Wednesday, July 28, 2010

Kenangan kadang menyiksa-kan.

Ah.. tak payah la nak bersajak-sajak. Hee.. ingat nak intro dengan ayat bunga-bunga, tapi rasa nya macam tak sampai plak feeling nya. Sebab dah takde talent berpujangga bagai. haih. T_T. Ape pun, Guys, aku rindu korang! erk.. tapi tak bermakna tiada di dalam gambar, aku tak rindu! no! no! no! aku rindu kawan-kawan seperjuangan S-E-M-U-A. 

Yang sama-sama mengharungi cabaran memahami patah percakapan Dr. K*****, mahupun menahan ngantuk kelas Dr. M*, semua! Tak lupa juga yang sama-sama memonteng kelas, bergosip, yang tak sekelas mahupun yang cuma berjumpa di Musolla, kaki lima, cafe KAED, starbak Engine, di hostel.. ah tak kesah la memane.

Asalkan, Kalian yang aku kenal. Kalian yang menganggap aku teman dan kawan. Bukan lawan ok, haip! 

Selamat Menempuh Cabang Hidup yang Baru dan sangat asing ini. Sangat asing bagi aku sendiri. =(

Sobs. Ok dah! tak boleh kasi can langsung, mesti EMO je bila cakap cakap pasal ni. haih. Dorang entah kan ingat aku entah tidak. Harap-harap. Dah dah dah! Layan gambo photoshoot haritu. Dah berzaman baru nak upload kat sini. Gedik boleh tahan malam ni, maka tengok je la. Thanks to Sani. Credit to him, a bit touch up by Mek. (^_^)"

.
.
.
.
.
.

bye bye UIA. see you on October!
.

Monday, July 26, 2010

Click click pun belum tentu senang.

Aku tak tau la ini karma atau apa. Macam umpama What Goes Around Come Around tu tetiba tengah jadi kat aku. Heh.. berapa kali remind diri sendiri hal hal "jangan ngutuk orang nanti tertelan balik" pun belum tentu boleh ingat, baru dapat benda best sikit konfem terlupa kejap. Biasa la tu kan, macam budak kecik kalau kita perdaya kata Mama dia panggil. Padahal masa tu dia tengah sibuk nak belek hanphone mak uda dia, sure terkalih terus lupa and terus laju pegi kat mama dia. Heh, tu taktik biasa aku apply kat budak comel (Ashraf) untuk ambik balik handphone kesayangan.. ngee..

Budak-budak boleh la kau perdaya. 

Emm.. tapi sekarang apa kaitan perdaya dengan karma plak ni. Bukan bukan.. oh! ini termelencong la ni. cis.

Aku selalu usik kakak aku punya kerja. Dia Auditor berjaya (ok.tu aku tambah). Aku kata alahhh... ape yang penat sangat pun, duduk je, satu jari je yang busy click-click mouse sambil aku buat gaya click clik sampai dia naik annoying. Aku ulang-ulang dengan lagak tak pandai jemu. Haha. Ada je chance mesti gaya tu jugak la aku ulang-ulang dan argue ape penat sangat pegang mouse, bukan kerja berat. Memang  itu je la modal baik punya nak sakat , lagi-lagi kalau dia mula cakap die penat and nak skip tolong kat dapur.

Tapi tuu ler.. bahana mulut sendiri, haa.. hamekkk kau! sekali aku pun dapat kerja sama routine nya macam dia. Exactly sama macam gaya annoying yang aku selalu buat. Sadis betul.

Jumaat lepas pertama kali nya sepanjang empat minggu menjadi Career Women (cewah!), aku terpaksa mengadap monitor dengan kadar terpaksa selama 12 jam. Itu rekod OT (overtime) pertama memandang kan hari-hari lain aku balik sharp 5.30 pm, cuma jarang-jarang terlebih 10 minit mahupun 20 minit. Selalunya kalau tak balik lagi jam 5.40 pm dengan automatik nya badan mengelupur. Haha.

