Tuesday, May 11, 2010

Main pusing-pusing dan terbang serupa suparman.

.
Aku dengar desas-desus, bebudak ni (read : roomates) ajak pegi GENTING. Ah sudahh.. poket tengah kering ni la memacam plan dorang nak buat. Nampaknya ada yang kena bawak bekal pegi Genting ni, eh! aku ke aku ke [sigh]. Program Manager nye Miss Cam. Assistant takde. Jawatan lain hampeh tak payah lantik. Berat ati jugak nak pegi sebab aku bukan pengemar taman tema mahal, ulang suara MAHAL. Tapi disebabkan ni dah last nak together-gether dgn kengkawan plus Miss Cam sponsor RM5 (oh! thanks dear even belen ko telupa nak bagi ekceli tapi takpe la) so aku pun ikot kan diri ke sana. RM5 tu paksaan suruh pegi tuu..... cis.. hahahaha.

Nak tau harga???! Bas pegi & balik dari Terminal Putra Gombak + skyway cable car pegi & balik + outdoor theme park = RM41. Kira ok la kalau nak buat merasa main sekali seumur hidup. Kalau pasni org ajak pegi lagi aku tak mau pegi dah. Mahal. Tapi kalau org sponsor (seperti kakaknda, famili or dotdotdot) ape salahnya kan? haha.

Naik je bus nampak muka-muka budak UIA. Ehe. Tersame hari pulak. Amacam Faizal dan rakan-rakan (err, yang lain tak kenal uhuk) , sonok tak??? :p

Ahli terkumpul untuk kali ini 7 orang sahaje. Berkurang dari rombongan ke PD haritu. Tapi takpe, misi harus diteruskan even jenuh jugak mengajak orang lain, semua tak nak join sebab takde duit. Weh! aku bawak bekal pegi sane tau :(.

So, I bet Genting la the very final last vacation with classmates, bukan yang PD tu. Ritu ingat PD yang last, tak sangka plak terpegi Genting lepas our Poster Exhibition Day. Apekah Poster Exhibition Day? haaa..... nantikan entri nya di lain hari. :)


ahli mesyuarat tingkap ada conference kat First World Hotel, ok tipu.



haaaa... ape yang kitorang main??

Monday, May 10, 2010

lalu kejap kat sini.

aku da stat cuti!!
cuti untuk selama-lama nya? ngehe.
Nanti la banyak nak cerita.
sehingga berjumpa lagi! :)

Thursday, May 06, 2010

Tamatla riwayat di Daerah Gongbak.

Wuhu! the very final stage to become a GRADUATE PERSON is coming to the end. Segala penat lelah, maki hamun, keluh kesah semua nya dah berakhir. Sekarang helaan nafas lega je plak dok berdahak sampai kesudah.

Oh pls! aku nak jerit YAHOOO boleh? emm, tak perlu kot mintak permission. Shud I?

Siang tadi FINAL YEAR PROJECT POSTER EXHIBITION (letih panjang sangat) has been held in the peace and bosan-tahap-maksima. Sebabkan nak kasi habis je, maka kami dgn gagahnya menunggu seawal 8.45 pagi sampai la ke 2.30 petang semata-mata nak di-examine selama kurang dari 4 minit secara average segurup (group).

Punya la lenguh bergembira sebab tangkap gamba dari senyum takat telinga dah jadi takat sama saiz dgn kelebaran hidung je. Bayangkan la betapa takde 'life' nya kitorang kat dlm hall tu. Layan je la mane ada camera yang sudi hala kat muka sendiri. Oh! tapi ada gak la yang tak menghala kat muka tu di-suruh-suruh menghalakan. Bak kata kawan aku, keadaan cmni dah terbalik, bukan paparazi yang kejar 'mangsa' TAPI 'mangsa' yang kejar paparazi.

Cam-whore tahap trettttttt! isi sendiri.

