Monday, May 31, 2010

Idea tak keluar tapi post tetap maintain panjang. :P

Aku selalu kebencian bila saat macam ni berlaku. Ah.. memang dalam hati asyik ada benci je, bila nak ada sayang pun saya tak sure, no comment bak kata tagline stereotaip artis rupawan. Tak kesah la kan janji nya bukan topik ini yang hendak aku kupas hingga licin, tapi sebelum tu takziah kepada Anne Ngasri atas keretakan tu. Sabar ye. Aku bukan apa, aku ter-kagum bila tengok aha MELODI siang tadi dia still boleh senyum manis masa kena interview wartawan. Dalam hati? tuhan saja lah yang tahu.

Yep, still bukan topik itu yang aku nak kupas kan.

Dah sampai licin bugel pun sebenarnya aku tak tau nak mengarut apa. Deym. Mungkin ini lah kebencian sebenar. Aku benci bila mana otak tak mampu berfikir apa yang harus di corat-coret di kotak isi form ni. Betul la.. tempat taip entri kat Blogspot ni macam tu lah. Tetiba rasa tak berapa cool dengan pattern ni, aceewahh! macam la aku terer sangat hal hal template cun, cit-poodahh!

Kenapa kan, kenapa.. bila waktu tak berapa nak ada, time tu juga lah idea melimpah-ruah bagai tak sempat ditadah keluar dengan syok-nya. Tapi bila masa terlalu banyak sampai tahap melanguk di tepi meja pun satu habuk pun tak dak. Maybe sebab rumah terlalu bersih sampai takde habuk, habuk.. habuk.. aku hantuk kang, ini bukan cerita habuk di rumah la nok. Tapi perumpamaan nya begitu lah.

Sekarang! YA sekarang.. diri dan juga jari jemari tak berapa runcing aku sudah mula menunjukkan symptom symptom seperti itu. Hadui.. di mana harus ku cari OBAT, di mana di mana.

Padahal berlambak yang nak aku kongsi kan dari tips edit blog template sampai lah ke tips rumahtangga.. err.. did I mention about rumahtangga? aiseymen.. bukan lah isk! renungan hal agama sebenarnya. See.. tiada kaitan kan. Seriusli, aku mungkin ada masalah dlm kesinambungan dan kaitan. Asyik tiada kaitan je manjang. Apa nak jadi? deym lagi.

Well, di dalam ketiadaan idea dan sebagainya, mampu juga aku mengarut sehingga ke huruf ini. Apekekesnya? Ini lagi satu kebencian aku, menulis tanpa spesifikasi. Menulis tanpa isi, seperti menulis tiada erti. Semua tu kan sampah je, macam sampah masyarakat. ehh wait! tapi tak semua 'sampah masyarakat' itu boleh di spesifikasi kan sebagai 'sampah masyarakat'. Kita manusia memang mudah melabel sesuatu benda.

Even baru pandang sekali nah! mesti ada sesuatu yang akan kita cop, 'dia ni aku tak suka sebab sombong', 'dia ni jahat sebab muka tak siap', dia ni itu, dia ni ini. Sebab apa jadi macam ni? sebab nya takde pepatah yang menegur dalam hal-hal cop mengecop label melabel MANUSIA. Tapi kalau buku memang ada kan? Ala.. korang pun tau apakah ia.. tengggg.. apakah ia? Pandai! Don't judge a book by its cover. good.

Tapi ada ke Don't judge a man/woman by his/her face? Takde kan. ngehe. Then kenapa mesti kita melabelkan orang orang yang pada dasar nya tidak dikenali lagi? aha.. ayat dah bunyi-bunyi kepolitikan pulak, opss. So, itu lah silapnya sesetengah kita, termasuk aku sendiri. Cepat sangat melabel orang dari rupa paras, actually perbuatan macam tu tak adil ok kepada di pemilik muka.

Kalau dah memang sejak azali dia bermuka serius, takkan kita nak cop dia sombong mahupun grarang? walhal dia la ummat yang paling baik lagi murah hati. Kalau dah memang muka dia tak berapa nak cantik atau hensem, takkan kita nak cop dia penyangak ke pendatang asing. Dah itu kejadian tuhan, berdosa kita mempertikaikan. Lagi parah bila ungkapan.. 'ahh.. tak suka la si anu tu sebab muka dia......'. 'Ahh.. tak nak la kawan dengan dia sebab muka dia dot dot dot.. bla bla bla'. Apa dosa si nun tu sampai kita meletak standard sebegitu?

Maka nya apa yang boleh aku ingatkan sesama kita dan diri aku sendiri, jangan sesekali cepat melabel seseorang, kenal dulu baru tahu. Dan! haa ni satu lagi, jangan cepat terperdaya dengan hasutan or even cakap-cakap kawan yang memang kita percayai yang bercakap pasal orang lain. Selagi si nun tu takde buat salah dengan kita, selagi itu jangan sesekali kita ikut tak nak kawan disebabkan percaya atau terpengaruh dengan cakap cakap kawan kita. Don't!

Kita yang ada akal ni, fikir dahulu sebelum bertindak, jangan pula dah bertindak baru nak menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. isk.. sejak-sejak ni banyak pula aku rasa post aku berperibahasa. Boleh geng dgn Karam Sign Walia. :)

Pernah jadi kat aku sendiri. Dulu-dulu aku tergolong gak la dalam golongan-mari-cepat-cop-dia-ni. Tapi sekarang aku dah insaf dah hehe. Sebabnya selalunya bila aku mula macam tak nak kawan ngan si polan ni, mula si polan ni laaaa yang di kemudian hari nya RAPAT dengan aku. Malah, dia la yang paling menghargai aku. Tak ke seram weh karma tu. Mula-mula aku tak perasan sangat, tapi bila dah dua tiga empat kali macam tu, mula la aku suspek sesuatu. Tak boleh jadi macam ni! maka bermula lah story aku mengikis spekulasi terhadap orang yang belum dikenali.

Belajar mengenali dahulu. Jangan cakap susah. Belum cuba belum tahu. Tengok feedback macam mana. Kalau tak memberangsangkan just ignore dan khusnulzhon (bersangka baik). Jangan di maki pulak. hehe. Ingat lah, sekali kita memaki orang, seribu kali makian tu akan datang balik pada kita. haaa.. takut tak?

Okla. Kalau dah dapat membebel memang macam ni la, panjang tak hingat. 
Sesungguhnya muslim itu memerlukan peringatan, ingat mengingati, berpesan pesan kepada kebenaran. Waallahua'lam.



seronok sangat, my first niece dah balik sini,
dia kiut sangat! rambut dia paling pricey ok.

4 comments:

ardinihumaira said...

betul.. berpesan2 kepada kebenaran itu adalah yang terbaik..

.mek.mizah. said...

@ardinihumaira

same2 la kte berpesan2. :)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

biasalah tu. bile kt tengOk je orang mesti kita akan cakap dia ni camni camtu. lebih2 lagi yg annoyink pada pandangan kita kan.

so kenal dulu ;}

HanEm Manje said...

aku salu tak fikir sebelom bertindak...hahahaha =))


adessssssssssssssss!!

Newer Post Older Post Home