Saturday, February 19, 2011

Setengah Abad baru nak Update. I'm so sorry.

Yeeehoooo... Selamat Malam!

Harus la kepala di ketuk beberapa kali (sambil pegang kuali) akibat kehambaran page ini. Since I was gone to some trips, aktiviti meng-update langsung terjejas akibat kekangan masa dan tenaga. I don't know what happened to me. Bila malam around 8 pm je mesti dah mengantuk gila tahan gaban. Padahal kerja siang tu tak sepenat menebas lalang yang kering atau pun bercucuk tanam di bendang. Mungkin otak yang penat berfikir lalu demand utk berehat awal, ahh.. alasan semua tu.

Friends, I have some projects actually. Personal project.

Tapi unfortunately, baru set-up dan sangat kecil usaha nya. Nak war-war pun segan teramat lagi. Jadi akibat rasa bersalah yang amat, rasanya elok lah saya bikin schedule sendiri supaya lebih komited dan berdaya maju. Ahaks. Ayat tak nak kalah beb! Ini sebenarnya project suka-suka dari kesukaan saya juga.

Well.. nak tahu apa dia??? Later I will promote it here..


[bila nak promote tu tak tau la, since aku perati kat entry-entry lepas pun, bila kata nak cerita later, of cause kemudian hari nya dah lupaaaa... kwang3.. so, wish me lebih bersemangat di masa akan datang untuk mempromosi hal ini! =)]

p.s. : Esok kerja, yawn..
.

Saturday, February 05, 2011

Krabi, episode #1

Currently, seven of us are using this picture as our profile picture in FB. Aha.. then, saya ada hati lagi nak tempek gambar ni kat sini, agak naik menyampah jugak dah tengok, tp I don't know, truly I miss those excited faces on our first day to Krabi (see see our faces in the picture!). Eventhough, there were a scene of amazing race before the departure, but once the airplane touched down the Krabi land, all the tiredness were gone to entah-lah-hilang-magic!!

About the Amazing Race?

Next episode! -_-"





p.s. : Bercuti bersama rakan-rakan memang mengujakan! ahaks.

Thursday, February 03, 2011

Beremosi dengan senyap.

Sepatutnya saya sedang mengemas bilik. Tak kesah la seawal pagi atau selewat malam. Tapi bukak-bukak almari je, down giler sebab takde space langsung nak sumbat baju yang dah dilipat bersih oleh air tangan ibu. Rasa nak pergi kedai furniture malam ni jugak, angkat satu almari baru. Tapi saya tahu, masalah takkan dapat selesai selagi penyakit menyoping baju baru tak lupus. No. Besar mana almari kau beli, mesti takkan muat jugak baju yang melambak dan beranak.

Itu kisah baju. Lain pula kalau kita relate kan dengan kisah masalah peribadi. Jauh mana pun kita lari, sejauh itu juga lah masalah tetap akan ikut kalau kita tak selesaikan. Sama kan dengan kisah baju menimbun. Masalah takkan selesai kalau diri sendiri tak stop dari membeli dan mengabihkan duit ke arah itu.

Tapi macam mana kalau masalah tu sebenarnya simple tapi kita sendiri yang kusut kan diri dicelah simpulan ikat mati tersebut. Kita yang salah kan. Ada tempat yang lapang, masih juga mahu membeku ditempat yang sempit. Ada tempat yang selesa, mahu juga berdiri di panas terik. Kadang-kadang sendiri pun tak faham kenapa mesti bersituasi kurang selesa seperti ini. Bukan kegemaran, tapi itu semacam lumrah manusia berperasan, i guess.

Damn it.

Selalu. Selalu saya letak kan diri di tempat orang yang lebih berdukacita dari saya. Selalu juga saya cuba berlari dan mengenang, ah.. aku tak lah begitu malang kalau dibanding dengan si polan itu, si polan ini. Tapi hati degil ini juga yang selalu menyeksa perasaan berkeadaan susah begini. Sungguh bukan meminta, tapi berat betul mengalih batu yang sekelumit pun tak mahu bergerak.

Masalah takkan datang kalau bukan kita sendiri yang create. Tapi ada juga yang tanpa sedar wujud tanpa rasa bersalah. Yang menanggung nya of course, diri kita juga. Entah. Komplikated, but yet itu la yang kita kena face, samada dengan bersolution, atau pun tidak.

Saya buntu...



p.s. : nak stori Krabi.. bukan cerita-cerita sedih.. huwaa~
.
Newer Posts Older Posts Home