Friday, April 02, 2010

Pergi nya takkan kembali lagi.

Ini bukan cerita pemergiaan arwah bintang terkenal. Maaf.

Aku bangun. Terkejut. Mata terbuka luas sebaik SMS dibaca. Berita sedih lagi untuk pagi yg cerah. Aku kaget terdiam sendiri.

Buat sahabat, kuatkan semangat. Moga roh ayahnda kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. innalillah wa inna ilaihira ji'un, 
Al-Fatihah.



Aku terbayang. Tiba-tiba terimbas. Segala cerita anaknda kesayangan perihal ayahnda yg selalu aku dengar. Semua bermain jelas di dalam kepala. Cerita si anak yang bangga dgn bapa nya. Cerita si anak yang penuh semangat melontar kewibawaan ayahnda nya. Cerita si anak yang ceria membayangi watak ayahnda nya.

Ayahnda nya segala-galanya bagi si anak. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Kepayahan ayahnda nya dikongsi bersama teman tanpa dititip emosi sedih di raut wajah si anak. Hati si anak terlalu kuat, kata hati ku.

Cerita itu bermain kembali. Di benak. Di hati. Ya, aku kagum sekali.

Wajah ceria itu pasti berubah hari ini. Yang senyum jadi tawar. Yang tawa menjadi air mata. Sungguh, aku tak sanggup mahu melihat,  mendengar di hujung talian juga aku tak mampu. Hati siapa tak luluh. Ayahnda yang disayangi sudah tiada lagi. Untuk menatap kali terakhir juga tidak sempat. Hanya sekujur tubuh diam menjadi ratapan si anak yang jauh.

Salam takziah buat pemergian Ayahnda 'Izzati Syazwani Salim awal pagi tadi.


Takziah juga buat Meor Ahmad Fuad Meor Badri (Din Beramboi).
Riuh pagi Era menjadi Sendu pagi Era untuk pagi ini..
Al-Fatihah.


.pagi jumaat yang hening.
masih tak terbayang kalau aku di tempat nya.
Ya ALLAH.

3 comments:

HanEm Manje said...

al-fatihah........

anis said...

anak die kawan ko ke mek.. mlm tadi aku dpt tau tekejut kot.. innalillah..mog adi tempat kan di anatra org yang beriman.. amin..

mekMizah said...

HANEM : al-fatihah.

ANIS : ko slh bace dah ni.haha. bkn anak din, tp membe aku zatie punya ayah meninggal jugak on the same day. al-fatihah.

Newer Post Older Post Home