Thursday, March 25, 2010

Drama sebabak untuk Hari ini sahaja.

Ah... tiba-tiba aku teremo. Duduk di bangku multipepes lab kat kulliyyah engineering ni buat aku rase sayu. Bila lagi la aku nak duduk lagi kat sini. Kalau aku further Masters kat UIa mungkin jugak la aku menempel punggung kat sini lagi, tp kalau aku berjaya ke UK hasil berkat doa bersama, macam mana? huu... takde harapan la nak surf internet laju tapi kadang-kadang semput jugak kat sini.

Emo pesal plak ni.. sob.. sob.. sob.. (lap peluh)

Ni mungkin sebab aku terpenat sangat berulang-alik ke Engine dua kali. Tu pasal la hormon semakin cergas lantas terjadi rasa cepat sedih. Hah.. ada ke macam tu? ha-ha-ha.. teori meksism.. sila abaikan.

Harini.. (tone serius)


Aku last minit decide nak ke Kulliyyah. Heh.. ingat aku rajin sangat ke nak menapak pergi Kulliyyah yang banyak memori ni. Tipu, sebenanye tak la banyak sangat tapi buat-buat macam banyak.

Aku takde Printer. Dah lame Printer aku terkubur tanpa tanam kat rumah tu. Malas beli ink, mahal. Tu yang dgn rajin nya aku pergi Engine. Semata-mata nak print segala macam notes ngan exam slip. 

Dengan konfiden aku pun click PRINT! pastu baru rasa nak cek dalam beg ada wallet ke tak! hah... adeh.. wallet takdeee... deymmm............... tertinggal dalam laci, adoi doi doi.. Dengan muka tak bersalah nya, aku pun teruskan juga misi mengePrint 4-5 slides ngan 2 copy exam slip. Lepas tu, terhegeh-hegeh buat muka inesen kat brother jaga printer tu, 

err brader.. saya utang dulu eh.. wallet tertinggal...

brader tu buat muka tenang tanpa syak wasangka kat aku,

ok takpe2..

nanti saya datang balik petang ni eh bayo.. heee...

pastu aku suh dia ingat utang aku RM 2.80. selai sekupang, tgk, takde duit pun berani-berani aku print 28 helai. Berani kan.. hmm..

Pastu on da way pulang ke Mahallah, aku tersinggah pulak kat shop Hafsah. Heh, nampak kuih pau! eh ternampak mesin potostet plak. Aku pun ngan confiden lagi,

Akak, nak potostet...

Boleh tp kena tinggal..

Erk.. tapi saye nak potostet selai je neh.. Muka serius tak nak tinggal. selai je kot.

Dah kasi kat akak tu.. suddenly baru aku TERINGAT! haihh... wallet tak BAWAKKKKK!!

Aku dah buat cubaan memberhentikan proses potostet tersebut, tp cubaan GAGAL!

Masa kakak tu nak past balik kat aku, aku terus belakon2 cari wallet dalm beg. 

Akak, nanti saya datang balik, wallet tetinggal.... huwaaa.............  

Akak tu buat muka tension je ngn aku, heh sori.. sori..

Aku pun berlari balik bilik. nasib dokek je. Tu la, suh tinggal siap-siap tadi eksen, tak mau. Nak buat itu jam jugak, sekali sendiri tak leh nak bayo. 2kupang je pung.. haiyakkk!

Sesampai kat bilik, aku teringat lagi.. adoi.. misi hari ni belum terlunas banyak. Banyak lagi yang aku suppose buat. Nak pergi anta Thesis claim form, mintak cop, burn thesis, amek account slip, hah.. lupa.. lupa.. macam mak nenek betul. Yang aku ingat pergi PRINT je. Hadoi.

Maka, dgn laju nya aku siap burn, isi form.. belari semula ke shop Hafsa tanpa pandang ke arah kakak kedai, dan berjalan semula ke arah center. Harus amek bank slip dulu. Ok done! pergi bilik dean. Ok done! (dean engine baek gila, waa.. suka betul aku. Tak yah banyak soal, sambil tersenyum mesra dia sign form claim aku. thanks Dr. A)

Gila jalan dah macam The Flash. Laju, nasib tak tersadung apa-apa.

Setel semua, aku pergi balik ke sini. Ya, multipepes lab engine (GPCL). Bayar hutang. Ok done jugak! Sesambil nak keringkan peluh-peluh, aku pun tertaip la entri kali ni. Tujuan sebenanya nak mengenang memori kat sini kejap. Tapi tu diaaa........ panjang berjela cerita aku.

Terima kasih kepada reader kerana sampai ke point ini. Yeay!

Ok, btw.. sapa nak teman aku pergi tgk Alice in Wonderland?
hah.. takde sape? ok, fine.. =(

8 comments:

k.e.r.i. said...

aku dah tengok~
muahahahahaha

rAmiZa.mY said...

jom mek tgk 3d
:D

.mek.mizah. said...

KERI : dah tgk duk diam2.

MIJA : jommmm... nak2..

md saidi md ibrahim said...

aku xtegok ag...
ajak la skali...

tapi ade sponser ker...he3

mokteh said...

perkataan multipepes tu kedengarannya agak......................
haha....kelakar la kakak mizah ni
boleh lak macam tu
tapi wat tesis ni memang asek kena print itu print ini.........

.mek.mizah. said...

MD SAIDI : sponser? hah ape tu? ajak boleh, sponse sendiri la bro.. hehe..

MOKTEH : aku sedih kot post ni ko leh kate aku kelakar. hahaha... tu laa, penat kan.. kan.. =(

chiko said...

haru ko mek!!
btw, akak n family dah selamat tgk tp masih tbayang2 citer tu haros cari lanun nnt kan coz now still tak clear..! hehehe

.mek.mizah. said...

KAK PIJAH : huwaaa... ade lanun roger2 la, kot la leh p tgk ramai2 kt umh akak. hahaha

Newer Post Older Post Home