Thursday, November 26, 2009

Perempuan, sila jangan jadi bodoh kerana cinta.

Hye!

Ops.. Assalamualaikum..

Kehadapan seorang teman yang aku tak pernah berkata-kata secara berhadapan tetapi selalu menjadi buah mulut di belakang oleh teman-teman, diharap anda sihat dan masih berkeadaan siuman di saat ini. Ketika aku sedang menaip nota kasih sayang dan juga sarat dengan emosi rasa loya yang tak tertahan ini, aku tahu dan sedar kalau-kalau nota tidak berpangkalan ini bakal mengukir ombak besar yang lebih tinggi dari tsunami nanti, atau mungkin.. itu aku tak pasti.

Kamu..

Tujuan aku menulis dengan abjad-abjad yang perlu ditekan kemas ini adalah dengan niat mahu merubah keadaan. Aku bukan duri dalam daging. Juga bukan musuh dalam selimut. Tak juga pisau dalam lipatan. Tapi aku seorang pemerhati yang tidak berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku bodoh serta memualkan pangkal tekak aku ini. Iya. Aku tidak berhak berkata-kata. Tetapi sedarlah, aku juga seorang teman yang kasihan dan sedih ketika teman nya diperlakukan seperti seorang tolol yang terpaksa menjadi dayus tanpa rela. Lantas aku mahu menolong. Bukan memperagakan kebaikan mahupun menayang tindak tanduk yang suci. Percayalah, itu bukan aku.

Dek kerana aku malu kerana kamu juga seorang wanita, dan aku juga seorang wanita, aku terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, namun aku sedar, mungkin kewujudan aku ini tak pernah kau pedulikan. Siapa engkau, apa sejarah silam mu dan kenapa kamu bertindak seperti tiada dianugerahkan akal membuat aku hairan telunjuk siapa yang sedang kamu buntuti.

Aku sedar, cinta itu buta, tapi tak perlu rasanya kamu membutakan mata dan kepala hati sendiri semata-mata kerana cinta. Kamu memang harus disedarkan. Mahu aku renjis dengan air apa baru kamu sedar? Jangan jadi bodoh, jangan jadi tolol. Orang kata kumbang bukan seekor, berjuta.. berpuluh juta.. ya.. boleh sampai hingga tak terkata. Tapi mengapa yang satu itu juga harus kau susah kan? harus kamu cagarkan? Mungkin kau tak sedar posisi diri sendiri di hati si dia. Segan lah jika aku katakan kau langsung tiada di hati si dia. Tuhan saja yang tahu, tidak aku.

Pernah kah kamu mendengar juga ungkapan ini.. Jika sayangkan dia, lepaskan dia bahagia, dan jika dia kembali itulah cinta sejati. Oh.. pasti nya tidak. Jika iya, sudah tentu kamu tidak sebodoh ini, dan tidak sebongok ini. Kamu kononnya terlalu sayang kan dia, tapi apa makna nya sayang bila mana setiap detik kamu menyusahkan dia, membuat dia serba-salah, mengukir pening kepala dan kerutan di dahi nya? dan tak mustahil hingga takat si dia pandai menangis hiba. Hanya kerana tiada siapa simpati dgn tomahan yang bukan 'kerja' nya. Hey.. sungguh aku tak kan pernah faham perangai apa yang kamu bawa kan.

Berubahlah. Aku malu bagi pihak jantina ku.

Jangan jadi bodoh semata-mata kerana cinta. Tuhan maha adil. Tak percayakah kamu dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.. Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Jangan! jangan kamu tidak percaya, aku khuatir kamu akan terpesong jauh. Pulang lah. Berubah lah. Masih sempat jika mahu. Hendak seribu daya, tak hendak? beriban.. berjuta.. dalihnya.

Kalau pun kamu berjaya menawan si dia dengan agenda gila melebih rujukan sang pemusnah umat itu, aku percaya.. jika kalian berkahwin sekalipun, jangan kau harap bahagia akan melindungi kalian hingga ke anak cucu. Mungkin cukup setahun, atau sebulan.. atau mahu dua tiga hari sahaja? entah.. aku tak berkuasa meramal, tapi aku pasti tentang itu. waallahua'lam.

Wassalam.

p.s. : tiada kaitan dengan aku dan kesayangan ku.

22 comments:

melur natasha said...

KAMU tu bukan aku kan??

HanEm Darling said...

adehh...
thanks mijah...
ko dah sedarkan aku...
huhukksss....
<<<---tertembus hhingga ke dasar hati...

.mek.mizah. said...

MELOR.. yeh.bkn ko mahupon sesiapa..heee..

HANEM.. dun get me wrong ok, dis is not about u or anybody else.aku cuma meluahkan dan sama2 la kite amek iktibar.. =)

HanEm Darling said...

huhuhuhuhu....
tapi mmg berkesan....
aku mmg amek iktibar la.....
hihikkssss

.mek.mizah. said...

HANEM... =) i juz wanna u hepi..

HanEm Darling said...

macam ade penampar yang kuat....hahahaha =))

anis said...

mek...saaat aku bace ntry nih.. fuh..sgt impressed... klu penulis novel..isk..dASAT ayat nko..bumbastik arhhh... fuhh..hebat...sape yang tolol nih...iskk.. aku terasa malu nya...

.mek.mizah. said...

HANEM... waaaa. jgn la ckp camtu daling..

ANIS.. hahahahahaha..ayat ntah syok seniri je aku buh tu..hik2..

Teh.haha said...

miza. sedeykn bile knl org y mcm tuh.

.mek.mizah. said...

TEH.HAHA.. yes daling.aku tak thn sedeh tgk kwn aku yg merana tu.. huuu~

rAmiZa.mY said...

mek mek..
ak ke?
huhuhu

.mek.mizah. said...

MIJAA.. haish.kn aku da bubuh "tiada kaitan dengan aku dan kesayangan ku." so, bkn ko syg.. somebody else yg aku annoy sgt-sgt-sgt..

k.e.r.i. said...

nasib aku bukan pompuan.

.mek.mizah. said...

KERI.. naseb kau lelaki..

Teh.haha said...

betul. kita y merana tgk dia. dia xde prasaan kut. buta2 betul. jalan penyelesaian: pekakkn tlinga, tutup mata. lantak kolah. da besar. hahahha

.mek.mizah. said...

TEH.HAHA... haih..pas aku tulih entri ni mmg aku da get ready utk pekak kan telingee... huhu~~

ulaq ayaq said...

mek..... apa yg mek mizah tulis tu jelas ikut perasaan. buktinya di perenggan akhir. siapa pula kita utk tentukan bahagia atau tidak seseorg tu.... kan lebih baik kita doakan yg baik2 belaka. sorry./ulaq ayaq

.mek.mizah. said...

ULAQ AYAQ.. ya.sy ikot perasaan.tp ada benarnya. bkn la sy nak doakan yg tak baek. cume nak die sedar tak semua yg kite impikan itu berakhir dgn KEBAHAGIAN..

eykameow said...

ade 1 kes nie, my fren nye kakak. dye dah lari umah sbb ikut si pengkid. harap² tuhan bukak kn pintu aty dye.. amin..

.mek.mizah. said...

EYKAMEOW..

wow.. drastik btol. yep, kite sama2 la doakan..

nono said...

i likeeeeeee this post. hehe. sgt lantang.. tapi sangat benar. :)

.mek.mizah. said...

NONO.. itu la, sumtimes mata yg melihat tak tahan menanggung dah.. =)

Newer Post Older Post Home