Friday, March 19, 2010

perlu ke terasa kembang bila dapat puji-pujian. ahaks.

Last time masa aku tadika kalau jawap soalan eksesais betul , mesti paling kurang dapat tiga bintang, kalau cemerlang lagi cikgu up kasi lima bintang. Kalau tengok those stars memang spirit nak lebih cemerlang tu semakin ada. Bila dapat satu star je mesti lepas tu dok ngendeng-ngendeng dekat teacher (tadika omputeh), tak puasati dapat satu je, kenapa tak dua, tak tiga, tak empat or even lima.

Biasa la budak-budak.. memang suka kenapa-kenapa, asek tak puasati.

Then...

Naik sekolah darjah-darjah, tradisi bintang-bintang bukan di angkasa dah takde. Last pun masa darjah satu. Itupun as pembakar spirit je. Biar buat matematik 1 tambah 1 bukan 3, tapi 2. Kang takde perangsang, jenuh pula cikgu nak tanda pangkah kat dalam buku latihan. Lebih tenaga nak buat dua line, instead of buat satu line!

Darjah dua sampai darjah 6, buku latihan mula penuh dgn signature panjang sket. Contohnya, 'karangan tak lengkap, buat semula'... 'baiki tulisan'... 'banyakkan latihan' dan erkk, aku tak ingat ape lagi ayat-ayat cinta kat bawah buku. Sebab kan aku memang sangat rajen malas kat sekolah, maka kata-kata positif tu jarang la nak dapat. Memang bukan calon straight A's UPSR la muka ni.

Kalau sekolah menengah pulak, hah ni lain cara nya. Cikgu lebih banyak guna pendekatan berapa A berapa B berapa fail dalam every ujian bulanan. Lagi best, list nama cikgu tampal baik punya kat notice board umum. Motivasi paling hebat la kalau ujian bulanan kau cuma dapat 1 A dan lain-lain fail. Heh. Panas muka jugak nak tahan sampai result tu cikgu tanggalkan. Tak payah pakai sistem nota kaki dalam buku, cara ni lebih efficient dan effective.

Habis sekolah, masuk unibesiti.

Tapi before tu kena habiskan matriks dulu. Time matriks, result lebih private dan confidential. Lain la kalau kau sendiri mulut tempayan mencanang result org lain ke sana ke mari. Heran betul, kenapa tak result sendiri kau nak canai kasi org respek. Org lain punya juga la yg kau nak sibuk. So, mouth-to-mouth la yg jadi motivation seterusnya. Berita kau dpt dean list paling senang kau nak sebar adalah menggunakan medium si mulut tempayan. Sure esok semua org tau kau budak pandai. Kau pun bangga.

Matriks dgn unibesiti tak banyak beza. Style-style tu juga la studen-studen ni guna. Tapi.. hah! kalau kulliyyah aku memang ada board of dean list. So, tak yah guna mulut tempayan org semua boleh tau sape yang pandai-pandai. And still yang kurang pandai menjadi rahasia peribadi. Diam-diam sudah.

Tapi tu semua aku tak kesah. Nak pampang nama ke tidak, itu ikut rezeki dan result kau. Janji kau ada target nak archive itu sudah bagus. Lagipun dah besar bangka ni, kebanyakan cara nak memangkin spirit dgn up kan poster-poster 'you can do it!', '4flat dis dem!'.. sumthing like dat la kat soft board depan mata kau..

Hoh..

Since harini hari last kelas aku sepanjang 6 tahun aku amek degree, ada sikit tacing in my heart, bila mana aku dapat mid-term paper exam EOP pagi tadi, teacher aku ade bubuh "very good" kat exam paper aku.

Sungguh!kemain excited nya mengalahkan budak tadika dapat 5-stars dalam eksesais asas kira-kira.
Thank you madam! =)

"Arghh.. kelas dah abes? nak buat apa lepas ni?"

4 comments:

MyeAqma said...

waaaah dh abesh study ek mek?
c0ngrats! pasni keje plak! ke smbung lg???

chiko said...

mek! sihat ke??
*komen tak related ngan entry*

zulhafixi said...

gua nak kena ucap tahniah la ni ek?

.mek.mizah. said...

MYE.. da dekat nk abeh dah.. yeayy! keje? sambung? tak sure lagi.. huhu..

KAK PIJAH.. haha, mek sehat.. sehat.. akak sehat??

DZUL.. of kos la u..cepat ucap taniah! haha

Newer Post Older Post Home