Sunday, March 28, 2010

Imbasan nostalgia zaman pra-remaja. Sekarang pun still remaja jugak!

cuba korang teka, yg bawak kusi tu ada sakit apa?

Sebenanye aku takde la rindu sangat hal-hal PLKN (program latihan khidmat negara) ni. Tapi entah cemana aku dok godek-godek cari gambo dalam album 33.9 GB yang bersamaan juga dengan 27, 560 keping gambar di dalam tu kat dalam laptop mahal aku ni.. aku terjumpa plak gamba-gamba ni suddenly.

Dgn sendirinya nostalgia itu kembali berputar.... tenggggggggg.....!!

Yep.. aku dgn kurang bangga nya mengatakan, I was once involved with National Service (NS) in 2004. Aku first batch, dan first series yang terkena sumpahan kerajaan keramat ni. Adakah aku di antara yang bertuah atau yang malang? Haaa.... itu yang kita tak tau.. (baca style A. Rahman dalam citer Los&Faun)

Confiden giler masa tu yang aku MESTI tak dapat punya, because
I hate the thing really deym much!. Tp tu la dia, orang kata (sape org tu?), jangan benci sangat nanti jatuh cinta. So dipendekkan cerita, aku terjatuh cinta TER-dapat NS tanpa rela. Terpaksa ku pergi sambil mengenang cuti lepas SPM ku yg sepatutnya berbakti (konon) kepada kedua orang tua.

Aku mmg tak check pun nama masa dorang annouce sapa terkena, tp kawan aku (Fana kot) pi gatai tolong cek kan, dan... dan.. hahh! dgn dukacita nya dimaklumkan oleh beliau, aku kena pi daftar kat Kem Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sob.. sob.. sob.. sedeh beb..

Nasib aku kena kat dalam negeri sendiri, so takde la nak sumpah seranah sgt. Aku pasrah.

Meh aku cerita secara ringkas la ek pasal NS ni. Kang pepanjang korang nak baca ke? hah!
Mcm yang kita semua tau, NS ada 3 modul. Fizikal, Pembentukan Karakter dgn Kenegaraan. Seingat aku semua tu sebulan-sebulan kot, huh.. lupe plak maklum la aku kan short term (=. Masa time aku, Modul Fizikal kat Kem Bina Insan, KKB, then bila masuk second modul berpindah le kami ke UPM sambil mengangkut semua barang-barang naik bas. Sedih gak la time nak pindah ni. I tacing giler youu, auwww...


MODUL FIZIKAL




hee.. ni gamba platoon aku! platoon berape ekk.... ish.. 14 kot?

Modul ni kitorang kena tidur dalam khemah beralaskan stretcher yg sangat comfort. Ok tipu. Langsung tak. Boleh tidur satu posisi je, kalau nak tukar posisi haruslah balik-balik badan sikit-sikit, kerana AWAS! anda mungkin boleh terjatuh gaya nangka busuk atau cempedak masam. Dan AWAS! sekali lagi, jgn berani tidur tengahari dalam khemah, dikhuatiri bila bangun mungkin dah jadi daging salai.

Facilities yang ada utk anda cuma lah katil a.k.a stretcher, laci dan ampaian kat tepi katil. Laci tu memang sebiji laci semata-mata. Itu la almari, itu la segala tempat untuk anda store kan bebarang anda. Nasib bek ada kunci, so tak risau la brg berharga nak simpan situ. Eh tp, seingat aku.. almari kitorang adalah beg baju yg kitorang bwk pegi sana.. hahah... hadeh.. nyesal gak la aku tak bawak beg waterproof time tu, takde la time hujan baju-baju basah dalam beg. Memang bila hujan, aku stat ber'nightmare sibuk selamatkan beg baju dulu. sadis kan...

Khemah aku kat petak H, de 12 org, tu semua de dlm gambo kat atas nun.
Jap aku nak ingat sape bdk2 dlm khemah aku.. hmmm... ain - aku - siva - neo - chin ning - mira - freda - zara - shuhada - (xingat) - (xingat) - (xingat) ..arghhh... sorii... nanti aku try ingt balik nama korang. Deym.. cemana boleh lupa neh.. i dah tua ke?? ahh... tidakkkk....

