Tuesday, February 16, 2010

Tipu la kalau kata suci dari kegiatan meniru....

Macam biasa la, bila aku stress tak dapat buat soalan esaimen, mesti kat sini la akhirnya aku berpeleseran. Ah! saiko betul soalan sir bagi neh. Macam mana nak buat pun den tatau. Nampaknya esok ada aktiviti illegal yang harus dibuat, apekah? apekah? ehe.. (sambil mata shining-shining).. eh tapi aku dah buat separuh tau......

So apakah kegiatan illegal tersebut?
a. Pinjam esaimen rakan dan compare kemudian betulkan.
b. Pinjam esaimen rakan dan terus salin lepas tu hantar.
c. Pinjam esaimen rakan dan padam nama beliau kemudian hantar.
d. Pinjam esaimen rakan dan tolong hantarkan sebab anda dah siap.

Jawapan nya adalahhhhh............??



Aha.. ok2.. stop pasal aku, mari kita cerita pasal TIRU-MENIRU. Pernah tak korang terlibat? Ala.. toksah tipu la. Tak baik tau.

Sejak kawan aku si Faiz tu citer kat dalam blog dia, ni dah macam menarik perhatian aku untuk jadi pengupas isu ini. Cewah~ aku poyo je. Well, malas nak hipokrit. Aku mengaku, tiru-meniru ni dah jadi macam ASAM-GARAM kehidupan budak universiti. Tak terkecuali la aku sekali.

Kenapa hal macam ni terjadi?

(source from Google!)

Tapi sebelum tu diingatkan ini hal tiru-meniru assingment a.k.a homework a.k.a Kerja Rumah. Tiru-meniru masa exam nanti aku kupas di lain edisi. Nantikannnnn!! =) Ni aku amik dari skop possibility atau kemungkinan je, dan ada juga dari pengalaman sendiri.hee..
Adakah sebab-sebab nya seperti berikut? Mari kita terjah! (err... macam aksi seseorang...)
  • Lecturer bagi soalan yang tak-boleh-nak faham. Kang kalau tak buat, dapat kosong pulak. Carrymarks harus la dikumpul setinggi yang mungkin. So, sebagai shortcut yang paling berguna, adalah copy assingment kawan. Eh! bukan copy... berbincang.. buat sama-sama. Itu alasan ok. haha.

  • Tak cukup masa a.k.a hidup macam PM. Aha! ini perkara biasa la. Sebagai pelajar yang tak-berapa-tua ni (tak mengaku), masa kebiasaan nya akan habis pada perkara lain. Buat assingment bila teringat esok nya ialah dateline. Hari-hari sebelum nya.. buat hal lain seperti berfoya-foya, dating, tengok tv, jalan-jalan cari makan dan cuti-cuti Malaysia. (ish, aku ke??)

  • Tak cukup source. Ini pon macam ada kaitan la dengan no. 1. Bila dapat soalan entah apa-apa yang takde dalam notes, mula la mencanak nak cari jawapan. Kebiasaannya, ini berkaitan dengan situasi yang dalam buku teks pun takde soalan esaimen-yang-susah tu. Tapi kalau ada pun mungkin tak perasan, sebab buku teks pun malas nak pergi pinjam kat library. Eh.. library tu apa? kata segelintir si-bukan-penggemar-perpustakaan. Nak beli mahal ok.

  • Tak dapat soalan esaimen. Hah! ini kes tuang (read : ponteng) kelas la ni. Kalau ponteng bersebab takpa gak, tapi yang ponteng pi bantai tido tu yang tak-boleh-blah. Bila dah ponteng, pandai pulak tak tanya kawan-kawan, maka nya bila org semua submit esaimen, mula la gelabah then pergi jumpa sir dengan muka inesen.. "Sir, I'm sorry, can I submit later?maybe tomorrow?".....kalau aku jadi Sir tu.. I will say NO je.. hahaha.. kejam..

  • Then, aku rasa sebab M-A-L-A-S. ah.. ni simple je. Bila malas, memang tak buat la kerja. Tapi yang pelik nya dia rajin bila part menyalin (copy) esaimen orang. Pelik kan?

  • Tak suka bersusah-payah. Bagi golongan seperti ini, dia memang spisis yang tak mau berfikir. Dia rasa soalan susah, susah nak buat. So, kenapa harus bersusah-payah nak buat kalau dia boleh buat dengan bersenang-lenang? Kan salin lebih senang dari memerah otak sendiri? Dapat jugak markah. Ni sebab dia dah terbiasa hidup senang la tu, kau ingat semua benda boleh dpt dgn petik jari je ke?

  • Lecturer tak pedulik. Aha, ni pernah gak aku jumpa. Sebab lecturer tak kesah, tak amik kesah, tak segala lah, so student take advantange. Copy pun dapat markah, full-mark lagi. So, buat apa nak buat sendiri kan?buat pening kepala sendiri je.

  • Tak confident dengan kepandaian sendiri. Dia rasa dia tak pandai, kang kalau buat beria-ria pastu salah, mesti tak dapat markah. So, dia amik jalan senang jugak, kita kopipes (read : copy paste) je la! Copy dari sumber yang terer komfem la dapat full-mark kan?
Aku rasa cukup la LAPAN sebab ni dulu. Adeh, banyak gak aku terasa sendiri ni. Kalau korang ada terpikir sebab lain,  mari share sekali dengan aku! haha..  (Gambar semua from Google)

Ini normal aku rasa. Manusia kan kretif. Mereka pandai mencari jalan untuk segala permasalahan. Yang tak pandai cari orang kata tak pandai nak hidup. Nak hidup punya pasal, sampai sanggup buat apa saja. Huhu.



10 comments:

bruce lee said...

tapi mek,masa ak dgree ak xmeniru pun..serious..coz ex-bf 1class ng ak,so ego lbh..dan sbb xmeniru la result ak xbrapa nk best..menyesal xmniru...waaaa~~~sila la dtg cnvo ak bln 5 ni..heee..promot jap~ ;p

.mek.mizah. said...

BRUCE LEE.. hahaha, itu la.dilema mcm ni la yg payah. haha.. takpe2, ko tak tiru, kre bagus la. =) eh, ko ckp degree, dip ko tiru ehh? kantoi~ haha

AINI NORAINI said...

hehe..aku sokong..
especially budak-kene-byk-hafal mcam bdk2 mme ni..huhu...

akak2 grader slamber je amek name time kuiz..padahal time dorang tu pon buat jgak..haha..

ムゾンケ光 said...

saya bagi jawapan A.

Tu bukan tiru.. huhu tu nak tengok jawapan kawan (konon2) n compare btol ke tak.. n mane yg die dah siap tu kite compare ngn krtas jwpn kite sambil cakap, "eh, apsal kosong ni?? oo camni cara buat die.."

hahah

.mek.mizah. said...

IRA.. betol! tepat sekali.padahal dlu2 dorg pon same.. ish btol. nk poyo bertempat la kan. hehe

PAAN.. hehehehe, sengal kan mcm tu..padahal tak buat ponn..amek kesempatan.hahaha

HanEm Manje said...

lecturer tak kesah....

Dr. K!!

i H*** him

.mek.mizah. said...

MAHMAH.. hahaha, kesayangan ko tu ke?

tRoublemekawaii said...

alah. lecturer kite pon bnyak yg
jenis "enter" (slides ajer)
so, xley slahkn studen for cheating~
agagaga

E.d.Y said...

eh..tersalah comment pulak..haha

.mek.mizah. said...

JEDA.. yehh, aku setuju dgn kamuu.. huhu

EDY.. hahahaa, sori2...

Newer Post Older Post Home