Monday, September 21, 2009

Semalam Ramadhan, Harini Syawal.. Besuk pun Syawal lagi........

Tadi dengan semangat berkobar-kobar aku buka tv. Mak pesan jangan lupa tengok pengumuman raya. Sebelum berita jam 8 aku sempat tengok Ally Iskandar kat Singgah Sahur. Krew mereka singgah kat rumah mangsa nahas traler.

Traler tu yang salah. Ayah diorang terkorban, mak masih trauma, sorang anak still cedera, the rest alhamdulillah ok cuma sedih dengan musibah tersebut dan tak silap aku mereka 11 beradik. Kalau bab-bab kematian ni cepat betul rasanya hati ini tersentuh.

Aku cuba meletakkan diri dalam situasi mereka. Dan sesungguhnya aku masih belum kuat untuk hidup tanpa ayah dan bonda. Jom sama-sama kita hargai dan sayangi kedua orang tua kita yang masih ada. Bagi yang tiada jangan tinggal berdoa untuk mereka. Kerana doa anak yang soleh adalah bonus pahala yang berterusan untuk mereka di sana.

Dengan ini, saya.. bla.. bla.. Hari Raya jatuh pada AHAD 20 September 2009. Besuk raya!

Tapi apa yang aku rasa..

Apo kono la macam sedih-sedih je rasa kali ni. Bukan sedih sebenarnya, tapi ponat gila. Aku kan chef kanan kepada chief chef besar a.k.a. mak aku. Maka paham-paham la. Persiapan raya memang macam nak buat kenduri. Masak rendang, masak kuah kacang, rebus nasi impit. Itu belum lagi susun kueh raya, potong kek, keluar pinggan mangkok. Ditambah lagi melayan kerenah anak sedara. Patah pinggang beb.. Tapi aku bersyukur, amalan kacau dodol dan bakar lemang tak dipraktikkan oleh famili aku. Kalau tidak.. aku serender! Syukur semua itu boleh 'ditunjuk-tunjuk' saja.beli

Aku sendiri tak paham. Raya kali ni semua nya macam aku nak buat. Tak pernah rasanya aku rajin macam ni. Mungkin kesian tengok mak yang tak berapa sehat, aku kuatkan semangat. Usai siap semua kerja, aku gembira sangat! Macam puas ati gila. Heh, aku buat semua. [bukan riak ok]. Mak cakap, nanti kokde kawin mak tak masak la kuttt.. Takkan mak aku nak masak sorang kan?? Aku yang muda ni pun penat, apekan lagi mak yang lututnya tak berapa kuat dah tu.

Masa aku taip ni, kat luar dah sibuk dengar bunyi mercun sana sini. Maklomla aku duduk kawasan kampung. Tetiba teringin pula nak dengar Meriam Buluh. Dulu-dulu ada juga dgr budak-budak kg ni main, tapi sekarang dah takde. Mungkin tok ketua dah sound warning awal-awal kut memandai je aku. Tapi seriusly, aku dah takde ati dgn bunga api, mercun pop, mercun lagi. Sebabkan nak pergi 'bakar duet' ni la, kawan aku terkorban dek kemalangan. But dia tak la 'terkorban', cuma menjadi mangsa dan syukur dia selamat. Moga-moga ko dah tak trauma ye Rash sayang.

Nak cerita macam-macam pasal bulan puasa and raya. Tapi.. mata dah mengantuk. Besuk nak panggang ayam pulak.. hee.. Apa-apa pun,

Selamat Hari Raya kalian
Maaf mana salah silap. 
Yang terkasar bahasa, terkecik ati, terambil yang tak pasti, termasam muka.. 
semua aku mohon seribu kemaafan. 
Kadang2 tak perasan..(^_^)"





















p.s. : taip mlm besoknya raya, tp post masa mlm rayee.. huhu~

p.s.s. : baju raya tahun ni aku jahit sendiri.. eksited gila!..

p.s.s.s. : raya tahun ni suram.. tahun bersedih dan bersederhana kata ayah dan bonda.. ~_~"

==

4 comments:

M.YAZID said...

tahniah kerana anda berjaya membuat baju sendiri..apa lagi buka la butik sendiri.. heeh

.mek.mizah. said...

YAZID.. lom cukop terer lg.. tp doakan la, cita2 tu... selamat hari raya! =)

AINI NORAINI said...

hihi...same la kite....da tade perasaan dekat segala bunga api dan mercun....siyes...tade hati langsung..
and raya tahun ni pon macam ala kadar je

.mek.mizah. said...

IRA.. huhu, same la kiteeeeee.. ala ko ala kadar pon dlm gambo meriah je aku tgk.. huhu..

Newer Post Older Post Home