Friday, April 01, 2011

Tahi Lalat di kaki memang kuat berjalan, check sekarang!

Bila tak dapat jalan, macam nak meroyan rasa nya tahap kebosanan dalam square feet yang sama setiap hari. Tapi bila dapat berjalan, macam tak boleh nak berhenti pula destinasi yang nak dituju. Wohoh! baru balik dari sumwhere, pergi pulak sumwhere. Alhamdulillah. Syukur. Walaupun agak penat melabuh punggung dalam kereta mahupun bas, tak keterlaluan juga kapal-terbang, tapi kegemaran berjalan tu dah macam isi dengan kuku. Tak boleh berpisah sudah!.

Cer cakap siapa yang tak suka berjalan? Dah takde alasan rasa nya kalau nak kata takde duit tak boleh berjalan. Bagi aku, antara suka atau tidak je. Orang kata nak seribu daya, tak nak hanya kata kan kepada MEROKOK!, haha.. tak nak seribu dalih. Manusia memang ter-divide kepada beberapa jenis. Tapi suka dan tidak, memang truly obvious untuk dipecahkan, paling tidak pun, ianya akan terjadi sama rata. Dan aku, aku termasuk dalam jenis yang teramat SUKA!

Memang dari kecil, dah terbiasa. Walau ayah setakat nak pergi kedai depan naik motor kapcai pun, aku boleh bergaduh dengan mak sebab nak ikut ayah dari tolong mak masak kat dapur, ini kan pula kalau diajak pergi ke tempat-tempat menarik. Macam disorong bantal ketika mengantuk dah tak relevan, aku sanggup ketepikan ngantuk dari tertinggal. Ahh.. lebih-lebih kurang macam tu la. (pepatah pun dah jadi hareee.. haha.. abaikan). Orang kata kalau ada tahi lalat kat kaki, memang SAH dia kuat berjalan. Lagi best kalau orang tu suka makan kepak ayam, dia memang nak jalan@pergi jauh. Eh.. semua macam ada kat aku!

Walaupun aku baru setakat menjejak ke negara-negara yang tak seberapa, tak segah negara mahal seperti Europe dan segah bermatawang tinggi, tapi aku tetap bersyukur sebab diberi peluang tu. Bukan semua orang dapat. Dari kecil, kalau ada kawan pergi bercuti overseamasa cuti sekolah, tu dah kira terkaya sangat lah dah dia tu, aku? aku gigit jari menanggung jeles kanak-kanak suci. Seriously, for family with large members (6 siblings), agak berat lah ayah aku nak bawak pergi merata. Pejam mata je lah. Tapi berkat akak aku belajar pandai, sampai jugak lah kami Singapore naik flight, tu pun sekali sebab hadiah 4A UPSR akak aku. Aku tumpang semangkuk, tapi balik, kami beramai2 naik keretapi from Johor back to Key-ell, save budget kan.. hehe..

Lepas-lepas tu, takde chance dah. Kami pun dah semakin membesar, bawak jalan pun kena pakai kuota. Kali ni orang ni, next time orang ni pula. Tapi jangan harap lah nak bawak ke oversea, over-country je harapan nya. Takpe, janji selagi kaki kuat melangkah, selagi itu segala tempat akan ku redah! Cewah.

Haha..

Kenapa kena share pasal kegemaran berjalan tak hengat dunia ni? Oh! Sebab saya baru lagi balik dari Bukit Gambang Resort, Kuantan... dan selang beberapa hari bercuti pula dengan tiket percuma kakak saya di The Legend International Water Homes, Port Dickson. Dan esok! Esok akan ke Johor Bahru pula, ada kenduri sepupu. Bak kata mak saya, harini unpack bag, esok kena pack semula. Haha. Next time la share gambar(s). Tak sempat nak tengok lagi kumpulan gambar-gambar photogedix dari kamera-kamera orang.

Doakan selamat segala perjalanan esok! Amin.


p.s. : Lepas ni maybe lama sikit baru boleh berjalan lagi, poket sudah mahu kontang..huhu..
.

2 comments:

anis said...

setuju setuju... aku pon same.. ade tahi lalat di kaki n sgt kuat bejalan.. ohh tidak.. hahah

manueng said...

dah mcm host rancangan cuti2 malaysia dah hah...huhu...

aku pun ade taik lalat kat kaki... nasib baik xde taik lalat kat bibir...hoho~ =p

Newer Post Older Post Home