Tuesday, May 25, 2010

Pameran Keranda yang tidak menakutkan.. errr...


Seperti yang diperkatakan oleh cik penulis sendiri, haritu dia dan rakan nya cik Asmah telah ke Muzium atas sebab-sebab ingin melawati dan sekaligus mengenal kesenian dan budaya yang dipamer kan di sana.

Err.. kenapa skemm (skema) sangat ni!

Sebagai merealisasikan kepingin (hasrat) Asmah yang nak sangat tengok PAMERAN KERANDA, aku bawak kan jugak la even kitorang dah terpusing entah berapa kali sebab tak jumpa jalan masuk MUZIUM NEGARA. Haru betul la jalan jalan kat KL ni. 

Menarik gak tengok keranda, rasa insaf je bila tengok replika jenazah tu terbaring atas keranda yang macam-macam pattern. Pattern biasa nya ikut zaman ketika tu. Ada zaman kuno bila entah tu, mayat dorang kesian betul before nak tanamkena ikat ikut spesifikasi lutut bertemu dagu.

Huu.. Ada tu kepercayaan nya percaya kematian bukan untuk diratapi tapi sebenarnya harus di-pestakan sebagai tanda 'gembira' si mati memasuki alam yang baru. SO kena hepi-hepi supaya perjalanan dia 'senang' dan 'diberkati'. Lain-lain biasalah, tradisi orang hindu, cina dan indonesia. Siap ada keranda mahal bersalut emas err berapa karat entah. LUPA! haha.

ni la yang aku cakap tu. lutut bertemu dagu, ala lebih kurang la. hehe


keterangan gambar adalah dari kiri ke kanan dan seterusnya;

1 : keranda melayu
2 : melayu islam jugak lagi
3 : keranda yang disadur emas 14-karat!
4 : Asmah posing depan Muzium [perati muka dia]
5 : penulis yang ketakutan. konon konon
6 : chair coffin kaum kalanguya, basically mayat di duduk kan sampai tinggal tulang lepastu baru dikumpulkan balik and then simpan dalam tempayan. bayangkan tahap kebusukan nya!


dari dia kita datang,
kepada dia kita kembali.
waallahu'alam

6 comments:

kyo_9 said...

seram giler tgk pic mayat kene ikat tuh..
kira kene tanam idop2 ek?

HanEm Manje said...

lalalalala~~~
ade gamba aku!!
btw,

thanks dear sbb layankan impian aku neh...hahahaha =))

Nono Fara said...

tak ngeri ke :P hehe

.mek.mizah. said...

K-YO : dah nama nya mayat, so die hidup ke mati? hahahah

.mek.mizah. said...

MIMAH : hahaha, kebetulan i was doing nothing, so bosan2 layan kan aje la. :)

NONO : takk la.. hehe

MaryamJamilah said...

@.mek.mizah.
wah2.. dah boleh!! yeay. ^^

Newer Post Older Post Home