Wednesday, April 14, 2010

Mengeluh tentang hidup, tak sama dengan mengelap peluh di dahi.

Haha. Memang la tak sama! eh. bukan nak tipu la. tp takde idea nak buh title :(

heh. taknak kene selotep!

Pernah tak macam satu hari tu tak mengeluh langsung?

Ala.. kalau ada yang jawap tak, memang nak kena panah petir la tu. Eh.. tapi kalau betul-betul ada yang tak pernah tu aku respek, sebab sepanjang ingatan hidup aku sehari-hari, aku yakin! dalam satu hari tu mesti ada je benda yang nak dikeluh-kesah kan. Dah nama pun keluh-kesah, so ni memang macam berkait rapat dgn amik kesah (care) pasal sesuatu benda.

Macam kita kesah kan dah lama tak hujan. Kita mengeluh, panasnya hari ni.

Macam kita kesah kan perut yang lapar. Kita mengeluh, laparnya tp takde duit pulak.

Macam kita kesah kan ibu bapa kita. Kita mengeluh, lambat nya cuti nak balik kampung, rindu.

Macam... erk.. ok, korang boleh pikir sendiri kot apa contoh-contoh lain. ehe.

Tapi ini bagi pandangan aku la, eventho sebenarnya aku tak tau betul ke tak. Aku just nampak kaitan dan rasional dia je, tu pun suddenly! masa aku taip KELUH-KESAH kat atas tu, idea tup2 datang plak.

Bagi sesetengah org, mengeluh tu macam perasaan sikit putus asa. Tak pun mengeluh ni macam kondisi yang sedang menyesali nasib dan takdir dia masa tu. heh. Meh aku bagi contoh yang ni ye...

Macam tak boleh jawap exam. Kita mengeluh sebab tak boleh buat paper tu.

Macam takde boipren. Kita mengeluh menyalahkan takdir sebab single sampai sekarang.

Macam tak dapat kerja. Kita mengeluh terasa diri macam tak berguna.

ok, cukup? korang paham dua situasi keluhan ni?

Kalau ada sesetengah pendapat cakap, mengeluh ni macam tak boleh! boleh berdosa. Dan selalu jugak la org pesan tak baik mengeluh. Tak baik mengeluh. Berpuluh kali. Tapi aku pelik, macam mana org yang tak pernah mengeluh? Betapa positif nya la org tu sampai hidup dia smooth je. Ni mesti kalau kereta hilang pun, dia senyum je sambil berkata takpe.. takpe.. kereta boleh dicari. (tu org kaya je kot!! gilo)

Tapi sebenarnya tak mustahil pun benda alah ni. Kita semua boleh jadi sepositif itu even kita miskin nak beli kancil pon tak mampu. Formula dia senang je. Percaya kepada Tuhan. Ni dalam rukun negara pun ada. Tapi sekarang aku bukan la nak up kan RUKUN NEGARA tu. Just, tak payah rukun negara pun dalam RUKUN IMAN terang-terang dah state kan ni, dalam rukun yang pertama pulak tu. (rukun negara yang tiru ni..kan..kan..)

Semua yang jadi kan memang ujian dari ALLAH. Tak kira susah atau senang. Jangan ingat kalau hidup senang tu takde musibah. Sebenarnya dalam kita bersenang-lenang tu la ada terselit testing dari ALLAH. And masa senang la lagi kena hati-hati dari masa susah. Sebab senang sangat, so kita amik senang. Bila kita amik senang, yang senang tu jugak la yang akan menyusahkan kita masa akan datang.

Contohnya, duit. Bila kita ada banyak duit, banyak la plak plan nya nak beli itu ini. So senang citer kita syok membazir sampai tak hengat dunia. Lepas dah habis semua duit tu? heh.. pikir sendiri la apa musibah yang datang. Pandai-pandai la kome nak handle and alert segala apa yang jadi even pada benda yang kecik je macam makan, senang kan makan? tapi kalau tak beringat, penyakit plak datang landing dalam badan kalau makan tak beringat.

Adeh.. ni dah macam ceramah motivasi plus agama. Sori2, saya bukan ustajah.

Berbalik pasal mengeluh tu. Bagi aku kalau setakat nak mengeluh sikit-sikit yang diikuti dgn termenung sepanjang hari sebab dok pikir nasib malang sampai semua keje tak leh buat tu, itu aku tak berapa nak setuju. Tapi kalau setakat kita menzahirkan kepayahan hidup tu takpe kot, so next step pepandai la improve kan diri sendiri or cari jln nak setelkan.

temenung la kau sampai malam.

