Tuesday, July 21, 2009

Pernahkah anda kemalangan..?




Sadis kan..?



















aku di rumah!


Alhamdulillah, jalanraya tidak terlalu 'jammed' ketika aku menyusuri lebuhraya MRR2 lewat petang tadi. Cuma ada beberapa kesan ciuman di jalan raya yang aku fikir rugi tak dapat lihat dengan mata sendiri tadi. Kejadian mungkin berlaku lebih awal sebelum aku ditakdirkan bertolak keluar dari kawasan UIA. Banyak baki-baki kaca bertaburan di jalanraya, kasut-kasut mangsa dan juga kesan-kesan darah. Tragis!. Aku memang teringin untuk melihat kemalangan dengan mata sendiri, ehee.. walau aku takut kan darah atau otak yang bertaburan di tepi jalan, tapi keinginan untuk melihat sendiri kemalangan berlaku betul-betul di depan mata memang ada. Pelik tapi benar.

Aku pernah mengalami kemalangan. Dua semester yang lepas kalau tak silap. Ketika umat UIA sibuk mengambil scroll, aku sibuk menguruskan hal kemalangan. Kemalangan yang aku tak pernah terfikir! Satu kemalangan akibat kebodohan aku sendiri. (hoho), Sepatutnya tak perlu berlaku kemalangan seperti itu kalau dibanding dengan kecekapan pemanduan kereta manual seperti aku. Tapi malang tak berbau. Takdir tak dapat aku tentukan. Semuanya telah tersurat!

Aku dengan confident telah mencium Toyota HILUX dengan hanya sedikit dentuman. Kadar pelanggaran hanya setakat 40 km/j tapi impak nya sungguh la memilukan hati. HILUX cuma patah nombor plat dan sedikit kemik di punggungnya, tapi kancil kecil milik ayah ku remuk teruk seremuk hati aku ketika itu.

[iklan sebentar, caket peyutttt]

Niat tulus aku ingin melambai seorang rakan yang ketika itu dijemuri panas terik demi menjalankan tugas, seorang kor suksis yang perlu menjaga traffic, rupanya dibalas dengan ujian yang tak terperi. Akibat lambaian ala-ala friendly aku, kereta ayahku menjadi mangsa. Tak ku sangka, cempedak menjadi nangka. (pernah korang tengok..??? haaa). Jalan agak jammed ketika itu di sekitar jalan hadapan kulliyyah kejuruteraan dan berhampiran simpang ke Mahallah perempuan.

Aku yang ketika itu sedang memaling ke arah punat butang tingkap selepas melambai kawan ku, rupanya tanpa ku sedari rupanya aku telah mencium HILUX dari arah belakang. Aku terkejut, rasa nak pengsan! Dalam hati tertanya-tanya bila masa aku langgar kereta di hadapan... Panik!

Alhamdullillah.. aku dan roommate ku tiada kecederaan di mana-mana. Aku cuma trauma. (tapi kejap je). Masalah dengan mangsa pun dah selesai. Banyak ringgit juga yang terbang. Kesian family aku yang kena tanggung semua. Menyesal tak sudah. Itu pun setelah kwautim dengan mangsa, tapi masih melibatkan banyak ringgit.

Itulah pengalaman 'accident' pertama dalam hidupku. Semenjak aku lahir tak pernah sekali keluarga aku ditimpa kemalangan. Syukur. Ayah ku sangat cermat membawa kenderaan. Pernah sekali kereta kami dilanggar lari ketika parking di seberang jalan kompleks Unikeb, UKM. Itu lah sekali yang aku ingat. Itu pun bukan salah ayah ku dan itu sajalah kenangan ayah ku membaiki kereta. Entah mangkok mana la yang tak berhati perut dan pengecut tu. Biar lah, kuasa tuhan pasti ada pembalasan. kan.. kan..

Tapi sesuatu yang aku masih lagi terkenang-kenang dan menyesal. Sepatutnya aku tak boleh biarkan makcik HILUX tu memperdaya aku dengan mengatakan "takpe, sikit je neh" (merujuk pada kecederaan pada kereta nya), rupanya ayat itu hanya mampu menyedapkan hati ku ketika itu saja, dan tidak selepas beberapa hari. Makcik HILUX menuntut kerugian yang amat menakutkan. Sumpah aku tak mahu terserempak atau jumpa lagi makcik HILUX tersebut. Geram!. Aku menangis susah hati. Tapi tak siapa yang tahu. Mujur lah, ada keluarga yang sangat supportive. thanks semua (*_*)"

Selepas kejadian terus aku bercita-cita mahu membeli Toyota HILUX, dan itu kereta idaman ku. Dan tersimpan angan-angan mahu mencium lagi kereta Makcik HILUX tersebut dengan HILUX milik ku. Tapi hopefully Makcik tu pulak yang langgar. Owh.. Harap-harap tak terkabul..

Nak HILUX satu!


12 comments:

mydairy said...

waha mek!! aku pernah kemalangan hati mek, tapi si pemangsa terus lari tak nak bertanggungjawab, akibat kemalangan langgar lari tersebut hancus ati aku mek hahahaha . . . .

ye ko mmg gilos, berdoa nak ensiden, aku plak nak bliharrier, boleh la maen langgor2 nnt ek? hehehe

Teh.haha said...

oi mek.. ko punye ayat y membuat ak tertarik nk membaca.. hahahha. Aku belum lagi kemalangan, elakkan Ya Allah. tunggula ka da beli keta besar skit, ko langgar ak, ak langar ko. set eh. hua3

jasmine said...

mek mmg ngeri mak cik hilux tu...ahahaha...aku rs aku pon nak jd mcm die la...tp bkn tuntut kerugian..nak tuntut blanje perot aku...ahahaha...jom jom

manueng said...

kau pernah terlanggar sorg pakcik tua yg tgh tunggang moto utk hantar anak daranya g keje...
tp dia x peduli pun kat anak dia...dia duk sibuk kat motonye hah...padahal calar skit je...hohoho

~mek^mizahhh~ said...

hehehe...
waaaaaaaaa... mokcik tu mmg menakotkan!

ticnube said...

len kali langgar mak cik tuh.... bukan nye hilux die...ha mizah ko amik tak gambar mak cik tuh,,,,anta kat utusan... sabotag.,..muhahahha redo lah mizahh...aku selalu xcident...aku yang langgor.. heheh

shazclan said...

mak cik tue mengambil kesempatan...ades....

~mek^mizahhh~ said...

anis.. yee.. nmpknye mmg ade kemistri, wakakaka...

shazclan.. btol3, die yg nak tuka bumper, amek kesempatan lak kat aku!

zelo55 said...

perempuan bawak keter mmg xleh percya...aduuhh...
mksud aku sesetengah laa...
aritu aku eksiden pompuan yg pegi cium bntot kter aku...
tros ak mintak gnti rugi...
keter die remuk...aku yg mintk gnti rugi...

tkpe2...pengajaran buat die...ha3

mek said...

wawawa... aku teraseee.. hahaha..
ok2.. aku da dpt pengajaran..
mind the front gap!!
so dun wori to be at my front.. hahahah

wa² said...

saya pernah kemalangan!
balance SHIT punya vios!!
ah,marah ni!!

~mek^mizahhh~ said...

hehehe...
saba2... anda dpt ganti rugi kan...
bagusssssss!!

Newer Post Older Post Home