Sunday, April 24, 2011

Bekerja pada hari Ahad bukan lah satu teknik nak impress yang kau rajin bekerja.

This week (I mean from last monday until today) is not my good week. Deym, so many things to do until I feel like mau bunuh itu mesin bernama Computer. Sampai balik rumah pun tak berdaya nak on dah PC sendiri sebab tak lalu nak mengadap screen monitor yang aku rasa lagi berapa hari aku ngadap, bakal menerbitkan Migrain yang aku tak pernah ada. Thank God, penyakit tu tak dpt lagi kat badan aku. Tapi nya, tendency untuk dapat tu macam bakal ada sebab nya bersambung lagi 3 hari onwards kehidupan aku tetap akan macam ni jugak. Huh, tak terdaya tapi harus jugak la aku mengadap sebab dah memang keje aku.

Sape suruh dulu cemerlang sangat sampai kan aku yang budak baru ni boleh di assign untuk menjaga big board yang aku sendiri masa tu tak tahu kelecehan nya sampai ke tahap ini. Kalau tak, sumpah masa group meeting bila bos tanya apa progress aku jawap, "setakat ni saya masih dalam learning process dan banyak lagi yang saya perlu baca dan faham", dan aku menyesal sebab jawapan aku pada masa tu adalah, "so far takde apa outstanding sebab saya terlalu boring takde keje apa nak buat", betapa lurus nya aku sebagai new member yang tak silap aku masa tu baru join department dalam lingkungan 3 bulan macam tuh. Dan hamek kau, terus leader aku suruh senior aku ajar macam mana nak handle big board untuk setiap trial process.

Maka aku belajar dengan tanpa sedar kecekapan yang aku bajet boleh setakat meng-impress dan mengisi masa lapang aku tu rupanya mala petaka yang besar seperti yang berlaku hari ini. Di mana, ketika hari Sunday, kau bangun seawal jam 11 pagi dan berpisat-pisat atas katil kemalasan, tapi aku terpaksa bangun awal dan bersiap ke office kembali setelah balik lewat pada malam jumaat selewat 11 malam. APALAH NASIB.. sobs.

Well, keje aku tak susah. Tapi masa yang diambil tu yang leceh nak describe. Sebab kan benda ini melibatkan macro dalam excel, dan data file sangat lah besar. Ada around 9000++ rows dan berapa ek column, ok malas nak kira. Bila kita nak edit dengan ada nya macro ni, automatic kecanggihan benda ini akan meng-slow kan processing nya. Sungguh kejam bagi aku yang memang tak suka menunggu. Bayangkan, kalau nak buat berhati-hati dan sikit-sikit, setiap 20 rows memakan masa lebih kurang 4 minit. Maka nya sila kira sendiri kalau aku kena buat untuk 9000++ rows? how much it is? dan itu belum ends peacefully kat situ. Setiap rows aku kena check balik adakah aku dengan jitu nya key-in apa yang patut. If any typo happens, memang boleh kena bako la dengan bos. Sadis kan.

Haha..

Aku tulis ni bukan nya suruh korang (reader) faham apa menda yang aku merepek ni. Tapi aku saje nak share betapa bosan nya aku melangut kat office ni tunggu macro-macro ni berlari-lari itik. Sumpah sampai sekarang aku masih memikirkan adakah kerana jawapan aku ketika group meeting itu sangat suey sampaikan menyusahkan aku pada hari ini atau ini adalah challenge to be excellent kepada department ini. Haih. Otak positif mungkin berkata "susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian", tp macam mana aku nak kikis otak negatif yang asek nak mengenang nasib? huhu. Sabar je la mek.

Well, untuk hari akan datang which is Monday untuk Wednesday, aku masih tak nampak my future. Adakah bend amenyusahkan ini boleh end tepat pada hari Rabu? Doakan aku! Aku tak larat dah nak mengadap benda ni. Nasib baik dulu aku tak amek Biotech Eng, dah memang aku tak suka tengok benda-benda macro atau micro seumpama nya.

