, selagi tu la kita boleh melepak serta melepek dlm tu. Dah la ada katil dan sebagainya. So, seswai la homeless pegi sana tumpang tido. Sebab IKEA tak halau. hahahaha.... Mulanya aku pegi dgn Papud, Mimah ngan Usna. Tapi entah cemane Shepa kate dorang pun nak pegi IKEA. Pe lagi bekampong la kat sane, tp awas! Melur tacing habis sebab tak ajak dia. Ko pegi marah Shepa ok Melur? haha. Dan malam tu, mcm biasa, aku berkampung terus kat rumah Shepa. Sudah ada port baru nampaknya. Thanks daling~

nampak tak kasut baru ku?

 keri-mija-shepa-kamil ---> thnks for cheering up my stressful examination period! sayang korang.=)

Okla.mau continue stadi. Adoi! tak best betol exam time besday nanti. Bak kate kamil, mcm loser. Deym sungguh. haha. Nak buat wish apa ye tahun ni?nak husben bole?hahahaha

p.s. : aku tak pandai mengatakan tidak, kalau aku diam, makna nya aku menjauh.

Tuesday, November 10, 2009

Jadi OKB kejap!

Yeh.. dapat durian runtuh!
Kalau boleh aku nak senyum sampai telinga hari ni.
Tapi pipi aku melimitkan perbuatan luar tabii itu.
Lagipun kau cuba 100 kali pun memang tak boleh.
Ini la dikatakan impossible kalau kau tak tau lagi. haha

Maafla pada sesiapa yang terserempak dgn aku.
Aku sengih senyum-senyum je manjang.
Bukan happy sebab boleh buat EAP.
oh! EAP aku disaster ok. =(

Tapi walaubagaimanapun dan walau-guane-pong,
sumpah aku tetap happy gila.

Terima-kasih-pak-sponser. i luv u-tre-for!
.
.
.


p.s. : boleh la aku pegi holiday dgn tenang. ^_^" 
dan jgn berani pow aku sebab aku punya list dah penuh.haha

Sunday, November 08, 2009

Penyakit ketika exam yang sukar diubati. tapi bukan kusta.

10 Bukan penyakit tapi lebih kepada SINDROM.. penulis rasa la.haha.

1. Kuat makan. Waktu makan tak ngelat. Konon stress so kena makan lebih.

2. Rajin pergi cafe. Sebab penyakit no.1.

3. Jadi kuat bergambar-syok-sendiri ataupon snap scenery-scenery. Bakat tiba-tiba.

4. Ketagih nescafe, kopi atau red-bull. Bajet nak lebih energy utk stay-up. boleh blah!

5. Makin rajin update blog. Siap komen blog rakan-rakan dan taulan.

6. Jadi poyo. Konon dah declare cuti fesbuk. Tapi dia la paling ligat nampaknya.

7. Saja decorate blk menjadi tongkang-pecah atau semak-samun.

8. Henpon simpan dlm laci, tp lepas stgh jam tak pon lima-belas-minit sibuk tgk blk.

9. Rajin menapak ke library. tapi aku tak.

10. Kuat mengeluarkan ayat "GOOD LUCK". jumpa dia gud-luck. jumpa si nun pun gud-luck.


 Harini sangat panas. Awan sangat biru. Saya suka awan biru.
.
.
.

p.s. : sila cakap gud luck jika terjumpa saya! haha.

Saturday, November 07, 2009

KIRIM SALAM ‘MAUT’..........cuak sey....


Aku tengah study Production Planning and Control masa ni. Tiba2 teringat plak citer pasal ni. Langsung gatal tangan nak menaip citer ni. Tapi aku guna WORD je dulu pasal nya internet takde. Sob3. Memang lawak nak mampuih, sampai rasa nak gelak guling-guling. Tapi tak tau la reader will do the same mcm aku, kalau tak.. sila guling kan diri sekarang! Ni arahan.

Citer nya bermula masa aku belajar kat satu sekolah swasta kat johor dulu. Masa tu baru lower form and aku sempat sekola kat citu sampai form 2 je. Sebab kan factor-faktor homesick yang sampai sekarang bonda aku tak pernah tahu, sebab aku kasi alasan lain masa minta kat bonda nak tukar sekolah. Sila jgn bagitahu bonda hal ni. Mati aku kena leter nanti. Aku kasi alasan yang academic performance sekolah tu tak berapa memberangsangkan. Bayangkan budak form 2 macam tu dah berfikir untuk masa depan, memang sangat ambitious diri penulis ketika itu. Tapi sekarang? Who knows.. haha..

Tapi hal academic performance tu memang betul pun. Tu side factor la napa aku pindah. Kalau tak memang takde harapan la nak masuk unibesiti beb. Mungkin dapat pi Mesir, tapi tu bukan cita-cita gue.

Masa zaman sekolah, hal benci membenci dengan senior memang tajuk utama headline setiap hari. Hidup tak pernah aman dari di banned dgn akak-akak senior. Mujurla sekolah aku masa itu separate antara laki dan perempuan. Maka nya kurang la sikit kebencian dari pihak abang-abang senior. Kalau tak memang boleh terencat kepala. Sian, penat mak aku lahirkan anak yang sehat.

