Wednesday, January 12, 2011

"Sometimes we can't detect the two faces person. they talk nicely in front of you, but at the same time also talk bad behind your ass"

Owrite.. owrite.. malam ni nak cuba juga update apa yang patut. Aduh.. skill menaip dengan ayat yang kemas dan pantas nampak nya makin dah tak skillful. Salah siapa? Ngeng.. of course la salah sendiri kan! By the way, kali ni nak kupas kasi panas bab "nice in front, *&*^% at the back".. lebih-lebih kurang itu la. Janji, anda dapat bayangan pasal apa yang nak di hot kan kat sini. Fokus.. fokus.. ahaks.

Sejak dah bergelar orang berkerjaya ni macam-macam 'peel' orang saya nampak. Dari tua sampai la ke muda. Macam-macam. Ada yang baik, baik benar.. ada yang jahat, jahat benar.. ada juga yang baik di depan, di belakang hareee~ ada juga yang tak nampak baik (kira nya sekali glance tengok macam jahat) tapi sangat lah baik! 

Eh.. tapi kan, bukan masa zaman bekerjaya ni je boleh nampak spisis manusia yang pelbagai. Masa belajar student-student muda-muda, zaman menimba ilmi dulu pun ada juga. Sama! cuma ada kurang sikit. Kalau time belajar dulu, environment kebanyakkan diselaputi oleh rakan sebaya, kalau nak tua pun dalam 2-3 tahun je. Since, saya jarang bergaul dengan golongan cendekiawan (lecturers), jadi paling tua pun yang saya selalu get along adalah abang-abang technician mahupun kakak-kakak tutor. Itu saja! Jadi lain lah bila dibanding dengan situasi sekarang, zaman menimba kekayaan. Banyak berjumpa dengan beberapa range umur, tua, muda. Oh! dan juga berbilang kaum, 1 Malaysia plus International (Japan, Nepal, Myanmar, Bangla, Indon...bla..bla..bla..).

Well, saya rasa umur bukan faktor utama punca masalah ini membiak. Tapi ini berkait rapat dengan habit manusia. Perangai. Tak kira apa bangsa sekali pun, semua pun ada penyakit ini. Deym.. saya tak suka nak berkata lebih, takut mungkin saya juga boleh terselit dalam golongan ini. Kadang-kadang kita tak perasan, kita pun dua kali lima sepuluh. (saya mengaku itu, ahaks). Takpe lah, kita sama-sama ambil pengajaran, cedok yang jernih,  'nyah' kan yang keruh.

Dulu pernah juga saya terkena dengan "baik di depan, tapi hamjadah di belakang". Saya ingat sekali itu je lah terkena sebab bagi seorang yang konon nya mengamalkan "khusnulzhon", memang bersangka baik tu dah macam kunyahan setiap hari. Bila kita bersangka baik, terus otomatik kita percaya yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk. Timbangan setara yang langsung tak boleh dijadikan rujukan di masa sekarang, naive sungguh. Tapi maaflah, setara untuk dunia yang suci saja. Untuk dunia yang macam sekarang ni, hmmm... jangan harap. Tapi kenapa saya mudah percaya juga.. haiyak!

Yang paling dipercayai itu lah rupanya duri dalam belati. Depan kita kuss semangattt cakap sambil pijak semut pun tak mati. Mungkin kalau bercakap sambil sergah harimau pun harimau tak terkejut. Tapi once bila kita tak ada, contohnya bila kita MC satu hari tak datang office, time tu la ada dia grap peluang nak mengutuk yang buruk-buruk pasal si MC tadi. Keji tahap syaitonirrajim. 

Kesimpulannya, dalam dunia serba fana ni, percaya lah yang baik cuma tinggal 10% out of 100%. Makna nya, biar lah kita tetap steady jadi pihak yang baik. Sebab 10% tu sebenarnya diri kita saje yang tinggal. Nak harap orang lain, sekali lagi diulang taip, "jangan harap". Yang penting jangan cepat percaya dengan orang yang baru dikenali, kalau dah lama kenal pun kadang-kadang boleh jadi busuk, ape lagi yang baru hangit-hangit lagi ni kan. Makanya, berjaga-jagalah. Jangan percaya, jangan cepat percaya dengan orang yang selalu bergigi longgar dari lidah, yep.. yang dekat, mahupun jauh.. dan juga walaupun dia adalah bos anda yang gemar memuji anda. *peace*


p.s. : sumtimes annoying dengan "cakap-cakap belakang". hmm..

7 comments:

FairuzMatori said...

Haha. Manusia, cik mizah. Memang macam2. tapi kan, mak saya pesan kalau jumpa org mcm ni. Selalu bacakan fatihah utk dia. Kalau nk lagi terkesan, pandang mata dia sambil baca. Tapi selalunya tak kot. Nanti org kate saiko lak. Jadi setiap kali nmpk dia atau teringat betapa hamjadahnya dia, Fatihah je banyak2. inshaAllah. =)

.mek.mizah. said...

Yuzzzzzzz...
heee.. thnks thanks for your comment.
haih, tp hamjadah ni bukan muslim boleh praktik kan tak?

FairuzMatori said...

boleh. boleh. mak kata dengan sesiapa pun juga. sbb dia pun makhluk dan hamba Allah kan. jadi, cuba je. inshaAllah Allah tolong. mak kata, dunia kerja mmg byk cabaran. jadi pendinding kena kuat.

.mek.mizah. said...

owrite2. esok aku cuba buat kat depan dia, baca laju-laju.
thanks!

hey, when you said mak tu, dah macam mak kite pulak. kirim salam sama mak kamu. :)

FairuzMatori said...

inshaAllah. akan disampaikan. tp kalau dah over sgt, libaskan aje org tuh! sabar pun ada limitnya. haha. jgn smpai ditindas. itu sgt tak best!

"lu jgn langsi sgt! wa pun boleh buat lebih langsi dr lu! mau?" (hahaha. ini cth je. boleh masuk dlm nota cacimakian. guna bila perlu! haha)

.mek.mizah. said...

=). yepp.. sumtimes ada spisis, dia tak sedar ape yg die cakap. janji hati die cepat tenang bila die dah luahkan. AKu rasa, die ni mmg spisis itu. CUma nya yg aku pelik, bila takde org tu baru die rasa nak luahkan pe yang tak puas hati. hahah..
pelik binti ajaib.

ok ok. (btw, ape ko ajar aku ni yuss.. Lol)

FairuzMatori said...

mgkin dia ada mslh otak. kesian kan? huhu. apa yg dickp, tak link ngn otak. tu yg tak sedar. tape2. kalau mende tak siries, fatihahkan je. kalau over, libas tau. libas!

(mek, yg bahasa cacimaki tu jgn praktik slalu. tu guna bila emergency je. hihi~)

Newer Post Older Post Home