Itu lah, sape suruh dari Manufacturing Eng, pergi terima job ni. Dah la langsung tak related dgn apa yang aku study, terasa sia-sia 4 tahun mengelumang dengan mesen dan minyak grease (cewah.. over plak, padahal sket je main minyak.. haha). Ni yang buat aku nak mula cari keje lain yang tak perlu menunggu lama-lama untuk continue keje yang sama. Tapi orang kata, jangan cepat mengalah, mengelabah pun tak disaran kan sebab orang yang cepat melenting adalah orang yang tiada kesabaran, dan bila takde kesabaran, tiada apa lagi nilai yang baik dalam diri seseorang itu. Betul tak? haha..

Ok lah.. tunggu next post. Aku rasa aku bakal post next entry within hari ni jugak sebab aku kena stay kat office sampai petang.................. wa wa wa~

p.s. : takot dok office sorang2.. *nanges*

.

Tuesday, April 05, 2011

Polaroid Camera : Suitable for those who haven't gone to Photo Shop for a very long time, like me!

...kenapa kemaruk sangat ni?!

Suddenly suddenly rasa terliur sangat dengan satu gadget ni. Yeah, I know, I'm a bit terkebelakang sangat! haha.. I had ever tried it once masa zaman belajar dulu (tu pon orang punya), tp takde la pulak se-excited mcm ni sekali. Kali ni terasa sangat nak have one! Haih.. kalau la aku nak kahwin time ni, benda ni boleh masuk dlm hantaran list, sebab terasa macam kiut plak kalau jadi hantaran (berangan mek berangan), tp mesti korang rasa macam, erkk... benda mcm ni pun kau hingin jadi hantaran? baek la mintak yang riban-riban (reah : ribu-ribu) punya. Tapi ada aku kesah? Aku punya suka la kan? kekeke..

Yang riban-riban (read : ribu-ribu) punya tak berapa nak syok sebab nanti asek orang suruh kita je tangkap kan, sebab kualiti nya semahal harganya kan. Pastu bila tengok balik, sekeping gambo kita je la yang boleh diharapkan dari beriban-riban (read : ribu-ribu) keping. Bertambah tragis, end up.. berkubang je dalam pc menambahkan memory hardisk. Maka nya, duet lagi harus dilabur tatkala demand untuk meng-upgrade hardisk memanggil-manggil. Huhu. Sumpah, berlambak-lambak gambar(s) yang didambakan utk di print-out, sampai la ni.. berkubur elok dalam D:drive. Serious tak tau nak buat apa dah. Nak print out, harus lah kewangan dikira-kira. Bayang kan lah gambar dari zaman tok kaduk.. oh! tak sanggup.

Maka dengan itu, solusi kepada isu ini ialah.. Kita hendak lah mempunyai gadget ini, supaya once dipetik, secara immediately sekeping memory akan terukir. Ye la, walaupun size nya kecik, tp tetap boleh dikenang dengan senyuman kan.. Haha.. Semua tu, aku rasa alasan je. Kalau dah suka memang mcm gini lah point-point bernas agar memiliki akan terlintas.

Apekah yang aku repek kan??

Jeng.. jeng.. jeng..

Ni pun aku korek kat Mudah.my sebab nak tengok harga berapa seketul. Agak terkejut, about RM300++ gak rupanya, aku ingat around RM100++ je.. haha.. So, dah siap e-mail orang yang menjual, mari kita tunggu apakah respon mereka!


I like this one, sebab nampak seperti mengekalkan imej sebuat kamera filem zaman aku sekolah rendah. Well, dulu nak pinjam kamera kodak ayah buat pergi rombongan, mesti bercinta nak tanya kat ayah.. huu.. takut ayah tak bagi. Dan bila dah bagi, pasti berjela peringatan nya! Kamera kodak mahal wehh dulu.. sekarang aku pun tak sure berapa kah ringgit nya!

This one, memang agak femes la. Masa aritu pinjam Kak Ika (classmate UIA) punya pun, boyfren dia kasi hadiah model yang ini. Quite cute, tapi aku tak berapa suka benda-benda terlalu comel ni. Huhu.. Maka nya, pilihan hitam di atas, tetap menjadi pojaan hatiku! Ada siapa berani nak bagi as gift to me? Lol~ (berangan mek berangan)


Aku pun tak tau macam mana boleh tergila balik dengan Polaroid Camera ni. Should be sekarang dah tak musim lagi, orang sibuk dengan Lomo kan Nono kan? hehe.. tp biar lah. Hobby sometimes not about season, it's about what you like to do in your free time. And itu depends on individu la kan, nak suka ke tak. Janji bukan mengikut-ngikut trend yang kadang-kadanag kau sendiri tak sure whether you like it or not, lg worst, you not sure you can afford it or not.

