Tuesday, February 23, 2010

Permata tak selalu cantik, kaca tak selalu buruk...

Kadang-kadang, yang dianggap permata itu lah sebenarnya kaca. Dan kaca itulah sebenar-benar permata. Mata terpukau, mudah benar hati terselindung. Selalu, persepsi antara sesama manusia sangat mudah bertukar-tukar. Sesenang kau hirup udara sehari-hari.

Hari ini, berkata seperti ini. Esok.. tulat.. berkata seperti itu pula. Memang mudah, cuma petik jari.. seribu yang datang. Tak! bukan seribu, tapi ting! dia hilang. Kalau kembali, pasti bukan yang sama. Haha, Aku cuba
membuat perumpamaan di sini.

Ya. Pandangan kita pada orang lain senang berubah. Bila mata melihat, sistem automatik terus pantas melintas di dalam hati. Kalau ada yang tak kena, mula hati sedikit terasa disgusting. Sistem itu juga terus-terus mencucuk deria, meluah setiap tak kena di mata. Dan mula la, buruk sangka, umpat keji berleluasa.

Buruk sangka.
benci tersangat.

Kenapa mesti setiap tindakan atau kata-kata yang kadang-kadang si pelontar sendiri tidak perasan, harus cepat saja dibuat kesimpulan. Kenapa ada spisis manusia yang seperti terlalu bagus, senang saja meletak tanda kurang enak pada sekeliling nya. Kenapa biasanya, konklusi buruk harus sepadan dengan perbuatan di luar sedar. Kenapa.. dan kenapa..

Mudah benar kita men-judge sebelum mengenali siapa dia, mereka, dan sekalian siapa saja. Walhal, engkau siapa pandai-pandai berkata tanpa berfikir. Jangan jadi bodoh, sayang anugerah akal. Guna bukan simpan.

Ini kes tak kenal maka tak cinta. Mungkin biasa, kita terbuat, tercakap.. ter-komplain. Kerana manusia juga punya naluri, punya otak yang cerdas. Cepat saja membuat andaian kurang matang pada si-tidak-bersalah. Ini normal. Bak kata penjajah, uncontrollable. Si penulis juga kadang-kadang terlanjur begitu. Tiada yang sempurna.

Tapi bagaimana kalau situasinya kenal-tersangat-kenal?

Masih perlukah setiap bicara teman di-diagnosis macam kau tak pernah kenal dia? Walhal, kamu boleh saja terus mencelah dan menegur kalau-kalau statement teman seperti over, mengada. Itu teman sejati. Cakap belakang, no need. Cakap depan? itu ikhlas.

Siapa sangka, yang boleh dipercayai rupa-rupanya si kaca. Sungguh kejam pentas berwatak kan manusia.

mohon dengan sangat.. maafkan kekhilafan diri ini.

5 comments:

DzulhafixiceD said...

ade ke kaca cantik??

.mek.mizah. said...

DZUL.. ada je. crystal kan termasuk kategori kaca. pecah jugak, tp cantekk...

E.d.Y said...

pecah kaca pecah gelas..sudah baca harap balas..haha...

(takde kene mengena kot)

chiko said...

hahaha.. jiwang plak ko ni wehh..
salam, dah lama tak jenguk blog ni, akak bz memanjang je. hehehe.. camne kelas??

.mek.mizah. said...

EDY,, haha..ingat kad raya ke? =P

KAK PIJAH.. ahh! mane ole2 from uk??waa.. die bz berjalan2 ehh.. klas ok! will be graduated by MAY.. wish me luck!

Newer Post Older Post Home