Friday, May 14, 2010

Bingkisan ceruk jiwa kosong

Perjalanan hidup tu bukan macam makan hari ni untuk menyambung nyawa hari esok. Tapi perjalanan hidup banyak memerlukan perancangan yang sepatutnya. Macam contoh future planning utk masa hadapan. Kalau orang tu ada impian yang besar maka PLAN nya juga besar. Kalau orang tu impian nya setakat angan-angan Mat Jenin, itu kita kirim salam sajalah. Err.. tapi tak salah kan kalau berangan?

Dari berangan tu la kadang-kadang idea tercetus. Dari situ juga lah path ke arah merealisasikan angan-angan itu ke arah kenyataan tiba-tiba boleh muncul!. Asalkan bukan duduk bersandar bawah pokok kelapa berangan sampai tertidur dan lepas bangun terus lap air liur. haa BUKAN ya.

Pada ketika ini.. di saat aku dgn rasmi nya (even tak konvo lagi) sudah habis belajar ni, aku masih terfikir-fikir lagi apa masa depan yang aku impikan. Seriusli sampai saat ni nak klik butang APPLY kat jobstreet.com tu aku mesti pikir, betul ke apa yang aku apply ni, itu ke yang aku mahukan. HADOI!

Membuat decision bukan benda yang aku gemari. Well, tapi aku bukan la seorang yang tak boleh membuat decision ya. (cam ayat cover jeeee.. ngehe).

Aku ada impian, sama bagi kebanyakan orang. Maya Adamaya pon ada 3 impian aish tetiba je. Anda juga kan. Impian apa itu yang membezakan. Bagaimana cara merealisasikan juga mungkin berbeda. Emm tapi bila salah satu jalan ke arah kejayaan tu seperti macam IMPOSSIBLE kadang-kadang susah kita nak teruskan. Yep.. itu la yang dikatakan halangan yang sekaligus menjadi CABARAN bagi melunaskan impian tersebut.

Kira-kira lebih kurang macam tu la.

Semoga tuhan memberi aku kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup ini dan tak cepat menyerah kalah.
dan YA! aku dah stat gelabah sebab satu intebiu pun tak dapat lagi, macam mana nak dapat.. keje pon aku tak apply lagi! HADOI. :P

Baik la KERI, aku pegi career fair tu nanti. Teman aku jommm >_<

3 comments:

Norul Malakiah Sidek said...

sama la kita! jumpa kat career fair nanti hehehe

k.e.r.i. said...

1. aku takde kat KL wikend ni.

2. nanti kalau aku gi, kantoi ngan bos aku.

mia sarah hemiza said...

MISS HAVOC : :0 ok!

KERI : ye laaaa... :(

Newer Post Older Post Home