Wednesday, November 24, 2010

SADIS IS TRAGIS, AND YES, I'M IN...

...sadis -_-"

It just something yang kita harap-harap untuk lupa tapi rupanya harapan langsung tak ada. We can just plan for the result, but we cannot make sure the result will follow what ever we had planned. Hampeh. Bila plan yang sepatutnya tak menjadi mula nak salah kan sekeliling. Sampaikan tak sedar rupanya kita dah melampaui batas. Jangan!

Saya. Oh! betapa tak patutnya saya kongsikan kat sini. Cerita orang-orang sadis yang kesian. Tapi selagi saya tak menaip mahupun meluahkan, cewah.. orang kata kalau kita luahkan, at least the pain will go away, tapi bagi saya.. itu belum tentu. Yep.. saya pemendam. Depan selalu belagak tough, tapi belakang siapa tahu saya selalu sneak out to the ladies, sit on the jamban and cry. Sebab tu bila tengok citer My Lovely Samsoon, terus.. haih.. sama la pula adegan tu. Boipren dia tinggal kan dia,then bersungguh-sungguh dia menangis dalam toilet,but unfortunately that wasn't the toilet supposedly for her gender. Lol~..

Ok sorry. I don't wanna look really pathetic. But, itu la real life saya.

Honestly saya macam terasa sangat bila satu-satu kegembiraan tu ditarik cepat dan dengan kejam nya dibawa pergi begitu saja. Faham tak? haha. Ini macam kalau kena ragut, kan sakit? betul tak? So, macam tu la. Macam jatuh ditimpa tangga. At least kalau dapat sign and detect dari awal, tak la terkejut beruk. Entah lah, mungkin saya lalai. Ini lah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sebaik-baik precaution yang saya cuba pasang, akhirnya langsung tak mendatangkan hasil juga. Useless.

I should blame on myself because of this. Yep. Saya cepat percaya dan percaya kepada keadaan dan orang. Sampai satu masa saya dah lupa dengan tanda limit yang saya pernah letak. Dari awal, saya masih berjaga-jaga. I took so many precautions to keep myself in safe zone. The zone where I can avoid myself to involve in this kind of situation. Frustration. But at the end, satu pun tak membantu saya untuk tidak kecewa seperti sekarang. Makan tuan ini lah contohnya.

I have gone through so many (hey, less than 7 la,  -_-") unfortunate relationship. Ha-ha. Ya, let's laugh at me. I don't know whether this is because of my fate ade lah sangat tragis atau pun the right person masih belum dipertemukan. Sedeh? haih, tak usah cakap lah. Itu makanan hari-hari. I mean, bila sedih, saya makan banyak, dan saya sedih hari-hari tu absolutely correct!. ho-ho.

I don't mind if orang tak boleh terima saya. As of myself, saya sedar siapa lah saya yang tak secun Elyana mahupun perempuan-perempuan cantik dambaan lelaki. Tapi.. saya tak boleh terima kalau untuk kerana menjaga hati saya dan pergi begitu sahaja tanpa sebarang kata penamat. At least tell me the reason, awak buruk, huduh.. awak gemok sangat.. obes, bukan taste, not my type, or I don't like you actually from the beginning, awak saje yang gila perasan, awak bertepuk sebelah tangan, saje nak kawan dengan awak sebab lonely dan boring tapi sebenarnya no meaning. 

Saya mungkin akan terasa sakit hati dan ingat sampai mati, tapi tidak lah saya hidup dengan hari-hari yang penuh dengan rasa terkilan dan terpinga-pinga dengan situasi yang full of unsolved guesses. That life isn't so pleasant. You woke up with so many questions in your mind but you can't find any matched answer until you closed your eyes again at the end of the day. The same routine keeps repeating day by day.

Serious, boleh pengsan. 

Biarlah..saya yang bodoh. buta. tuli. bongok. bangang. kata kan apa saja. Itu konklusinya, kan? Jujur sendiri belum tentu balasan jujur boleh saya received in return. Saya lupa di situ.

Dan sekarang,
Rasa terkilan memang flavor gula-gula saya sejak hari itu. Payau.