Well, tahniah kepada pemenang-pemenang THE BEST POSTER, termasuk my current rumet Kamila. Sikit kecewa tak menang ngee.. (aku pon de gak perasaan nak menang ok). But then, our Mdm Zuraida (deputy dean student affair) de cakap camni "everyone yang sampai ke tahap ini (poster exhibition ni la), semua dianggap pemenang dah, so everyone is a winner (clap)". Biasa la kan, ayat-ayat cliche. Btw, thanks Mdm. You are the best.

Overall best la masa poster tadi, having fun with the colleagues, usha-usha poster org, kena perli poster gila kuasa (aku punya la tu! haha). My group (aku and jaja) the only poster yang buat dua keping. Org lain, either buat sekeping sorang ataupun share je satu poster combine semua. I'm doing it in the wrong way, tp tak kesah la. Mdm pon tak kata ape-ape, pastu siap senyum lagi! he-he.

Gamba-gamba during the exhibition nanti la aku tampal kat sini ok. Intenet 'terlalu cun' sampai dengki ngan aku. dah! jom tido dgn aman even bilik aku dah jadi oven kelas besar. Rasa mcm nak tarik tilam tido kat luar aje. Ada yang nak teman?

Tuesday, May 04, 2010

Look-out point Ampang yang best in terms of view but not your money. ngehe.

Really nice scenery from up there! But too bad kitorang tak dpt seat yang betul-betul tepi so that boleh tgk directly to the scenery, and tak payah dok tertinjau-tinjau di sebalik kepala orang. *sigh*.

Oh! kalau nak makan kat atas puncak tu, diingatkan to stand-by cash yang banyak utk sesiapa yang takde kad credit. Haha. Just in-case tak cukup cash, ATM machine takde! Food sgt mahal ok atas tu. Mahal la bagi aku yang tak biase byr RM30++ per meal ni. hee..

Kuala Lumpur, tanah tumpahnya darah ku.

us! huu.. tak cukup korum, Rash takde.

penat tunggu 20 seconds just to get a nice shoot from kamera canggih. :(


Thanks zatie for making one of my wishlist tercapai!. yey! 
Kalau nak candle lite dinner,
i think this a prefect place.
Nice view, romantik habes!

Monday, May 03, 2010

Final vacation with classmate nampaknya. sob3.

We have decided to go to PD (port dickson) on last friday. Why friday??haha. nice kan, berkat sikit.. eh tipu! sebab tak ramai org!!. Jumlah pengikut terkumpul cuma 8 org, tp kadar kekecohan mcm 18 orang. haha. Yang lain ada hal katanya. Well, even ada sikit mende yang tak sedap di hati, tapi tu tak jadi batu sibuk utk bergembira. Biar lantak, janji kita happy! haha.. positif.. positif..

lagak stereotaip bila di tepi pantai. Aku tak ketinggalan!

fokusnya adalah kek castle kt tengah tu. special made for Kamila. Happy Birthday dear!

board gamba Siti muda-muda. hee.. kelaka je tengok.

well, time kitorang gi tu, boat DONUT (yang tengah tu, baru je lagi di introduce. Gilo! korang kena try naek baru tau how it feels drift atas air. Mengucap banyak kali wehh masa naek tu. Memang nyawa hujung tanduk. hahaha.. Menda ni utk 3 seats je, tp time aku naek kitorang naek berempat. Bayangkan la cemane ngn berimpitnye, nak harung drift lagi, tergolek-golek atas tu siap dah cecah air sikit lagi mau jatuh. Huu.. first and last la kot! TAK MAU NAEK daaa....... (muke seriauuuuu takot).

Ergh.. burn habih muka aku! huwaa.. berjelaga bak kate Asmah. Berjelaga mcm eksperimen sains tu die kate, hahaha.. whatever...


gamba lain leh tgk kat

Sunday, May 02, 2010

Perpindahan dari Kota Asma' ke Kota Asiah.

left : Kota Asma' - right : Kota Asiah

Biar la dah lapok ke apa, nak cerita jugak kat sini.