So cemana ntah kira, aku termasuk dalam Company C.. apa ek nama for C, cemerlang ke.. ish.. lupe lagi! Combine dua kemah, maka jadi la satu platoon yang dicampur pulak dgn 2 khemah laki. Dan tak disengajakan, classmet aku masa sekolah, Kamil pun termasuk gak dalam platoon aku. Hee.. thanx god! aku sgt ler bersyukur time tu sbb dpt sekali ngn kwn sendiri... legee gilerrr........ tp mungkin Kamil tak perlu tau betapa aku lega sebenanye. 

Ok jangan tanya pulak nama-nama bdk laki dalam platoon aku. Unfortunately, aku ingat beberape ketul je spt Kamil - Nuar - Johan - ok dah tak ingat. 

Memang segala macam aktiviti la kami bersama-sama. Jumlah semua org dlm platoon aku, tu jgn tanya sbb aku dah tak ingat jugakkk... haih.. Modul Fizikal cam best jugak even sebenanye lagi byk tak best dari best nya. 

Pepagi dah kena bangun, memang mencabar gila nak menempuh bangun pagi setiap hari, kau bayangkan la semboyan kejut kau? tak ke terkejut, boleh gugur jantung. Tapi masa nak last-last boleh gak tak sedar, mungkin sbb dah immune.

Bangun, tak mandi, gosok gigi, solat, siap-siap, terus berlari-lari comel ke padang kawat. First sekali kira strength dulu cukup ke tak. Pastu nyanyi-nyanyi lagu naik bendera. Kawad kejap. Dah setel baru proceed next activity samada kena senam robik, seni pertahankan diri or berlari dalam platoon. For sure, senam robik paling best sebab boleh berjoget beramai-ramai sambil buat Y-M-C-A ! (read dgn tone rancak)... (huhu, tak paham takpe, tp scene ni la yg paling terkesan dalam hati... huwaaa)

Dah abeh kua peluh dan segala macam BAU, baru la pergi brekpes. Mencecet lari pergi dewan makan mcm kelaparan sgt, padahal sebab malas nak beratur lama. Bayangkan la kem aku dekat seribu lebih peserta. haaa... bayangkan betapa panjang nya kau kena beratur........ Kalau dapat makan cepat boleh la pergi mandi. Kalau tak, terpaksa la harung satu hari TAK MANDI sbb time sgt-sgt limited.

Memang isu bau 'harum' dah jadi immune pada idung memasing. Oh, disgusting plak tekak bila teringat-ringat.. erkkkk...... (emoticon tahan muntah kaler hijau)

So de macam-macam la kitorang belajar time modul ni. Belajar baca peta, ketahanan diri, kecerdasan, belajar berkayak, water confident, navigasi lagi ape tah la.. banyak!. 

Tapi paling aku serik, kat sini la kulit tinted baek punya. Mak aku dah siap bekalkan sun block SPF40 ok, bukan SPF15 standard negara asia dah.. tp still, bila balik macam nak nyorok dalam guni, malu. Lagi best, elok-elok aku habis NS, abg aku kawen. Memang tak keluar rumah la time kenduri akibat tak larat nak ckp dah bila org tanya kenapa hitam sgt, "a'a, baru balik PKN, tu yang hitam ni...", dah la muka hitam, kena pakai tudung kaler pepel pekat.. huu... self-humiliating betul.. T_T

Paling best bagi aku sepanjang NS kat situ masa masuk hutan. Kena tidur satu malam. Baik pulak la malam tu hujan, memang becinta la tidur kat bawah canvas yg basah, ditambah sejuk sampai tulang sum-sum segala. Mandi, comfem tak la sbb ada sungai kecik je, nak share ramai-ramai mandi-mandi mcm piknik tu impossible la kan. Memang bertambah2 lagi la bau 'harum' memasing. heh.

Pastu paling tak leh lupa, time navigation masuk hutan dgn platoon tu boleh pulak kitorang sesat. Entah cemana, org suruh ikut jln hutan kitorang tertembus jalan raya. Hahaha... sape lalu-lalang kat situ semua usha pelik je kat kitorang yang siap berpeta kompas, baju coreng2 complete set dgn beg ngn botol air, jalan beramai-ramai kat tepi jalan. Sumpah kelako giler.. itu better la dari ada platoon lain tersesat sampai ke Bukit Fraser??? hahaha... lagi kesian, penat oh mendaki..


isk.. banyak lagi aku nak citerr... waaa... tapi kang bosan plak korang nak baca. Mungkin aku kena buat banyak part la.. hmm.. hmm... sanggup ke? haha..



untuk modul pembinaan karakter dgn kenegaraan 
kita sambung next episod plak..
to be continued...