...macam drama, drama reality
.

Sunday, November 21, 2010

I LOVE YOU IN ENGLISH...

...sarang hae yo! in Korea.

It has been a while since my last craziness on Korean Drama Episode. Ermm.. last one I watched, I think maybe on last 2 years back. Quite a long time ago! Well, we obviously known that we have put so much time and energy to watch any drama series. That's why I have to avoid since I know I can't move my lovely butt until I finished the whole series. So could you please imagine how I can't do anything until the last episode. The satisfaction only comes when the ending has revealed. Eventhough, logically of course, happy ending must be on hero/heroin side. But, I don't care, I have to know the story-line =P.

One Korean Drama usually has 16 episodes. But I don't think that's the maximum they have, ermm.. maybe 20 plus also have. Within one episode approximately 50 minutes to the end. Ahaks.. so we have to spend almost 800 minutes to finish all the episodes. That's only for one drama, what about 2, or 3... or even 5 favorite dramas? Ehee.. that's why last 2 years ago, I can't start to watch any Korean Drama. As a student, it just can make my life so miserable and yeahh.. wasted!

Heyy.. I'm just talking about myself. Someone that can't manage her time so well. If I start to watch a drama series, that means I start to forget all my studies and assignment! ngeee.. so, before I get scolded, better just leave the craziness aside. Oh! so long I have to sacrifice, and now! let's go back to the favoritaa! ^_^

How I get stuck-back into this Korean Fever?

That's all because of malay-dubbing drama in Animax channel. At that time, they play My Lovely Sam-Soon. The series was really funny when the actor speaks in Malay. Eventhough we can set back to Korean language, but honestly it was really enjoyed to hear the dubbing tone. Ha-ha... Oh! last time, they have played the My Girl episode too. Really-really funny!! The malay languange sounds really terrible on them. Haiya!





My Lovely Sam-Soon. Full-episode synopsis, you can read in here!

There's something I have learned from this drama. Ehemmm.. later I will share. Now! I have to log out, tomorrow should be a busy day as usual -__-". Good Nyte dear. Have a nice day!


...(",)
.

Friday, November 19, 2010

SAYA DAN KERJA...

...hmm, tak komersial langsung tajuk nya, honestly?

Oho! macam doa dimakbulkan, macam harapan menjadi kenyataan. Dulu sibuk terlalu boring sebab tak ade kerja, dan sekarang? Nah amek kau! Sejak-sejak ni kalau time kerja mesti terasa sangat pendek, tiba-tiba dah pukul 5! tiba-tiba ok, bukan macam rasa dah lebih 7 jam berada di atas bangku biru di workspace sendiri. Bila tengok jam bukan lagi style alaaaa.. baru pukul 5 pm, tapi adegan poyo terkejut ala-ala mak ngah  mengelupur sebab kerja tak siap lagi tapi dah hampir pukul lima tu jugak lah keep repeating day by day.

Kalau dulu, bila masuk lunch time (11.50am, this is our lunch time -_-") mesti dalam hati mengumam, isk.. lama lagi ni nak tunggu pukul 5! opss.. 5.30pm. Biasa nya saya akan masuk paling awal 8.00 am dan clock out jam 5.30 pm, nak clock out jam 5, mungkin sebulan 2-3 kali saja yang mampu untuk bangun awal dan clock in jam 7.30 am, itu pun kalau nak sangat balik cepat pada hari Sabtu WAJIP bekerja. Tapi setelah hampir menjangkau 5 bulan bekerja, nampaknya attendance makin merosot, saya hanya mampu mengekalkan jam standard iaitu clock in 8.30 am. Ok. Saya memang tak boleh bangun terlalu awal. Alergi. Mungkin setahun bekerja saya bakal clock in jam 9.30 am constantly. Hmm.. ada potensi.

