Friday, January 28, 2011

Sebelum.

Dear dearest reader,

Doakan perjalanan pergi dan pulang saya selamat!
Off to this place..

See you soon in 4 days time.
Take care.

Thursday, January 27, 2011

EXCITED SAMPAI NAK POST SEBELUM MANDI PERGI KERJA. lols~

Boleh tak tetiba  excited sampai nak tulis blog pepagi sebelum pergi kerja? hahahaha.. FYI, saya kan boleh masuk office pakai flexi hour (felxible hour). Paling malas masuk pun kul 8.30, so gerak dari rumah pukul 8.15 (hey, figure sendiri la betapa dekat nya rumah dengan tempat mencari rezeki). Tapi harini boleh pulak bangun pagi tadi and monolog halus, "nak masuk 7.30 am la.." so that boleh balik pukul 5 pm and packing bag dgn gembira nya. Bajet banyak masa sangat lah tu! hahahahaha...

Isk.. walhal bukan nya tak pernah keluar negera, tapi kali ni terlebih excited kerana semacam sweet escape! sebab pergi bersama rakan-rakan. Anak yang jahat kah ini?? ehhh... takkk! :P

Tapi last-last decide nak masuk pukul 8.am la. So I need to get ready sebelum 7.45 am. Maka nya boleh balik 5.30 pm dengan gembira nya!

Wish me nothing urgent or major outstanding utk hari ni. Kalau tak, mampuihhh saya nak cari back-up, since I don't like orang lain bersusah-susah kerana saya. Macam haritu, saya amik half-day sebab hal-hal konvo pon, hati tak tenang nak cuti, sebab orang office mesti ada yang nak call-call. Adess....

Tomorrow gonna be the day! (senyum sampai telinga)


p.s. : dari sehari sehari nak packing sampai ke sudah, last day nak pergi baru nak packing secara serius. -_-"


.

Sunday, January 23, 2011

Have you ever had a very loyal roomate before?

...seriously saya pun tak sangka yang saya ada rakan sebilik yang sangat lama bersama bersusah senang bertarung nasib di tempat menimba ilmu dan pengalaman, tempat mengadu, dan kawan yang boleh bercakap tentang apaaaaa sajaaaa........!

Our friendship really means a lot to me. Thanks for being such a very very understanding and good friend to someone like me. *ehh.. emos plak.

Here she is..
.
(from Matric until Main Camp)
(2004 - 2009)

ahaks, Amuk (Hidayu), tetiba rindu plak kat ko..
Take Care!

p.s. : amuk, kenduri roger aku ok =)

.

Saturday, January 22, 2011

SEBELUM TIDUR BASUH KAKI DAN BACA DOA SEBELUM TIDUR...

 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوت
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Mimpi ni memang mainan syaitonirrajim. Haih.. kalau agak-agak kau mimpi then terbangun tengok jam dah pukul 7 dan lantas berlari nak solat subuh, itu confirm, jangan percaya 100% atau rasa bahagia dengan mimpi-mimpi indah tadi. Itu mainan syaitonirrajim. Lagi sekali, itu mainan syaitonirrajim (ulang 70 kali).

Memang terasa happy je sebab sebelum tidur tiba-tiba terasa nak mimpi yang best-best. Sempat lagi tu, tapi ingat, jangan plak dok berangan sebelum tidur pastu sampai terlupa doa sebelum tidur. Aish.. memang double confirm mimpi kau sat lagi mainan syaitonirrajim. Kegemaran makhluk merah bertanduk tu kalau kau tidur lupa nak baca doa. Berjuget2 kegembiraan mereka itu.

Well, saya hampir tergelak, kenapa la hari ini bangun-bangun terus terlintas, "ehh.. kenapa aku boleh mimpi pasal dia ni.." Lol~ Walhal, sebelum baca doa tidur memang dah pasang angan-angan nak mimpi pasal dia. Dushh! memang berkesan mainan syaitonirrajim ni rupa nya. Yang bertambah syok, saya lah yang terbangun subuh gajah demikian (T_T). Sudah tentu makhluk berekor ni seronok sangat kan pagi tadi kan. Huh.

