Wednesday, May 26, 2010

Isu buang bayi setanding dengan Isu buang Mak Ayah.

KISAH 1

Sejak akhir-akhir ni banyak kita baca dalam sokabo (surat khabar) kes-kes pembuangan bayi. Macam dah takde keperimanusiaan agak nya. Seronok buat, senang pula membuang. Macam takde apa yang perlu di kesah kan. Apa lah agak nya perasaan mak bapak si anak kecil yang tak bersalah tu, tak tahu makna BERSALAH ke dalam hati diorang. At least kalau ada sikit or even sekelumit mesti tak mampu mereka tengok anak sekecil itu ditanam hidup-hidup mahupun dibuang ke dalam tong sampah seperti membuang saki-baki makanan.

Sampai sekarang mesti kita kita tertanya apa agak nya perasaan si kejam tak berhati perut ini.

Di mana letak nya perasaan kasih sayang yang sejak azali nya mereka sendiri merasai nya seawal kewujudan diri mereka sendiri. Oh! dulu mak ayah korang bela elok elok, jaga bagai ditatang minyak yang penuh, sekarang benih sendiri hasil CINTA NAFSU tu kau buang macam si kecil itu tiada MAKNA.

Ah.. benci betul aku dengan situasi ini.

KISAH 2

Tetapi lebih benci pula bila aku membaca rentetan kisah IBU BAPA pula yang dibuang di pusat-pusat jagaan orang-orang tua. Itu lebih menyayat hati. Entah apa dah jadi dengan dunia sekarang. Sudah tiada lagi kah makna sebuah tanggungjawab sesama insan. Sudah pupus kah perasaan belas kasihan di dalam hati?!

Ada yang sanggup memalsukan alamat, nombor telefon agar pihak hospital susah untuk menghubungi waris sebaik orang tua ini sembuh dari jagaan hospital. Sampai macam tu sekali. Dan sekarang, rumah-rumah orang tua sesak, ya SESAK hingga tidak tertanggung lagi jumlah penghuni yang akan masuk kerana yang duduk transit tidak dijemput pulang lagi waris-waris atau ANAK-ANAK sendiri.

Sedih.

Apa sudah jadi?

Ada yang lebih sedih, seorang ayah ditinggalkan hanya di hentian BAS, eh bukan! pondok bas bersama-sama beg pakaian seorang diri. Dek kerana tidak tahan dengan ayah itu lagi. Tidak mampu menanggung kos saraan di tua sampai kan sanggup anak ini berbuat demikian. Sanggup sungguh hati kau.

Mungkin mereka ini (anak-anak kurang asam ini), ada sebab-sebab tertentu mereka. Tetapi terpikir kah mereka sebab-sebab mengapa mereka ini masih hidup sampai ke hari ini? Orang tua yang dipandang menyusahkan itu lah yang dulunya berpenat, berperit jerih demi membesarkan mereka.

Dan sekarang.. nah! itu la balasan yang engkau janji kan? Kejam.

Tak dinafikan, menjaga dan membela orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi. Semakin tua, semakin sensitif. Itu tak kena, ini tak kena. Kalau pun tahap kesabaran senipis kulit bawang, tidak boleh kah berusaha cuba immune kan telinga sekejap demi menjaga hati kedua orang tua itu? Tidak ingatkah dulu ketika kecil, minta itu ini, menangis memekak malam-malam sampai ibu ayah susah tidur, dibela sehingga besar dewasa. Hah! mungkin juga lupa. Manusia mudah lupa.

Pengorbanan bukan untuk dilupakan! tapi untuk dikenang dan dibalas. Huh.

Ya. Pengorbanan sudah dilupakan.

Mari kita ulang kan lagi. Pengorbanan tak patut dilupakan!!

dan bagi si pembuang bayi, pengorbanan kau membuang dan menanam tu memang patut dibayar seperti di KISAH 2. Dan jangan salah kan takdir kalau what goes around comes around. Itu adil oke.

hmm..


4 comments:

k.e.r.i. said...

aku buang bayi kucing.
salah tak?

mia sarah hemiza said...

KERI : kalau tanak bagi aku plz..

Anonymous said...

slalunyer, kes ntar parents g rumah org tua2 ni berlaku kat bandar. well, kdg2.. anak2 ni t'fkir jg parents mreka dah tua.. nak buat kja2 d'rumah pun xlarat. Mrka nak jg?? msg2 sbuk2... kang parents yg tgal kat rumah 2 xda spa nak jg lg2 mkn mnum xt'urus. dri sdri pun x'urus. So, diorg rsa ada baiknyer bg tgal parents kat rumah org tua2. Atleast, mkn mnum n kperluan mreka t'jga. Ni sma la jg mcm parents yg sbuk kja, anak2 antar g r pusat asuhan, plg pt bru g mbil.

psal yg sgup tipu alamat rumah smua tu, myb tu dah xda aty prut. dah mmg xda rsa syg wlu scebis pun dlm aty mrka. enta t'fkir ke x mcm na klu diorg plak yg dibuat gitu ole anak2 mrk nti.

so, bab antar org tua g pusat jgaan ni... sometimes ia 1 jln pnyelesain yg bgus, & sumtimes x... t'plg dgn individu n niat org tula. Kt xble nk slahkn spnuhnya kat mrka... they have their own reason.

beruntung bg mreka yg asal dr kg. sbb parents dah mmg ada rumah sdri. klu sakit2 pun ada jiran2 ble tgok. Lg best, bila kt sdri ble blik kg tiap2 kli ada cuti. pa lg klu dah ada fmly sdri. anak2 pun bkn maen sronok lg. parents pun sma sbb dpt jmp cucu.

huhu.. pjg lebar komen ni.

mia sarah hemiza said...

@Cpija
thanks CPIJA for your view!

banyak sgt kes kes macam ni, doa-doa juga tak terjadi pada keluarga kita sendiri, takut jugak. :)

Newer Post Older Post Home