Tuesday, September 04, 2012

Blog Post yang tak ter-post, dan masih valid untuk di-post

Manusia memang mudah lupa. Kita lupa kalau ada kegembiraan, mesti ada kesedihan menyusul. Kita lupa bila ada senang, mesti ada susah bakal menduga. Kita lupa masa hadapan, kita focus pada masa sekarang. Bila dah terhantuk, baru nak ternada. Dan begitu lah seterusnya.

Gembira pasangan nya Sedih. Mana ada Gembira pasangan nya gembiraaa je manjang. Tak cool la kan. Kalau pasangan sama perangai memang tak thrill kan, dia buat tu, kita buat tu jugak.. lama-lama sendiri pon boleh jadi bosan. Maka nya, kena la ada kontra nya. Baru la sepadan, huh? Apa kau cakap ni Mizah?

Ok la.. tak payah nak elaborate kaw-kaw, senang citer, bila kita gembira, ingat lah gembira tu tak akan selama-lama nya, mesti ada dugaan. Takkan asyik nak ketawa berdekah-dekah kan? Kang urat pipi stuck tak boleh gerak akibat ketawa yang melampau, tak ke naya? Haa.. then, masuk hospital sebab sakit pipi.. see.. kat situ dah terjadi nya kesedihan. Ye la, masuk hospital tu fun ke?

Maka nya, beringat lah. Hari ini anda gembira. Dibuai mimpi-mimpi indah. Janji-janji manis ditabur-tabur sampai anda lupa nak beza kan, ini janji kah, atau cakap-cakap kosong? Omong-omongan bak kata orang Indonesia. Hati orang kita tak boleh nak scan. Keikhlasan orang tak boleh diukur walau se-inchi. Se-sentimeter pon jangan harap.

Yang penting diri kita sendiri. Biarlah orang tak ikhlas, jangan kau pulak sendiri tak ikhlas. Macam kata pepatah mana yang aku lupa, buat baik dibalas baik, buat jahat, padan muka sendiri. Kira-kira begitu lah norma kehidupan. Tapi jangan marah pulak bila kita dah buat baik, tapi tetap dibalas jahat. Namun! (eh tiba-tiba) kalau dah lama-lama, pasti anda akan lihat sendiri keajaiban nya kalau selalu membuat kebaikan. Kalau tak di dunia, nanti di akhirat tersenyum lah kamu. Kan itu lagi bahagia. J

Oho! Kenapa mesti aku cakap-cakap pasal gembira, sedih, baik, jahat.. bla.. bla.. bla.. Lately, is my tough week, hari-hari muram, suram tapi honestly aku tak pandai tunjuk kesedihan. Kat office aku gelak macam biasa. Semua nampak normal, tapi dalam? Oh! Aku aje lah yang tahu, korang tahu apa kan?

Mungkin ini ujian. Tuhan dah tetap kan, Hamizah! Harini (minggu-minggu dulu) kau gembira-lah, enjoy-enjoy, bergembira-lah. Esok (minggu-minggu ini) kau bersedih-lah. Then, apa aku boleh cakap? Kena lah terima takdir-Nya. Mungkin juga ini ujian untuk pelupa macam aku. Sebab aku sendiri lupa, di mana ada kegembiraan, di situ juga boleh terbit kesedihan. Aku lupa! Totally. That's why I'm not prepared myself for this situation. Nah! Hamik kau! Rasain. Salah sendiri kenapa jadi manusia pelupa. Deym.

Honestly, this is my pray for what is happening now. Sekarang bila doa dah termakbul, kenapa aku nak sedih sangat? Masuk bakul keluar bakul balik la kau.

2 comments:

ellieandcarl'sstories said...

good news??? hhohoho mind to share?? hohoho ..

hamizahms said...

Anissss..
mnede pape laa.. :0

Newer Post Older Post Home