Sangat lah kelakar. Hari-hari saya memang duduk terfikir, apa problem sebenar nya dengan dia ni. Then, dah macam drama maka mimpi malam tadi pun "play" lah apa cerita sebenarnya yang berlaku between kami. Cewah. Dah macam real. Sumpah tak boleh nak terima macam mana kitorang boleh ada problem.

Well... Di suatu hari.. (background sound suspen tenggggg~)

Segala nya berpunca dari diri saya sendiri. Ceh.. apa punya sebab la, saya  lak yang berat bersalah. Lagi hebat punca nya datang dari tulisan blog saya sendiri pasal dia. Ok, that part is really funny. Tak pernah kot saya menulis merapu pasal dia. Alih-alih saya dituduh sambil siap bukak blog saya (merujuk scene dalam mimpi tu tadi), yang saya ada berkata buruk and macam-macam pasal dia. Sampai dia dah pasrah and tak mau baik dengan saya lagi. Ape ke hal nya lah, hahahaha.. jom gelak ramai-ramai. Tak adventure betul "blu-ray disc" mainan syaitonirrajim ni.

Isk.. tapi a real fact is, mimpi yang betul-betul mainan syaitonnirajim adalah mimpi yang sangat clear kau nampak. Seriously, saya nampak muka si polan ni clear gila. (or maybe sebab saya rindu sangat kat dia sampai boleh nampak muka dia jelas??) hehh. ini sangat funny lagi sekali. Setelah saya membuat observation sendiri, satu lagi petanda mimpi cuma mainan syaitonnirajim ialah you will continue remember every single thing that happened in your dream. I don't know ini benar-benar atau ini tipu-tipu.


Let's just make a "toy dream" as a toy. But if you get a "real dream" just shut and stay quite, sometimes that dream a really real dream that can honestly come true. Ehh.. have you all ever experience that something happening in your life seems like ever happened before? Saya pernah dengar, yang kita rasa pernah berlaku tu actually apa yang kita pernah lalui di dalam mimpi kita. Is it true or not, just leave behind the story.

Cuma nya.. jangan cepat percaya dengan mimpi, kerana tidur yang tidak disertai dengan Bismillah dan doa memang tidur yang tidak dijamin terhindar dari gangguan syaitonirrajim. Baca doa tau! =)



p.s. : mimpi = dream, impian = dream. Chase your dream (impian), itu kemestian kan!

.

Monday, January 17, 2011

Quote #1

Got it from twitter..
Most likely what it feels..
"I wish I could hurt you the way you hurt me. But I know that if I had the chance, I wouldn't do it."

Ha-ha.

Sudah la Mek!

.

Sunday, January 16, 2011

Kamu puyuh buruk, walhal dia gagak kemas.

Salah siapa kalau hati tak tenteram disebabkan hal-hal masa lampau.
Salah siapa kalau hanya dia yang ada dalam hati.

Salah siapa.

Kalau dulu bercanda riang bersama,
dihambur kegembiraan tanpa mengenal erti tiada hari esok.
Semua. Satu dalam bahagia.
Dan sekarang, bila hari esok sudah di noktah kan, apa lagi yang tinggal untuk nya.

Sungguh kejam kenangan manis yang ditinggal kan mengulit hari-hari kosong tak bererti.
Menghantui segenap apa yang berkait dalam satu cerita.
Dan dia.. sungguh tidah menoleh walau sedetik,
Melangkah tanpa pesan.. sakit..

Salah siapa?

Iya benar,
bila sendiri tak patut meletak budi di bawah harapan, meletak janji di bawah realisasi.
Salah nya membiar dia hadir menoreh sedikit hati.
Salah nya membenar setiap kata-kata diulang membunga segar.
Salah nya memejam bersama harapan esok masih ada untuk mereka.