Haritu kena pindah Mahallah (kolej). Since Asma' nak kena undergo touch-up kasik nampak lebih muda, so warga Asma' kena pindah ke Asiah. Erk.. touch-up kasi buang semua perabot lama and tukar 100% new furniture which is aku as 4 tahun penghuni tetap ni tak sempat merasa perabot baru, deym.

Kalau tak amek LIDV (living-in during vacation) tak payah susah-payah pindah semua. So, as one of the final year candidate, aku terpaksa la sign-up amek LIDV utk siapkan final year project yang headache tu.

Well, mmg cita-cita gak nak pindah Asiah. Dulu penah terpikir nak pindah bila ada kereta, tu disebabkan kolej tu jauh ke belakang tapi tingin nak duduk pasal bilik dia sumpah cantek gila! Sapa tak nak kan, daripada Asma' yang buruk lagi oll-skul tu, hahaha...

Tapi pepatah pernah berkata, Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri. Heh. Even hujan emas sekali pon, tempat sendiri berhuan batu is much better. Lala~ Even Asma' tu buruk tapi kadar kerajinan makcik cleaner kat sana lagi higher than kat Asiah.

Semua tu ada pros and cons la kan. Kat sana mcm tu, kat sini mcm ni. Takpela, janji ada tempat tinggal and bayaran is still at the same rate. Tapi pe pon pe yg aku suka about Asiah is ada ampaian depan bilik! haha.. senang nak sidai tuttttt selepas dibasuh ketika mandi. :p

Yang aku tak suke sebab ada monyet!, cafe tak sedap, jauh and sunyi.. errr lagi..


masa sibuk-sibuk kemas nak pindah!

yey! dah clear. hah, dari pukul 2 kemas, pukul 6 baru setel!

dis is my peggy-bank. Buat sendiri pakai botol Mr. Potato wrap with 100% paper lame, kebetulan ada the simpsons. kokokoo..






bukan! ni bukan barang aku time pindah haritu. Haha, ni Usna punye, aku punye dah selamat angkut sebelum tu. So ratio sukatan barang aku dgn Usna was 1:4. haha.









Well, thanks to Asmah for helping me angkot barang. And thanks to myself jugak sebab tolong dorang pindah haritu. Haha. Glad to be your roomates buat sementara waktu ni. Hadeh, sunyi plak bila duduk kat rumah, kalau tak dorang memekak gelak-gelak sampai penat. :)

bongkar-bongkar photo album dlm laptop 
tu yang saje nak membebel pasal ni. :)

Saje nak bagitau...

...yang aku memang suke tangkap gamba makanan. bajet nak ingat kalori intake la, bajet je la kan. Ni baru sikit, kang aku bubuh semua collection habih basah keyboard korang akibat terliuq. Kalau ada short circuit jgn salahkan aku..

 *besiul-siul*





 BigApple - feveret aku AppleDapple dgn Almond!wee..


cucuk-cucuk kat Tu Dia PakTam, selayang. (gamba nampak cambest je kan?)


is this really a meehun pattaya? huh! ni meehun tambah telor dadar ade la, thanks cafe Ameenah for tipu-ing customer bijak mcm i. :P


chicken special kat Look-out point, Ampang. Tobat tak pegi makan lagi kot kat atas sane, mahaiii, ya ampun!

lauk kat rumah Papud! hee.. terbaek la!



hidangan masa Asma' graduation dinner, first time mkn dinner free yg serve chicken chop! syahdu je makan.

chicken mc'nugget. layanzzz...

ni hidangan bonda! piknik kat uia time ni. best giler mkn nasik briani special!! nyumzz.

 pasemboq padang kota lama penang ngan air kelapa tepi laut! best.. huhu.






p.s. : haha, semak je kan?
Newer Posts Older Posts Home