Monday, August 31, 2009

Merdeka day, together with my Bonda Birthday...

Hari ni nampaknya mendung grey lagi. Dah dua hari masuk hari ni yang ketiga aku rasa Malaysia mendung je. Erkk.. aku main hentam je satu Malaysia, padahal forecast weather tu takde la pulak aku tengok kat negeri-negeri lain apa khabar. Aku just merumuskan je, lagi pun Malaysia ni kan kecik ajee.. [read:pelat kanak2 3 tahun bukan 4 tahun]. Yang aku peliknya, time aku cuti-cuti baru la nak mendung, tapi bila time aku kena jalan kaki 1.5 km pergi kelas, dia tak mau mendung lak ,panasnya sampai sun-burn kulit aku yang cantik ni. Dah sekarang muka dgn tangan macam orang lain-lain punya. T_T

Aku nak try mengarang panjang-panjang kali ni. Tapi tak tau la menjadi ke tidak. Walhal, aku ada karangan research paper EAP [nama panjang:English for Academic Purpose] yang kena karang 15 pages dgn FYP [nama panjang:Final Year Project] yang sama lebih kurang dan sangat lah penting sebab terkandung dlm pointer nanti tapi aku still sibuk nak karang post neh. Sungguh begitu tak sedar diri.. huh..

Before aku tidur semalam, aku kononnya dah taip entri khas edisi Merdeka Day. Ermm.. tapi aku macam tak jadi nak post pasal nya aku ada conflict dalaman. Tetiba aku taip terkeluar english poyo plak. Padahal orang tgh sibuk Merdeka Merdekaa.. yelah, makna merdeka kan bebas dari penjajah, dah tu buat apanya la aku sibuk pakai bahasa penjajah masa orang tgh bangga dengan Malay-sia.. T_T sungguh pelik jiwa aku ini.

Hari ni Merdeka Day ya kawan-kawan. Ketika entri ini ditulis, jam belum lagi pukul dua belas, tapi time aku post tgk-tgk dah masuk 1 September. Punya la lama aku mengarang. (padahal, aku pergi lari tiru esaimen kat asmah then baru aku post menda ni). Takpe la, belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka. Sempena merdeka ni, yok la kita kenang-kenangkan perjuangan parajurit dan warrior2 terdahulu. Jgn tak tgk citer-citer kemerdekaan, kang tak tgk macam mana nak hayati perjuangan mereka. Tak gitu? Even kita dah bebas dari penjajah, cuba anda fikir, adakah kita 100% bebas dari penjajah. Jiwa kita, pemikiran kita dan negara kita. Benar-benar Malaysia kah kita? Jom kita sama-sama fikir sambil-sambil aku makan ayam KFC lebihan buka tadi.. ermm..sedap pulak..

Jujurnya, aku bukanlah seorang yg berjiwa patriotik. Last aku betul-betul meraikan Hari Kemerdekaan aku rasa masa aku form 4. Itu pun sebab sibuk berlawan-lawan nak menang "kelas patriotik". Decorate macam-macam. Penat lelah mengalahkan penat belajar. Buat ni semua punya la semangat, cuba kalau belajar semangat macam ni.. comfirm aku dah 'fly' sekarang..takde dah kat UIA neh.. *berangan*. Dipendekkan cerita, kami menang!. Tak cukup dgn itu, masuk pula koir kemerdekaan. Memang semangat! tapi dapat no. 2 je. Tapi kami tetap bangga.. kerana berani masuk bertanding walau sekejap sangat kami praktis.. 4e4, korang mmg the best! tetiba aku emo kalau bab teringat sekolah-sekolah..wuwu..

Lepas zaman sekolah, terus.. sambutan kemerdekaan aku pandang enteng. Pergi tgk orang berarak memang kirim salam sajalah. Nak tgk kat tv..ermm.. rasa nak terlelap, terus tukar channel lain.. Dan sekarang, langsung la tak buka dah. Sebabnya sekarang bulan puasa, bangun lewat, buka-buka tgk dah abis! So, aku pun tak tau bulan puasa kali ni ada juga tak perarakan tu?

