Saturday, September 19, 2009

Stok seminggu punya.. Raya edition lain kali..





Dua tiga kucing berlari.. mana nak sama si kucing belang.. heyy.. rumah syafiq ada tvvvv...













Ops! maaf.. teringat intro song cerita CILI PADI lakonan Jaafar Onn pulak..

Tetiba aku teringat gaya Shafiq menari dgn comel. Gaya Ngasriah Ngasri bercakap manja.. Apa ya dialog dia.. ada bunyi macam ni tak? "Nini tak pandai nyanyi.. kalau Nini salah jangan marah-marah Nini tauu.." Ye, aku lupa nama watak dia, macam NINI.. tapi.. erkk.. iya kah?

Since aku macam lama tak updet blog ni, so mari baca..

HARI INI
- sangat la penat memasak, sampai rasa macam nak marah. Bukan sengaja, aku sakit perut sangat, tapi mak still suruh itu ini. Kalau aku sehat, mesti aku buat. Maapkan daku bondaaa.. huk2..
- Hujan sangat lebat hari ni. Sampai atap bocor. Nah!! bocor tu tepat pada bilik aku.. gur.. nasib langsir di tempat kejadian aku dah bukak awal-awal sebab nak basuh. Sambut hari raya la katakan.
- Along jatuh motor. =( kesian tgk along. Agak parah. Luka memang banyak! Kaki susah nak bend, jalan pun pinjam tongkat mak. Terus.. tak jadi nak beraya kat rumah mertua dia. Bertambah la orang di rumah ini nanti.. huhu..
- Mak dah declare, tahun ni takde duit raya... apeeeeeeeeeee???!!! waaaaaaa...
- Nasib tak terlepas tgk NUR KASIH. opss, tak terawikh kah.. tak yah explen kut..

HARI SEMALAM
- Pagi-pagi keluar mencari balang kueh raya. Apa mimpi mak semalam entahla, tiba-tiba suruh pergi beli balang kueh. "mak nak yang ada tangkai macam kat rumah C**** **** tu.." So, destinasi hunting nya di PKNS bangi. Mission accomplish. Mak kata cantek!
- Kena tawaf putrajaya 2 kali semata-mata nak cari ANJUNG. hah! korang tau ke kat mana.. [mentang-mentang aku dah tahu, sekarang aku eksen]. Nisah suruh amik kan cheque dia kat situ. Aku ingat ratus-ratus je, rupanya... gulp! ada can la duet raya lebih dari Nisah. Kamu memang baek.. ^_^
- Mandi hujan masa keluar dari bank-in cheque Nisah. Lama tak mandi hujan. Tapi aku bengang sebenarnya. Aku patutnya boleh dpt parking dekat sikit dari kawasan bumbung, tapi terpaksa parking jauh sebab satu kereta neh! Dia sebijik sampai parking dua space. Nak aku ajarkan cara parking dengan cun ke? marah aku dalam hati masa tu.
- Operasi menjaga Ashraf. Jadi baby-sitter sementara. Terer dah tuko lampin, buat susu, main kejar-kejar.. cewahh! Baby-sitter dia dah balik Indon beraya. Nasib senang dijaga. Sebagai upah, mak dia belanja kei-ep-ci. very Nice!

siapakah penguin ini..??


ni la kereta yang be**** tu, mungkin dia nak cepat sbb sakit perut.

HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Pagi aku dikerah ke MYDIN. Beli stok ayam. Yeh, hari raya nak dekat. Harusnya ayam mesti ada sebagai juadah wajip iaitu rendang! Boleh dikatakan aku early bird so seswai la dapat harga early bird special promotion MYDIN, ayam sekilo RM4.80 saja. Macik yang aku sembang sambil anee tu potongkan ayam aku kata kalau kat pasar tak dapat  harga ni. M-U-R-A-H!
- Balik mydin, tolong mak masak. Sempat buat kek buah lagi tau. Then teringat-ringat kat kasut cantik yang aku berkenan kat OU masa aku pergi HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM. Then, cakap mak nak pergi la beli. Mak approved!
- Siap goreng tempe, aku siap bergerak ke tempat tu. Sepatutnya ke OU tapi aku nampak MID VALLEY dulu, so tersinggah la MID. ehe. Dah la pergi sorang je, punya la panjang doa aku supaya tak sesat di car-park. Ye, aku ada masalah dengan kawasan parking. -_-"
- Masuk JJin, masuk BATAk, masuk CARLORINOserous, masuk VINCCIcak, semua dgn gaya macam orang banyak duet. Usha-usha gaya konpiden. Bila salesgirl datang dekat, aku blah. R-I-M-A-S !! Tapi heels mcm aku berkenan kat OU tu takde.. =( , tapi takpala, sandal kat JJin tu pun cantek gak, murah!, leh buat pergi kelas. Aku sapu. Murni betul niat aku.. tak ingat raya, tapi ingt nak pergi kelas.. haha.. dapat pulak beg pink PRECIOUS macam ko shepa.. best2! =P
- Masa aku nak blah, ada 2 mamat tgh dok pilih selipar. Pesyen yg dorang angkat semua macam seswai untuk orang2 tua. Aku terharu pulak bila tengok. Dia mesti nak belikan untuk mak di kampung kan. Oh! sweetnya.. nak laki macam tu boleh?..
- Tengok jam macam awal lagi, [padahal dah dekat pukul 5], messege mak cakap balik lambat sket, mak kata ok, terus aku tekan minyak menuju OU pulak! gila kau.. cekal betul aku mengharungi traffic jammed org balik kerja semata-mata kasut cantek aku tu. Sampai OU, straight ke PARKSONdanbapaknya, nasib baik ada lagi, beli.. terus balik! puas hati den. ^_^

traktor ni pun cekal nak join jln jammed.. haih..

HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Tunggu mak pulang dari pasar borong. Siap kemas semua, baru aku keluar. Destinasinya PLAZA MONT KIARA. Aku main redah je pergi sana. Bajet terer sangat, eh memang gifted kut, aku sampai tanpa sesat. Tapi mungkin berkat doa panjang ku lagi, tu yang tak sesat. Oh lupa pula. Aku nak amik kamera yang dah siap! semalam dapat call kata.. "your camera is ready.. bla.. bla.. bla.. " So, demi hari raya aku pergi jua secepat mungkin walaupun kemudiannya aku drop-dead-broke sebab bayar repair. ~_~"
- On the way pulang, yang kononnya mahu straight pulang ke rumah. Baca signbord arah Seremban. Sedang drive tiba-tiba.. eh..! ternampak OU.. eh! aku dah termasuk parking.. So, layan je la.. Misi nya, mahu mencari apa yang patut. Kan aritu aku pening masa kat sogo, so aku balas balik window shopping kat OU yang tenang. Serius tenang. Orang pergi kerja. Aku goyang kaki. OU K-O-S-O-N-G! Then, macam biasa.. eh! dah termasuk PARKSONdanbapaknya.. tgk-tgk kasut.. ada satu cun! 50% less, mata aku dah macam WOW!! tapi sebab salesman tu asyik tgk sampai aku segan, aku terus takde mood nak.. eh! dah terbayar.. aku letak and blah je. Sampai rumah, aku menyesal tak beli! Asmah dok provoke lagi rugi-rugi tak beli. Down!
- Balik rumah, masak untuk berbuka. Lepas makan ayah cakap.. "kokde nanti tolong pergi MYDIN belikan ayah stamp pad..ok?" sambil hulur-huluran.. hulur duet la.. Aku kalau bab suh pergi situ sini memang, okkk jek!. Tapi ayah suruh pergi MYDIN, aku termelencong ke ALAMANDA. hik2. Masuk PARKSONdanbapaknya usha-usha kot-kot 'buah hati' aku ada, tapi hampa.. Masuk NICCHIngoo usha-usha baju feberet, try-try tapi sayang camera tak bawak! Then balik sebab frust tak dapat amik gamba posing depan cermin macam yang selalu blogger-blogger wanita selalu buat. Tapi takla frust sangat sebab dapat selipar baru! selipar merah [rujuk gamba profile tu] tapaknya dah arwah, sebelum aku yang arwah harusla ditukar baru.


bulan posa kowang nak bekepit pehal..?!



testing2.. cun kan spider aku tu?


tengok bintang tu.. 6 penjuru tandanya..??? tu pintu gerbang kampong aku neh, haih.. dorang tau tak bintang 6 ni apa.. bengang betul aku..


HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Bangun2 terkejut! mak ada kat hujung katil. Mak datang kejut. Tua-tua bangka pun bangun nak mak kejut, manja kan i?auww.. Mak cakap MakLong nak balik Ipoh dah, so nak jumpa jap before dia balik. Bas pukul 3pm. Sekarang MakLong dekat rumah anak dia a.k.a sepupu aku. Rumah dekat Bandar Sunway. Mak tanya boleh ke bawa mak ke sana? Aku dgn kompiden kata BOLEH MAK. Padahal dalam hati.. erkk.. menggelabah tak pernah pergi Sunway dari rumah aku! hee..
- Mak sempat buatkan kek buah untuk MakLong. Dah siap semua, kami bergerak la ke situ. Siap bawa Ashraf lagi. Saja la, OpahLong dia dah rindu sangat. Aku dengan kompiden gila terus saja menyusuri arah Puchong then berdoa lepas Puchong jumpa la Bandar Sunway.. Syukur.. doa panjang ku seperti diterima lagi, aku drive dgn jayanya. Jumpa si Singa Besar tu! Dan syukur, mak sempat jumpa kakLong nya. Pesan mak, nanti dah tua-tua, jadila macam ni.. ingat-ingat adik-beradik, sayang2.. jangan gaduh.. Aku tersentuh.
- Dapat call dari Olympus, camera dah siap! huk2.. so, esok plan nak amik la before cuti raya. Untung duduk di rumah, murah betul rezki. Syukur, ada la duet sikit cukup nak bayar repair camera nanti. *_*


p.s. : Tahniah! anda sudah baca sampai habis. Sila beri komen.. =)
p.s.s. : Nantikan entri raya ku..


3 comments:

AINI NORAINI said...

syabasss....aku baca sampai abes..hehe...
eh..syabas utk ko sbnrnye...
berjaya mencompilekan seminggu punya stok..
gile hebat RAM ko...
huhu....
so kesimpulannya tak bli la eh kasut dekat OU tuh?

selamat hari raya mizah..
maaf zahir batin..

♥ Yuslin Kamal ♥ said...

xpegi ke dekat isetan dan iblis atau pavilion and tiger???

.mek.mizah. said...

IRA.. cube ko scroll balik.. aku beli kasut kt ou tu... hihihii... selamat hari raya ira syg.. kad ko aku tak emk lagi! alamak!

YUYUNO.. tidak2, itu bukan my taste.. =P

Newer Post Older Post Home