Walaubagaimanapun, saya bukan hanya berpotensi clock in makin lewat, tapi berpotensi besar juga untuk selalu pulang lewat. Kalau harapan nak bersukaria pada petang hari selepas balik kerja, saya menasihati diri sendiri agar lupakan angan-angan uncle Jenin. Kerana seawal jam 4 petang, saya pasti dan confirm! kerja saya akan tetttttt.. bertimpa-timpa. Oh! saya juga sudah melakukan beberapa analisa. Cuma saya belum ada pengesahan dari badan-badan pengecop sah seperti Sirim mahupun Halal Jakim. Walaupun tidak official, tapi berani saya nyatakan, saya begitu sueyy (malang) jika saya clock in jam 8 am. Maaf! Hari tersebut pasti saya akan ber-overtime sekurang-kurang nya 2 jam, selebih-lebihnya 4 jam.

Saya balik lambat selalu bukan nak mengampu bos saya. Haih. Kalau la dengan cara itu dapat membuat beliau bangga, saya sikit pon tak rasa bahagia. Dulu masa saya awal-awal ber-title "si pekerja makan gaji" iaitu sekitar sebulan pertama bekerja, sering kali saya dipandang serong tatkala beg tangan (ermm.. tolong la, saya tak suka diklasifikasikan beg jalan saya sebagai beg tangan, langsung tak nampak seperti saya), ok beg jalan.. tatkala beg jalan saya kemas tanda mahu balik, pasti ada mata-mata silau menjeling tanda "siaplah kau esok bos bising", tapi itu perasaan perasan saya saja. Padahal saya tahu itu mata orang jeles sebab kena stay-back until unknown time. Mereka iri hati, saya tahu.

Sebab berdasarkan analisa kedua saya selepas analisa sueyy saya tadi, saya juga merasai emosi yang sama seperti mereka. Kalau ada yang ber-babai dengan muka bahagia, pasti hati saya sedikit tersentuh. Eh, bukan tersentuh, tapi sumpah-seranah free saya hamburkan pada monitor cacat saya. Ya. Monitor saya cacat. Eventhough saya memakai Monitor berjenama kompeni sendiri, tapi sikit pun tak rasa bangga sebab Monitor saya cacat. Sape yang tengok mesti kata saya tak lap screen monitor saya, kotor kata mereka. Tapi tau kah mereka kesan kotor itu akibat (mungkin) pixel nya sudah terbakar beramai-ramai sambil membentuk calitan panjang? Ok, sebenarnya saya juga tidak tahu kenapa, tapi tolong lah gantikan kepada jenama lain, saya sudah naik menyampah.

Hmm.. nampaknya panjang juga saya bercerita. Maaflah, bukan point ini yang ingin saya nak bangkitkan. Mari kita ke isi utama.

Sebenar-benarnya, saya makin takut memikul tanggungjawap. Kalau diserahkan satu tugas, pasti berat mahu mengalasnya. Saya bukan takut nak membuat, malah saya memang seorang yang suka belajar. Kasi lah apa pun saya sanggup buat. Err.. tapi saya bukan orang yang mampu menangani isu-isu berbangkit selepas itu. Macam contoh, sehabis molek saya kasi done job kali itu. Buat ikut procedure. Berhati-hati seperti takut dibaham singa kalau berbuat salah. Tapi at the end, selepas settle dihantar, selang beberapa hari, dapat call kata data ada problem. Ermm.. call jarang kut. E-mail! Ya. E-mail Outlook saya tu. Paling tak suka baca feedback walaupun saya sendiri kadang-kadang menulis ayat ini di akhir setiap E-mail saya;

"If there's any discrepancy kindly please inform me."
ataupun..

"Should you have any problem do not hesitate to contact me."

Saya mungkin tak jujur ketika meng-kopipes ayat itu dari E-mail colleagues saya. Haha. Pekerja muda (pekerja baru) seperti saya, atau saya sendiri masih belum boleh menerima tekanan masalah di tempat kerja. Ya. Saya belum boleh. Tiap kali ada soalan diaju pasti saya ber-tafakur dulu di dalam tandas sambil menenangkan perasaan. Itu kalau boleh. Jika tak, kasi nangis se-round dulu baru boleh berfikir. Haha lagi. Mana mungkin kurang berpengalaman seperti saya mampu menyelesaikan masalah bertubi-tubi. Mujurlah cogan-kata MD baru tempat saya itu sedap dipraktis "Enjoy your workload" & "Challenge with smile", maka senior-senior saya takkan bermasam sambil marah-marah kalau desakan masalah datang ke meja saya. Heh.. dorang tak boleh marah, nanti mesti ada suara-suara yang mengingatkan slogan tu, Nice kan?