Benar. Dia siapa, dan kamu siapa.
Kamu puyuh buruk, walhal dia gagak kemas.

Maka..
Salah siapa, memang bukan soalan pahit lagi.
Lagi terang jangan bersuluh.

(diam sendiri)

.

Thursday, January 13, 2011

Domestic Departures.

Aku pergi.. bawa hati.. kemana kasih, kemana sayang.. (dramatic hakkk-tuiii...haha)
Kasi intro dulu. Cerita lain kali!



P.S. : bagi seorang yang berkira tentang kewangan, better to choose the least budget rather than pay higher but services not much different between both choices. Haha. Itu bagi pendapat seorang cheap-skate saje la.

Wednesday, January 12, 2011

"Sometimes we can't detect the two faces person. they talk nicely in front of you, but at the same time also talk bad behind your ass"

Owrite.. owrite.. malam ni nak cuba juga update apa yang patut. Aduh.. skill menaip dengan ayat yang kemas dan pantas nampak nya makin dah tak skillful. Salah siapa? Ngeng.. of course la salah sendiri kan! By the way, kali ni nak kupas kasi panas bab "nice in front, *&*^% at the back".. lebih-lebih kurang itu la. Janji, anda dapat bayangan pasal apa yang nak di hot kan kat sini. Fokus.. fokus.. ahaks.

Sejak dah bergelar orang berkerjaya ni macam-macam 'peel' orang saya nampak. Dari tua sampai la ke muda. Macam-macam. Ada yang baik, baik benar.. ada yang jahat, jahat benar.. ada juga yang baik di depan, di belakang hareee~ ada juga yang tak nampak baik (kira nya sekali glance tengok macam jahat) tapi sangat lah baik! 

Eh.. tapi kan, bukan masa zaman bekerjaya ni je boleh nampak spisis manusia yang pelbagai. Masa belajar student-student muda-muda, zaman menimba ilmi dulu pun ada juga. Sama! cuma ada kurang sikit. Kalau time belajar dulu, environment kebanyakkan diselaputi oleh rakan sebaya, kalau nak tua pun dalam 2-3 tahun je. Since, saya jarang bergaul dengan golongan cendekiawan (lecturers), jadi paling tua pun yang saya selalu get along adalah abang-abang technician mahupun kakak-kakak tutor. Itu saja! Jadi lain lah bila dibanding dengan situasi sekarang, zaman menimba kekayaan. Banyak berjumpa dengan beberapa range umur, tua, muda. Oh! dan juga berbilang kaum, 1 Malaysia plus International (Japan, Nepal, Myanmar, Bangla, Indon...bla..bla..bla..).

Well, saya rasa umur bukan faktor utama punca masalah ini membiak. Tapi ini berkait rapat dengan habit manusia. Perangai. Tak kira apa bangsa sekali pun, semua pun ada penyakit ini. Deym.. saya tak suka nak berkata lebih, takut mungkin saya juga boleh terselit dalam golongan ini. Kadang-kadang kita tak perasan, kita pun dua kali lima sepuluh. (saya mengaku itu, ahaks). Takpe lah, kita sama-sama ambil pengajaran, cedok yang jernih,  'nyah' kan yang keruh.

Dulu pernah juga saya terkena dengan "baik di depan, tapi hamjadah di belakang". Saya ingat sekali itu je lah terkena sebab bagi seorang yang konon nya mengamalkan "khusnulzhon", memang bersangka baik tu dah macam kunyahan setiap hari. Bila kita bersangka baik, terus otomatik kita percaya yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk. Timbangan setara yang langsung tak boleh dijadikan rujukan di masa sekarang, naive sungguh. Tapi maaflah, setara untuk dunia yang suci saja. Untuk dunia yang macam sekarang ni, hmmm... jangan harap. Tapi kenapa saya mudah percaya juga.. haiyak!

