Wednesday, November 18, 2009

Berpuisi tanpa bakat..

Kebencian tahap gaban pada diri adalah bermain dgn perasaan.
Selain kebencian terhadap reptilia yang agak menggelikan,
ini lah yang paling ketara mahu di eliminate kan.
Tapi mana kan mungkin, kau hidup tanpa perasaan.
Mana kan mungkin kau boleh hidup dengan tone yang sama.

Kerana..

Emosi mudah berubah.
Sekejap nanti kau gembira.. sebentar lagi jangan terkejut air mata meleleh tiba-tiba.
Tak payah tekan punat A untuk gembira, mahupun C untuk sedih.
Sistem automatik tanpa gear memang berkuasa mengalahkan semua.

Kadang-kadang dalam kau bersedih, kita tetap boleh ketawa.
Itu pun kalau ada lambakan lawak kurang sopan datang menghiburkan.

Iya.. samala jika ia berlaku dlm rythm vice versa.
Kedua nya pun sama. Juga serupa.
Itu la emosi.

Emosi dijajarkan oleh perasaan.
Perasaan dipaksikan pula pada hati.

Dan hati..

hati diiring sama naluri serta jiwa dan nyawa.
Tanpa nyawa, yang tegap juga tidak bermakna.
Justeru kerana itu kau tak berhak menghapuskan perasaan.

Ya.. benci itu juga perasaan.

Maka..

Lupakan saja niat mu untuk menghapuskan  sesuatu yang berguna.
Mungkin ada alternatif nya.
Yang susah selalunya ada skip point nya.

Hmm...

Pejam mata.. dan bukan tanya pada selera.

Oh! fine..



jawapannya tido la kalau kau tanak beremo-emo dgn perasaan. huhu!..

==================
p.s. : berfikir tentang apa?
==================

.

3 comments:

Anonymous said...

ntah pape2

ticnube said...

mek..men ngan pasaan agih... iskk..

.mek.mizah. said...

sibok ah anonymous ni kan anis.. huh

Newer Post Older Post Home