Sekarang baru aku tau, bukan setakat jari telunjuk je penat click click, tapi mata.. pinggang, punggung serta segala sendi sekitar tengkuk dan bahu juga terlibat menyumbang kepada PENAT nya KERJA seperti kakak aku. Tu la, dah rasa baru tau tinggi rendah nya Dunia!. Ops.. opss.. ;p

Walau apa pun, I Love my Job. Perghh.. confession malam Nisfu Sya'ban jam 11.32 pm. Ok. Gudnite.


Sunday, July 25, 2010

Hari hari ada kenduri. Hari hari kolestrol tinggi.

Ah.. malas nak taip panjang-panjang. Biar aku rumus kan, ehh.. takde ujung pangkal tetiba nak buat rumusan? APEEE!! hahaha.. Aku memang suka pergi WEDDING. Dah kata memang "hantu nasi kenduri", tak boleh buat apa la. Kalau kat kenduri tu ada papadom lagi bertambah tambah suka la si penulis. Gila ke ape, and kalau ada ayam masak merah berserta dalca dan tak lupa juga goodies goodies yang comel maka bertambah tambah tambah bahagia la di masjlis itu. Oh ok, exaggerate betul. Memang wiken tak boleh nak buat apa la, at least 30% kolestrol mesti akan meningkat kerana consume NASI MINYAK. Ops! So, kalau dah sabtu ahad, dua hari attend kenduri, haaa... itu mesti ditakutkan kerana kolestrol will be doubled up! and the solution is ESOK PUASA. MESTI!

Tapi bukan PUASA untuk berdiet, tapi puasa sunat NISFU SYA'BAN (pertengahan Sya'ban). Dapat juga pahala, tak gitu tuan tuan dan puan puan? :)

Sabtu. Wedding childhood friend, Nurul Hidayah. Congrats dear. 


pengantin lelaki aku tak tau la mana. tapi the bride memang super-kewl. Ade ke patot die yang snap kan gambar kitorang during her wedding? hahahaha.. nice la ko Nurul! Kawan-kawan terkumpul (sequence is according to the picture above) : Mai - Anis - sapetu? - Nurul (the bride) - Odah and her new-born baby, Lulu Ayesha - Saleha - Munira.

And psssttt, I was wearing my only KEBAYA since I'm not a fan of this fashion, and you know what, the cloth sudah sangat usang.. rasanya ada lah dalam 6 years back. Seingat aku buat baju tu masa Mak Usu aku kawen. Hah! Lamerr sungguh. Tapi still maintain muat hokei, ceh ketat sikit dah tapi tak mau mengaku, control.

Ahad. Wedding err.. kira neighbour juga lah, even bukan satu lorong, selang 2 lorong. Anak kawan baik mak aku. Ermm.. congratz Kak Faizah and Husband, Khidir. (^_^)

Oh! apa kaitan tetiba bubuh gambar Jalaluddin Hassan ni, well.. the Groom adalah anak sedara Duta Beras Jati ni. Tapi tadi aku segan nak snap dengan beliau. Huhu. Pemalu la kata kan.

Haa.. boleh teka tak anak siapakah sebenarnya pengantin lelaki? teka teka, sapa betul aku bagi hadiah! ;p

Bersemangat sungguh nak pergi Wedding yang ni, sebab nya?haa. mesti la sebab nak jumpa orang dalam gambar ni.. hahahaha.. percaya je la korang.



Oho, ok. Nak introduce.. ehem ehem.. meet my only niece (currently la). Sarah Khadijah. She is so cute like her name kan. Update terkini ialah; 3 bulan dan 8 kg. Mak dia dah lenguh-lenguh tangan nak dukung ni. Terpaksa lah Sarah diet.. huuu.. kesiannnn...




p.s. : Rasa macam weird plak bila muka sudah bertukar kaler, have you notice it? macam pakai mask! omaigod..

