Thursday, January 29, 2009

...mandi hujan, sangat syok!...

29 JANUARY 2009

petang tadi sekitar jam 2.30 petang
aku turun menuju ke hentian bas kolejku,
Mahallah Asma',
apa yang memeranjatkan adalah
tempat bas itu seperti baru diserang turnado.
Sampah merata-rata.
Karung Fries McDonalds, bekas burger dan lain-lain.
Hmmm... sgt menyakitkan mata.
Entah siapa punya angkara.

Bukan mahu menuduh,
tapi lewat malam semalam,
ketika aku baru pulang dari meeting autogala,
sekumpulan geng pelajar asing sedang melepak di situ,
entah ada sambutan apa, aku tak tahu..

Mereka kah yang membuat onar ini.?
Ohh.. hanya tuhan yang tahu.

Kenapa aku menaip dengan penuh berbahasa..
saja mahu angin yang baru..
Bahasa Melayu memang indah,
betul kan..?

cerita yang lain pula..
aku ke hentian bas asma' dengan tujuan
menunggu Nissa' menjemputku,
kami ingin ke kedai motosikal petang itu,
nampak kecalaran dan kecacatan pada motosikalnya.?
agak dahsyat kan, kesian..

smart tak aku bertopi keledar..?
ikat tali topi keledar anda,
anda mampu mengubahnya..
(iklan sekejap..)

Ohh.. sesampainya kami di kedai berkenaan,
dengan dukacitanya kedai tersebut tutup,
Warga berbangsa Cina masih beraya rupanya,
kami yang terlupa..

Maka, tujuan sebenar telah terlencong ke
Jusco Wangsa Maju.
ahaa.. teka lah apa yang berlaku.?
kami 'terpaksa' membeli-belah.. heee..

nampaknya di jusco masih lagi sale dengan rancak,
sales until 2nd February 2009.
kami ke padini..
aha.. 70% dan 50%..
ini sungguh menarik!

Selak punya selak,
selongkar punya selongkar..
ada juga yang berkenan dengan harga yang berpatutan..
duitku melayang lagi
dek kerana t-shirt ala sweaternya yang sangat cun.
nissa' pun berkenan.. kami beli sama..
tak mengapa,
aku beli murah saja.. 70%.. kiralah sendiri..
bajet masih belum lari..
yehh.. bagus mizahhh..

kemudian ke bahagian makanan superstore jusco,
teringin sushi dan limau mandarin.
sushi 4, limau mandarin 4..
sekilogram limau hanya RM1.50~!!
4 biji cuma berharga 85sen..
senyum hingga ke telinga~
aku suka yang murah-murah.. hihi..

Selesai membeli-belah,
mahu pulang mengejar masa,
mungkin pergi berjogging petang ini bersama Asmah.
takut terlewat. harus pulang segera.
Tapi hujan seperti renyai-renyai manja.
dalam hati "mungkin sekejap saja"

oleh kerana kami merempit dengan motosikal..
owhh lupa nak mention,
aku yang menunggang tanpa lesen..
(jangan beritahu mak ku.. shhh..)
mula-mula seperti biasa,
renyai-renyai kami redah..

tp malangnya,
renyai-renyai tak berpanjangan,
hujan lebat rupanya di gombak..
lebat selebatnya..
kami lenjun..
basah kuyup..
sejuk..

tanpa berputus-asa kami selamat sampai..
alhamdulillah..

siap tukar baju, aku pun melantak sushi dan limau..
limau murah ku sungguh manis!
berbaloi.. memang berbaloi..
siap ada seulas yang berkembar-siam..
mahu menunjuk juga bagaimana rupanya,
lihat lah..

nampaknya cerita sudah sampai ke penghujungnya..
seronok tak.?

aku kebosanan selalu..
macam ini lah jadinya..
(~_~)"

p/s : aku tidak berjogging hari ini, habis la, lemak-lemak pasti gembira!

6 comments:

pwincess_mymuch0ok said...

aku pon ske yg murah2 jew.. hahaha! kite same!!!!

~MEK MIZAHHH~ said...

hee.. bile murah kite leh banyak! kan..kan..kan.. *gelak2 jahat*

teh haha said...

makcik cah~ mizakan bawakan motokan withoutkan licencekan... [smbil menjerit2 berteriakan mcm dihisteriakan. ngee~] wey, bwla ka jln2 naek moto. terhingin. huh

~MEK MIZAHHH~ said...

hehe~
shhhhhhhhhh~~
kene heart attack kang mak aku..
alaa.. aku tak ske dok blakang..
lalala~
moto kwn aku.. meh ah dtg uia, aku bwk round2.. aku pon tingin nak nek kete baru u tu~ aushhh...

teh haha said...

ak dtg uia bw kete, balek naek moto?? set!! hahha. pas2 dua2 kna pelangkong [btl ke ak eja??] anyhow, 1 more thing, mandi hujan indeed so cooolll~~~~~~~ [sambil berfkr2 bile ak nk mandi hjn ni. hjn trunla!!] wow

~MEK MIZAHHH~ said...

tak mesti la blk nek moto cik tehhaha.. =P, round2 uia pon ok, tp mcm la uia besa sgt.. hahahaha..

ahaa.. yupp coool~~
g la stand by..
ni kan musim ujan..
lalalala~~~

Newer Post Older Post Home