Yang paling dipercayai itu lah rupanya duri dalam belati. Depan kita kuss semangattt cakap sambil pijak semut pun tak mati. Mungkin kalau bercakap sambil sergah harimau pun harimau tak terkejut. Tapi once bila kita tak ada, contohnya bila kita MC satu hari tak datang office, time tu la ada dia grap peluang nak mengutuk yang buruk-buruk pasal si MC tadi. Keji tahap syaitonirrajim. 

Kesimpulannya, dalam dunia serba fana ni, percaya lah yang baik cuma tinggal 10% out of 100%. Makna nya, biar lah kita tetap steady jadi pihak yang baik. Sebab 10% tu sebenarnya diri kita saje yang tinggal. Nak harap orang lain, sekali lagi diulang taip, "jangan harap". Yang penting jangan cepat percaya dengan orang yang baru dikenali, kalau dah lama kenal pun kadang-kadang boleh jadi busuk, ape lagi yang baru hangit-hangit lagi ni kan. Makanya, berjaga-jagalah. Jangan percaya, jangan cepat percaya dengan orang yang selalu bergigi longgar dari lidah, yep.. yang dekat, mahupun jauh.. dan juga walaupun dia adalah bos anda yang gemar memuji anda. *peace*


p.s. : sumtimes annoying dengan "cakap-cakap belakang". hmm..

Thursday, January 06, 2011

Tahun Baru. Buku Baru.

Well, wehuu! 2011 is now officially released on our calendar. Goodbye 2010. Goodbye also the pain and joy during that year. Lepas ni kene labuh kan azam baru, yang tak sempat atau tak terlunas dulu, boleh la di renew utk tahun ni. Haha. Itu pun kalau ingat lagi, kalau dah tak ingat, sila lah semak balik apa yang harus diazamkan.

Me.. nothing much. Harapan tahun ni lebih baik dari tahun semalam. Kalau tahun lepas banyak 'drama-drama' sedih, moga-moga tahun baru ni berganti lah slot drama sedih kepada drama gembira. Banyak nak kene ubah utk 2011. Since eleven my favorite number, so I must have something special for this year. How special it is, it depends on what fate has been written for me. I just can pray and pay some effort for that. Amin.

Tak kesah lah entri 2011 selepas 6 hari berlalu. Saya busy! busy dgn kemalasan diri sendiri. Haha. Sejak balik bercuti tempoh hari, hidup dah jadi lintang-pukang. Baju balik bercuti pun belum sempat nak susun dalam almari. Tu.. tersadai je lagi dalam bakul, esok siap lah kena 'lecture' dgn mem besar. Untung lah dah ada orang tolong lipat kan, tu pun malas jugak nak kasi clear up to the closet. Nanti boleh? :P

Berlengah-lengah ni memang boleh membawa padah! mula-mula sikit, lama-lama jadi bukit. haih.. lepas tu bila dah banyak, nak kemas mmg boleh bikin sakit pinggang. Haiya. Tak paham kenapa kene taip topik macam ni sekarang. Betapa lah takde idea nya. wuhu!

Nak update pasal jalan-jalan Borneo terasa macam belum dtg 'feel' lagi, since gamba cantek-cantek belum dapat lagi. Semua dalam camera Angah. Nak harap kamera 'unreasonable' saya tu, kirim salam lah. Semua gambar orang dalam tu nampak tak cantik dah. Well, dlm hari-hari teknologi berkembang pesat, gadjet semua canggih manggih, camera 8MP memang dah tak reasonable lagi. Adui.. nak kena 'upgrade' baru kah?
Hmm.. kena bukak buku kewangan dulu nampak gaya nya.

Well, ape pon resolution tahun ni, harap-harap boleh kumpul harta dengan lebih berjaya. Haha. Tak boleh boros. Cukup lah hidup dgn duit bagaikan air. Tak bahagia pun rasa nya.. -__-"

Again!

[credit to Avira's advertisement]


p.s. : hope for your resolution become true!
Newer Posts Older Posts Home