Thursday, July 22, 2010

Wanita tak sejati

 source : Google

Eh! bukan aku! tidak.

Dulu kat tempat aku belajar, kalau pergi pasar malam mesti ternampak geng ni. Geng-susah-nak-teka! Teka apa?haaa......itu yang kita tak tau! Tapi aku panggil dorang golongan-susah-nak-di-categorize jugak kadang-kadang. Tu aku punya panggilan sweet la kat diorang. Sana sini boleh nampak. Ada yang comel, memang comel sangat. Kulit halus, rambut rebond, t-shirt kaler pink, jalan sopan sambil bergosip meriah sesama geng diorang. Berjalan tu tak hengat punya melenggok! tapi tu kalau kat pasar malam la. Tapi kalau dlm kawasan kampus.. pandai pula cover sikit, pinggang tu dah macam boleh bersifat seperti CHIPSMORE, kejap ada! kejap takde!

Cun oh! sampai kadang malu nak jalan sebelah. Dorang jalan LAGI AYU kottt, dari aku yang jalan berterabur ni, memang kalah 100%. Isk, maluu!. Aloh.. aloh, kalau jalan depan bakal Mak Mentua, komfem kena rijek.

Geng susah nak teka ni kalau nak cari among pompuan (tomboy @ pengkid) kat tempat aku belajar dulu, memang susah sikit nak cari. Erk.. pasal apa eh? Dah tu, tudung wajip pakai, even kalau tomboy sekalipun dia, bukan nya boleh nampak kan sebab kepala tutup. So, setakat nak dress up macam laki, err.. aku rasa ramai je yang dress up macam laki, tapi dorang pakai juga HANDBAG bling-bling.. so susah nak differentiate sikit. SUSAH, unless kalau bukak tudung, baru la boleh kenal. Tapi percentage nak jumpa hampir ke TIADA, zero. Serius, aku tak pernah jumpa.

Seganas-ganas kawan-kawan pompuan aku, dorang still takkan lupa pakai bedak pergi kelas. Hu-hu..

Ok-ok. Kenapa panjang sangat aku punya intro ni. Sebenarnya nak cerita yang kat tempat kerja aku ramai ASAM-BOI (read : tomboi). Bukan main dia punya kikis rambut mengalah kan mamat maintenance berambut monhawk yang aku jumpa siang tadi. Isk terkesima kejab, hensem juga style rambut monhawk mamat tu. Yang aset kat depan tu.. haih, toksah cerita la, malu i tau...huhu. Biasa nya kewujudan golongan macam ni aku rasa sikit je, maka nya terbeliak jugak la mata ni bila tengok, ramai rupanya mereka.

Haih. Culture-shiokkk! juga aku kat situ. O level (read : operator) khususnya untuk wanita sahaja kalau kat tempat keje ku ini, huhu mengaku juge mereka ini WANITA rupanya.



p.s. : tp syukurla, takde yang hensem, ngeee.. tp teringin juga nak paham mereka ni, kenapa dorang jadi macam ni. hmmm..

.

Wednesday, July 21, 2010

Sabar sabar sabar...

Life as a pekerja memang agak mencabar. Kalau tak sabar sikit, memang boleh jadi huru-hara. Ehe, huru hara tu pun sebenarnya aku rasa from diri sendiri kita jugak. Semuanya kene kesabaran tahap dewa, eh.. tu tak mungkin la kan, kite up sampai tahap teratas je la. So, from there, insyALLAH kita boleh counter segala cabaran tu. Tapi ini dalam konteks sesiapa yang dapat pekerjaan yang seswai, bagi yang tak seswai, tu problem besar.

Bila dah semakin besar problem nya, maka nya.. haa.. lagi besar la KESABARAN nya. Assobruminal-iman. Bersabar itu separuh dari iman. Lagi separuh.. pun susah nak dapat kadang-kadang, so why not.. konsisten kan sikit yang lagi separuh tu. Untung-untung bertambah murah la rezeki tu. Tak gitu cik kiah?hehe.

