Tuesday, October 06, 2009

e-Bunga untuk Shepha, Mija, Melor dan Keri! plus citer makan banyak di hari raya..

Kalau tengah BANYAK keje mesti tangan gatal nak singgah-singgah conteng blog. Tapi kalau time takde keje, pandai pulak tangan dok diam tamau gerak sebab tuan nya tidur. Heran, macam senang idea tu keluar bila mana aku dah bajet esok atau lusa memang tak tido akibat buang masa sekarang. Itu dah macam rutin, habit dan kegemaran seorang pelajar cemerlang seperti penulis. Esok exam, malam ni baru belajar. Esok hantar esaimen, malam ni baru terkedek-kedek. Maka nya,nanti nak kena hantar semua benda baru nak menyesal.
[CAUTION : JANGAN AMIK PENGAJARAN, aku tak suruh.]

Since, aku dgn sedihnya tiada gambar ketika Hari Raya pertama, biarla sekarang aku tempek kan gambar raya ku walaupun sudah raya ke entah berapa. Kasik can, ok my pren?

Lokasi : Rumah Malin @ Batu Cave
Menu : Nasik Lemak Terhebat! bersama puding.
Rombongan : Sak, Asmah, Zatie, Pika, Aizum dan Mek.
Nota : Thanks Malin, ko masak memang sedap! kami semua tambah 3 kali tanpa ragu-ragu!! haha..

sak tu action je tuang air.. pe pon baju ko memang lawa!

artis luar negara. Negara apa? [rahsia]

Nampaknya tiada undangan lain selepas rumah Malin. Ada.. tapi di Klang. Maapkan aku wahai Jaja.. tak dapat ke rumah di kauuu... apakan daya, aku masih keletihan membuat experiment selama 24 jam, 29 minit dan 37 saat bersama ko. Tobat aku tak mau lepak dalam lab macam tu lagi. Haha..

Dalam aku memandu gaya cekal untuk pulang ke UIA, tiba-tiba rindu pada Mr.JJ.. lalu aku ajak Asmah untuk melunaskan kerinduan itu. Dan akibatnya, terjadila aksi-tak-ada-duit seperti ini..

iyaaa bukk.. mau tolong apa-an nii...?? [dialog streotaip seorang bibik]

Kami hanya mampu serghlon [bahasa kedah kot.. sarung kot maknanya] baju tanpa perlu ke fitting room, dan bergambar macam haram. Ada lagi gambar lain, nak tengok mintak aku. Kami hanya mampu beli.. emm.. aishh.. Asmah, tolong aku cakap kan.. maluu... wakakaka..

Last but no least, kami menambah lagi kalori 3 pinggan nasi lemak sambal udang dan bilis dengan 3 ketol Big Apple sorang sekotak. Memang macam heaven makan ni even lepas tu sibuk naik penimbang tengok bape kg naik. Aku rekemen kan korang try APPLE DAPPLE.! sedap sehingga tak reti jilat jari.

tinggal Almond saja yang dpt dipaparkan. Apple dapple dah selamat
berehat dalam perut penulis.
===========================================================

KEPADA teman-teman-kesayangan-aku-yang-aku-sangat-gembira-dengan-kewujudan-korang-di-sisi-ku...

Melor, Shepha, Mija dan ok, Keri pon aku buh dalam list..

TAHNIAH!! happy convocation utk korang!! so proud la ngan korang,
dan aku je yang masih terkial-kial siapkan final year project [kesian].
Sorry tak dapat pegi sama-sama menceriakan suasana..
but..
takpe.. aku tau korang tetap ingat aku walau korang kurang ceria tanpa aku.. =)
Nah aku bagi bouquet seperti yang aku janjikan sebagai E-BUNGA ku..
sorang satu dapat, sama je semua, jangan rebut-rebut, aku ikhlas ni..



===============================================================

p.s. : Rugi tak keluar camera masa raya umah Ubay! huuu... rumah dia cantik!
p.s.s. : terpikir nak buat makan-makan.. ade ke yang nak datang???

==

18 comments:

Shepha said...

hah hambek kau 4jambak teros.mekasih mek.sesungguhnya kalau ko ade makin meriahlah konvo kitorang.

thank you sayang.muah sikit

mia sarah hemiza said...

SHEPHA.. huk2...dr jauh ku kirim kegembiraan~~ cewahhh... taniah dear!!

rAmiZa.mY said...

mek..
kalu ak ngade2 nk yg btol2 bole?
tp xmo munge, nk bebear..
buleh?
hikhikhik bule laaaa

mia sarah hemiza said...

MIJA.. alamak! nnt aku crk e-Bear plak utk ko ok.. kkikiki~

Anonymous said...

wahhhhhhhhh...canteks nyeeeeeee!!! aku~ lalalala~~

mia sarah hemiza said...

HANEM.. cet, nyesal aku tunjuk beria-ria..pasan plak enko.. hahahaha... tak kesah la, u mmg swan my dear.. =)

Anonymous said...

lalalala....tenkiu my dear!!mwahkssss!!ko pon same....kite same2 la jadik swan yehhh!!

mia sarah hemiza said...

HANEM.. of cozzz~ lalalaa~ enko tak blk bilik lg ke!!

KingKamil said...

utk aku? ni nk tarik muke ni... hahaha

mia sarah hemiza said...

KINGKAMIL.. ko pon nak ke? alamak! da mlm, kedai closed. esok aku p beli lg... ^_^

melur natasha said...

mek..tengkiu..aku br dapat bc since tenet aku laju kan sejak aku balik nih...

muah..

jupe di open house mu...

mia sarah hemiza said...

MELOR.. yeh2, i know.. tenet ko lg laju sejak di mesia.. hahaha... owrite! ko tak dtg siap ko!!

Shepha said...

mek,ko bagi e-bunge utk orang2 single je kan?
secara otomatik Kamil dah void haha

k.e.r.i. said...

keji uh mek kasi e-bunga je.
kami dak2 IT pun tak main e-bunga ni.
hahaha

mia sarah hemiza said...

SHEPHA.. haha.. tepat skali! sori kamil. ko de si dia utk memberi...... =P

KERI.. come la keri.zmn da berubah.. dtg umh aku! leh tngkap gambo bunge kt umh aku and aku leh dedicate trus utk ko dan geng.. hehe..

ellieandcarl'sstories said...

mekkk buat la... open house...muahahaha.... lapooo... sape nak banjer makann nih..mekkkk

Shepha said...

MEK si keri tu ko kene cakap I insist.haha.aku biase sangat dah dengan die.jom keri p petik bunga umah mek.

mia sarah hemiza said...

ANIS.. jom dtg umh aku ahad ni!!

SHEPHA.. aku da siap puji2 budiman lg, harap termakan la pujian.. hik2.. jom la photoshut kt umh aku keri syg.. mari laaaaaaaaaa!!

Newer Post Older Post Home