Sunday, September 05, 2010

Hilang nafsu...

...haa nafsu apa korang fikir ha?

Rupanya bila aku check dekat EDIT POSTS punya option, aku ada lebih 14 draft yang tak publish! semua tu gara-gara kurang ke-konfiden-an untuk expose ke khalayak ramai la tu. Betul. Sejak-sejak ni aku dah tak berapa selesa nak terlalu terbuka. Nak kongsi buah fikiran pun sudah hilang nafsunya. Walaupun la ini bulan Ramadhan, hawa nafsu sikit berkurang, tapi aku tak fikir itu punca nya. Terang-terang la takde connection nya langsung antara bulan Ramadhan dengan blogging, kan kan. 

Kalau ikut kan, banyak yang aku nak kupas. Dari isu buang bayi, isu cop halal, buffet Ramadhan, bunuh-membunuh, sembelih anak, sampai la ke isu tudung singkat ala Far**da tu aku nak komen kan. Tapi kekuatan tu tak berapa sangat nak ada, semua nya gara-gara ke-tidak-selesa-an menjadi batu penghalang. Cewah. Kalau aku kata aku sedikit malas pun, berani kerat jari la reader boleh percaya juga.

Bila ke-konfiden-an ditambah dengan ke-tidak-selesaa-n kemudian ditolak dengan ke-malasa-n, haa.. ini lah hasil nya. Sebulan hanya mampu publish 8 ke 10 new post sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan (perasan!) lewat setahun yang lepas, mahu nya aku post boleh kata satu hari satu tak pun at least lebih 15 posts sebulan. Tapi itu dulu. Zaman, lantak aku lah nak taip apa. Sekarang, aku rasa sedikit berbeza. Adakah mungkin faktor kematangan (perasan lagi!) telah memainkan peranan penting terhadap isu ini?

Tak payah sama-sama lah difikirkan. Haha. Biar aku seorang renung-renung kan.

Tapi aku rasa ada benarnya. Keadaan persekitaran yang agak serius (zaman bekerjaya) ni selalu buat aku lebih berfikir panjang. Should I, or shouldn't I? Macam dekat header aku, to blog or not to blog tu la yang selalu aku timbang-timbang kan sebelum aku nak post sumthing. Kalau terlebih open dengan menulis segala hal termasuk hal-hal peribadi, mesti aku terfikir apa feedback reader terhadap penulis. Yep. Sebab itu juga lah yang selalu aku buat bila aku membaca post orang lain. 

Orang kata, setiap yang ditulis boleh mencoret sikit keperibadian si penulis. Jadi tak salah kalau tanggapan negatif tertempel jika tersalah tafsir kan. Sebab nya penulis sendiri yang 'sudi' menjadi begitu. Maka nya, berwaspada lah sikit, kalau tak mampu banyak tentang apa saja yang nak ditulis.

Walaupun, hak bersuara itu hak umum, tapi pandangan terhadap orang lain juga hak sejagat. faham? Kita tak mampu menghalang, tapi kita mampu mencegahnya. ehh.. macam iklan plak.

======================

Btw, saje nak share. Blogger dah ada option baru dan sangat interesting! Aku baru perasan ada Stats menu kat dalam blogger. Oh! boleh tengok berapa visitor per day, per month or even per all-time! Nice one. Tak payah la selalu terjenguk-jenguk dekat Nuffnang kalau nak view statistics dah lepas ni. :)

print screen aku punya! hee



p.s. : tak nak wish raya lagi boleh tak?

3 comments:

h a n i e said...

wish raya last minit baru feel..haha

PutraRocker said...

kuruskan badan..gemokkan iman!wooot3 o_O

Anonymous said...

rampingkan bdan.....bina keterampilan baru dia ari raya mek...wish u always smile......hehehehe

Newer Post Older Post Home