Saturday, July 28, 2012

Nak Malas Pergi Duduk Dalam Gua

Kalau nak ikutkan hati memang mati. Syukurlah rasa sabar tu tuhan masih bagi. Dan masih boleh membendung perkataan "KALAU". Tapi sebagai manusia biasa memang boleh bikin hati panas dek kerana perkara-perkara kecil. Tak tahu nak salahkan siapa, mungkin diri sendiri juga "kot".

Kalau cakap banyak nanti cakap kita ni berkira, buat kerja tak ikhlas dan bla bla blaaaa...

Tapi bila tak cakap mula la naik lemak!

Apalah nasib dapat segelintir orang-orang di sekeliling yang langsung tak membantu. Sikit-sikit penat, pastu nanti mesti diberi muka untuk pergi berehat. Apa ingat semua kerja boleh skip ke setiap hari? Kalau satu hari memang terlalu penat dan berehat pun satu hari tu kira dah memadai la, tapi kalau penat nya sehari tapi ganti nya seminggu............................?? 

hmm, silakan lah duduk dalam gua untuk spisis-spisis macam ini.

Itu lah, penat la kadang-kadang nak membanteras perasaan dari marah-marah tak tentu pasal. Kalau orang luar memang dah aku sound biar tersiat hati tu. Haih la, pakkal je lah darah daging sendiri. Sabar je lah.

Maka nya, untuk sedapkan hati... Berdoakan je lah, supaya hati orang-orang macam ni jangan fikirkan diri sendiri saja. Ingatlah yang kamu tu duduk dalam dunia ni bukan sorang-sorang. Acapkali, saya ingatkan juga diri ni, takut terlupa, takut diri sendiri pun buat macam tu. Bukan apa, esok-esok kalau dah hidup berkeluarga sendiri, baru tau tinggi ke rendah dunia ni.

Jangan nak hidup senang sangat. Takde sape nak tanggung diri tu sampai ke tua kalau MALAS macam ni.

Selamat Berbuka!


Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan

Lama rasa nya tak mengepos guna website. Biasanya, tu sepam terus dari handphone sebab tu sebulan sekali je post. Kalau nak banding guna web, haaaa.. ini lah jawapanya, setahun sekali baru nak post! Kadar kepesatan hidup semasa buat saya lupa kan ruang ini. Padahal kalau nak singkap balik sejak pertama kali post, boleh kata suku hidup punya cerita ada dalam ni. Orang kata, kalau nak berkenalan tu boleh la usha blog ni dari awal sampai abis kalau nak kenal dengan tuan nya. ahaks. verangan, verangan...

Life. Hmmm.. sangat lah besar pengembangan nya dari segi size badan sampai lah kepada hal hal sehari-hari. Nampak macam besar kan, tapi itu size badan je la, kalau hal hari-hari tu sama je kalau nak ikutkan. Kalau lima tahun lepas saya masih belum berkahwin, sampai ke hari ni pun masih lagi! haha.. so takde lah perubahan yang ketara so far. Masih sama. Masih bangun pagi terpisat-pisat dan pergi kerja dengan malas.

Perubahan kalau kat mana-mana pun sama. Jangan nak harap debushhh! je ia boleh berlaku. Sedangkan batu bertakuk kat dalam gua pun terjadi dari process hentaman air, ini kan pula kalau melibatkan sebuah kehidupan. Maka.. takuk nya masih seperti itu. Tak berubah!

Orang kata, nak sesuatu kena usaha. Hah! jangan nak sepak saya sebab tak berusaha kepada sebuah perubahan di dalam kehidupan. Sebab nya... setakat ni saya dah berusaha, tapi mungkin belum masa nya. Tuhan belum mengatakan "iya" maka belum la iya. Apa yang pasti, doa jangan diputuskan, harapan jangan dimatikan. Kena teruskan mencari kebenaran kepada ilahi.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, secara jujurnya, rasa lebih tenang sikit. Walaupun kebelakangan ni banyak kisah sedih yang dilalui, tapi semakin hari hati semakin meredhai nya dengan ikhlas. Errkkk.. tapi masih mencuba lagi setiap hari. Tak kesah lah apa nak jadi, walaupun sayang tapi belum tentu baik untuk kita kan, so.. dari situ mungkin pasrah dan redha dah take place. Biarlah ia berlalu slowly.

Orang kata, kalau ada.. ada lah.. kalau dia, dia lah org nya. Jodoh tak kemana. Sedih dalam hati, itu memang tak nafikan lah, kadang-kadang dalam tidur pun masih boleh menangis. Tapi haruslah kuat supaya tak merosakkan kehidupan sendiri. Cuba senangkan process memujuk hati. If terlalu sedih, then fikir kan orang yang lebih malang dari kita. Macam ada sorang hamba Allah yang saya nampak kat dalam Masjid masa terawikh. Dia ada satu tangan sahaja, dan mampu bersolat jemaah sampai habis. So, kesimpulan nya, kalau lah saya adalah dia, adakah kesedihan saya atau ke-malang-an saya itu lebih teruk dari seorang OKU bertangan satu tanpa kaki? tiap kali saya nampak dia dalam masjid mesti bergenang air mata mengenangkan kehidupan dia sehari-hari.

Maka, nikmat Allah yang mana satu yang ingin kau dustai?

oh.. oh..

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup saya dan seluruh umat Islam.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini kerana masih merinduinya.
Aminnn...


Thursday, July 19, 2012

The Truth [part 3]

Bila hati bukan milik nya lagi, dan bila hati cuba kau kosongkan demi orang lain, jangan kau harap bahagia kepunyaan kau.

Redha. Ikhlas.

Cubaan satu.
Mampukah kau faham dengan segala keterpaksaan demi melepaskan seorang yg sempurna bagi kau tapi tidak bagi mereka? Cara apa kau guna agar hati terpelajar, agar hati terbendung...

Kosong.

Maka cuba lagi dengan redha seiring meninggalkan. Cubaan dua.

Mampukah titipan angin rindu menyapa kau balas dengan bersahaja tanpa rasa? Hubungkait kan masih di situ, fikiran dan hati, bergerak seiring tanpa membelakangkan antara satu sama lain.

Nah, berikan satu robot utk itu, ya pasti boleh dia bertindakbalas tanpa rasa ketika bekerja. Dia saja yang mampu.

Mustahil bergerak satu rasa utk manusia biasa. Kau manusia biasa.

Cubaan tiga.

Tak punya cara lain, hanya berserah pada-Nya lagi.

Newer Posts Older Posts Home