Yep.. aku selalu gak rasa down-down ni. Lagi-lagi sekarang sibuk jadi PENULIS. heh. penulis thesis yang sangat mencabar. haih... (ni tone mengeluh dah ni, ops!)

Tapi sikit pantang la bila kadang-kadang ada org yang asyik-asyik nak mengeluh. Lepas dah mengeluh dia komplen macam-macam plak. Itu tak kena, ini tak kena. Si A yang buat, si B yang pedajal. Macam-macam la, dia macam menyalahkan sekeliling plak. Kenapa tak dia check dulu diri sendiri apa yang tak kena, instead of mencanang kiri kanan yang dia ni mangsa keadaan yang setakat bertindak di tepi bibir? lepas tu duduk bersedih mengenang nasib sampai terjejas plak hal yang lain, hah! datang lagi satu masalah. Elok2 1 jadi dua. Macam lagu TWO IS BETTER THAN 1 tu tak applicable eh utk situasi ni. Harap maklum.

Cam biasa, itu yang aku tak paham. SANGAT.

Semua org pun ada masalah dia sendiri. Kecik besar, oh! saiz je lain. Sebab lain org, lain ujian nya. Makanya kalau setakat hilang sepuluh ringgit tu tak payah kecoh satu unibesiti la, ada org hilang rumah dia tak kecoh pon, kalau org tau pun tu sbb reporter kecoh je tu. hee..

Setakat nak mengeluh macam mengadu nasib so that org memahami kondisi kita tu, kira boleh diterima lagi la. Tapi kalau sampai nak mengeluh, mengadu, tp lepas tu siap ada insiden next yang tak patut tu, paham-paham la wehhh, tak semua orang boleh terima. Tak semua org boleh paham pun apa yang kau keluh-keluh kan sangat, sampai nak pecah satu building.

Cakap-cakap, complen-complen je tak guna kan? Pekata bertindak sket ubah nasib malang kau tu. Nasib seseorang itu takkan berubah kalau dia sendiri tak mengubahnya. (ni dari Al-Quran kan?)

Yang paling penting sekali, check balik kenapa or macam mana benda ni boleh terjadi?
sudah cukup kah mengikuti suruhan YANG MAHA PENYAYANG?
emm.. seperti contoh, pakai stokin bagi pompuan. (ops! terkena diri sendiri.adeh)

and paling penting! DUN BLAME OTHERS FOR YOUR OWN FATE.
It's totally unfair.


paling pantang dgn org yg suka mengeluh depan makanan.
kalau tak sedap pun tu rezeki kan?
:)

7 comments:

rAmiZa.mY said...

rajin bnau ko mengapdet..
pjg2 lk tuh..xlarat ak nk baca..
hahahaha

tp ak nmpk yg plg bwh skali..
jgn sesekali mengeluh dpn rezeki, biarpn x sdap mane

mia sarah hemiza said...

MIJA! hehe.aku kalau tgh stress or bz wat benda mmg ttbe idea dtg entah pape.
hahaha..

:) kdg2 aku tbuat gak, tp kene berusaha! utk kikis pangai tu dah.. huhu.. tak elok.

tp aku nympah kalau org yg komplen pastu siap bebel2 tak sedap la ape la.. tanak mkn stop je la, tak yah la mrh kt macik tu ke, cafe tu ke kan. :)

rAmiZa.mY said...

tp kalu ade rambut ke, kulit telor hampir separuh ke ape ke, tu wajib komplen! jgn telan jek..
hahahah

mia sarah hemiza said...

MIJA ni nak kene ehh.. haha.. kalau dah tentu salah die boleh la kite komplenn.. ish..

N.M. Noor said...

oooo....aku salu mengeluh..terbaru aku salu mengeluh pasal keje..huuuu..insaf.maceh mijah.aku insaf.tapi tu la..boleh ke kite mengelak dari mengeluh dalam sehari?aku rasa aku tak mampu

Anonymous said...

aduhh....panjang nyeee....penat bace neh...
hihi =D

aa~ mengeloh neh pabret aku la...ko salu denga kan??hihi

tapi bagi aku...mengeloh macam kasi kepuasan kat aku...huhu~

mia sarah hemiza said...

IRA : hehe, mmg susah pun tak mengeluh dalam sehari.aku pun salu buat gak. haih.ape nak jadi entah. :(

MIMAH : hehe, yeaaa~ ala tp aku phm, aku pon buat jugak kan!! :P

Newer Post Older Post Home