Saya masih lagi mencuba sehabis baik mengekalkan prestasi yang baik. Saya cuba sehabis baik untuk menyiapkan segala kerja sebelum pulang, walaupun terpaksa pulang selewat jam 10 malam, jujurnya aim balik awal dah lama saya lupakan. Kadang-kadang senior saya yang risau kenapa balik lambat sangat. Hey, bukan tunjuk rajin ya. Tak kuasa I. Tapi bagi seorang yang seperti saya, tiada siapa ambil peduli kecuali Mak Comel saya, tak kesah lah. Baik duduk di office dari duduk di rumah tak buat apa, buat runsing emosi terkenang-kenang hal yang sedih saja. Well, orang yang ada kisah sedih memang pathetic kehidupan nya. Itu lah saya.

Tapi...

Nampaknya mak saya kurang gembira. Dia mula beriaksi seakan-akan merajuk, err.. tapi tak kutt tapi ya kutt.. sebab saya selalu balik lewat, dan esok SABTU pun saya bekerja. Oh! I'm sorry mother. Anak mencari rezki ni bukan sengaja. Jangan lah kata mak sebagai Ibu Bapa yang terbiar *sedih*. Dan majikan saya bukan lah tak sayang Mak dia, tapi keadaan memaksa. Dalam schedule kena bekerja, kami kena kerja. Schedule suruh cuti, kami wajip cuti. Tacing jugak bila mak saya kata "dorang tu tak sayang mak dorang ke asyik kerja jee..."

Hmm.. dah tu saya nak buat macam mana? -__-"

Sorry Mak! I Love You.


...kami bersusah-susah dulu, 
bulan doblas kami bersenang-senang kemudian!
cuti seminggu hujung tahun! Yahoooo!...
.

Saturday, November 13, 2010

Hari Ini Hari Apa?

Hurry up!

Just want to make it short and simple. Oh what it is?

Dear Reader,

Today is my Birthday. Thanks for my mother who gave birth of Hamizah. Now, she is in Cambodia. Yeah.. on my birthday! waaa.. anak ditinggal-tinggal kan. sob3. Tak ape lah, dah besar tak payah birthday cake and card dah. But, honestly, I do appreciate if I can have even a Birthday Card. No E-card. ok haha.. it means a lot and have their own sentimental value which only me can describe what it is. Cewah! Melalut.

13-11-2009 : I got surprise birthday celebration. Oh! can't forget the moment. Thanks buddy!

13-11-2010 : Also got a surprise! Really big one. Bekerja pada hari Sabtu Hari Lahir, it totally boleh buat otak short.. haha.. pulak tu boleh pulak banyak kerja harini. Supposedly Saturday tak banyak yang boleh dibuat sebab kali ni Bos-Bos ramai yang cuti.. Tapi kali ni, really surprised me a lot. Haiya! Ini tak nice. Totally!

Okla. Penat baru balik kerja. Later cerita lagi. Btw, what I can say, Birthday kali ni terasa seperti hari jadi orang dewasa.. waaa.. tak seronoknyaaaa.... =(

Monday, November 08, 2010

Salam Maaf Permisi, Ku tak Undur Diri...

...oh! itu version Mek.

Lagu ni memang stok playlist wajip bagi kaki karaoke. Bukan aku la tapi nya. (betul lah,!) Ini pemerhatian kasar je, sebab bila aku lalu kat karok style 'jamban' tu semua pakat nak test power menjerit mcm Nadia ni. Tapi ape kan daya, takde sapa boleh buat. Aku try-try gak nyanyi dalam kete masa balik keje tadi, tapi hampeh. Favorite song! Pulak tu, macam ada kena mengena je plak dengan aku.. wuhuu.. ter-feeling, ops! no more tears.