Nak polaroid satu!


Note : Wishlist semakin lebar, tapi satu pun belum dapat. Go for it Mek! deng! macam la byk duet -_-"

.

Friday, April 01, 2011

Tahi Lalat di kaki memang kuat berjalan, check sekarang!

Bila tak dapat jalan, macam nak meroyan rasa nya tahap kebosanan dalam square feet yang sama setiap hari. Tapi bila dapat berjalan, macam tak boleh nak berhenti pula destinasi yang nak dituju. Wohoh! baru balik dari sumwhere, pergi pulak sumwhere. Alhamdulillah. Syukur. Walaupun agak penat melabuh punggung dalam kereta mahupun bas, tak keterlaluan juga kapal-terbang, tapi kegemaran berjalan tu dah macam isi dengan kuku. Tak boleh berpisah sudah!.

Cer cakap siapa yang tak suka berjalan? Dah takde alasan rasa nya kalau nak kata takde duit tak boleh berjalan. Bagi aku, antara suka atau tidak je. Orang kata nak seribu daya, tak nak hanya kata kan kepada MEROKOK!, haha.. tak nak seribu dalih. Manusia memang ter-divide kepada beberapa jenis. Tapi suka dan tidak, memang truly obvious untuk dipecahkan, paling tidak pun, ianya akan terjadi sama rata. Dan aku, aku termasuk dalam jenis yang teramat SUKA!

Memang dari kecil, dah terbiasa. Walau ayah setakat nak pergi kedai depan naik motor kapcai pun, aku boleh bergaduh dengan mak sebab nak ikut ayah dari tolong mak masak kat dapur, ini kan pula kalau diajak pergi ke tempat-tempat menarik. Macam disorong bantal ketika mengantuk dah tak relevan, aku sanggup ketepikan ngantuk dari tertinggal. Ahh.. lebih-lebih kurang macam tu la. (pepatah pun dah jadi hareee.. haha.. abaikan). Orang kata kalau ada tahi lalat kat kaki, memang SAH dia kuat berjalan. Lagi best kalau orang tu suka makan kepak ayam, dia memang nak jalan@pergi jauh. Eh.. semua macam ada kat aku!

Walaupun aku baru setakat menjejak ke negara-negara yang tak seberapa, tak segah negara mahal seperti Europe dan segah bermatawang tinggi, tapi aku tetap bersyukur sebab diberi peluang tu. Bukan semua orang dapat. Dari kecil, kalau ada kawan pergi bercuti overseamasa cuti sekolah, tu dah kira terkaya sangat lah dah dia tu, aku? aku gigit jari menanggung jeles kanak-kanak suci. Seriously, for family with large members (6 siblings), agak berat lah ayah aku nak bawak pergi merata. Pejam mata je lah. Tapi berkat akak aku belajar pandai, sampai jugak lah kami Singapore naik flight, tu pun sekali sebab hadiah 4A UPSR akak aku. Aku tumpang semangkuk, tapi balik, kami beramai2 naik keretapi from Johor back to Key-ell, save budget kan.. hehe..

Lepas-lepas tu, takde chance dah. Kami pun dah semakin membesar, bawak jalan pun kena pakai kuota. Kali ni orang ni, next time orang ni pula. Tapi jangan harap lah nak bawak ke oversea, over-country je harapan nya. Takpe, janji selagi kaki kuat melangkah, selagi itu segala tempat akan ku redah! Cewah.

Haha..

Kenapa kena share pasal kegemaran berjalan tak hengat dunia ni? Oh! Sebab saya baru lagi balik dari Bukit Gambang Resort, Kuantan... dan selang beberapa hari bercuti pula dengan tiket percuma kakak saya di The Legend International Water Homes, Port Dickson. Dan esok! Esok akan ke Johor Bahru pula, ada kenduri sepupu. Bak kata mak saya, harini unpack bag, esok kena pack semula. Haha. Next time la share gambar(s). Tak sempat nak tengok lagi kumpulan gambar-gambar photogedix dari kamera-kamera orang.

Doakan selamat segala perjalanan esok! Amin.


p.s. : Lepas ni maybe lama sikit baru boleh berjalan lagi, poket sudah mahu kontang..huhu..
.
Newer Posts Older Posts Home