Bagi aku yang memang tak pernah keluar dari kepompong mak dan ayah ni, memang agak SHOCK la aku bila asyik-asyik kena hentam dengan akak senior. Bayangkan lah kalau kita tak perasan akak tu lalu sebelah kita masa pergi makan ke pergi sekolah ke, siapla malam tu mesti ada adegan torcer men torcer. Apa lagi, kena marah pasal nya tak bagi salam kat akak tu. Pastu nanges-nanges dalam toilet. huu..

Hey… aku tak nampak kot kau lalu, macam mana nak bagi salam? Memang agak bongok di situ. Aku bengang. Tapi masa kena torcer, aku sebagai adik yang menghormati si tua, terpaksa la diam kan je dan menerima bongokkan akak-akak tersebut. Tapi tak pe, aku dah maafkan dah. And sorry for calling you oll bongok. Hehe..

Al-kisahnya kirim salam ‘maut’ ni memang agak femes la kat sekolah aku tu. Kalau kita buat salah sikit je siap la nanti ada member kau datang and sampaikan “akak x tu kirim salam ‘maut’ kat kau” . wahaha.. oh ok tak.. kalau aku terima pesanan khidmat masyarakat tu aku tak kan gelak wahaha ketika itu. Aku dgn sekali pesan je terus tak kan lalu makan. Uh! Tak lalu makan beb.. Mana tak nya, ada org ‘berpesan’ supaya kau ‘maut’ tak lama lagi. Padahal itu bukan lagi pesanan dari Malaikat Maut, tapi cuak nya hanya tuhan saja yang tahu. Dem sungguh aku rasa.

Yang menjadi lawak nya, bila kami junior tertindas ni mengadu pada warden and ustazah yang jaga tu, mula la akak-akak ni kalut and bagi alasan memacam pasal sampaian salam 'maut' tu. Korang agak apa alasan yang depa bagi?

Dorang kata macam ni.. makna M.A.U.T tu adalah abbreviation pada Madrasah Al-Attas Ulu Tiram................. which is adalah nama sekolah kami! huuuuuuuuu.. tak masuk akal betul. Dan kami bengang je masa tu. Pastu apa lagi, lepas aduan tersebut, malam tu kami kena torcer lagi! cis.

Tapi walau macam mana pun sekolah tu dan orang-orang nya, aku still rasa itu sekolah paling best dalam banyak-banyak sekolah yang aku masuk. Maklum la, banyak sekolah. haha.Serius best sampai kau malas nak belajar. Main je keje. haha. Kawan-kawan masa tu pun memang terbaik la, friendship memang sangat kuat. Kalau kita kena apa-apa sket, mesti ada je yang datang bekap. Dan aku rindu sekolah tu. Akak-akak pun aku rindu. Bila naik form, baru la ok sket ngan akak-akak. Biasalah form 1 kan mangsa buli. adeh.

Geng yang selalu kene buli.. sob.. sob.. sob..

p.s. : kak fai, mane kau.. aku paling rindu kau.. =(

Wednesday, November 04, 2009

Pergi belajar la, exam nak dekat!!

Adeh. rasa nak muntah pon ada bila mengadap kertas-kertas beselerak dalm bilik. Tu yang terpaksa lari pergi luar bilik and sekarang ni la aku, tengah menaip kat luar bilik semata-mata nak kan hot spot wi-fi. Sini je yang dapat, dalam bilik aku HAMPEH!. Disebabkan digi edge aku tak mau topup pasal nya karang ada yang tak belajar sebab mengadap internet, terpaksa lah gagah kan diri melepak kat luar ni. Nasib baik redup sikit kat luar ni, angin pun sedap je even depan sikit dari tapak landing aku sinaran matahari direct terpancar kat situ. Kira aku nak kata kat situ je la panas, tempat aku duduk ni nasib baik la tak. Kang ada roasted-human plak. Sure gerun!

As a short and quick post, nothing much should I type over here. Just wanna wish GudLuck to all people that have exam to face on. Ho-ho-ho. Exam memang sangat menakutkan. Lagi menakutkan bila hari-hari sebelum exam, tidur adalah sangat cukup. Itu petanda kau tak belajar la kan. Haha. Patutnya, bila nak exam tidur harusnya biar tak cukup. Sebab masa harus dihabiskan duduk di atas meja belajar, dan BELAJAR. Bukan cukup kan kat atas katil.

So.. saja nak share exam schedule.. hehe..

5/11/09 - 2.30 pm - Production Planning and Control done! 
9/11/09 - 9.00 am - English for Academic Purpose
12/11/09 - 2.30 pm - Quantitative Technique
13/11/09 - 9.00 am - Metal Cutting

GOOD LUCK PEOPLE!
AND GOOD LUCK TO ME TOO..
STUDY AND BERDOA LA BANYAK-BANYAK.. =)

wohoho. study smart?

P.S. : OH! tak sabar mau ke Kuching lepas exam!!!
p.s. : memang sangat banyak plan dalam kepala lepas exam.. huk2..
Newer Posts Older Posts Home