For those yang still tak dpt kerja lagi pula, tu kondisi nya lain lain dan sangat lain lagi. Lain dari sudut situasi. Tapi tahap kesabaran tu, aku pikir tetap sama. Bersabar lah. Mesti ada sebab or hikmah kenapa masih tercari-cari dan belum ada satu lamaran kerja.

Mungkin tuhan memang nak bagi rehat lagi? Mungkin kalau kerja pun, pekerjaan tu tak seswai sampai kena sakit hypertension? Or mungkin juga kalau dapat kerja alih-alih err.. ada perkara lagi buruk berlaku. So, bersabar lah. Tapi jgn duduk atas kerusi dan bertekad 'aku sabar', 'aku sabar' cakap sampai malam macam tu je.. ehe.. macam tu memang sampai bila la tak jadi apa.

Dah bersabar tu, sertakan juga dengan TAWAKAL. Eh.. tapi sebelum tu.. BERUSAHA dulu. Niat nak kena betul. InsyALLAH, rezki tuhan tu ada di mana-mana saja.

Bagi yang dah bekerja, hadapi lah apa yang terbentang kat depan mata. Positif je kalau kene bambu mahupun di cop lembab. Dah sah sah baru kerja, memang macam gitu lerr.. haih.. sebab aku pun dah rasa macam tu. Bengang tu bengang gak. Tapi sabar je, tak rugi pun. Hati pun kurang penyakit. HUHU.

Just, apa yang boleh aku conclude, certain good engineer cannot be a good lecturer and certain lecturer also cannot be a good lecturer too. The truth is nobody perfect. That's all.

Tuesday, July 20, 2010

Takde L.I.F.E.. what does it mean?

Ni kali ke empat aku try nak tulis something.


hmmm..

nampaknya tetap tak berjaya.
Kurang input yang berilmiah la ni, aku suspek. haish.


Yep. Ofis-peti-ais aku tu tak boleh google google sebarangan,
kalau tersilap 'click!' then terkena jangkitan kuman virus kecil
seperti trojan mahupun virus besar seperti brontox yang tiada belas kasihan,
maka nya.. boleh la merasa seperti bermain bola kasar..
dapat yellow card...


tetttttt~



serius takde life.

Sunday, July 18, 2010

Saya suka makan Roti, Kamu suka makan apa?

Well.. well.. it is Sunday, and the clock is approaching 5 pm. Haiya! weekend dah nak habis and still I haven't done sumthing that can be classified as F.U.N. Haha.. But being forced to kenduri is not fun at all. Malas tapi layan kan je la. Ah.. bila pula kenduri aku? haaaaaaaaaaa.... itu yang kita tak tau!

Ok ni cerita basi yang baru nak cerita, I admit it.

Last weekend, my cousin bertunang. But aku bukan nak cerita pasal dia bertunang dgn sapa, orang mana, hantaran berapa bla bla blaaa ye cik timah. No no noo.. ehe. Btw, Jgn marah ye pengantin. Tapi pasal my mum's roti masa famili beliau 'bertanggak' kat rumah aku itu hari. So.. ini bukan roti bakeri mahupun kedai roti dalam carefour atau Jusco dan juga bukan Tesco. Tapi ini fresh from my mum's oven. Tyehee..

Jom cuci mata... zassssssss!

roti sosej, roti kacang merah and roti sardin!
2 singgit.. 2 singgit! haha..

layan angle lain pulak. nyums!
hmm.. haritu demam, so dpt merasa sikit je. mkn tak puas!! arghh..

sape kata org demam tak boleh posing ceria? mmg pelakon terbaek.tima kasih.



Kenapa cerita pasal roti ni? adui. aku pun dah compius. *geleng-geleng kepala*


p.s. : seriusli aku bukan rindu Roti, percaya-lah!


Newer Posts Older Posts Home