Thursday, July 15, 2010

Gunting sana Gunting sini, jangan jadi gunting dalam lipatan sudah!.

Akibat terlalu rase bosan tahap melampau akibat ketidak-ada-an life sejak dua menjak ni, (bangun pagi pegi keje, petang balik makan tgk tv, malam tido!) maka termelencong lah aku ke WARTA BANGI. Sebuah pusat membeli-belah terkemuka di daerah Bangi ni, sape orang bangi tak tau BANGUNAN serba-boleh, eh bukan! serba-ada ni, memang disqualified la beliau sebagai warga Bangi, maaf!

Dengan ketidak-ada-an motif padat, maka terpergi lah aku ke kedai buku. Ya! aku memang suka kedai buku. Tapi to be honest bukan bahagian buku-buku tebal yang satu aku baca mungkin 2 tahun lagi baru habis, bukan bukan. Tapi pasti lah ke bahagian kertas-kertas berwarna-warni serta alat-alat tulis yang funky munky.

Heh.. dah memang habit dari kecik kot. Bajet kretif la tu. Bajet je.. walhal.. eh.. memang ada bakat tau, percaya?

So, demi melepaskan napsu yang entah dari mana datang nya, terbeli lah oleh aku gunting super canggih ni. Dah lama nak gunting macam ni. Ops scissors ya. Memandangkan 6 tahun aku habis sebab nak baca buku Kalpakjian tentang Manufacturing Process dan juga buku karangan Jay Heizer pasal Operation Management eh dan juga buku-buku tebal yang mahal lagi tak-paham yang lain, maka terpaksa lah aku melupakan kejap aktiviti gunting dan tampal, gunting dan tampal lagi.

Aku suka gila kot buat-buat benda ni! ok takpe., ke-gila-an tu tak payah la kita express kan panjang lebar, tak perlu ya. Sekarang kita balas dendam. Memandangkan mata dah lemau mengadap FACEBOOK yang tak bernyawa sangat dah tu. Asyik-asyik stalker buku orang je, sampai naik muak pulak bila orang update benda best-best (dalam hati jeles le tu sebab life kite tak se-fun tu. *sigh*). Mungkin sebab tu la, aku tak sengaja dapat hobi baru ni.

Planning nya semua muncul masa kat kedai buku tadi. Terima kasih la la ye wahai kedai buku, habis jugak duit belanja aku kau kikis harini. hmm.. esok makan mee sup RM2.50 je la jawapnya, tak pun makan kueh 3 singgit. hmm.. hmm..

Dah jom tengok ape yang excited bukan main neh. Gedik betul rasa nya menayang-nayang barangan peribadi. Well, itu la perangai stereotaip gadis-gadis comel seperti saya. (ok, nak muntah!)

gunting ajaib! dua bilah RM6.50, made in china.

ini cecorak lain la yang ada, kalau nak semua, mau dekat 33 bilah gunting la pulak kene beli! damn..

ni cecontoh nya. excited. excited. oh gumbiranya dalam hati.. hey..

selamat mencuba!














p.s. : nak buat scrap-book. tapi mcm dah tua sgt ke baru nak mula buat ni?hmm..

3 comments:

fiD said...

teringat kecik2 dulu, sonok men gunting nie, heeeee.... habis sepah, kena marah la den...

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

gila gunting,,hakhak

sakura'shiken said...

hahaha.....main gunting ke kak...adoi~~hahah.....mainla bende lain...<---saje je ...

wa.....hebat la gunting ajaib tu....(x ajaib pon..haha...)<----saje je..*lg skali

komen yg btol
tula....life keje mmg x fun mane pon....ari2 mcm tu je...same je....yg bes bile dpt duit jela kan....

Newer Post Older Post Home