Sunday, July 04, 2010

Student Life vs. Employee Life..?

Seperti kebiasaannya bila hari Ahad jeee aku baru la sibuk nak update blog. Oho! sudah hari ahad lagi, maka nya cuti hujung minggu dah come to the end, dan err esok, merasalah aku MONDAY BLOOM hari ini dalam sejarah. Actually, kalau masa belajar dulu pun selalu jugak rasa perasaan tak syok ni, tapi kali ni isk.. tak boleh ditolak lagi. Kenapa aku cakap macam tu?

Ok. Kalau dulu-dulu time belajar, ni cerita universiti aku la ye. Kalau dulu kitorang susun jadual sendiri. Dat mean bila start pre-reg (nama glamer, nama panjang pre-registration), mula sibuk susun jadual untuk semester seterusnya. 

Kalau ada option untuk kelas Hari ISNIN tu time dia kalau boleh mesti avoid yang start pukul 8.30 pagi. HAHA.. jahat tak jahat la. Tu semua perancangan rapi untuk balik kepompong (hostel) paling lewat iaitu pagi ISNIN baru terkedek-kedek nak balik dan bukan petang AHAD, cerdik tak?

Kalu dapat kelas pukul 2.00 pm memang tersangat bersyukur la! kuikuikuii.. Maka nya setiap sem untuk kelas Hari Isnin dan Rabu (biasanya Isnin ngan Rabu sama jadualnya), mesti la bukan seawal pagi. Tapi kalau dah memang takde subjek yang boleh dipilih, terpaksa jugak amek yang pagi,  if dapat pukul 10 pagi pun dah kira bersyukur sangat!.

Tu memang kaedah seswai la untuk budak hostel kaki balik macam aku. Sungguh flexible kan! Dan lagi syok bila dah la hari ISNIN start kelas lambat, then jadual untuk minggu tu sampai hari KHAMIS aje.. JUMAAT di isytihar holiday sendiri.. huishh.. itu double ke-enjoy-an la bagi budak-budak se-universiti aku. Alhamdulillah (syukur2), merasa jugak la masa sem last hari tu kelas 4 hari saje. At least merasa than never kan.

Memang tak dinafikan, life seorang student tak kira lah kolej ke, universiti ke, or even SEKOLAH, cukup-cukup berbeza dengan life seorang pekerja makan gaji. Tapi budak sekolah lain sikit la ek sebab still ada time table nya yang kena ikut. So, sekolah kita tolak tepi sikit. Ops, sori!

Untuk kes aku, even waktu office hour aku dikatakan flexible boleh punch in antara 7.30 ke 9.30 pagi, tapi still tak leh lawan ke-flexible-an time schedule belajar yang aku sendiri berkuasa untuk pilih. But then, its ok sebenarnya. Arus hidup itu kan sentiasa berubah. Takkan nak selama-lamanya di tapok lama. Aceceh, macam cakap-cakap orang besar (politik) pulak. Susah jugak nak buat anjakan paradigma tapi I'll try my best untuk tukar gaya hidup sehat ini. Dalam hati, mengeluh jugak ni huhu.

Setiap hari before tidur memang kena set alarm (tu pon nak cerita?) 6.25, tapi bangun 6.30 am, kasi 5 minit masa membuka mata dengan cergas dan cerdas. Dan hari-hari pun macam tu la. Syukur la rumah dan tempat kerja sangat-sangat-sangat-super dekat. Hal ni memang menjadi ke-jeles-an rakan-rakan dan taulan. Saya minta maaf ye, hii. Tapi bukan nak bangga pasal ni, cuma nya nak kongsi betapa tak syok nya sebenarnya hidup seorang pekerja. Routine nya sama je setiap hari. Itu.. itu je la. Kalau nak buat lain sikit pon, err.. kat mane eh.. hmm.. belum fikir lagi, since aku baru start bekerja SEMINGGU, fresh fresh from oven lagi, auww..

