Friday, August 07, 2009

cerita bla-bla-bla...

Wah.. sudah lama saya tidak menaip update apa-apa..
jadi malam ni teringin rasanya mem'flash-back' apakah yang berlaku sepanjang minggu-minggu lepas..

1. Kulliyyah of Engineering sedang (tp tatkala post ini ditulis, event ni dah tamat) mengadakan ESC (Engineering Sport Carnival) dan pelbagai sports yg dipertandingkan, antaranya NETBALL, FUTSAL, VOLLEYBALL, BASKET BALL, HANDBALL dan lain-lain.

Dan saya? saya menyertai VOLLEYBALL! since saya dulu player sekolah, jadi saya harus participate bagi mewakili department saya (padahal lin yang bersusah-payah tuliskan nama utk saya) Saya main untuk MME (Manufacturing&Material Eng.). Permainan sangat sengit, dan alhamdulillah kami di tempat yang terakhir. Tapi kali ni kami kalah bermaruah. Kami kalah, tapi hati tetap berasa gembira! [kami kan main untuk gembira!]. Bak kata kawan-kawan, MME kalah permainan, tapi menang semangat.

YA.. betul! kami menyokong antara satu sama lain. Walau kalah, kami tak ada perasaan benci selepas permainan. Memang cool la.. =P

2. Saya dapat tau, ibu saya demam selepas pulang bercuti di SULAWESI. [sila google di mana, hehe]. Saya amat risau, tapi masih belum sempat mahu pulang menjenguk ibu. Saya tiba-tiba teringat zaman ketika saya kecil, jika saya yang demam, pasti ibu tidak tidur malam, menjaga. Hati mula rasa tak keruan. Jadi hati meronta-ronta mahu pulang. Saya risau. Doakan ibu ku jauh dari penyakit merbahaya itu...[tak mahu sebut!] Besuk saya MESTI pulang.

3. Keadaan saya dan kawan baik saya semakin tegang. Saya tak tahu mahu membuat apa. Saya mahu berbaik. Tapi adakah peluang untuk saya berbaik?

4. DIGI CAMPUS saya akhirnya susah boleh digunakan. Dan sekarang saya sedang melayari internet dgn menggunakan simkad ini. Sangat mudah. Hanya sambungkan pada handphone ber'GPRS dan connect pada pc kesayangan anda. Caj bulanan hanya RM30. Dan tiada caj tersembunyi! dan tidak perlu membeli modem yang mahal. Speed juga sangat laju, dan mungkin juga mengikut faktor kawasan. Saya bersyukur kawasan UIA sangat memuaskan hati. Speed di sini 480 Kbps (laju atau tidak?saya pun tidak tahu mengklasifikasikan). [saya promote!] Idris, tak jadilah saya meminjam Broadband anda. [saya tak mampu membayar sebenarnya, hehe]

5. Si dia datang memujuk kembali. Tapi hati saya? entah ke mana. Apa yang harus saya lakukan?

6. Minggu yang lalu, saya tidak dapat hadir ke kenduri kahwin kawan saya. Tahniah ASILAH. Sorry tak dapat datang. Ada misunderstanding dgn abg saya, Salih. Hujung minggu ini, Rahman pula kahwin. Wahh.. saya mula stress, kawan-kawan ramai dah kahwin.

7. Kelas menjahit saya sudah bermula. Saya sangat excited. Sudah membeli kain yang cantik. Ingatkan tiada baju raya tahun ini, tapi rupanya saya akan menjahit baju raya sendiri!. Double la excited saya.. yey!

8. Kawan saya Husniyyah (enya) mahu mencari bakal talent untuk agensi modelling nya. Siapa yang berminat sila hubungan beliau di sini. Ahad ini (9/8/09) akan diadakan photoshoot. Cepat-cepat, jangan lepaskan peluand keemasan. [saya tolong promotekan saja..teringin juga mahu join, tapi tunggu kurus dulu lah..hehe]

9. Saya berasa sangat gembira sejak akhir-akhir ini. Nampaknya saya telah menambah rakan baru. huii Shepa! *aku up kan nama ko di sini!!* Dia kawan Melor, dan Melor kawan saya. Jadi automatik kami tiba-tiba berkawan. sebab apa? rahsia! .hehe.

10. Owh.. pelajaran saya semakin hari semakin susah. Saya sangat takut! Saya mahu target 4.0. boleh kah? Saya tak suka membaca, tp saya suka mengira. Dan sekarang saya telah BIAS dgn pelajaran berunsur bacaan, saya lebihkan pelajaran berunsur pengiraan. Kemudian saya sendiri berasa tidak selamat! waaaaaaaa...

11. Saya dapat kek tadi. Mira bagi on behalf of Epy. HAPPY BESDAY EPY!! terharu betul dapat kek ni! Tapi maafkan saya kerna kemungkinan tidak dpt menghabiskan. Saya sedang berdiet! dan roomate saya sudah gosok gigi. [saya rasa bersalah!]

12. Saya sudah mula berdiet! yey.. tapi nampaknya saya asyik terbayang-bayang mahu makan itu dan ini. Aduh.. macam mana ni? Kolej saya sudah tukar tender. Catering dari Kolej Faruq berpindah ke sini. Makanan agak menarik dan MURAH. Saya suka makan ikan ala fish n chip tu. Sedap giler. Jadi saya risau diet saya! owh.. saya harus berjogging selalu..!

13. Saya dah ada running shoe yang baru. Cap POWER je. Ingat mahu mengirim REEBOK dari Melor. Tapi tunggu dulu, duit sedang meruncing. hehe.

14. Saya sedang servey handphone. Hati sudah meronta-ronta mahu membeli yang baru. Yang lama sudah mendukacitakan. Tunggu duit elaun praktikal masuk, saya pasti sambar yg itu. Tapi masih berkira-kira. Adakah saya patut membeli yang baru? Saya mahu KAMERA sebenarnya, (-_-)" Apa cadangan anda, handphone canggih berkamera tip-top, function bagus, ada 3g, tapi harga RM400 ke bawah? anyone?

15. Oklah.. saya mahu tidur dulu. Sungguh banyak saya taip rupanya. hehe..~ GUDNITE semua.

4 comments:

Teh.haha said...

rujuk kepada no.14.
belila e66. wowoow. atau nokia N series terbaru.... mmg mengancam :)

Anonymous said...

aku rindukan air buah tender faruq yg lame tuu.. uuu

mia sarah hemiza said...

teh.haha.
waaa... jika aku ade ongkos yg byk. mesti aku dah sambar.. pe lg! ko sapot la studen tua nie.. huhu~

mia sarah hemiza said...

to anonymous.
skang takde air buah kt ctu. harap maklom.

Newer Post Older Post Home