Tak kesah la, tgk ke tak orang berarak beria tak bermakna kita tak menghargai kemerdekaan. Lagipun sambutan hari merdeka sekarang makin entah pape. Buat konsert.. gather ramai-ramai just nak tunggu pukul 12.. then melaung-laung.. lepastu.. faham-faham la.. (aku tak kata semua macam tu, segelintir masyarakat kita memang hakikatnya begitu) Merdeka apakah itu? Baik la kiranya ko baca Yaasin ke, solat hajat ke kan.. yang Non-Muslim tu, pergila berdoa-doa kat kuil ke church korang kan.. baru la berkat kemerdekaan tu kekal lama. Nak ke dijajah semula? hah.. jawab.. jawab.. .

Sempena Merdeka ni, mak aku sambut Besday dia. wahh.. anak merdeka! Tapi mak aku veteran sket dari Malaysia. Tua dua tahun.. Tadi kawan anak kawan mak aku semangat gila call nak ucap Happy Birthday, pastu dia tak caya mak aku dah 54, nampak cam 45.. perghh.. awet muda kak chah (nama gleme mak aku) ni.. hehe..

Mak aku emo ape entah harini. Sampaikan aku belum sempat nak wish besday dia, dia dah cakap "anak-anak tak peduli pun kat mak, tak yah la wish besday".. waaaaaaaaa.. aku nak wish, tapi aku mmg spisis malu nak wish direct-direct. apasal entah. huhu.. Tapi aku tahu, mak aku bukan tuju kat aku pun, mungkin kat [sensored].. huu.. Kalau mak aku boleh baca blog aku ni, mesti dia touching kan.. sebab aku memang beria-ria nak wish and sambut birthday dia..

[mak, dengar la ni..]
Bonda.. Selamat Hari Lahir.. sweet 54~ =)
Thanks for being a really lovely mother,
you are funny but yet still can be sooo fierce.. [takot!]
sorry for my uncontrolled behavior which sumtimes makes you sad..
You are the best, I always wanted to be like you..
I really love you with all my heart..
yes I do! =]

Mmmuah! [hug]

Buka tadi memang banyak gila la makan! hoho.. we had spagetti calbonara, kfc, big apple, air laici, air tebu (erhhh.. dah masam), chicken pie, blueberry pie, sup tulang, anddd... kek ice-cream!
burpppppl~!! ehe, itu pun masa time nak masak petang, mak dah majuk sebab nampak cam gaya dia kene masak.. padahal kitorang tak suruh masak pun.. hik2.. Yang paling nak tergelaknya, kak ana belikan bunga as requested by ayah utk pwezen mak, masa nak bagi tu, mak leh kata "amik kat depan ke?" (merujuk pada bunga tu sebab ada sebijik lagi satu kat depan, cumanya colour dia lain) hehe.. slumber tol mak kata gitu.. =P

Tadi masa nak balik uia, berat je hati nak tinggalkan mak. Haih.. tapi apakan daya. Yang aku peliknya, bila aku dekat dgn mak, mula la cepat je nak bergaduh dgn mak, tapi bila jauh.. macam sekarang ni.. baru jauh kat gombak, aku dah mula rindu kat mak.. wahh...cepatlah hujung minggu, anaknda nak balikkkkkk... Ish, nanti macam mana kalau nak fly jauh-jauh.. bawa mak sekali la jawapnya.. huhu..

dis is when my first day to see the world! yah.. i'm really cute.. I know..

omak gue!

[yok, bersajak pulak]
===================================
Bonda,
Satu nya kasih tak pernah berkira,
Dikau penat, namun apakah jemu dikau tak mengerti,
Kesabaran hati mu adalah yang terhebat di lantai duniaku,

Bonda,
Tiada kata boleh menandingi pengorbananmu,
Tiada perumpaan boleh disamakan dgn kebaikanmu,
Tiada rasa mampu mengambarkan ikhlasnya kasih sayangmu.

Bonda,
Bonda,
Bonda..
==================================

p.s. : Al-Fatihah buat Ayahnda Wan Faziati yang pergi buat selamanya..
p.s.s. : Tak dpt bayangkan hidup tanpa mak.

3 comments:

Anonymous said...

iskkk...
two thumbs up~! gheee =D

mia sarah hemiza said...

hihi... =)

wan wma said...

betul la..kat kampung saya ni pun mendung juga...macam header blog ni...

Newer Post Older Post Home