Tuesday, November 02, 2010

Satu kau beri, Empat kau terima...

...siapa pandai, cuba teka apakah saya??!



Rezeki orang lain-lain. Semua nya tuhan dah tetapkan sejak dari awal kejadian manusia itu sendiri. Ada yang mudah dicari, ada yang sukar dicari. Ada yang miskin, ada yang kaya. Semua nya ada sebab kenapa tuhan berkehendak seperti itu. Tugas manusia, kena lah pandai macam mana nak meng-kaya kan diri kalau rasa diri tak kaya. Usaha tangga kejayaan. Haa! tau pun, sejak dari bangku sekolah, poster ayat tu jugak lah yang cikgu selalu duk suruh buat masa kelas Pendidikan Seni. Ermm... tu sekolah aku je kot.

Macam-macam cara orang nak jadi ber-uang (read : Berwang), bear? no!. Ada yang pakai cara susah, ada yang pakai cara senang. Cara senang pulak ada macam-macam cara jugak; ada yang halal, ada yang haram. Semua nya berbalik kepada si pemilik tangan tu, nak yang mana. Kalau halal, syukur alhamdulillah la hidup berkat. Kalau yang haram, jangan salah kan siapa la kalau anak kesayangan kau jadi dungu mahupun tak jadi orang.

Tuhan bagi akal supaya kita berfikir. Tuhan juga bagi ilham supaya kita terfikir. Semua tuhan dah sedia-kan, kita cuma cari, usaha dan bertawakal. Kalau tak dapat kerja makan gaji, why not, kerja gaji sendiri. Asalkan ada usaha, pasti ada jalan.

Contohnya mak aku; seorang suri rumah sepenuh masa. Macam mana beliau boleh bayar duit payment kereta dan harta-harta lain mengalahkan ayah yang bekerja sepenuh masa? kerana beliau berusaha. Belajar buat kueh, roti dan kek, letak roti di kantin orang, berpulun buat biskut raya, home-made cake yang tak lekang saban hari orang order. Semua dari titik peluh sendiri. Usaha yang kuat, pulangan nya manis kan.

Di samping berusaha, ada lagi faktor lain yang boleh membantu memurah kan dan melapang kan pintu rezeki.

Haaa.. nak tau apa?

Selalu lah bersedekah. Kita memberi dengan ikhlas, nescaya tuhan balas berlipat kali ganda. Kata kunci nya ikhlas. Jangan memberi kerana menunjuk-nunjuk tak pun saje nak meriak. Tapi bagi lah seperti kata pepatah yang tak patah;
"memberi si tangan kanan, jangan sampai si tangan kiri ketahui"
 Memberi juga tanpa diharap balasan. Memberi dengan harapan boleh membahagiakan si penerima. Memberi dengan beringat;
"hari ini kau susah, esok-esok siapa tahu nasib ku.. "
 Bersedekah lah, kalau tak ada seringgit, dua-posen pun jadi. Kalau ada lebih, lima ringgit lagi baik dari seringgit. Biar sedikit, asalkan ada. Jangan sesekali merasa tak cukup dengan rezeki sendiri. Pernah aku jumpa orang yang cakap, "aku makan pun tak cukup, nak bagi-bagi", err.. nasib kawan sendiri yang cakap, kalau orang lain, mau aku sound se-das dua. Maka, dia ni, aku balas dengan.. "haih! tak baek koo..."

Bila anda sedekah, satu dapat pahala, dua dapat gembira kan orang tu, tiga kau dapat pahala lagi, empat insyALLAH rezeki tu boleh kembali berlipat-kali ganda tanpa anda sedari... :) banyak kan dapat pulangan nya! Mula lah hari ini, bersedakah umpama menabung untuk akhirat. Oh! menabung untuk dunia rajin pulak kan.. Lol!..

Renung-renung kan! :)

Syukur, dapat bonus tanpa disangka-sangka.
.


 

9 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Betul tu... bila kita rajin bersedekah... insyALLAH.. rezeki kita tak akan putus malah melimpah-ruah...

tubelawak said...

jom sedekah!! mek, bak seploh hengget.. hahahha

mia sarah hemiza said...

FUZIANI : yeee btol sekali! :)

CRAYON : err, sedekah kat ang ke? bek tak payah kottt.. hahaha

PutraRocker said...

nak sedekah teh tarik pn payah..wakakaka

Shepha said...

time kasih mek belanja hari tu :))

mia sarah hemiza said...

ROKER : teh tarik jum! ko belanja. tq!

SHEPA : hee.. tu dah janji.. huhu :)

rAmiZa.mY said...

mek dapat bonus?
jom syg pegi minum dgn ai petang ne..huhuhu

Lang Legar said...

ko dapat bonus mek???

mia sarah hemiza said...

MIJA : heee, a'a.. lalala~ jum!!

ZAREN : haha, ingt kan korg tau.. weee... patot la korg tak pau aku lebeh2 mase kat wondermilk! ngeee~

Newer Post Older Post Home