Monday, March 02, 2009

Sungguh Jangan Jadi Officer Kalau...

2 MARCH 2009

Yepp.. title sahaja dah menunjukkan satu perkara yang tak perlu diaplikasikan pada golongan-golongan Officer.. ahh.. memang sangat bengang.. kalau nak jadi officer yang memang pekerjaan nya melibatkan orang awam atau pelajar, makanya haruslah tahu tatacara atau tatasusila atau lebih tepat lagi tatabicara.

Menjadi perkara biasalah, jika anda berurusan dengan orang lain seperti contoh pelanggan, haruslah bersifat mahmudah, bukan mazmumah! ahh.. cuba kalau anda di pihak pelanggan, anda dilayan acuh tak acuh, dilayan buruk.. pasti anda marah kan.? tapi tak tau la pulak kalau anda vice versa.. tak normal tu.. baik cepat2 pergi check kat doctor..

Aku sememangnya pelik dengan orang-orang yang kurang bermoral. Apakah salah orang yang ingin bertanya dengan harapan selepas bertanya, dia lebih jelas dengan kondisi permasalahannya dan akan melakukan tindakan yang lebih tepat selepas bertanya itu. Salah kah.?

Yang lebih menjelakkan, ketika si mangsa ingin bertanya, si pemangsa sedang sibuk membaca Surat kahabar di meja nya.. Adakah si mangsa sedang menggangu masa berharga si pemangsa..? ahhh.. bukan salah si mangsa!!! *dah lah makan gaji buta*

Adakah wajar jika anda bertanya dengan sungguh mesra dan tenang, tapi dibalas dengan muka yang masam yang seperti baru lepas kena marah dengan bos (ok, ini perumpamaan sahaja). Wajarkah.? Jika tidak mahu menjawap sekali pun, mungkin boleh memberitahu secara ringkas di mana tempat yang harus dirujuk selain diri nya, seperti pergi baca sendiri di papan notis atau pergi ke kaunter lain.
Mudah kan.?

Kenapa harus membuat orang sakit hati dan sekaligus membuat orang memaki hamun kembali diri anda.? seronok kah.?

Jika tidak suka berurusan dengan orang lain, eloklah jika anda bertukar ke bahagian lain seperti.. seperti apa ya.. emmm.. accountant ke, buka bisness sendiri atau lain-lain.

Moral of the story :
  1. Tak baik buat orang membenci kita.
  2. Pergilah tukar kerja lain. Jgn jadi officer di bahagian itu.
  3. Berusahalah memaniskan muka.
  4. Belajarlah Ethics di tempat kerja. (dulu tak amek ke mase kat U..?)
p/s : jangan benci pada......! Takpelah, tuhan Maha Mengetahui.. mungkin hari ini hari dia.. tuhan kan Maha Adil juga.. (*_*)"

me,
Free Signature Generator

3 comments:

Anonymous said...

ahhhhh sokong 100%...aku pun dah kena ngan si kerek tuh... pada pendapat aku org cam tuh baik xyah keje la..duduk rumah je (mcm duduk dlm gua jgn jumpa org) layan laki jer...agaknya laki pun myampah nak layan bini yg kerek mcm tu...xpon keje la yg tak payah jumpa org contohnya berniaga di internet..haaa lg mudahkan..kalo nak wat muka kerek pun org xnampak..

~mek^mizahhh~ said...

yeeh!
adakah cik ini yutlin..?
hehe...

memang2...
bengang2...

die memang *&^%$..
ahhh... sory, terpaksa maki!
die yg memaksa..
huhu

teh haha said...

tempat ko blaja ke ni yunk?? marah betul~
keje kat kerajaan mmg g2. goyang kaki. i mean more specifically for those people who work as non-exec. ak da laluinya.. ;p
klu ko nk sng, ko ckp jewla 'can I meet ur exec??' kalau dia tanye 'nape??' 'ad urusan penting' *wink

Newer Post Older Post Home