Tuesday, March 02, 2010

Misi Membunuh Masa Lapang

Habis je kelas, aku bawak diri. Mula-mula cuba kacau sesape yang ada tapi nampak gaya nya aku tak diperlukan, so aku blah. Takpe, no heart taken, aku profesional. Jam baru pukul 3.00 ptg. Nak buat apa? Nak tidur? itu dah terlebih. Nak meronggeng? ah.. takde geng. Aku buntu, tapi kaki aku straight pergi bank. Duit dah abih bayar hutang piutang. Mak aku pesan, wallet tak boleh biar kosong, nanti rezeki putus, takpe.. aku patuh.

Siap dapat resit, aku cek balance. Kira-kira, congak-congak. Mungkin aku kena buka Buku Ting macam Tabung Nuri versi Buku 3-5, kang tak memasal pencatuan makanan harian yang kedua pulak aku kena announce. Hari tu dah declare lega dari catuan pertama. Takkan nak pisang berbuah 3 kali. Tak boleh. Makan kena terlebih cukup. Hostel aku jauh dengan kelas.

Next destination, aku pergi finance. Just, nak killed masa lapang.

Sesampai di Finance,
aku berlagak cool macam dah biasa dengan procedure kat situ. Maklum la, aku kan final year student, apa barang tanya-tanya kaunter. Aku sebenarnya nak picit mesin angka giliran kat pintu masuk tu, tapi brader (read : brother) yang duduk kat situ dah konker (read : conquer) macam mesin tu akan meletup kalau dia jauh sket dari 0.5cm. Tak lama lepas tu, dia blah. Aku terus pergi picit dengan pantas. 1604. Sekarang 1600.

Aku duduk balik. Kali ni mengadap kaunter. Senang sket aku nak analyze pekerja kat situ. Kaunter ada tiga, tapi kakak kaunter ada 2. Diorang berdua tu cergas betul, boleh divide2 utk 3 kaunter. Tapi, hasilnya, masa aku terbuang. Nak tunggu 4 nombor pon dah makan 30 minit. watdahek. Sempat gak aku tengok AF siaran ulangan kat tv atas kaunter. Loya tekak tengok contestant berjuget macam err..aaa.....itu la. Tepat sekali!

Sambil aku menyumpah seranah dengan speed siput kakak kaunter tu dan AF zaman tok kaduk, tiba-tiba aku tersentak. Wah! ada drama macam dalam drama. Miscommunication antara minah foreigner dengan kakak kaunter. Dari pengamatan aku, ni macam kes anjing cakap dgn kucing. Minah foreigner naik berang, kakak kaunter kena maki. Kesian.

(adek gua nak datang plak.. to be continued..)
.
.
.
.
.
Sambung balik.

Sampai giliran aku. Aku duduk kat kaunter. Aku baru nak susun skrip, "Saya nak amik financial statement. Saya dah apply 2 minggu lepas". Skrip yang biasa kawan-kawan dan aku buat sebagai strategi nak dapat stetmen on the spot. Tapi belum sempat aku keluarkan ayat kedua, kakak tu dah mintak no matrik tanda dia nak bagi itu jam juga. Aku lega. Kurang 10 minit, hal aku setel. Kakak tu issued statement aku. Kosong hutang!

Tak sangka, 4 tahun aku kat sini, aku dah habiskan banyak duit gomen. Huhu.

Destination seterusnya ialah JJ..banyak betul masa nak dibunuh.. sambil nyanyi.. Jusco..selection.. and so on. Aku nak beli satu benda!. Tapi sebabkan tersenang hati, aku terbeli macam-macam. Lagi sikit, nak terbeli baju dua-dua kat bawah ni. Nasib baik angel kanan lebih kuat dari setan kiri. The best solution is tangkap gambar. Buat pemangkin cari kerja bergaji mahal.

59 +79 = 138.. mau tak makan sebulan.

 -The End-

Haha.. aku tatau nak ending macam mana, best tak hari membunuh masa aku?

3 comments:

fana said...

wohoo.. best best.. tak payah le beli mek.. kamu kan buleh jahit je stail baju2 begitu.. huhu lagi jimat!! haha

zul efron said...

lu mempelajari di mana?
universiti ape?

mia sarah hemiza said...

PAAN.. hehe, tp arcadia punye cantek2..huhu..

DZUL.. kat unibesiti lu tak belajar cmni ke?

Newer Post Older Post Home