Jom sama-sama layan~
Karaoke version siap ha.. haha..

Salam Untuk Kekasih :: Nadia

 

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisih luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri



::tapi bukan aku yang undur diri -__-"::
.

Tuesday, November 02, 2010

Satu kau beri, Empat kau terima...

...siapa pandai, cuba teka apakah saya??!



Rezeki orang lain-lain. Semua nya tuhan dah tetapkan sejak dari awal kejadian manusia itu sendiri. Ada yang mudah dicari, ada yang sukar dicari. Ada yang miskin, ada yang kaya. Semua nya ada sebab kenapa tuhan berkehendak seperti itu. Tugas manusia, kena lah pandai macam mana nak meng-kaya kan diri kalau rasa diri tak kaya. Usaha tangga kejayaan. Haa! tau pun, sejak dari bangku sekolah, poster ayat tu jugak lah yang cikgu selalu duk suruh buat masa kelas Pendidikan Seni. Ermm... tu sekolah aku je kot.

Macam-macam cara orang nak jadi ber-uang (read : Berwang), bear? no!. Ada yang pakai cara susah, ada yang pakai cara senang. Cara senang pulak ada macam-macam cara jugak; ada yang halal, ada yang haram. Semua nya berbalik kepada si pemilik tangan tu, nak yang mana. Kalau halal, syukur alhamdulillah la hidup berkat. Kalau yang haram, jangan salah kan siapa la kalau anak kesayangan kau jadi dungu mahupun tak jadi orang.

Tuhan bagi akal supaya kita berfikir. Tuhan juga bagi ilham supaya kita terfikir. Semua tuhan dah sedia-kan, kita cuma cari, usaha dan bertawakal. Kalau tak dapat kerja makan gaji, why not, kerja gaji sendiri. Asalkan ada usaha, pasti ada jalan.

Contohnya mak aku; seorang suri rumah sepenuh masa. Macam mana beliau boleh bayar duit payment kereta dan harta-harta lain mengalahkan ayah yang bekerja sepenuh masa? kerana beliau berusaha. Belajar buat kueh, roti dan kek, letak roti di kantin orang, berpulun buat biskut raya, home-made cake yang tak lekang saban hari orang order. Semua dari titik peluh sendiri. Usaha yang kuat, pulangan nya manis kan.

Di samping berusaha, ada lagi faktor lain yang boleh membantu memurah kan dan melapang kan pintu rezeki.

Haaa.. nak tau apa?

Selalu lah bersedekah. Kita memberi dengan ikhlas, nescaya tuhan balas berlipat kali ganda. Kata kunci nya ikhlas. Jangan memberi kerana menunjuk-nunjuk tak pun saje nak meriak. Tapi bagi lah seperti kata pepatah yang tak patah;
"memberi si tangan kanan, jangan sampai si tangan kiri ketahui"
 Memberi juga tanpa diharap balasan. Memberi dengan harapan boleh membahagiakan si penerima. Memberi dengan beringat;
"hari ini kau susah, esok-esok siapa tahu nasib ku.. "
 Bersedekah lah, kalau tak ada seringgit, dua-posen pun jadi. Kalau ada lebih, lima ringgit lagi baik dari seringgit. Biar sedikit, asalkan ada. Jangan sesekali merasa tak cukup dengan rezeki sendiri. Pernah aku jumpa orang yang cakap, "aku makan pun tak cukup, nak bagi-bagi", err.. nasib kawan sendiri yang cakap, kalau orang lain, mau aku sound se-das dua. Maka, dia ni, aku balas dengan.. "haih! tak baek koo..."

Bila anda sedekah, satu dapat pahala, dua dapat gembira kan orang tu, tiga kau dapat pahala lagi, empat insyALLAH rezeki tu boleh kembali berlipat-kali ganda tanpa anda sedari... :) banyak kan dapat pulangan nya! Mula lah hari ini, bersedakah umpama menabung untuk akhirat. Oh! menabung untuk dunia rajin pulak kan.. Lol!..

Renung-renung kan! :)

Syukur, dapat bonus tanpa disangka-sangka.
.


 
Newer Posts Older Posts Home