19 comments:

Anonymous said...

i'll be missing u later..ngeh2.....so...in the future..please buat satu post pasaal kita plak yeh....gheee=D

PutraRocker said...

apa brg khidmat negara beb...hahha
p/s: pttla la tough smcm...wakkaakaka =P

mia sarah hemiza said...

HANEM : owrite dear, nnt aku buat.. huhu..

ROKER : haha, cis btol stetmen ko nehhh...

Shepha said...

pergh wirawati negara tuh.sayang i miss you

mia sarah hemiza said...

SHEPA : miss you toooo! tunggu wirawati ni dtg ok!! =)

anis said...

x tau plak ko msk plkn.. same tempt ngan adik aku plak tuh... hahahh

mia sarah hemiza said...

ANIS : hehehe ye kee... kem kitorang the best!

isma said...

jeles plak xdpt PLKN.wakakakakakak


p/s:patutla bau 'harum' tu mcm melekat sampai skang.wakakakak.

mia sarah hemiza said...

ISMA : fine.aku busuk ke? T_T

isma said...

xdela sgt.sikt adela.wakakaka.mcmla aku penah dekat2 dgn ko kn.hahaha

ko cte kenangan2 ni wat aku tbe jd mcm sayu plak nk grad nih.hahahahah

mia sarah hemiza said...

ISMA : rajen le pulak kan ko balas blk komen aku. tp ni aku tnye serius niii?? aku busuk keeeee... ah.. rase nak nyorok hokeii.. ko suke malukan aku tau.. ciss...

mmg sayu nak grad.nanti kan poast ku yg lebih sayu ok.. =P

isma said...

ko jgn sampai wat aku xnk grad.wakakakak.gle


satu mslh ko.jgn amik serius ape yg org merepek.ko busuk ke ko wangi ke.penting ke?wakakakak

mia sarah hemiza said...

ISMA : takkan ko tanak grad? ke ko nak sambung master uia?? huhu..

fine. fine. aku cume nak amek positif side je, kot btol la busuk, aku kene la improve kan sket. hahaha

isma said...

aku bkn xnk grad.dh jd berat ht nk tgglkn u yg tercinta nih.hahahah.awek2 yg tercenta lagik.wakakak

aku xdenye nk sambung master mcm ko.aku nk ternak lembu aa aku igt.so kawan2 kawen nti aku bleh sponsor lembu.hahahah

p/s:dh jd ruangan chat plak ruang komen ko nih.hahah

fana said...

azah ishak aka jaja kat kem kkb gak tak silap dulu.

mia sarah hemiza said...

PAAN : yepp... jaja sebelah kemah aku. and skng die partner FYP aku.. bonding PKN kuat. haha

mia sarah hemiza said...

ISMA : wehh jom la sambung Masters. ko kan suke kalau diajak2 neh. jom2. nnt ko leh terus jd MANAGER. takpe. lembu ko past dulu kt adek ko ke kan... heheheh..

ko yg stat.. ish..

isma said...

terharu seyh ko ajak.hahahah.hr tu aku kene sound mcm ni kot bunyi die.

"ko bukan bf aku pn nk kene ajak2" wakakakak


tah sapela sound aku camtu kn.kecik ht aku skjp.sambung master?aku igt bkn aku sbnrnye yg sayu nk tgglkn alam bljr.tp rpnye ko.hehehe.

ko xpe mek.nti org dtg masuk minang.aku kalo xcr duit, xkeje, xdenye puteri raja nk pinang.

mia sarah hemiza said...

ISMA : ye la isma. kng lg skali ade org ckp..

"tak ajak.. sombongg"

fine. bile ajak ko takmo la plak kan. hahha..

mmg, sbb uia dah biasakan aku belajar. 6 years was really educated me to be with books doplopatjam. haha.. even akceli aku tak suke. eh, tp sbb sebenanye aku nak PEGI MERANTAU.. huhu.

Newer Post Older Post Home