Maka nya kat sini, bagi sesiapa yang tengah duk belajar lagi dan yang akan sambung lagi pelajaran terutamanya Farahuda dan Kamila, hee.. siap state lagi nama kau berdua (sori Kamila ter-forget!), bersyukur la anda semua kerana masih digelar PELAJAR. Life as a student is triple excitement. Kawan-kawan rata-rata nya seusia, boleh pergi melepak ikut suka even waktu office hour, tak payah fikir cemana nak memenangi hati bos anda.. dan sebagainya la. Ehe.. btw, ini contoh je.. huhu.

Namun begitu (ayat karangan SPM), apa yang aku sedang lalui, aku tetap bersyukur. Dalam ramai-ramai kawan-kawan nampak nya rezeki aku datang dulu. Aku sendiri tak sangka. Perancangan awal nak sambung belajar, macam yang aku pernah heboh-heboh kat sini. Bajet nak sambung luar negeri la ape la, last-last siapa sangka jalan lain yang menjelma dulu. ALHAMDULILLAH. Walau pun sikit culture shock, eh bukan sikit tapi BANYAK ni akan aku cuba buat yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Buat kawan-kawan yang lain, doala banyak-banyak, pasti rezeki kalian ada di mana-mana. Lambat atau cepat itu urusan-Nya, urusan kita apa? iya, banyak berusaha dan bertawakal itu tugas seorang hamba.

oh! post aku is getting sangat serious la day by day!

p.s. : rindu kawan-kawan semua, sob3, :(

5 comments:

N.M. Noor said...

betul tu..sangat la culture shock..
kalo aku ni..lagi la macam nak gila..
i never ever nampak jalan which aku akan get involve dgn marketing team..
sekarang dah jadi macam ni..
aku tak jadi nk resign la kot..
aku rasa ada hikmah semua ni..
mungkin ALLAH nak uji aku..
DIA takkan test aku kalo DIA tahu aku tak mampu nak hadapi..kan?
now aku da jumpa rumah yg dekat dgn ofis..
mgkin lepas ni g keje ngan beskal..haha..jd orang jepun plak..
ape pun...doakan aku ye mijah..
tq..:)
semoga ko berjaya dalam kerjaya..

fyzul MP said...

aku setuju..
time belajar lagi best..hehe..
masa tak terikat lagi..boleh susun2 jadual..
siap boleh susn sampai dapat 3 hari cuti seminggu..hehe
tp dah habis belajar, semua tinggal kenangan..

mia sarah hemiza said...

IRA : :), yep.. kita pecaya je ada hikmah disebalik semuanya. jgn cepat putus asa k. :) aku doakan ko success dan kte same2 boleh cope dgn cabaran di depan mata ni. adeh, aku pon hari2 cuak jee kat situ.huhu~

FYZUL : thanks for visiting my blog! :)
huu,, mmg smua tu tinggal kenangan je.sedeh jugak bila teringat balik.rindu btol waktu belajar.

❀aRaBeLLa❀ said...

dulu zaman belajar pun skak wat gini..stp ari jumaat kalo boleh tak de kelas...sonok leh balik cuti 3ari..skg dah keje x dapek laa..

Hanna Wardrobe & Enterprise said...

Yaa.. Hidup kita mesti ada upgrade.. Jgn asyik di takuk lame (mcm kata ahli politik & mek di atas).. Kalau dulu belajar kini target kerja. nnt dah kerja, target pula jadi manager. Dah jadi manager target plak jadi GM. Dah jadi GM plak, target plak open Bisnes Sendiri, Pastu target jd Pengarah Syarikat Konglomerat.. Bla.. Bla. Bla. Bla.. Last2, hembuskan lah nafasmu yg terakhir. Jadi, ibadat jgn dilupakan.. =)
P/S: mek.. doakan aku cepat2 keje gaks.. Hahaa..

Newer Post Older Post Home