Thursday, February 03, 2011

Beremosi dengan senyap.

Sepatutnya saya sedang mengemas bilik. Tak kesah la seawal pagi atau selewat malam. Tapi bukak-bukak almari je, down giler sebab takde space langsung nak sumbat baju yang dah dilipat bersih oleh air tangan ibu. Rasa nak pergi kedai furniture malam ni jugak, angkat satu almari baru. Tapi saya tahu, masalah takkan dapat selesai selagi penyakit menyoping baju baru tak lupus. No. Besar mana almari kau beli, mesti takkan muat jugak baju yang melambak dan beranak.

Itu kisah baju. Lain pula kalau kita relate kan dengan kisah masalah peribadi. Jauh mana pun kita lari, sejauh itu juga lah masalah tetap akan ikut kalau kita tak selesaikan. Sama kan dengan kisah baju menimbun. Masalah takkan selesai kalau diri sendiri tak stop dari membeli dan mengabihkan duit ke arah itu.

Tapi macam mana kalau masalah tu sebenarnya simple tapi kita sendiri yang kusut kan diri dicelah simpulan ikat mati tersebut. Kita yang salah kan. Ada tempat yang lapang, masih juga mahu membeku ditempat yang sempit. Ada tempat yang selesa, mahu juga berdiri di panas terik. Kadang-kadang sendiri pun tak faham kenapa mesti bersituasi kurang selesa seperti ini. Bukan kegemaran, tapi itu semacam lumrah manusia berperasan, i guess.

Damn it.

Selalu. Selalu saya letak kan diri di tempat orang yang lebih berdukacita dari saya. Selalu juga saya cuba berlari dan mengenang, ah.. aku tak lah begitu malang kalau dibanding dengan si polan itu, si polan ini. Tapi hati degil ini juga yang selalu menyeksa perasaan berkeadaan susah begini. Sungguh bukan meminta, tapi berat betul mengalih batu yang sekelumit pun tak mahu bergerak.

Masalah takkan datang kalau bukan kita sendiri yang create. Tapi ada juga yang tanpa sedar wujud tanpa rasa bersalah. Yang menanggung nya of course, diri kita juga. Entah. Komplikated, but yet itu la yang kita kena face, samada dengan bersolution, atau pun tidak.

Saya buntu...



p.s. : nak stori Krabi.. bukan cerita-cerita sedih.. huwaa~
.

No comments:

Newer Post Older Post Home