Monday, July 26, 2010

Click click pun belum tentu senang.

Aku tak tau la ini karma atau apa. Macam umpama What Goes Around Come Around tu tetiba tengah jadi kat aku. Heh.. berapa kali remind diri sendiri hal hal "jangan ngutuk orang nanti tertelan balik" pun belum tentu boleh ingat, baru dapat benda best sikit konfem terlupa kejap. Biasa la tu kan, macam budak kecik kalau kita perdaya kata Mama dia panggil. Padahal masa tu dia tengah sibuk nak belek hanphone mak uda dia, sure terkalih terus lupa and terus laju pegi kat mama dia. Heh, tu taktik biasa aku apply kat budak comel (Ashraf) untuk ambik balik handphone kesayangan.. ngee..

Budak-budak boleh la kau perdaya. 

Emm.. tapi sekarang apa kaitan perdaya dengan karma plak ni. Bukan bukan.. oh! ini termelencong la ni. cis.

Aku selalu usik kakak aku punya kerja. Dia Auditor berjaya (ok.tu aku tambah). Aku kata alahhh... ape yang penat sangat pun, duduk je, satu jari je yang busy click-click mouse sambil aku buat gaya click clik sampai dia naik annoying. Aku ulang-ulang dengan lagak tak pandai jemu. Haha. Ada je chance mesti gaya tu jugak la aku ulang-ulang dan argue ape penat sangat pegang mouse, bukan kerja berat. Memang  itu je la modal baik punya nak sakat , lagi-lagi kalau dia mula cakap die penat and nak skip tolong kat dapur.

Tapi tuu ler.. bahana mulut sendiri, haa.. hamekkk kau! sekali aku pun dapat kerja sama routine nya macam dia. Exactly sama macam gaya annoying yang aku selalu buat. Sadis betul.

Jumaat lepas pertama kali nya sepanjang empat minggu menjadi Career Women (cewah!), aku terpaksa mengadap monitor dengan kadar terpaksa selama 12 jam. Itu rekod OT (overtime) pertama memandang kan hari-hari lain aku balik sharp 5.30 pm, cuma jarang-jarang terlebih 10 minit mahupun 20 minit. Selalunya kalau tak balik lagi jam 5.40 pm dengan automatik nya badan mengelupur. Haha.

Sekarang baru aku tau, bukan setakat jari telunjuk je penat click click, tapi mata.. pinggang, punggung serta segala sendi sekitar tengkuk dan bahu juga terlibat menyumbang kepada PENAT nya KERJA seperti kakak aku. Tu la, dah rasa baru tau tinggi rendah nya Dunia!. Ops.. opss.. ;p

Walau apa pun, I Love my Job. Perghh.. confession malam Nisfu Sya'ban jam 11.32 pm. Ok. Gudnite.


6 comments:

PutraRocker said...

perghh...career woman der..wwakakak
all the bset...blnja2..=P

h a n i e said...

kena la mencintai kerja. baru kerja berkat dan bersungguh2. kalo x..ikut suka hati jek la..hehe

Lang Legar said...

funny how karma works kan hehe..

kakandamu said...

tula dia....ngata org paku serpih, kata org awak pun sama hahahahahahahaha mari kita gelak jahat beramai-ramai....

kakandamu said...

lupa plak, tipu la ashraf puas2 lagi 2 minggu dah x de chance dah nak tipu dia huhuhuhuhu

anis said...

beshhhhhhhhhhhhhh nye keje.. bile turn aku lak nak raya tyme aku dh jd career woman

Newer Post Older Post Home