Saturday, May 15, 2010

Cacarmurba berkaitan Badminton.

Pernah tak kadang-kadang rasa macam down sangat? sampai rasa ahh! nak tutup la blog ni. Okla tu kalau bagi bloggers la, tapi kalau yang bukan bloggers, rasa down sampai rasa TAKNAK dah buat something tu. Mungkin sebab dah tak suka or dah takde hati. Biasala kan nak buat sesuatu tu mesti la mengikut kegemaran hati kan, if tak lama-lama jadi tak seronok and sekaligus bila angin ribut tak pepasal datang terus rasa nak GIVE-UP.

GIVE-UP memang benda yang tak baik. It is macam menunjukkan yang kita ni tak mencabar orang nya. Baru ada challenge sikit dah mula goyah, mula rasa nak angkat bendara putih. Tak boleh kan sebenarnya macam tu. Yang bagusnya kita kena tempuh! kasi redah itu halangan.. kasi roboh itu tembok CHINA.. err tapi macam mana kalau dah kalah? well, better stop right there pasal tu dah masuk episod lain.

Ya. Nampaknya MALAYSIA dah pun kecundang tak leh teruskan bagi merebut PIALA THOMAS 2010 kali ni. Sabar je la ye. Kempunan aku nak tengok HAFIZ beraksi. Even muka Hafiz pon tak berapa nak cam tetiba terasa nak tengok dia bermain. Jap nak pegi gugel.

Malam tadi baru la berkesempatan tengok err Dato' Lee Chong Wei beraksi. Adui.. memang betul la kate mak, berdebar hokeii tengok dorang main. Haish. Bila dorang smash je mula la tak senang duduk aku. Apa la agaknya rasa kalau tengok secara live kat Stadium Putra tu ek. Dah la BISING bukan main.

Err.. tapi yang tak syok nya game malam tadi betul-betul stat pukul 7 p.m. dan.. dan.. aku terpikir, bila la dorang yang kat stadium tu solat agaknya. Mungkin dorang pegi time game break kot (khusnulzhon). Yang pemain nya takpela dah tentu dorang 'tak wajib' solat. Yang penengok nya tu.. haaa... itu yang kita tak tau. Maybe sebab tu KALAH kut. Maybe la kan ngehe.

Ah.. panjang plak citer pasal THOMAS and the geng.

Padahal bukan peminat BADMINTON pon. Baru main kejap dah semput. Tiba teringat plak masa main kecik-kecik dulu. My father is the one yang paling teror main badminton dlm family. Aku belajar main  pun of kos la dgn bapak aku kan. First racket yang ayah beli utk aku is the one yang handle dia pendek tu. Korang pernah tengok tak? The racket face same je mcm yang orang dewasa punya cuma handle dia je pendek. Kiut betul sbb tu teruja nak main haha.

So, dulu kitorang ada court badminton depan rumah. Not exactly a court la, sebenarnya jalan depan rumah then ayah cat buat line-line sama macam court sebenar. Siap pasang net dari grill pintu masuk rumah sambung kat tiang yang aku tak ingat macam mana boleh ada kat seberang side lagi satu. Then petang-petang main la kitorang sampai penat. Oh! I really miss that moment. Sekarang ayah pun dah jadi 'orang tua', tak larat nak smash or main lagi, lutut dah start sengal-sengal tu. Kesian.

Huh.. tercerita pasal badminton lagi. Dah-dah. Aku nak pergi buat cover letter.

ah bencinya bila dah habis belajar,
hidup sunyi tak seperti dulu :(

7 comments:

zac zirwan said...

kecik2 dulu gune raket yang plastik tu je..hee

Anonymous said...

ulaq ayaq suka sgt baca blog awak ni....tp yg tak sukanya mek suka sgt campur aduk bahasa kita.... ayuh mek!!!!! kalau graduan UIAM mcm tak pejuangkan bahasa kita siapa lg? ikhlas dari ulaq ayaq

HanEm Manje said...

mijah..aku down dowh tgk badminton...akhirnya mama bukak monk...hahahaha =))

btw, i miss u so much!!

jom ginting g..eh?eh? hahaahahaha =))

.mek.mizah. said...

ZAC : haha, aku takde plak yg tu. :P

.mek.mizah. said...

ULAQ : hehehe.. adoi aku dah kene sound! tak leh campo2 bahasa?? gue belaja bahasa english kat uia, tu yg tercampo2. :P

.mek.mizah. said...

MIMAH : hahahaha, aku dah last2 tak tgk dah! nyampah. :P

haaaa.. gunting ke ginting? :P

HanEm Manje said...

mijah...aku saje je ginting....kan aku suke tuko tuko...lalalalala~~~

Newer Post Older Post Home