Thursday, August 05, 2010

Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.

Kadang-kadang kita tak harapkan, tapi itu juga lah yang jadi. Kita plan. Baik punya!. Tapi sesungguh nya kita manusia yang kerdil hanya berkemampuan merancang, tapi TUHAN sekalian alam itu juga lah yang menentukan. Takdir, jangan di tolak mentah-mentah. Semua itu ketentuan ilahi.

Dia yang MAHA MENGETAHUI. Al-'Ilmun.

Benar. Kalau pun segala arus perjalanan hidup itu telah tuhan tetapkan, tak bermakna hamba-Nya boleh goyang kaki, duduk menanti malas, menagih segala apa yang diharung sambil berkata "ini yang tuhan telah tetapkan untuk ku", NAHhh! itu kata-kata seorang loser. Seorang hamba yang cuma pandai memanipulasi kata-kata tuhan, tapi tak pandai menafsir isi tersurat mahupun tersirat.

Jangan kan padan muka, hina sungguh manusia yang tidak berusaha. Waallahua'lam.

Manusia hanya mampu merancang. Ulangan.

Dan seorang manusia kerdil itu, merancang, bertekad sepenuh hati. Berkuat di dalam sanubari, kalau esok ditakdirkan ada jodoh, harapkan keluarga yang dibina langsung takkan sama seperti keluarga yang ada ketika kecil. Harapkan sebuah keluarga yang harmoni. Anak-anak yang mendengar kata. Menjadi ibu bapa yang tidak dilupakan anak. Di sanjung setiap hari, malah bukan yang hanya diingati ketika susah mahupun sebulan sekali.

Perancangan yang di rangka dari semua iktibar apa yang terjadi.

Punya anak yang boleh memeluk ketika bersedih. Yang mendengar kala ibu merintih. Yang mampu mematuhi tiap bibit pesan orang tua dengan hati yang ikhlas. Yang boleh dibawa berbincang. Yang boleh bergurau. Yang boleh diceritakan apa saja, tentang isu hari ini, mahupun isu pada zaman retro yang lampau, dan apa saja!

Iya. Semua nya.

Apa yang berlaku tak harus berulang lagi. 

Tekad kuat seorang manusia dek kerana tak mampu menanggung sedih melihat seorang ibu yang tak mampu didakap oleh seorang anak ketika menangis esak, seorang ibu yang tidak punya sokongan kuat seorang suami, seorang ibu yang sakit tp digagahi demi anak, seorang ibu yang cuba tersenyum walhal hati sudah robek pedih, seorang ibu yang kadang-kadang kemesraan nya dibalas hiba. 

Ibu itu sangat kuat pengorbanan nya. Tapi apa pulangan nya?



Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.

No comments:

Newer Post Older Post Home